Di WW minggu lepas, saya memberi beberapa tip SoHo. Antaranya adalah- “Efficiency Curve”
Apa yang saya maksudkan dengan efficiency curve?
Efficiency curve berlaku apabila, sebagai SoHo, kita hanya fokus pada satu jenis perniagaan sahaja. Jangan di kembangkan kepada banyak perniagaan- berlainan dengan perniagaan besar yang sering “diversify”, perniagaan SoHo, kita perlu remain small.
Apabila kecil, disitu terjadinya efficience curve. Dalam efficiency curve, ia mengatakan:
Lebih banyak masa anda luangkan dalam sesuatu perkara, lebih banyak skill anda akan kumpul dalam satu perkara tersebut. Apabila ini terjadi, apabila diberi masa, lebih cepat anda dapat siapkan perkara itu.
Contoh:
Sekiranya SoHo anda adalah membuat tempahan jahit cushion/bantal lah, katakan. Anda hanya fokus pada cushion sahaja. Jahitan baju kurung ke, langsir ke, anda tak buat. Makin lama, anda akan makin handal membuat jahitan cushion. Pada mulanya, mungkin anda boleh siapkan 2 cushion sehari. Tetapi, menurut efficiency Curve, mungkin selepas beberapa bulan, anda menjadi semakin efficient (cekap) dan boleh menyiapkan sehingga 6 cushion sehari.
Ini bermakna, pendapatan anda juga bertambah 3 kali ganda.
When you focus, the efficiency curve kicks ini. Makin efficient anda, makin tinggi pendapatan anda 😉
ps: Nanti saya uploadkan tip ini di YouTube!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum Saudara Khairi,
Saya bukan nak komen, tetapi ingin meminta pandangan saudara. Saya bekerja sebagai Multimedia Designer, untuk menambah pendapatan, saya membuat kerja2 freelance dalam bidang berkaitan. Saya menggunakan blog sebagai wadah marketing saya.
Selain freelance dalam designing, saya ingin menambah lagi perkhidmatan saya kepada penjualan barangan MLM dan pakej Insuran. Dua perkhidmatan ini pada saya tidak memerlukan masa yang banyak dan transaksi urusan jual beli yang mudah berbanding kerja2 designing yang memerlukan masa dan komitmen untuk menyiapkannya.
Soalan saya, bolehkah saya menyisipkan kesemua perkhidmatan saya dlm satu blog, kerja2 grafik, produk2 MLM dan pakej2 insuran, atau pun setiap bahagian perkhidmatan mempunyai website atau blog sendiri?
Terima Kasih
saya setuju sangat.. saya mempunyai perniagaan sendiri yang ‘kecil’ tapi bisnesnye macam2.. sekarang saya cuma tumpukan untuk SPA saja.Lama kelamaan saya semakin cekap dan selesa menguruskannya..
makan,jika kita lebih fokus. maka kita akan lebih menumpukan kepada sesuatu kerja. maka tiada pekerjaan yang tertunggak la? betul? apa pun its was a nice tips.. pasal pada saya sebagai ‘newbie’ bnyk yang silap kerena mereka nak tahu semua sekali gus. sampai lupa kemahiran sebeanr mereka..
ye betul tu, saya mesti pilih…!!! ( fokus jangan tak fokus )
fokus!!! bila dah berjaya satu kena tambah lagi satu…hehe…nak jadi multiple income kan…
han
cayalah IK!
Soho???
Mmm , untuk sekarang tinggal ngan parent tak nampak sangatlah keuntungan soho ni , mungkin sebab masyuk skit kot 😀 .
Tapi saya dalam perancangan untuk berdikari dalam 2 bulan , jalan dah nampak dan skit jer lagi ……..
Mungkin juga sy akan menjadi orang pertama di daerah saya yang kuar dari rumah untuk hidup sendiri…. lokasi? belum pilih lagi
baru sahaja saya update dengan lukisan cincai efficiency curve saya… untuk memudahkan pemahaman 😉
-IK
Saya skrg ni tgh fokus pada satu bidang… dah lama da.. mmg byk yg saya bljr.. dari pada zero kepada org yg tahu.. insyaAllah saya mahu jadi seorng yg pakar..
Chetz memang setuju benar. Chetz dah ceburi bidang internet marketing ni lama. Tapi tak dapat lagi pendapatan lumayan macam Irfan ni. Sebabnya, asyik tukar business.. hehehe. Payah betullah nak fokus. Tapi Chetz akan cuba.
Thanks for the tips ya IK.
– Chetz –
http://www.ChetzTV.com
saya hanafi saya ingin m’jadi usahawan yang berjaya,tetapi saya tidak tahu macam mana untuk mengembangkan perniagaan saya. saya mintak satu tips untuk saya
jangankan 1 tip… ada lebih 500 tips di sini. rajin-rajin lah go through kesemuanya 🙂
-IK
Assalamualaikum
Sewaktu mula-mula say anak buat majalah dakwah IBRAHzine, banyak sangat idea yang timbul, dan saya masukkan semuanya ke dalam website dan majalah. Hasilnya very cacamarba.
Akhirnya saya mengambil keputusan menumpukan kepada beberapa aspek sahaja yang saya rasa boleh pergi jauh dan disukai pembaca. Hasilnyas say boleh menyiapkan kerja dengan lebih cepat. Pendapatan? Belum ada lagi. Tgh bina visitors dulu. Tp lepas ‘reformasi’ saya dapat visitors 300% berbanding sebelumnya dan meningkat +-30% setiap bulan.
IK, saya baru memulakan perniagaan printing and pcopy.saya sewa tapak rm800/month.ada juga service netsurf dan cafe kecil2 lan.ok ke car saya ni?
thank…
saya faham penjelasan bertulis ttg “efficiency”..
masalahnya saya kurang faham cara nak baca keluk “efficiency curve” tu
Kalau dah siap video tu, tentu mudah nak baca keluk… 🙂
lama tak singgah blog sibuk ckit.hehe
emm.bagus gak keluk2 ni tapi saya tak berapa faham.hoho
Salam,
Bagaimana pula dengan MIBO , mana nak pilih/boleh pilih ke?. kerana banyak produk..kita tak tahu yang mana satu boleh laris….
Saya dah buat blog seperti yang nasihat malam tu. tapi belum ada yang respon..tak tahu kenapa/ada yang silap..
saya MIBO reseller.
Kak Zainun
salam,
Zil-el.Saif.
apa web site address anda.
nak lihat, bagaimana layoutnya.
baru belajar buat web …irfan gurunya..tapi tak faham sangat..
harap anda boleh bantu.
Setuju. Masalahnya skg, ada halangan dihadapan yang ” kalau ditelan mati emak, diluah mati bapak”, camne tu ?
o…macam tu maknanya kita kene tumpu satu dahulu dah laju baru bt benda len…