Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.
Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.
Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:
Start with a BANG!
Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.
Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.
Keep it short
Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!
Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more… dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.
Relate with them
Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien. Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat, pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.
Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.
Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai. Masa saya dulu2 di sekolah & university, saya sendiri antara mereka yang takut hendak memberi public speaking. Tak berani! Tapi, sekarang, public speaking & presentation menjadi antara rutin karier saya 🙂
By the way… pernah tak anda lihat komunikasi saya pada 2005? Klik di sini untuk melihat… memalukan! Untuk perbandingan… saya letakkan yang 2008 punya juga. Klip 2008 menggunakan 3 tip yang saya kongsikan di atas- start with a bang, keep it short & relate to them- enjoy! 🙂
FREE TALK ASAS PERNIAGAAN INTERNET BERSAMA IK…
Hari Khamis 4hb ni, saya akan adakan free talk di Cititel, MidValley pada pukul 8.00 malam. Khas untuk anda ingin tahu mengenai perniagaan Internet. So, kalau anda free, and nak dengar talk saya mengenai asas perniagaan Internet untuk 1 jam, free je…
Juga, akan ada sedikit preview percuma workshop mini & workshop jutawan Internet. Also, for the first time, akan ada *sale* buku & produk RahsiaInternet.com. Up to 40% discount.
Sekiranya anda berminat untuk preview percuma ini dan ikuti talk saya, just email sales@rahsiainternet.com dengan nama & nombor handphone anda. Tajuk email, TALK PERCUMA DI CITITEL MIDVALLEY
Tempat terhad kepada 60 orang sahaja, so booking awal-awal. 20 peserta yang terawal akan terima sebuah buku bernilai RM25. Buku betul, bukan ebook 🙂 Jumpa di sana!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Bak kata pepatah pengalaman mengajar kita untuk menjadi yang terbaik bagi diri sendiri 😉
3 Tips Dr.Irfan di atas terdapat juga dalam Manual “Presentation Skill” yang saya belajar dengan Consultant last 2 year. So far, skill ini jugalah yg banyak membantu saya dalam dunia perniagaan sekarang 🙂
tip yg ringkas tp amat berguna..
video IK pd 05 n 08 t’bukti prubahan skill presentation….Yes, I can!!!
Salam.
Tips yang menarik.TQ Dr IK.
Start with BANG tu menarik minat saya. Boleh digunapakai pas ni.
KISS your audience..
Keep it short => KISS => Keep It Short & Simple…
Suka tengok Dato Syed Zainal Proton MD bagi speech masa Exora launch haritu. Macam Steve Jobs.
Kenali audience anda dahulu dan rancanglah strategi anda.Bercakap dengan orang yang berlatar belakang dalam bidang kejuruteraan tak sama dengan orang dari bidang ekonomi.
Tak pernah lagi buat business presentation depan orang ramai
Huhuhu…kesilapan tu akak pernah buat, sebab masa diberi cuma 5 minit. Buat presentation macam kena kejar hantu, pas tu “bang!!”, terlupa skrip bila kena sampuk ditengah-tengah cerita. 🙂
Apa pun IK, pengalaman bertahun itulah menjadikan IK yang sekarang ni. Thanks untuk tips kali ni. 🙂
samalah saya pun tak pernah buat biz presentation depan org ramai. Bagus jugak IK bg tips ni boleh mendalami lg.
Saya ada permintaan: Boleh tak IK berikan tips untuk tarik komuniti ke blog. TQ
public memang mencabar tapi menyeronokkan.Masa buat MLM dulu sering kali buat public speaking dengan hadirin ratusan orang.Tapi sekarang pun masih kena public speaking handle workshop baikpulih H/P pula.
Ya, saya akan pastikan saya suatu hari akan dikenali sebagai presenter terhebat! yeah… 🙂
salamz.. saya pernah beberapa kali buat presentation samaada menggunakan slide dan juga tidak menggunakan slide. macam biasa butterfly dalam perut tu kena buang. cuma kekadang bile ada yang bertanya tentang sesuatu yang saya tak tahu nak jawab atau soalan diluar jangkaan saya, saya terus blank.. lepas tu macam tertelan perkataan (tertelan lirik). jadi ada cara ke macam mana nak selesaikan masalah ini supaya tak menggangu presentation atau talk yang saya beri?
Salam…IK
Skil presentation …betul, sgt2 penting.
klu namanya bisnez..x kira apa2 produk pun,
presentation kena betul & mesti kena dgn produk.
komunikasi IK 2005…Tahniah!
Tak perlu malu…& tak perlu byk cakap
kerana ada produk utk diperkenalkan.
Beli & baca je buku tu…
2008…Hebat.
Komunikasi dgn audience..wow respon bagus sekali.Yes i can…
Baru2 ni slot Santai..TV1
memang x puas dgr point2 power IK
Sekejap sgt…
*****(Pernah present depan.. seramai lebih 40 org (80% surirumah 20% warga pencen…cerita bisnez e-dagang) melopong semua…hehehe..
YES I CAN…
Masa saya kerja bahagian sales dulu, bos ada ajarkan beberapa tip untuk public speaking. antaranya:
1.Jangan minta maaf jika terlambat. Katalah lambat untuk start, terus je mulakan. Minta maaf hanya apabila selesai.
2.Buat pergerakan, contohnya berjalan ke kiri dan ke kanan. jangan kaku.
3. Ada tempat bergantung. Maksudnya peganglah sesuatu di tangan contohnya pen atau slid dan lain-lain.
4. Jangan gunakan jargon,. Contohnya errr, aaaa dan lain-lain.
5. Ada intonasi. Suara mesti rendah dan naik bergantung kepada point dan keadaan.
Jika dipraktikkan, insyallah, menjadi.
Yup, ramai yang cuak kalau dengar bab public speaking ni. Tips untuk Andi, kalau saya, saya akan katakan sapa ada soalan sila simpan dulu pada masa QnA nanti, jadi taklah ganggu kita nyer talk tu.kalau nak tanya jugak ,just take note dulu, then proceed talk,pastu baru jawab,kalau blank sebab x tau nak jawab, mungkin boleh open soalan tu pada audience hehe.
tip ni mesti catat..tq bang Irfan
Tips yang menarik!
Setiap orang yang melakukan perkara baru dalam hidup mereka pasti akan mengalami situasi gementar , gemuruh dan kurang keyakinan.
Itu NORMAL dan ianya HANYA dapat dipulihkan melalui dengan KEBIASAAN melakukan sesuatu perkara yang dtakuti itu!
THINKERICH
IK memang POWER!
Boleh ‘tengok’ je lah, aku ni baru merangkak-rangkak dalam dunia maya ni….hehe
Good article, Thanks. my name Philip.
amat-amat bersetuju.
Tips “presentation” yg akan saya pegang. Bukan senang nak tarik perhatian @ minat orang lain kalau takde skil. Terutamanya bila kita masih baru dan kurang pengalaman.
Biasanya ramai orang takut hendak buat PRESENTATION kerana takut berdepan dengan audien dan rasa rendah diri.
Tp utk berjaya skill Presentation harus diasah dari awal dan jgn rasa rugi utk keluar duit bg mempelajari teknik komunikasi
Biasanya skill akan bertambah mengikut pengalaman. Semakin banyak kita mencuba, semakin tinggi skill kita dapat…
Audience spt bayi yang sedang lapar dan menunggu anda menyuapkan makanan, gagap itu normal, sesiapa sahaja mengalaminya cuma pengalaman dan pengetahuan mematangkan presenter itu.
Tidak perlu risau mengenai audience, mereka hanya menunggu dari kita, inginkan sesuatu yang drastik dari presenter itu sendiri..