Skema perancangan

“If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!” ~Abraham Lincoln

“Before everything else, getting ready is the secret of success” ~ Henry Ford

“When schemes are laid in advance, it is surprising how often circumstances fit in with them” ~Sir William Olser

Berhenti seketika, anda sering membaca Tip Satu Minit, tetapi adakah anda melakukan perkara yang paling penting sekali dalam mencapai kejayaan?

skema.gifDi hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini – berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.

Satu skema perancangan telah dirancangkan sejak awal lagi, dan setiap hari, saya akan berusaha mencapai segalanya.

Ambil sekeping kertas, dan sediakan skema perancangan anda untuk tahun ini. Siapa yang belum melakukan latihan ini, adalah dalam kerugian!

ps: Bagi mereka yang tidak tahu melakukan skema perancangan, ini adalah contoh gambarajah skema tersebut. Seperti flow chart sahaja.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

44 thoughts on “Skema perancangan

  1. “Gagal untuk merancang bermakna merancang untuk gagal”
    “Berjaya Untuk merancang bermakna merancang untuk berjaya”
    Saya bersetuju dengan kita perlu mempunyai skema perancangan. Sebaik-baiknya kita mempunyai skema perancangan;
    -Harian
    -Mingguan
    -Bulanan
    -Tahunan
    -Kehidupan

  2. Assalamualaikum

    emm.. menarik topik nie 😉

    Pada pendapat saya, Skema Perancangan mungkin boleh diolah seperti format berikut:

    1. Projek yang akan dilaksanakan;
    2. Carta alir yang menunjukkan proses kerja;
    3. Tarikh perlaksanaan;
    4. Carta kemajuan projek;
    5. Analisa pencapaian (actual vs target) 😉

    Maybe bole share contoh format skema perancangan yang dah buat 🙂

  3. “Maybe bole share contoh format skema perancangan yang dah buat”

    Aisey… tak bole… company secret tu. tapi betul la apa yang di katakan 1-5. Contoh carta yang telah siap:

    Buku Rahsia Jutawan Internet (2005) > Workshop Jutawan Internet (2005) > Buku diolah bahasa kepada Secrets of Internet Millionaires Revealed (2006) > Internet Millionaires Workshop (2006) > CD Rom Langkah 1-2-3 (2006)> Ebook Cara Promosi (2007)> ….

    Semuanya dirancang dari awal (2005).

  4. Saya telahpun berjaya mencapai skema perancangan yang pertama, biarpun secara kecil-kecilan dulu dan tak sampai sebulan selepas menyertai Workshop.

    Lawati laman web saya.

  5. Skema perancangan ni samalah dengan perancangan nak buat sesuatu projek pembinaaan. Perancangan dari awal hinggalah kepada projek tu siap:

    1. Feasibility Study
    2. Prelimineries Estimate
    3. Development Cost
    4. Preliminaries Design
    5. Detail Design
    6. Project Duration
    7. Start Date
    8. Construction stage
    9. Date of Completion
    10.Project Lauching

    Hisham;
    “Yang penting budget mau ada”

  6. Hehe abg Irfan, saya rasa cam nak scan lak flow chart untuk website Malaysiapal.com saya tu and then kasi kat abg. Conteng-conteng pakai pen je kat satu buku page belakang sekali 🙂

    Memang penting buat flowchart ni, baru nampak progress apa yg kita buat ni tercapai ke tidak 😀

  7. P2.DOTCOM…>

    macam SDLC pulak yer… timing juga penting.. kalau tak ada timing, sesuatu tindakan tak akan ada target & tiada pencapaian khusus..

  8. Skema perniagaan seperti juga kita buat process flow untuk produk yang baru dilancarkan iaitu dari mula produk dalam ‘production’ sehingga selepas jualan. Kita juga perlu membuat ‘business plan’ untuk mengetahui kos dan keuntungan sesuatu produk baru.

    Regards Sharifah Azran Alam

  9. Sebenarnya perancangan di dalam segala kegiatan adalah bahagian yang paling penting. Sekiranya tersalah perancangan dan perkiraan, akan mengakibatkan kerugian, setidak-tidaknya merugikan masa.

    Macam Sdri Nita kata, teringat SDLC Waterfall system masa belajar dulu. Salah buat analisa sistem, hancus jadinya. So kena buat balik.

    Salam.
    http://www.jobsecret.com.my

  10. Penting kena lakarkan skema perancangan tu. Ada orang biasa hanya merancang pada fikiran.. Nak buat itu.. Nak buat ini.. semua hanya letakkan kat memori jer. Seminggu lupa suku.. sebulan lupa setengah.. Dah sampai setahun ilang terus :-). Pastu tahun depan azam baru merancang lagi.. Last-last macam tu la sampai tua! 🙂

  11. if u fail to plan u’re fail

    setiap pagi, pasti ini yg saya buat kpd staf saya supaya mereka tahu apa akan dibuat hari ni.
    dan setiap awal thn pula, saya akan maklumkan perancangan tahunan organisasi.

    utk ebiz pula, spls dpt input pd irfan supaya menulis semua matlamat tahun 2007,
    saya pun ikut nasihat beliau dan pamerkannya di SOHO saya.
    setiap hari, saya akan pastikan semua agenda harian, mingguan, bulanan saya dipenuhi. jika tidak, saya akan baiki kesilapannya agar tidak mencacatkan perancangan ebiz saya tu.

    ok irfan?

  12. Assalamualaikum,

    setiap orang harus ada skema perancangan tak kira dari segi apa sekalipun. Tanpa skema perancangan, corak kehidupan hanya mengikut arus dan tak akan berubah. Kan usaha tangga kejayaan?

    Ini skema perancangan saya yang pertama untuk tahun ini, itupun agak terlewat kerana terlewat menyertai workshop Irfan,silalah lawati laman web saya : http://www.soaljawabagama.com

  13. saya pun ada buat skema perancangan utk each and every web business yg nak saya buat. Yg pasti, bila je ada idea utk apa2 pun (web biz/menulis etc) saya cepat2 jot down sbb takut nanti terlupa. Idea yg bernas slalunya dtg sekali je… kadang2 tu time solat lak tu!! iskk!! So masa ingat tu, cepat2 jot down dan situ akan terus berkembang.

    Pasal flow chart utk plan setahun/sebulan etc tu je yg tak buat… hehe… (kena buat gak nih!) Betul kata Irfan. Klu tak buat kita tak nampak apa yg masih belum dicapai/yg kena catch up/yg perlu diberi priority dsbgnya.. Wallahua’lam

  14. Saya tertarik bila baca entry Irfan kali ni. Perancangan mesti lah detail & perlu sedikit analisa akan progress kerja kita…

  15. Memang betul cakap Irfan kita! Perancangan teramatlah pentingnya.

    Saya pun setuju dgn P2…DotCom.Kalau nak buat bangunan pun mesti ada dulu pelan dia. Architect kena lukis dulu. Barulah nampak bentuk bangunan camna.Senanglah kontraktor nak ikut.

    Begitu juga dgn hidup kita. Mesti perlu dirancang. Barulah nampak dgn jelas ke mana hala tuju kita. Kalau agaknya dah terpesong, semak balik skema kita dan kalau perlu adjust alignment kenalah adjust balik supaya taklah tersesat jalan.

    Apa pun kita mesti sampai ke sasaran yg dirancangkan.

  16. kalau macam tu, semua perancangan ni bleh digunakan masa kita study ke,abg irfan?maksud saya, bleh diaplikasikan sbg seorg plajar? and as a student, should we involve in ur business?

    saya pun dapat banyak tawaran utk join MLM program tapi satu pun tak menarik perhatian saya..

  17. Assalamualaikum wbk,

    AlhamdulilLah..!!

    Syukran.. topik ni paling best pernah saya baca.. bravo ab Irfan!

    Saya tertarik info tambahan mirul & P2..DotCom..
    Kalau combine, boleh ke jadi macam ni?

    1. Projek yang akan dilaksanakan;
    2. Carta alir yang menunjukkan proses kerja;
    3. Kos anggaran & kos sebenar
    4. Tarikh perlaksanaan;
    5. Carta kemajuan projek;
    6. Analisa pencapaian (actual vs target) 😉

    Sebab, modal saya pernah lari budget..

    p/s: AlhamdulilLah, baru nampak silap saya.. tulis matlamat tapi takde perancangan teliti.. Terima kasih sekali lagi..

    Moga diberkati ilmu dicurah..

    ~ from ground test to ground zero, insya-ALLAH! ~

  18. Betul tu…

    Ramai diantara kita fail to plan dan plan tu fail…

    Kena la banyak melakukan persediaan rapi sebelum execute projek kita tu… apabila plan dah siap kena la bertindak dengan segera.. Betul tak bro IK

  19. Salam
    Dalam bidang IT,Ada orang buat bisnes dengan mengambil upah buat “flowchart”. Beginner beli flowchart dari pakar-pakar.. (kalau kawan-kawan dia tolong percuma jer,syarat kena letak jugak signature dia, win-win situation tanpa kos ), Contoh,nak buat suatu aplikasi IT, kita terangkan projek kita kat pakar dan mereka akan buat flowchart(knowledge Object)untuk kita, untuk membina aplikasi itu.

  20. yup. Saya setuju perancangan dan usaha adalah aspek yang penting dalam apa jua perniagaan. Tiada siapa yang akan berjaya kalau takut dengan risiko. dan tiada yang akan jadi kaya kalau mau bisnis tapi tak mau keluar modal. 😉

  21. salam
    wah..syiok ar topic ni..bab merancang mmg lah tersgt penting..tp kekadang tu disiplin tak cukup kuat laa.heheh..masih kene usaha.kan kan kan

  22. Ya memang untuk sukses kena ada perancangan teliti juga wajib dispilinkan diri tak lupa praktis dan terus praktis.Doa pada Allah adalah kunci utama agar rezeki dekat dengan kita

  23. terima kasih IK boleh saya praktikkannya ni….terutama dalam pemasaran affiliate yang saya lakukan…rupanya ini rahsia kejayaan.terima kasih IK

  24. Assalamualaikum wbk..

    [Quote]yup. Saya setuju perancangan dan usaha adalah aspek yang penting dalam apa jua perniagaan. Tiada siapa yang akan berjaya kalau takut dengan risiko. dan tiada yang akan jadi kaya kalau mau bisnis tapi tak mau keluar modal. ;)[/Quote]

    Hmm, saya setuju. Betul, tanpa modal, bisnes tak jalan..

    Cuma.. masalahnya perancangan kena selari dengan ‘economy downturn’. Tak semua project boleh penetrate market dlm ekonomi camni.. Bak kata omputih, ‘Orang ramai prefer nak menyimpan’.. huhuhuh..

    Hmm, lagi satu.. saya ada tanya kengkawan.. Nak dapatkan grant/modal.. daripada MOSTI fund contohnya.. dah close.. huhuh.. Got ideas..??

    p/s: Pening nak brainstorm idea.. minta maaf Ab Irfan kalau memeningkan ruangan komen nih.. Maaf byk-byk..

  25. Assalamualaikum IK,
    Ya untuk berjaya kita mesti ader perancangan yang teliti dan along d way kita aplikasikan apa yang telah kita tuliskan & belajar dan moga-moga ia berjaya.

    Alhamdulliah buat masa ini segala perancangan adalah mengikut jadual, klu tergelincir skit-kit tu biasala. Tp jangan putus asa. Yg penting usaha mesti lebih lagi untuk maju kehadapan.

    Shamsul
    http://www.kilauankerongsang.com
    http://www.mentorjutawanebook.com

    ps: Tahniah pada IK kerana memberi idea pengiklanan secara percuma di majalah. Sy telah praktikan dan memang terbukti berkesan. Buat masa ini sebuah majalah terbitan Karangkraf (majalah MIDI) akan memberikan pengiklanan percuma kalau tak silap keluaran pada bulan Mac 2010 ini. Sama-sama kita nantikan…

    Semuanya dirangcang pada akhir 2009…

  26. memang betul tu kenyataan diatas. mana ada bisnes tak keluar modal, nampak macam kedekut sangat laa. haha.
    saya ada terbaca artikel yang menyatakan.. adalah “lebih baik” jika ada alternatif lain untuk menjimatkan modal selagi tidak mengurangkan kualiti produk.

  27. ya btl,tiada perancangan tiada kerja.lepas 2 kucar kacir salahkan orang lain…haha x ka x btul namnya 2…

  28. Tuan IK,
    Salam sejahtera,
    Boleh tolong emelkan saya langkah mengikut pendekatan perancagan sepeti yg tuan telah lalui dan berjaya membuahkan hasih/ apa yg dicita-citakan………..

Leave a Reply

Your email address will not be published.