Jawapannya: Burger yang “sistematik”!

Memang hebat jawapan anda semua. Memang betul,”branding” termasuk logo, warna, slogan, marketing plan, budget semuanya membuat orang memilih McDonalds. Semua tu kita dah bincang sebelum ni… dan akan dibincangkan lagi.

Tetapi, jawapan dan tip hari ini adalah, McDonalds’s mempunyai suatu “sistem” iaitu business system mereka.

“The answer is obvious: McDonald”™s is excellent at business systems. The reason so many talented people are poor is because they focus on building a better hamburger and know little to nothing about business systems.”
– Robert Kiyosaki

(tq i.m.h.o, tak perlu saya type… main cut & paste your post sahaja :))

Maksud “business system” amat luas. Untuk tip ini, kita focus pada “sistem” yang boleh diimplementasikan pada perniagaan kecil-kecilan.

Sistem ini hadir dalam semua perniagaan franchise. Iaitu, tak kira la sesiapa sahaja kita letak di dapur McDonald’s tu, burger, fries, apple pie, ayam goreng, semuanya keluar sama sahaja setiap kali.

Sistem ni seperti satu manual untuk diikuti semua orang. Kalau nak buat burger, Langkah 1 apa? Langkah 2 apa? Langkah 3 apa? Ada step by step mudah untuk di ikuti. Sama juga untuk buat fries, ayam goreng, bubur, apple pie dan sebagainya. Termasuk lah uniform, bila nak senyum, bila nak basuh tangan, cara2 basuh tangan, kebersihan, apa nak ditanya pada pelanggan seperti “Nak tambah fries tak?” 🙂 (Quality control termasuk… bagi yang jawab quality control, dapat 1/2 markah)

Dengan adanya sistem mudah ini, perniagaan McDonald’s boleh diduplikasikan dan dikembang. Orang ramai juga akan mendapat produk dan perkhidmatan yang sama sahaja tidak kira McDOnald’s mana yang mereka lawat, mereka tahu apa yang mereka akan dapat.
(No element of surprise)

(Yang jawab “aturan kerja” dapat full mark!)

Menurut buku E-Myth oleh Michael Gerber, untuk perniagaan kecil-kecilan maju, perlu mempunyai sistem juga. Anggap perniagaan kecil-kecilan anda seperti satu franchise. Buat satu manual step-by-step yang mudah diikuti jadi, sesiapa sahaja yang handle, boleh menjalankan perniagaan anda- walaupun anda tiada disitu. Itu akan menjadi sistem anda.

Dengan mempunyai sistem manual yang mudah diikuti, anda boleh duplikasikan perniagaan anda, maka, anda juga boleh duplikasikan keuntungan perniagaan anda. Tapi ingat, sistem anda perlu dipermudahkan seperti McDonald’s- tidak perlu chef pakar untuk kendalikan, budak2 lepas SPM pun boleh…- sebab itu juga burger McDonalds tak begitu sedap. Sekiranya buat sedap-sedap, nanti sistem menjadi complex.

Pengajarannya juga adalah, untuk berjaya dalam perniagaan, tidak semestinya anda mempunyai produk yang jauh lebih hebat dari pesaing anda (tak semestinya burger anda lagi sedap). Tetapi, sekiranya anda mempunyai sistem bisnes yang sistematik dan boleh diduplikasikan, anda boleh mengembangkan perniagaan dan keuntungan anda.

Kalau dicampurkan dengan elemen-elemen jawapan anda mengenai marketing, lagi cantik!

tambahan: Perasan tak sekiranya anda memasuki 7-eleven, ada bunyi “Ting Tong”, lepas tu pekerja di dalam ucap “Selamat petang encik!”, susunan rak2 semua 7-eleven hampir sama, cuba check susunan kotak rokok di mana-mana 7-eleven- sama sahaja, di kaunter pula pekerja beruniform akan tanya “Encik tak mahu beli roti?”… semua tu adalah sistem manual bagi 7-eleven. Boleh diduplikasikan. Keuntungan pun berganda.

Oleh kerana ramai balas, maka, panjang sikit tip kita hari ini 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Jawapannya: Burger yang “sistematik”!

  1. sememangnya benar apa yg dikatakan tu… abg irfan jawab semua dah .. hehe .. byk gak ilmu dari tips hari nih…

    btw: minta maaf kat semua sbb lama tak join sini, kable telefon kene curi lagi last week..

  2. Hm,sistem yang sudah berjaya diimplementasi dan hanya perlu dulang sahaja bagi mencatatkan kejayaan yang berikutnya.

    Ya,pertama kali untuk mendapatkan satu ‘sistem’ yang benar-benar tepat dan mampu mencatatkan kejayaan bukanlah mudah,tetapi apabila ia berjaya,maka semua kerja menjadi mudah kerana kita hanya perlu mengulangi sistem yang telah berjaya tersebut.

    “If we can replicate a winner’s mental blueprint,we can replicate their success”

    Seperti apa yang selalu sebut,kalau nak berjaya,ikutlah langkah-langkah mereka yang telah berjaya dan anda pasti akan berjaya.

  3. ooo…sistem jawapannya…
    makan, basuh baju, buang air, memandu dan semua perkara yang kita lakukan, secara tidak sedar mempunyai sistem tersendiri…

  4. Assalamualaikum.

    Panjang lebar.penat saya membaca nya.
    bila fikirkan balik, betul jugak ye.
    hampir semua kompeni besar ada sistem nya sendiri.sebab tu lah kot kompeni-kompeni ni dapat bertahan.

    Wassalam.

  5. kebanyakan syarikat ataupun yang berniaga kecil-kecilan sudah tahu perkara macam ni, dia orang buat, contohnya dalam software. user manual,functional spec, User Acceptance Test, semua ada.. tapi yang menjadi masalah paling besar iailah tak amal dan tak pakai, itulah mentality kita. memang susah nak ubah. Tapi kalau syarikat luar masuk contohnya jepun boleh pulak ikut,..budaya suka ikut dan tak suka praktikan atau amalkan… kena kita hapuskan dalam diri kita.

  6. Darin bg pendapat, apa kata untuk tip-tip yang akan datang, suka nak membuat soalan seperti soalan Mcd ni, coz ramai yg reply dan tentu nya mendatangkan banyak pendapat, then esoknya baru ulas, Darin fikir itu akan memeriahkan lagi blog ni, sebagai pandangan sahaja yea .:)

  7. Sistem businees yang sistematik ini juga digunapakai oleh KFC seluruh dunia. Ini yang membuatkan mereka berjaya..

  8. Sememangnya sistem francais adalah seperti MLM dimana ia adalah sistem copycat atau “what monkey see is what monkey do”. Burke Hedges, penulis “Who stole the american eam?” menulis dalam bukunya, “How to copycat your way to wealth” mengatakan perlu meniru bagaiamana orang yang sudah berjaya jika kita juga ingin berjaya.
    Tetapi persoalannya adakah ini sesuai juga untuk perniagaan internet. Kalau ya, mungkin Irfan membuat satu affiliate yang mempunyai sistem yang mudah diikuti oleh newcomer dalam internet business?

  9. Pergh…kene pikir detail sampai camtu skali. Patutlah byk business tak menyerlahkan potensi sebenar sebab takda sistem yang betul2 terperinci dan berkesan. Hurm… kene mula berpikir sekarang…

    (cable telepon pon ada orang nk curik ye..? derang nk watpe ngan cable tu? Konpius..)

  10. misal kata, sy nak buat bisnes dadih. Langkah-langkah utk membuat dadih seperti sukatan air, susu cair, gula dan dadihnya mesti lah sama supaya rasanya tidak lari. Jadi langkah2 dan sukatan yang digunakan untuk membuat dadih tersebut adalah bisnes sistem saya. begitu? irfan, correct me if i’m wrong.

  11. assalamualaikum… reply pada abg fuad..

    nak tahu rahsianya…
    kable telefon adalah conductor kuprum yg tinggi nilainya dipasaran..seperti apa yang berlaku pada kisah Tan Sri Ananda Krishnan.. dia dulu2 pun beniaga besi buruk juga 🙂

    tapi xde la sampai mencuri..
    but mencuri pun is a bisnes juga.. tapi cara tak baik utk dptkan wang..

    harga pasaran kuprum .. diantara 2 tiang telefon mencecah rm800-1k, so yang telah dicuri sepanjang 4 tiang telefon…
    hardcore punye kes… rm800x3= Rm2400

    pencuri tu bagus .. dia tahu nilai pasaran bahan mentah yg tinggi.. ada juga dia buat research tu…

    tapi bisnes kotor la tu..alhamdulillah setelah 3-4 kali saya repot.. baru la pencuri tu kene tangkap… dengan ‘networking’ nya sekali..

    saya boleh online kembali 🙂

  12. WOW!!!…hebat, walau nampak simple tapi hebat dan ianya boleh di aplikasikan kat mana-mana business. This is really Good! Ok, saya nak gi buat sistem ni! Thank you very much Doc!

  13. Mmmmm…system? macamana nak apply kan dengan internet bizz ni minta penjelasan.
    Sebab McD melibatkan ramai orang…. internet bizz kita sorang je….camne ni ,confuse?

  14. Jawapannya: Burger yang â€sistematik”!

    Fuyooo burger sistematik maaa… tak sedap pun laku jugak yer? masih ramai yang terus berkunjung ke Mcd. Ingatkan sedap sangat burger McD? Kalu cakap tak sedap tu, dah tentu ramai yang nak pergi jenguk McD. Betul ke tak sedap? Atau tak berapa sedap? Sedap mata memandang ada laa.

    Sedap mata memandang? Banyak pilihan la tu. Berapa banyak iklan telah dibuat oleh McD? Kalu dah banyak iklan kat mana2, dah tentu keuntungannya berlipatkaliganda.

    alahai… memang betulpun tak bagus sebagaimana iklan McD kat tv tu yer?

    ”Ini tak bagus!” Punyalah detail penerangan yang diberikan dalam iklan tersebut. Lepas tu terpinga-pinga pulak jurucakap McD tersebut apabila ada yang kata ”saya dah makan satu, memang bagus.” Sedaplah tu maknanya.

    Lepas nih boleh laa buat pisang goreng sistematik pula. Pisang goreng yang best dan sistematik.

    Pastikan ia berkualiti. Jangan pakai balun je buat produk sukahati kita sekadar nak menarik costumer ramai2. nanti tak pasal2 kehilangan costumer. ini banyak yang berlaku. sebab apa? sebab orang yang datang tu, bukan pembeli yang sama. itu pasal perniagaannya masih bertahan. itu laporan dari pak saudara saya la yang seringkali singgah kat mana2 tempat perniagaan untuk menjamu selera.

    eh, memang boleh berniaga jugak kalu tak sedap pun. sebabnya, sebab adanya ramai orang dan lokasi menjadi tumpuan orang yang berbeza2. kalu report seluruh malaya, dah tentu lingkup bisness mereka. tapi takkan ler nak buat sampai macam tu pada mereka yang menjual produk yang tak berapa sedap…

    keropok lekor sistematik?

    lain pulak citernya kalu sedap. dari jauh dan dekat pasti datang dan akan datang lagi nak menjamu selera. macam dalam iklaneka jalan-jalan cari makan ler. mahalpun orang akan beli sebab memang sedap dan best wooooo…

  15. bagus jugakan kalau ada sistem yang bagus…
    tapi nak buat sistem tu mmg senang tapi macam dikatalah buat senang nak ikut tu yang payah.
    anyway apa yang diberi oleh mmg bagus.. membuka minda org yang baru nak belajar cam saya ni…

  16. erm… sumer kata bgs tapi tak terfikir kerr.. kalau dah glamour iklan dah merata2 buat apa2 org akan cari nak cuba jugak, tapi malasah nyer sekrg kiter nak ikut style dia mana ada modal nak buat promosi dan iklan utk bisness kita, jadi ada tk . tip2 yg simple tapi best seperti cara nak tarik pelanggan dan modal yg kecil tapi bisness kiter menarik. org suka dtg kedai kiter dari segi mana perlu kiter utamakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.