Ketika berniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba kekedai anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai anda, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi.
Senyuman juga bukan sahaja apabila bersemuka. Di telefon juga, berikan senyuman. Ini adalah kerana, pelanggan anda dapat “mendengar” senyuman tersebut dan akan merasakan anda adalah peniaga yang mesra.
Cuma, perniagaan Internet sahaja tidak perlu senyum. Nanti apa pula orang kata apabila melihat anda tersengih-sengih di depan komputer! 😀
Â
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Memang betul kata Irfan,kerana sikap ini menunjukkan budi bahasa kita.Tidak kira apa jua perangai yang di tunjukkan oleh pelanggan,kita kena lah sentiasa berikan senyuman yang ikhlas.Pelanggan adalah kepentingan dalam sesuatu perniagaan.ini adalah dugaan kita dalam merentasi dunia perniagaan.tak rugi pun kalau kita berikan senyuman kepada pelanggan,mungkin di sebalik senyuman itu akan beri kita pulangan yang berlipat ganda.”JANGAN LUPA SENTIASA SENYUM”
Saya rasa sebahagian besar dari peniaga internet juga harus tersenyum apabila usaha mereka telah mula membuahkan hasil. Senyum peniaga internet adalah senyum syukur bercampur kepuasan. Saya seorang jurugambar digital, mengiklankan khidmat saya di dunia siber. Apabila melihat hasilkerja saya, saya tersenyum, apabila pelanggan gembira saya juga tersenyum, apabila gambar2 diFotoPage saya dikagumi juga saya tersenyum, apatah lagi bila menerima bayaran, lebih lebarlah senyumnya.
Senyuman perlu bukan hanya kepada pelanggan sahaja, ianya juga perlu untuk diri kita sendiri… Bukan begitu ?
senyum itu sedekah..senyumlah selalu kepada pelanggan anda nescaya mereka akan sentiasa dekat dengan kita 🙂
senyum!
senyum itu sedekah..dlm Islam sndri ada menyebutkan sedemikian..jadi bykkan ler senyum itu..;)
Senyumlah, maka dunia akan tampak lebih ceria
Apabila anda tidak mampu bersedekah dengan harta, bersedekahlah dengan senyuman. Tapi kekadang tu bila kita senyum pada seseorang, orang tu tak nak pun senyum pada kita balik. Tu yang malas nak senyum pada orang. Kalau senyum seorang diri lak, nanti dikatakan gila pulak. Apa-apa pun tak salah kan kalau kita senyum terutama pada mereka yang kita kenal dan tak kenal. Yelah…kita ni kan peramah. Ikut kajian mereka yang selalu tersenyum, mereka nampak muda, hebat dan panjang umur.
Selamat tersenyum, asal jangan terus senyum sendirian. Itu gila namanya
1)Senyuman pengubat hati yang lara.
2)Seyuman menjalin kemesraan antara kita dgn pelangan.Pelangan akan rasa dihargai dan dihormati.
3)Senyuman dapat melembutkan hati pelangan.
4)Senyuman membuatkan pelangan merasa kita seorang peniaga yang mesra.
Aku ada satu pengalaman.Sikit2 ada kaitan dengan senyuman.
Satu hari member aku telah membuat design untuk satu produk utk part kereta.Entah cammana information salah maka design kawan aku pun ikut tersasar
Sehari sebelum hari presentation kawan aku dapat tahu kesilapan tersebut.Apa lagi tak sempat nak modify dah.
Masa presentation kawan aku kena bantai cukup2 tapi sidia nie tetap rilek dan senyum aje sebab kesilapan dari mereka.
Lepas habis presentation kawan akupun jumpa engineer tersebut dan terang keadaan sebenar.Mungkin sikap kawan aku yang tenang, mesra dan mudah tersenyum,akhirnya design tersebut telah diterima oleh customer tersebut dan apabila dikeluarkan ianya antara part kereta yang mendapat pujian.
Pengajaran dari cerita diatas.
1)Sikap mesra, tenang dan mudah tersenyum membuat pelangan merasakan kita adalah seorang yang berbudi pekerti mulia.Pelangan akan merasa senang untuk berurusan dengan kita dilain masa.
Saya setuju tu saudara Irfan. Sebab saya pernah pergi ke sebuah kedai makan tu..tp tuan kedai buat tak layan je apatah lagi nk senyum..tu la pertama kali pergi ke situ dan definately the last time too..so kepada pengusaha semua..mulakan hari anda dgn senyum…murah rezeki..
Senyum bagi pandangan Darin, adalah virus yg mudah berjangkit, andai kita senyum pada org yang tidak di kenali, insya’allah, senyuman kita akan berbalas.
Senyum juga pembawa rezeki, saya setuju dengan saudara Alyaridz, benar seorang peniaga perlu memurahkan senyuman untuk menarik pelanggan nya. Mungkin ini lah sebabnya mengapa sasaran pengiklanan memberi tumpuan kepada model wanita, kerana wanita murah tersenyum..Benarkah?? 🙂
senyum…………………………………………..lahhhhhh
senyum itu sedekah
tambah2 sikit rencah dalam topik ni for sharing.tqvm:
SENYUM S.M.I.L.E.”S” > “It’s full of worth and goodness too, with manly kindness blent, It’s worth a TRILLIONS dollars and it doesn’t cost a cent”.
“SMILE and the world smile at you too”,
“senyum umpama suria yang membawa CAHAYA”
“senyum dari hati duniaMU akan berseri,
“senyum umpama titian dalam kehidupan”
setuju dgn tip ni..
memang amalkan senyuman ketika berniaga mampu memikat hati pelanggan. selain daripada menunjukkan kita mesra pelanggan, ia juga membuatkan pelanggan senang dgn kita.
secara tidak langsung, ia akan memupuk hubungan erat di antara 2 belah pihak