Setiap pagi, bila hantar anak2 ke tadika bersama isteri, sambil memandu, mesti saya lalu satu “gerai” kecil seorang india yang jual suratkhabar di tepi jalan. Sesiapa yang nak beli newspaper, just berhenti kan kereta di tepi bahu jalan, dan penjual akhbar ni akan memberi newspaper tersebut melalui tingkap.
Anda pernah nampak kan penjual newspaper sebegini?
Apa yang menarik bagi saya adalah, setiap kereta yang lalu ditepi “gerai”nya akan disambut oleh senyumannya. Tak kira, beli atau tidak surat khabar, usahawan India ni akan melambaikan tangan dan senyum untuk semua kereta yang lalu.
Bagi anda yang tahu, saya memang tak beli suratkhabar pagi-pagi, tetapi, setiap kali saya lalu gerainya, usahawan ini akan semyum dan lambai! Sehingga, ada masa, sekiranya saya sendiri apabila “perlu” membeli surat khabar, saya pasti akan berhenti di gerainya!
Satu pengajaran boleh diambil di sini…
Dalam perniagaan, layani semua bakal pelanggan dengan sama. Tak kira, mereka prospect, ataupun tidak, beri layanan yang sama.
Seperti usahawan India ini, dirinya senyum dan lambai pada semua orang. Anda pun perlu lakukan begitu.
Senyum pada semua orang, tak kira prospect atau pun tidak kerana, adakah anda 100% pasti mereka bukan prospect anda? Be friendly. Be nice. Kerana, dalam perniagaan, anda perlu menjual DIRI ANDA terlebih dahulu kemudian, baru jual produk/perkhidmatan anda.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
a/kum.betul tu.be nice, dan antara perkara kebaikan yang senang adalah senyum.bagi yang business,dgn senyuman dpt melariskan lagi perniagaan kita…
Kena banyak bersabar dengan karenah pelanggan. Apa2 pun, fikiran mesti positif! 😉
ha3..senyum jgn tak senyum…
pelanggan yang marah pun bila tgk kita senyum, mesti dia akan terpinga2 nak marah kita.. 😉
salam,
senyumlah 🙂
senyum juga satu sedekah!
Dalam erti kata lain, senyuman itu adalah satu (1) sedekah. Paling tidak senyuman itu adalah penampilan imej kendiri yang harus di amalkan setiap detik .
Sifu, nak menulis panjang sikit ni…bro nak share ngan gang semua my tips gaks please 😆
Okey, tetapkan fikiran dan hati you all dengan penuh yakin dan katakan, “Hari ini aku akan senyum kepada sesiapa sahaja …” kerana ia :-
1.Dapat menambah kawan dan rangkaian kenalan yang lebih luas. Lebih ramai teman, maka lebih senang untuk sesiapa sahaja berurusan dengan kita.
2.Memaniskan muka. Perkara ini amat penting. Dengan selalu memberi senyuman, lama-kelamaan orang akan mengingati kita sebagai, “Orang yang selalu manis mukanya tu…” Jadi senyum-senyumlah selalu!
3.Senyuman mengundang perasaan lembut hati dari sesiapa sahaja. Walau orang yang kita tidak kenal sekalipun akan merasa seperti kenal dengan kita. That’s great isn’t it?! 😉
Bro sendiri selalu memberi senyuman yang melebar kerana senyuman begitu adalah seperti magnet yang menarik dan memanggil-manggil sesiapa sahaja ke arah bro.
Apatah lagi sekiranya anda adalah dari golongan yang sudah lawa atau cantik, lagilah manis! Macam Sifu IK ni, dahlah hensem, tersenyum je… sebab tu ramai menyenanginya! Cuba bayangkan jika seseorang yang tampan atau cantik itu, masam mencuka rupanya. Yang handsome ke, yang jelita ke, pun kelihatan buruk!
Dulu bro selalu takut dikatakan artis perasan, tak betul atau tersenyum seperti orang gila. ITU SEMUA KARUT! Jangan hiraukan kata-kata seperti itu kerana, selalunya kata-kata itu datang dari orang yang hanya pandai bercakap dan percakapan sebegitu selalunya hanya datang dari orang yang gagal! Anda bukan dari golongan yang gagal, jadi, lakukannya dari hari ini juga. Amalkan senyuman manis, jujur dan ikhlas kepada sesiapa sahaja. Saya jamin, anda akan dapat rasa sendiri perubahan itu.
Latihkan dulu depan cermin dengan memilih senyuman yang paling manis! Ingat… Sentiasa tersenyum membuatkan wajah anda manis dipandang. Mulakan senyuman kepada sesiapa sahaja, baik lelaki mau pun wanita. Jangan risaukan apa-apa, terus tersenyum dengan tenang. Cam? boleh? hehehe 😆
Emm… betul kata Dr Irfan… apa salahnya banyakkan senyuman. Senyum kan sedekah…:)
Satu strategy jugak tu …. patut laa kalau pameran mesti ada wanita genit yang tersenyum dan tersengeh untuk menarik pelanggan , kalau tak percaca pergi ke Autoshow dan PCshow pun dah ramai sekarang ni….
senyum jg boleh menarik hati pelanggan anda…kalau dunia maya ni kita kena layan prospek atau pelanggan dengan cara yang berhemah..
Bagus la penjual suratkabar tu. Lain kali kalau nak beli suratkabar kalau saya mesti nak beli dengan dia.
Assalamualaikum ik
SENYUM…
suka sangat bila baca topik ni…
sebab saya suka sangat senyum (tapi bila dah meradang, jgn kata senyum,pandang pun tak mahu…rasa macam nk telan je org tu..)hehehehehe…
family saya ada restoran..pelanggan biasa2 jer..tapi adalah seorang pakcik ni, dia suka datang restoran kiteorang, pelanggan tetap..dia pernah cakap yang dia suka sangat masuk restoran kiteorang sebab suka tengok gelagat kiteorang yang layan pelanggan macam family…senyum n ketawa sama2..especialy my sisters yang gila2 tu…heheheh 🙂
so,tips hari ni memang kena lah dengan saya & keluarga…
thanks 🙂
senyuman awet muda…
x rugi senyum ni
Seperti quote dalam readers digest, smile is like a respect, it doesnt cost a thing and everybody likes it.
Saya suka tips hari ini. MEnarik 🙂 Lagipun senyumkan satu sedekah.
Salam IK, Memang benar tu. Saya telah amalkan sebelum saya menceburi dalam bisnes lagi. Apabila senyum, jiwa akan tenang rezeki insyaAllah akan mencurah banyak!! Jika mimik muka anda dalam keadaan masam atau biasa-biasa sahaja tidak akan mendatangkan apa-apa keuntungan pun.
Cuba anda latih diri untuk sentiasa senyum, ia takkan merugikan diri anda malah akan ada satu kuasa, bak kata orang sekarang ‘aura sudah mari!’Tak percaya cubalah senyum!
pssst…(Nasihat saya jangan senyum sorang-sorang…)
http://www.glowglokal.com
e mel : Info@glowglokal.com
IK pasti ke usahawan tu senyum kat semua org?
or dia senyum sbb u r “IK”! hehehe
jgn marah haa…
senyum seindah suria yang membawa erti,
senyumlah dari hati.. duniamu berseri,
senyumlah dengan ceria yang membawa bahgia,
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum.
senyum,
kepada semua,
senyuman mu amatlah berharga,
senyum membahagiakan,
dengan senyuman … terjalinlah.. ikatan.
:)(lebih kurang gitulah->lirik lagu)
salam.i like the tips.Actually,i want to ask something.I’m already involved in multi level marketing business for about 1 month.But, i still do not know how to influence more people to buy the product or become my downline.Can Irfan give me a good tips.Beside,i’m also interested to do business in internet.But i do not know how to it and i’m not expert in doing bloggers or do website, something like that even though i want to do this.For ur information, i’m still student.So,iwant to continue doing this kind of thing beside i’m studying at Univerrsity.Can u give a good advise to me.
Assalamua’laikum!
Saya membaca yang penjual suratkhabar tu seorang yang bijak dan berstrategi. Perniagaannya itu mungkin tidak besar modalnya, tetapi senyum itu sebagai modal ekstra. Dia tahu terdapat ramai penjual suratkhabar dan dia lebih ‘competent’ dengan cara mesra dan senyum pada pelanggan. Dia mahu kekal lama dalam bisnesnya. Ini amat wajar. Patut menjadi amalan semua peniaga dan usahawan kecil atau besar. Lebih dari tu amalan dalam kehidupan.
Kekadang kita perasan bahawa seseorang tu taklah secantik atau sekacak mana. Namun istimewanya pada senyuman. Bila senyum, seolah-olah hilang semua kekurangan pada wajah.
Bila senyum, rasanya tubuh kita merembeskan hormon yang meyihatkan. Bila badan sihat, hati senang dan terpancar cahaya pada wajah. Semua orang suka pada wajah bercahaya dan tidak pada wajah pudar atau gelap. Itulah dikatakan senyum menarik rezeki. Orang mudah memberi kerjasama dan jatuh kasihan (bukan jatuh cinta – ni dah menyeleweng).
Apa pun senyum tu mesti lahir dari hati suci dan ikhlas. Tak perlu dibuat-buat. Niat sahaja dan relakan senyum tu seadanya. Insyaallah, itu aset berharga kita.
Wassalam.
Senyuman itu satu sedekah 🙂
senyum itu indah. Ianya mampu mengatasi sifat marah.
orang islam kalau dia senyum dapat pahala, tapi kalau orang bukan islam dia senyum sampai ke telinga pun tak dapat apa2 disisiNya..
ikhlaskan senyuman akan menambahkan darjat pahala tu,
SenyUm itu pangkal rezeki,so senyumlah wahai cek mek molek hahahah…
Saya pun selalu mengamalkan senyum nie, ialah senyumkan boleh murahkan rezeki. Kadang-kadang rasa tension pun hilang bila kita tengok wajah orang yang suka tersenyum
thanks
Talib Ali
http://www.hormonelife.com