Semua orang mempunyai idea hebat

 

 

Sering kali, ramai antara kita selalu mempunyai idea hebat. Silap-silap, semua orang pernah mempunyai idea yang hebat bermain di fikiran. Idea tersebut, mungkin dalam bentuk menciptakan sesuatu, menghasilkan sesuatu atau berniaga sesuatu.

idea-perniagaan-internet

Semua orang mempunyai idea hebat yang kadang kala berlegar difikiran yang mungkin boleh membuatnya kaya & juga terkenal.

Tetapi, kesilapan yang paling besar adalah, kita abaikan idea tersebut oleh kerana… idea itu datang daripada kita sendiri!

Kita sering melihat dan menganggap orang lain yang mendapat idea, dan mengimplementasikan idea tersebut adalah hebat dan lebih bijak dari kita. Bila tibanya kita sendiri mendapat idea, kita rasa kita ni kurang bijak… dan kurang hebat.

Pemikiran begitu adalah salah!

Lihat sahaja idea-idea perniagaan di sekeliling anda. Kebanyakannya bukanlah hasil daripada orang yang hebat & bijak. Tetapi, dihasilkan oleh mereka yang percayakan idea masing-masing dan mengambil langkah untuk mereliasasikan idea tersebut 🙂

ps: Sekiranya anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Akan bermula dalam masa beberapa hari lagi!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Semua orang mempunyai idea hebat

  1. betul tu. selama nie sering juga idea saya tak terpakai dek takutkan “entah apa yang ditakutkan sebenarnya”. alhamdulillah, kini, sikit2 idea tu dapat dilaksanakan. satu yang penting dalam melaksanakan idea ialah kepercayaan kita terhadap idea kita itu sendiri…

  2. Salam you all…

    Saya pun begitu juga mempunyai pelbagai idea yang nk dilaksanakan terutama dalam perniagaan tetapi tidak pun ditunaikan kerana faktor ketakutan dan tiada keyakinan diri. Tetapi alhamdulilah sejak saya membaca buku motivasi akhirnya saya dapat realisasikan salah satu idea.

  3. saya setuju…idea menjadi kaya,manjadi hebat,menjana duit tidak akan berhasil jika kita hanya menyimpan idea itu di dalam kepala.
    idea itu perlu dilakukan, dicuba, diaplikasi, digerakkan, dilaksanakan…barulah betul hebat!

  4. Betul kata saudara irfan itu

    Bagi saya, setiap idea adalah anugerah tuhan.Oleh itu setiap idea yang saya dapat,saya akan tulis dan cuba untuk menjadikan ia satu realiti.

    Yang penting ialah percaya bahawa idea itu boleh membawa kebaikan kepada semua.

  5. Salam IK,

    Memang betul kata IK, kita selalu rasa tak hebat dengan Idea sendiri sebab idea sendiri macam tak berapa baik & takut nak realisasikan.

    So…lepas ni.. saya menyeru pada diri sendiri dan kawan-kawan supaya yakin dengan diri sendiri.

    Selamat Maju Jaya 😉

  6. Salam. Saya memang banyak idea dan sesetengahnya telahpun dilaksanakan dan menampakkan hasil. Betul kata IK kita kena yakin dengan idea kita sendiri , baru kita mempu untuk merealisasikan.

  7. Salam sukses,
    Betul tu IK,dalam nak memulakan sesuatu perniagaan,ianya bermula dengan idea,saya pun bercadang nak melibatkan diri dgn dunia perniagaan lepas habis belajar nanti,olh tu dlm kepala ni,asyik mencari idea yg betul2 bernas utk menjalankan perniagaan nanti,doakan kejayaan saya yer 🙂

    Lawatilah blog saya –
    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

  8. Ramai orang cakap usahawan internet nie satu bidang yang blh capai income 4 hingga 5 angka dlm masa yg singkat.

    tetapi mungkin ada di antara kita takut utk menceburi.. rata2 yang berjaya semuanya wat secara full time..

    risau part time x menjadi..

  9. Perlu ada keyakinan diri kan utk implement idea. Kalau idea tak dilaksanakan idea hanya tinggal idea sahaja akhirnya.

  10. Idea perniagaan memang banyak tetapi terfikir juga bagaimana dengan orang yang tiada modal untuk berniaga, hidup dia dihabiskan dengan membayar hutang-hutang PTPTN, kereta dengan rumah.

  11. Saya juga mempunyai idea hebat. Ides hebat itu perlu diimplementasikan. Kesannya begitu menggalakkan. Idea-idea hebat diekploitasi agar dapat digunakan ke arah jalan kebaikan. Bukan kemungkaran……..anda hebat

  12. Salam..bro Irfan….saya selalu ikuti perkembangan BRO dan dunia Internet Malaysia..namun apa yang saya perhatikan kebanyakan newbie ni hanya berminat dengan ebook buat duit jer…..kalau jual barang cam saya ni kureng skit he he he he

  13. Ya, IK dan rakan Tip 1 Minit,

    Idea yang ada perlu dicuba dan dilihat hasilnya terlebih dahulu..barulah ianya kita tahu ianya hebat atau tidak!

    Tapi harus diingat ramai yang gagal merealisasikan idea mereka hanya kerana mereka gagal untuk bertindak!

    Idea tidak akan berharga selagi anda tidak mencubanya…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  14. betul jugak ye……
    kdg2 idea yg keluar drp minda ditangguhkan je………
    sbb kita rase idea2 yg ada mcm x ok je…
    lps ni dpt je ape idea kena buat dan rase sendiri mcm mane lps dilaksanakan……

  15. Saya pun sokong topik perbincangan ni. Semua orang mempunyai idea hebat. Hal yang menjadi tembok pemisah ialah menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. Ada yang berani dan ada yang tak yakin. Waduhh..

  16. yes betul IK, apa yg saya nampak , implementasi idea tu yg terpenting. kadang kala terpikir idea kita tu x power la..org akan gelak la…tapi last, frust bila tengok idea yg simple tu org generate untung atasnya.

    so, take our action.

  17. Salam;
    Tambah pengetahuan untuk mencapai impian..
    “Kita tidak mampu mengubah masa silam.
    Fokuslah kepada masa depan demi kemajuan diri sendiri”

  18. ye betul..
    mana tidaknya, sekarang ni ramai yang baru nak mula, rata2 cilok idea2 orang lain yang dah berjaya atau blom tentu lagi akan berjaya

  19. Mmg betul kata2 IK. Yg penting adalah keyakinan terhadap idea kita. Plg kurang, buat kajian tentang idea kita. Mana tahu rupa2nya, ia adalah idea yg berpotensi.

  20. saya seorang pendidik kanak-kanak taska. camner caranyer nk wat blog yg membolehkan sy berkongsi maklumat tentang knk2 dengan semu disamping menambahkan pendapatan sy….

  21. Saya mempunyai idea yang dirasakan agak “gila” kerana melibatkan kos yang agak tinggi. Setiap kali diberi assignment saya akan cuba menambahbaik business plan dan lakaran yang ada. Mungkinkah akan menjadi nyata, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.