Sebagai seorang usahawan (atau bakal usahawan) pastinya kita sering mendapat pelbagai idea dan ingin melakukan banyak perkara. Keadaan ini adalah petanda bahawa anda mempunyai minda seorang usahawan – tahniah!
Namun, keadaan ini juga ada kelemahannya kerana kita ingin melakukan banyak perkara, sehingga satu perkara pun tak menjadi. Masalah juga tu!
Masalah seorang usahawan adakalanya bukan kerana terhad atau kurang idea untuk dilakukan. Tetapi, masalah juga apabila terlalu banyak idea dan terlalu banyak yang ingin dilakukan sehingga tidak fokus. Semuanya nak buat namun, semuanya separuh jalan.
Kata Confucius (bukan konfius), “A man who chases two rabbits catches none”
Peribahasa Melayu pula berbunyi “Yang dikejar tak dapat, yang di kandung berciciran”. Fokus kepada usahaΒ yang anda ingin lakukan atau matlamat yang ingin anda capai. Sering saya mendengar cerita, seseorang itu mempunyai pelbagai idea… berpuluh-puluh idea perniagaan. Kesemuanya membuat dirinya teruja/excited.
Tetapi, masalahnya adalah tidak fokus! Bertahun-tahun berlalu, tanpa satu pun idea perniagaan tersebut terlaksana.
Latih diri sendiri untuk memberi fokus supaya dapat memberi lebih banyak tumpuan dan tenaga pada sesuatu perkara sahaja. Memang akan terasa sukarKadang-kala saya juga terjerat dalam keadaan ini. terlalu banyak idea untuk diimplementasikan, sehingga satu pun tak menjadi diimplimentasikan oleh kerana tidak memberi fokus.
Jadi, benar apa kata Confucius. Kalau kejar dua arnab, nanti satu pun tak dapat! peringatan untuk saya sendiri juga π
Anda mempunyai banyak idea perniagaan tetapi satu pun masih belum menjadi? Program Intensif 6-bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan membantu anda memberi fokus dan tumpuan kepada idea perniagaan anda dari mula sehingga terbinanya perniagaan yang boleh menjana pendapatan.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan maklumat di sini oleh kerana pengambilan terbaru kini dibuka. Tempat adalah terhad untuk memberi tumpuan dan suasana pembelajaran yang lebih ideal.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Fokus memang penting.Kalau saya membuat satu projek, saya kena pastikan projek yang nak dijalankan tu success lepas tu baru saya melangkah ke satu lagi projek yang lain.Bila kita fokus, kita cuba buat sesuatu yang terbaik.
Betul tu sy kekadang kene juga penyakit ni..
wahh..tipp hari ni sungguh menarik.Saya pun kadang terjerat dengan ‘arnab-arnab’ .Sekarang ni saya tumpukan pada arnab ini sahaja——-> http://www.cetakbaju.com
“Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran”. π
Saya rasa itulah maksud Doc. untuk tips hari ini. π
Untuk buat sesuatu tu biarlah ikut kemampuan dan berpada-pada “Ikutkan hati, mati!! Ikutkan rasa, binasa!!
Hisham;
Gunakan kuasa minda luar biasa untuk tentukan yang mana perlu difokus terlebih dahulu π
Hehe..Saya ada banyak sangat arnab untuk dikejar ni.Kena kejar arnab gemuk ke, yang kurus dulu..?
Memang betul tu. Bila information overload … nanti explode lak! Pilih yang mana idaman kalbu and go for it.
Betul kata tu…
Dulu pun saya mcm mcm idea nak buat.
Biznes card sampai 3-4 keping… π
Last last, semuanya tak menjadi.
Sekarang saya tumpukan pada satu sahaja,
HakJualan.com
Insyallah menjadi…:)
Amin….
benar, u have to focus on your goals and eams. that’s the main idea
u may have several projects or bisnes ideas, but your aim or goals must be very clear in your mind. matlamat yg jelas akan disusuli aktiviti yg menjurus ke arah mencapai maltlamat tersebut.
Memang betul kalau tak fokus, tiada tumpuan dan hilang arah. Kena pilih something yang kita rasa paling kita suka buat dan berkemampuan. Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang. Akhirnya kita rugi, asyik berangan satu pun tak jadi. Macam angan-angan mat jenin aje.
Bye.
http://www.jobsecret.com.my
Saya setuju dengan π Melaksanakan perniagaan dengan objektif yang jelas dan FOKUS pada sasaran pasaran dengan tepat adalah lebih mudah untuk berjaya π
FOCUS
its means Forget Other Company Until Success
Bravo
betul gak ngan situasi yang x cukup satu idea, semua nak bolot… saya bekerja dgn syarikat ict (utk beberapa bln ni sblm tunggu result stpm). bos jenis yg x sabar2 nak lunaskan idea bertimpa-timpa. At last, bile gagal, dia salahkan org lain. org x fokus mmg x cukup dgn satu arnab. tgk gaya sekarang mcm nak off je bisnes ni…
Good tip! Memang itu yg slalu terjadi. Kita ada terlalu banyak idea, sampai tak tau mana satu nak dilaksanakan dulu. Last2 satu pun tak menjadi.
So, it’s very important to stay focus. Narrow down your choices according to;
1. Priority
– yg mana perlu didahulukan (contohnya kita dah jumpa 1 niche dalam market. So tak boleh nak bertangguh sbb kekosongan tu mungkin akan diisi oleh org lain. Penting utk “be the first” in the industry.
2. Ability
– kdg2 idea tak dpt dilaksanakan oleh sbb kemampuan kita yg terbatas (oleh faktor kewangan, masa, kepakaran etc.) Jadi buat yg mana kita paling minat dan ada kemampuan dulu!
3. Reality
– Idea kita tak semestinya “bagus” in real life. Mungkin produk yg kita nak keluarkan masih blm boleh diterima oleh org ramai (org tak boleh “appreciate” idea kita tu) atau sebenarnya dah ada org yg pernah keluar ngan idea tu, tapi tak laku. So check the reality first b4 jump into any decision.
Wallahua’lam… π
MAZNY – MotivasiHaji.com, DirektoriBisnes.com, SoftwareForMuslim.com
arnab??dulu byk la, tp bile dah tau serba skit pasal IM skrg ni, arnab tu ntah lari kemana ntah la..
adoii…
mengejar 2 ekor arnab?… pada mulanya mengejar satu ekor arnab, tapi akhirnya terperangkap dengan 2 ekor arnab pulak…arnab pertama yang dimaksudkan adalah idea perniagaan internet , dan arnab kedua pulak adalah jatuh hati kat perempuan yang berurusan dengan kita….nak buat macamana ni? hehehe…mana satu nak ambik ni? gurau jer…contoh jer….(tak kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah mati(smile)
fokus
Memang betul la, kekadang kita buat kerja tidak fokus sebab terlalu banyak idea datang serentak. Saya juga terkena penyakit ni dan dalam proses merawat. Harap-harap lepas ni bila nampak 2 ekor arnab, kejar sekor ja la.
http://www.jomwebtemplate.com
http://www.bajetwebhosting.com
Fokus… mungkin benar. Tapi menurut Irfan dalam bukunya, beliau menjadi jutawan bukan dengan menjalankan hanya 1 atau 2 perniagaan internet, tapi beberapa perniagaan yang berbeza secara serentak. Maka itu, jika kami fokus hanya kepada 1 arnab, mungkinkah kami mampu menjadi jutawan seperti ?
ermm..betul la..
skang ni sayer tgh kena penyakit kejar arnab ni la..byk sgt “arnab” yg sayer nk kejar sbb nk tmbh duit poket.tp tak pilih lagi la nk kejar arnab maner sbb tgh survey.arap2 arnab yg akan sayer pilih ni tepat!
em,memang tak terkejar banyak menda dalam satu masa. kena fokus kepada yang lebih utama dan menguntungkan.
sy pun mcm sya gak,byk ngat nak arnab yang dikejar..tapi arnab utama yang saya kejar (projek internet saya) masih dlm kejar mengejar.(in progress).doakan sy berjaya…insya allah.
Saya benar2 setuju dgn kenyataan trsbt. sbb dulu saya pun terlalu teruja kekadang dgn pelbagai idea samada tentang kerja atau pun idea perniagaan tapi yg peliknya tak satu pun dpt dicapai. Dalam pada saya musabahah diri baru saya faham saya tak fokus…
Betul la ..
Dulu saya nak buat banyak benda. Sekarang ini pun impian itu belum hilang. Tapi, saya akan cuba buat satu – satu dulu kini. Harap – harap projek saya yang pertama akan berjaya. Insyaallah…
betul sangat2x…saya pun banayk idea banyak plan dalam hidup, tapi banyak tak jalan sbb tak tau nak kejar mana satu…tapi bila makin meningkat dewasa, baru saya faham..kejar mana yg penting serta untuk kepentingan agama dan keluarga kita…, doakan la perancangan perniagaan saya berjaya…. saya harap saya boleh lebih berjaya dari sebagaimana lebih berjaya dari org2x yg dah berjaya…
macam dalam ekonomi di panggil kos lepas…melepaskan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik…tapi di sini kita harus menumpukan kepada satu-satu pekerjaan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
kadang2 ssah jgk nk tukar idea ble kite nk habiskn byk mase, tenaga & wang utk merealisasikn idea tu tp blum brhasil.. kes ni mcm mne plk?
saya sedang alami masalah itu sekarang..huhu
Sangat setuju…. Seperti saya juga… Banyak perkara yang nak dibuat tapi tak fokus pada satu perkara dahulu membuatkan result yang dapat tidak memuaskan… Tapi apabila kita fokus ia sangat memuaskan