Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd

Sedikit kisah mengenai Irfan Khairi Sdn Bhd…

Tahukah anda Irfan Khairi Sdn Bhd bermula tanpa menggunakan wang saya sendiri?

Mungkin anda pernah dengar istilah ni “nak buat duit, kena ada duit”

Sebenarnya, ada caranya untuk buat duit- tanpa duit.

Tahun 2005, ketika saya pulang ke Malaysia (dari UK), saya menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Tidak menggunakan modal sendiri, saya mendapatkan TrueWealth Publishing untuk menerbitkan buku tersebut. Saya masih lagi ingat, cek royalti pertama saya terima berjumlah RM36,000 (selepas 6 bulan).

Walaupun, saya sendiri sudah mempunyai wang, tetapi, saya sering berpegang kepada konsep “bootstrap” yang bermaksud, mulakan perniagaan dengan modal sendiri yang kecil, dan kembangkan perniagaan dengan keuntungan perniagaan.

Ketika itu juga, saya mula dijemput sebagai guest speaker. tahun 2005, jemputan saya, mana ada sampai 1 jam… 2 jam bercakap. Sekadar cakap 20 minit-30 minit sahaja untuk berkongsi pengalaman. Pengalaman pertama adalah di seminar Azizi Ali (berkongsi pengalaman selama 20 minit)- for free lagi tu, sebab orang tidak mengenali saya!

Dari situ, saya mula mendapat perhatian berbagai pihak. Daripada berucap selama 20 minit, sesi seminar Azizi yang datang, saya dijemput untuk mengendalikan satu segmen selama 2 jam! (mula dibayar)

Di situlah mula saya bina keyakinan untuk memulakan seminar saya sendiri yang sehingga kini dikenali sebagai “Workshop Jutawan Internet”. Sekali lagi, tidak menggunakan sebarang modal pada ketika itu, membuka tempahan kepada orang ramai, dan menggunakan wang tempahan untuk booking hotel. Peralatan seperti microphone, projector dan sebagainya juga sewa hotel sahaja… tak beli pun masa tu.

Keuntungan daripada mengendalikan seminar, dan juga royalti buku, barulah saya mewujudkan Irfan Khairi Sdn Bhd pada tahun 2006- mempunyai pejabat, peralatan semniar sendiriย dan juga beberapa pekerja. Pada awal penglibatan saya pada tahun 2005, saya hanya menggunakan syarikat perseorangan, ketika itu dikenali sebagai “Abadi Consulting” sempena nama anak! ๐Ÿ™‚ dan dikendalikan 100% oleh saya dan isteri sahaja.

So, Irfan Khairi Sdn Bhd yang anda lihat berkembang hari ini sehingga melakukan produksi adalah hasil daripada idea dan ilmu sahaja. Idea & ilmu saya menulis buku pertama 3 tahun lepas.

Walaupun saya mempunyai wang untuk menubuhkan syarikat pada tahun 2005- terus menyewa pejabat dan terus mendapatkan pekerja, tetapi, itu bukan jalan yang saya pilih. Saya memilih memulakan perniagaan dengan tidak melaburkan sebarang wang sendiri dan bootstrap.

Tip hari ini…

Sedikit sebanyak, daripada perkongsian ini, saya harap anda dapat fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan tanpa modal. Buang jauh-jauh istilah yang anda pernah dengar “Untuk buat duit, kena ada duit!”… atau “Untuk mulakan perniagaan, kena ada modal!”. Dengan kreativiti, ilmu, usaha besertakan doa, anda boleh memulakan perniagaan tanpa menggunakan wang.

Setelah 3 tahun, Irfan Khairi Sdn Bhd telah mengeluarkan berbagai produk di RahsiaInternet.com, masih mengendalikan Workshop Jutawan Internet yang laris sehingga ke Singapura dan Brunei.

Terima kasih atas sokongan anda!

ps: agak-agaknya mengapa saya ambil pilihan tidak menggunakan duit sendiri untuk memulakan Irfan Khairi Sdn Bhd?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

63 thoughts on “Sejarah Irfan Khairi Sdn Bhd

  1. Konsep Other People’s Money (OPM) ini memang popular dilakukan.

    Selalunya OPM ini sangat bergantung kepada tahap kepercayaan orang kepada kita, pembinaan kredibiliti dan bentuk pengalaman yang dapat kita tawarkan.

    Semua ini menjadi rencah rangkaian dan kerjasama dengan pelaburnya.

    Bagi saya selalu mana dapat gunakan OPM dalam membina bisnes berdasarkan pendekatan Win-Win-Win (Menang untuk diri, menang untuk pemberi dan menang untuk pelanggan) maka teruskan.

    Wang kita adalah simpanan pelan luar jangka.

    Tetapi sekarang ini Tuan IK ada perkara baru berlaku dalam dunia bisnes. Iaitu teknik Ganda Wang Lawan Wang.

    Sebagai contoh, ada satu syarikat ini mewujudkan siri produk, ditawarkan kepada sebuah syarikat besar untuk edaran (kerana mereka monopoli sistem edaran itu).

    Syarikat besar ini sanggup buat promosi di media (kerana itu kelebihan mereka) dengan syarat syarikat terbabit juga keluarkan jumlah wang yang sama untuk promosi.

    Contoh, syarikat besar keluarkan RM10,000 untuk promosi. Syarikar kecil juga akan keluarjan RM10,000 untuk dicampur menjadi bajet promosi.

    Biasanya selepas beberapa urusniaga, teknik Ganda Wang Lawan Wang akan dinegosiasi semula.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Tempatan
    http://www.zamrimohamad.com

  2. erm……
    x sbr nak tunggu buku keluaran IK………
    “nota jutawan nota motivasi” memberi ilmu yg berguna kpd sy utk meningkatkan motivasi diri……….
    “nota jutawan nota perniagaan” dpt melengkapkan motivasi + perniagaan……..
    thank IK sbb memberikan contoh teladan yg sgt bernilai kpd anak2 muda mcm sy nie……..
    hehehehehe……..

  3. ooooo macam tu ke history of IK sdn Bhd….
    the good idea can be practiced…..

    kena amik tindakan yg patut ni…

  4. Congratulation IK for your achievement as to date. Tak guna duit sendiri? Gunakan duit orang lain , OPM dah di praktikan all over the world dan terbukti berjaya. IK mungkin pakai konsep tersebut kerana berkeyakinan dapat melaksanakannya and to proof yourself that it can be done and you can do it. Duit yg sedia ada bolih dimanafaatkan untuk dilabur dan gandakan.

  5. Cara yang lebih baik. Baru betul berniaga namanya. Keuntungan digandakan dari perolehan perniagaan itu sendiri. Klu bisnes yang lain pun macam tu. Misalnya, duit pendaftaran boleh digunakan sebagai nilai tambah untuk perniagaan tersebut. So, duit simpanan sendiri tak terusik dan tak melibatkan hutang sana sini.

  6. pada pandangan saya, menggunakan modal dari sumber lain (bukan wang sendiri) memanglah jalan yang terbaik. Malangnya, untuk mendapatkan sokongan seperti yang diterangkan oleh IK mungkin agak sukar.Jika kita mempunyai latar belakang yang kukuh seperti dlm bidang akademik, kerjaya dsb, pengalaman dsb, mungkin mudah untuk mendapat sokongan orang. Tetapi bagaimana jika kita tidak mempunyai apa2 yg disebutkan tadi. Contohnya bagi yg baru ingin menapak. Besar kemungkinan kita terpaksa bermula dari bawah, dengan modal yg lebih kecil dn untung yg lebih kecil. tak dapatlah untung sebesar royalti IK untuk bukunya yg pertama ๐Ÿ™ Apapun, mulakan ikut kemampuan dan teruskan usaha sehingga dapat mencapai kejayaan demi kejaya dn terus berkembang. -Tumpang bangga dengan kejayaan IK. tahniah!

  7. Good….Tak terfikir pun sebelum ini,yang saya pernah melekukan… mungkin hampir sama seperti yang dicakap oleh IK..tampa mengeluarkan modal.
    Sebelum ini saya tidak memiliki komputer riba tapi sekarang saya telah milikinya…..bagaimana?..saya tidak menggunakan duit saya untuk membelinya tapi…dengan sedikit ilmu mengenai ict saya telah mendapat kepercayaan daripada rakan-rakan yang menggnukan khidmat saya membeli komputer riba untuk mereka.Hasil keuntungan itulah saya berjaya mendapatkan sebuah komputer riba.Itulah ceritanya untuk dikongsi.Tip hari ini cukup bagus.

  8. “Jika kita mempunyai latar belakang yang kukuh seperti dlm bidang akademik, kerjaya dsb, pengalaman dsb, mungkin mudah untuk mendapat sokongan orang. Tetapi bagaimana jika kita tidak mempunyai apa2 yg disebutkan tadi?”

    jawapan:

    di situlah pentingnya ilmu & idea… kalau semua takde, memang payah. dan kalau semua takde, perlu lah cari modal sendiri ๐Ÿ™‚

    dalam apa yang kita lakukan, perlulah ada ilmu. tak boleh kata takde latar belakang, pendidikan, kerjaya, kemudian nak dapatkan OPM (other people’s money). sememangnya tak dapat. sebab itu, kita perlu lengkapkan diri kita terlebih dahulu.

    sama seperti kalau kita pergi temuduga kerja. tanpa latar belakang baik, ilmu baik, cara cakap pun tak meyakinkan, bagaimana hendak dapat kerja kan? so, lengkapkan diri sendiri dengan menggandakan ilmu dulu.

    ini jugaย jawapan kepada soalan saya yang berbunyi…

    “agak-agaknya mengapa saya ambil pilihan tidak menggunakan duit sendiri untuk memulakan Irfan Khairi Sdn Bhd?”

    sebab saya belum berpengalaman menjalankan perniagaan cara tradisional. pengalaman saya adalah dalam perniagaan Internet. I made my small fortune 100% melalui perniagaan Internet sebelum itu. Jadi, memulakan perniagaan offline (menulis buku… menjalankan seminar… menjadi speaker), agak “menakutkan” saya juga sebab saya tidak mempunyai pengalaman.

    Oleh itu, saya tidak melaburkan simpanan sendiri kerana hendak CARI pengalaman dari awal, atau from scratch.

    Dengan melakukan semuanya dari zero (mula dengan menulis buku), dan membuat talk sikit-sikit, saya menimba pengalaman, dan pengalaman itu melengkapkan saya untuk membina Irfan Khairi Sdn Bhd sehingga berjaya ๐Ÿ˜‰

    -ik

  9. Salams,

    Wah cerita memang hebat ni..tetapi saya rasa pada masa itu punย IK Sudah memulakan perniagaan Internet kan jadi itu pun sudah dibekalkan ilmu untuk membuat atau menyampaikan sebuah talk atau seminar.

    Kalau macam saya, saya offer jer buat website, saya tak keluar modal pun lepas tu gunakan duit itu untuk roll balik. Itu pun saya sudah ada ilmu untuk menggerakkan perniagaannya. Kini dengan bantuan Abang Abu saya dah boleh start kelas-kelas mengajar Internet Business di Singapore ( Practical Follow Up Classes after Jutawan Internet ).

    Tetapi golongan orang yang masih baru bermula dan tidak ada ilmu asas nak bergerak. Saya rasa itulah masa yang paling susah sekali.

    Jadi saya fikir, ilmu itu amatlah penting sekali dan perlu diperolehi dan dipraktikan baru boleh dapat ganjaran dari itu.

    Jadi sesiapa yang ada di sana sila kongsi pengalaman.

    http://www.fadzuli.com

  10. Konsep ni memang popular di kalangan penulis buku kewangan, contohnya dalam buku Rich Dad Poor Dad pun, Robert menceritakan isterinya membeli kereta baru dengan hasil real estate sahaja tanpa guna duit sendiri. IK dah bongkarkan cara yang dipraktikkannya sendiri guna konsep OPM ni.Saya selalu ingat pesanan IK tentang nak bukak bisnes “Start small”

  11. Salam buat semua yg melibatkn diri dlam perniagaan x kira perniagaan internet atapun tidak..Saya pun pernah melakukan cara ini tanpa menggunakan modal sendiri dan sehingga skrg sy masih melakukannya.. Apa yang saya lakukan adalah memberi keyakinan kepada pembekal barang yang kita akan bayar setelah dapat wang dari pelanggan..:-) apa pun kita kenalah pandai berkomunikasi dan mengambil hati bos pembekal tersebut..thanks IK untuk ruangan Tip 1 Minit. Banyak memberi idea kpd saya tuk terus melipatkaligandakan pendapatan sya.:-)moga terus maju n go further usahawan2 muda di malaysia:)

  12. Sedikit-dikit lama-lama jadi membukit, bukannya jadi macam bukit.

    Perniagaan yang bermula tanpa pinjaman dan di mulakan dengan modal yang kecil dahulu adalah lebih baik daripada bermodal besar tapi meminjam…risiko tinggi bila keuntungan diperolehi tidak dapat menampung membayar hutang pinjaman….ARB Dagang

  13. Salam IK!

    Ya saya sangat setuju tu. Saya juga bertindak membuka bisnes tanpa modal. Dalam E-Book yang saya buat juga telah tersedia keterangan idea bisnes tanpa modal ini.

    Semoga ramai di antara kita dapat ilmu dan idea tanpa meminjam terutama dari A Long!

    Wassalam
    http://www.glowglokal.com

  14. Salam… Pada mulanya saya ingat IK nak tulis tentang sejarah hidupnya ๐Ÿ™‚ Mungkin cara dibesarkan, pendidikan awal, ibubapa… Kadang2 sejarah pendidikan seseorang itu yang menjadikan dia berjaya pada hari ini…. Boleh ker?

  15. Zaini > kalau nak ceritakan semuanya kat sini mana cukup, IK kena tulis satu buku khas tentang diri dia ๐Ÿ™‚ (Teringat buku My Story – Lim Guan Eng)

    Best cerita IK kali ni! Sangat berguna untuk saya yang bercita-cita nak beli rumah sendiri dengan menggunakan teknik OPM. Doakan saya berjaya!

    May Allah bless you & ur family..Amin ๐Ÿ™‚

  16. Mungkin dengan kemahuan yang tinggi insyaallah kita akan dapat jalan memulakan bisnes walau tanpa modal seperti tips dari IK

  17. salam…mcm mana kalau IK keluarkan satu buku or ebook baru..biografi Irfan Khairi…rasanya meletup..terutamanya kisah kejayaan yg macam nie……..sememangnya patut dijadikan contoh dan ikutan generasi baru kini…

    duit buat duit tapi duit datang kerana ilmu..

  18. Salam IK. Satu perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat menarik sekali. Act….betul kata n pendapat IK tu. Bisnes ini memang menjanjikan peluang untuk berjaya yang cukup luas. Pokok pangkalnya, kita sendiri. How to create skill to develop our bisnez. That’s the points. Skill. Skill yang tepat yang bwat IK berjaya hari ini.

    Bisnes TDTone,
    http://www.bisnestdtone.com

  19. aha,apakata i cdgkan next ebook/book IK citer pasal jatuh bangun IK dr dulu hingga skrg.I Suggest Tajuknya- IRFAN KHAIRI: MY STORY.

    Boleh citer pasal IK jadi cleaner,pasal keja di company multimedia tu n mcmner leh minat ngan business internet nie,pastu mcmner IK leh jd kaya-raya mcm skrg.Semua org nak tau lebih details.Org hanya kenal IK selepas IK jd Jutawan Internet tapi sebelum itu siapa IK?

    Rasanya dengan buku tu org lain bleh jdkan rujukan untuk jd The Next Internet Millionaire!!!

    http://www.rossnughaffar.com
    ~Hand Drawn Batik Tie~

  20. menarik gak tu… tapi takut kalau dah siap biography sendiri, orang tak beli, nanti orang kata saya syok sendiri lak tulis cerita pasal saya… ha ha ๐Ÿ™‚

    kalau nak cerita, memang banyak nak cerita… ketika sekolah rendah- pernah kena buli. sekolah menengah- pun pernah kena buli… masuk UITM, selalu kantoi… jadi student “takde harapan” sebab melakukan perkara yang x minat ๐Ÿ™‚ masuk university di UK, jadi star student sebab melakukan perkara yang minat, sampai company yang offer saya kerja (saya tak cari pun kerja)… dan macam-macam lagi boleh cerita.

    boleh la saya gambarkan yang melakonkan watak (dalam buku) saya, macam hans isaac ke… ๐Ÿ™‚ baru semangat ๐Ÿ™‚

    -ik

  21. I agree with Borhan Manan!!
    A very good suggestion!!
    Many will be inspired and motivated while reading your biography.~~

  22. Asalamualaikum IK,sesuatu yang amat menarik yang IK kongsikan disini.Dengan pendedahan ikhlas ini akan mengubah minda usahawan yang selama ini menganggap “nak buat kena ada duit”

  23. Wah, IK pun setuju ngan cdgn i ke,

    aha itu baru sikit yg IK citer.
    Percaya lar mesti jd Buku The Best Seller punya.

    IK boleh jadikan buku Jutawan Genting, Lim Goh Tong tajuk dia My Story sebagai rujukan.

    Dia citer dari awal dia di daerah gunung-ganang Fujian,China berkerja membantu ayahnya jual daun teh hingga lar dia berhijrah tumpang kapal dagang ke Malaysia dan sehingga di kaya raya di malaysia dan bwk balik Kapal Star Cruises yg menjadi miliknya ke China

    Rasanya IK pun akn jadi pengganti dia sebagai antra Top Three Millionaire In Malaysia-ameen.

    http://www.rossnughaffar.com
    ~Hand Drawn Batik Tie~

  24. “Tiada rahsia dalam mencapai kejayaan.
    Ia adalah hasil daripada membuat persediaan,
    usaha gigih dan belajar dari kegagalan..”
    -Mr. Colin Power,Setiausaha Negara AS Ke63

  25. waaa. motivasi beb, hehe aku start blogging pun takder modal.. Pasni aku nak berjaya gak cam IK… erk, tanye sket, wife ko pun business ker IK?

    Aku x sabar nak kawen.. haha!

  26. erm..x sangka jugak idea ni sungguh bernas..tp sesetengah perniagaan musti ade modal utk beli stok..kalau xde stok susah nk meniaga..maksud sy perniagaan offline..kalau online boleh la x simpan stok..

  27. hmmm… saya almost decide untuk tulis biography ni! ๐Ÿ™‚ tapi, bukanlah “biography” macam lim goh tong, atau Nelson Mandella… atau Tun Mahathir yang ebrkongsi kisah HIDUP.

    Basically, just a book about macam mana saya jadi IK yang anda kenali kini… di sekolah, apa yang membuat saya teruja masuk bidang motivasi? ketika universiti, apakah perniagaan2 yang saya buat. dan sebagainya…

    bila sebut biography, a friend of mine point out, ianya sepatutnya ditulis pada PEAK of your life… for me, pencapaian saya belum peak lagi. so, sekadar berkongsi cerita, kisahย dan ideas, will be great!

    -ik

  28. Di Jepun, orang yang menulis autoboiografi ceritanya sendiri dipanggil jibunsyi. Ia ada unsur-unsur novel berdasarkan kisah benar. Di sana ada perpustakaan khas untuk karya-karya jibunsyi.

    Setakat ini, PTS menghasilkan banyak novel jibunsyi hasil tangan penulis sendiri. Terakhir saya baca autobiografi Chef. Kisah dari kecil sampai besar.

    Kassim Ahmad juga menulis autobiografinya sendiri.

    Jika mahu dijadikan karya bersifat legasi dan bertahan lama sebagai sejarah nasional rakyat. Saya cadangkan ia ditulis dan dicetak dalam bentuk buku. Lebih 2000 perpustakaan desa di kampung-kampung tanpa kemudahan internet (yang tidak pernah tahu dan dengar internet) dapat inspirasi dengan kisah Tuan jika dicetak.

    Mahu menarik lagi masukkan gambar-gambar yang nostalgik. Autobiografi untuk negara, untuk diri dan untuk bacaan anak-anak dan cucu cicit Tuan yang boleh diperturunkan.

    Konsep novel dengan faktual beserta dialog (seperti autobiografi Azah Aziz dan Daim Zainuddin)antara teknik yang mantap.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.kerjayawanita.zamrimohamad.com

  29. betulla..ramai org ternantikan cerita tentang IK nie….may be inilah yg dinamakan modal tersembunyi…

Leave a Reply

Your email address will not be published.