Segan letak harga!

pricetag.jpgSatu masalah yang saya sering lihat di kalangan usahawan baru Malaysia adalah… segan letak harga πŸ™‚

Contoh, bila bakal pelanggan tanya pada usahawan, harga untuk perkhidmatan, jawapannya “Takpe lah… sikit-sikit je. Berapa pun boleh…”. Apabila usahawan mempunyai produk baru untuk di jual, nak letak harga pun segan. Sehingga meletakkan harga pada paras yang minimum (lepas kos sahaja).

Adakah anda dikalangan mereka yang segan meletak harga apabila ditanya?

Soalan saya, agak-agaknya, kenapa begini? Kenapa masyarakat kita segan letak harga untukΒ produk & perkhidmatan kita? πŸ™‚

Juga, macam mana nak hilangkan rasa segan silu tersebut oleh kerana segan letak harga sebenarnya akan memakan perniagaan sendiri.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Segan letak harga!

  1. hai ..

    saya rasa peniaga yang segan letak harga ni biasanya orang melayu…lain-lain bangsa tak pulak..specially mamak dan cina. orang melayu ni suka malu/segan tak tentu tempat sampai nak letak harga pun malu..abis camme nak maju? jadinya kena ubah la tu…

    p/s: baru-baru ni sy ada baca di net pasal pelaburan forex seperti abbfund dan danafutures…apa pendapat ?.

  2. Perkara ini memang kerap berlaku hatta nak menjual barang sekecil kuih sekali pun.

    Saya ingin berkongsi pengalaman rakan saya yang membuka bengkel membuat pintu pagar tentang cara meletakkan harga untuk bersaing dalam pasaran.

    Beliau meletakkan untung setengah dari harga jualan.
    Kalau kos RM 500
    Untung pun RM 500
    Harga jual RM 1000

    Yang nyata beliau dapat banyak order kerana harganya lebih rendah dari pesaingnya .Ini menambahkan keuntungannya!!

  3. Orang melayu kan suka berkias-kias… dan penuh sifat pemalu… πŸ™‚ Tapi seriously, saya rasa isu segan meletakkan harga esp. atas perkhidamatan yang ditawarkan timbul kerana rasa kurang yakin atas apa yg ditawarkan berbanding org yg dah establish dlm perniagaan tersebut. Juga, risau kalau org menganggap harga kita mahal dibandingkan dgn competitor kita.

    Cara nak mengatasinya, tingkatkan keyakinan terhadap perkhidamatan/produk anda sendiri. If u don’t believe in it, others wont! Juga, jgn meletak harga secara semberono – fikirkan faktor2 yg dah sarankan kepada kita. Dan klu harga kita lebih tinggi competitor, biar customer nampak nilai tambah yg ada dlm produk/perkhidamatan kita berbanding competitor, and then they’ll see that the price set is the reasonable with what they could get in return!

  4. alasan saya;

    1. tak yakin sejauh mana “benefit” produk saya utk pelanggan.
    2. takut mahal/murah sangat.
    3. kurang membuat kajian terhadap harga yg diletakkan oleh pesaing lain yg menjual produk yg sama.
    4. terasa diri ini masih baru jika dibandingkan dgn mereka yg dah lama/pakar dlm bidang tersebut.
    5. terasa diri ini tiada kredibiliti utk meletakkan harga yg mahal.

    itu saja, ok ker ?

  5. “p/s: baru-baru ni sy ada baca di net pasal pelaburan forex seperti abbfund dan danafutures!apa pendapat ?”

    allo tengkek…
    tentang forex tu saya rase mmg boleh dapat untung kalu pandai cari org yg betul2 yg ada pengalaman tentang forex ni..saya pun pernah join inversment forex ni…kalu untung mmg best, tp kalu dah rugi tu mmg sakit la…forex ni sama macam nasib la…ada yg nasib baik, kekadang ada gak nasib buruk gak…

  6. Mungkin strategi untuk me’laku’kan servis atau produk. Bagi saya, bukan segan tetapi antara strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan untuk purchase produk atau servis. Tapi, ramai yang tersilap menilai antara strategi dan segan. Ingatkan nak tarik lebih ramai orang membeli. Rupa2nya segan nak letak harga, terus cakap tu strategi πŸ™‚ Depends pada orang tu juga. Kita tak tahu apa yang dia fikir. Tepuk dada, tanya diri sendiri, “Ini strategi atau segan?” πŸ˜€

  7. Kalau saya,alasan saya:

    1)Nanti takde orang nak beli
    2)orang melayu kita ni selalunya suka bende yang murah
    3)Kalau taruk harga mahal sikit,sure ada orang kutuk kaw2 punye

  8. Saya sokong pendapat hapisol. Memandangkan kami orang baru dalam perniagaan internet ini, hendak meletakkan harga tinggi, takut tak setimpal dengan benefit yang pelanggan kami terima. Tetapi tak boleh murah sangat juga, sebab takut pelanggan kata produk kita tak berkualiti. Biasa kita orang akan letak sekitar RM30.00 πŸ™‚

  9. Saya setuju dgn alasan2 hapisol. Kalau malu letak harga, lebih baik jangan jual. Takut menyusahkan diri sendiri di kemudian hari πŸ™

    p/s ‘tengkek’, pendapat saya ABBfund & Danafutures adalah satu pelaburan yang berisiko amat tinggi (senang nak hilang duit). Personally, saya juga begitu tertarik dengan pulangan yang dijanjikan sejak zaman SwissCash dulu, tapi tak pernah join. Alasan saya;
    1. Tak de regulatory body yang pantau company2 tersebut. Kalau hilang duit, nak report kat siapa?
    2. Company2 tu very suspicious. Nama company berubah2, alamat company meragukan, dsb.
    3. Dokumen2 yang diberi untuk meng’halal’kan business tu tak pernah diiktiraf oleh mana2 kerajaan atau institusi kewangan.
    4. Kalau diperhatikan modus operandi mereka tu, tak mengikut syariah.
    5. Last sekali yang best ni. Andaikata homepage dia tutup, agak2 boleh tak pegi cari pejabat dia?

    Walaupun tak de orang complaint pasal hilang duit, adakah anda mahu jadi yang pertama?

  10. tak konfiden pun, nak jual barang camana? em kira macam stabuck kopi dengan warung kopi la.. beza harga dekat Rm10 tapi diorang berani letak harga mahal, hem letak mahal pun orang beli jugak..

  11. Selamat Sejahtera. Sebenarnya, segan meletak harga ni bukan sahaja dikalangan orang Melayu sahaja. Orang Cina atau India pun ada perasaan yang sama. Persoalanya adakah segan ataupun tak tahu letak harga kerana tidak tahu tentang harga pasaran. Bagi diri saya sendiri, kalau saya tak tahu letak harga kerana tidak tahu nilai pasaran sesuatu barangan/produk saya tidak berani pandai-pandai letak harga,takut nanti orang marah dan terus tidak mahu berurusan dengan kita. Kalau terlalu rendah,para peniaga lain yg menawarkan barangan/produk yg sama mungkin akan marah ataupun menjadi musuh.Ia akan menjadi sangan tidak sihat diantara para peniaga.

    Satu lagi, kenapa pihak kerajaan mengalakkan perusahaan kampung terutamanya di Pulau Pinang dengan memberi khidmat nasihat untuk memperkembangkan perniagaan tersebut dan pada masa yg sama boleh menyelaraskan harga jadi segan letak harga pun tak akan timbul sama sekali.

  12. Dari servey saya sendiri yang tak seberapa ni, bab letak harga memang masalah. Sesetengah2 tu, lebih bermasalah pd nak buat produk tu sendiri. Walhal banyak tenaga, perah otak, bahan rujukan yang dibeli/sewa/pinjam dan masa yg dilaburkan. Bagi saya boleh cuba letak harga mengikut pasaran dan kualiti produk kita. Kalau produk kita berkualiti tinggi, apa salahnya mahal sikit kan. Seperti Mercedes C Class dan BMW 3 Series, harga tak sama, tapi ada tarikan tersendiri πŸ™‚ Bagi kita biarlah kena caranya. Bab tu kenalah bertanya pd yang pakar. Jangan segan nak tanya. Bukan saya, saya bukan pakar πŸ™‚

  13. good discussion πŸ™‚

    saya setuju, segan letak harga bukan setakat melayu sahaja. cina & india pun juga. infact, tip hari ini saya letak selepas mendapat reaksi dari seorang cina yang malu-malu letak harga πŸ™‚ jadi, kesimpulannya adalah masyarakat malaysia.

    banyak point2 yang menarik… salah satunya adalah “keyakinan”. Tidak yakin dengan harga yang diletak… mungkin tak yakin dengan kebolehan sendiri dan tidak yakin dengan penerimaan orang ramai.

    saya lebih suka study perniagaan yang charge harga mahal oleh kerana di situ, banyak boleh dipelajari. seperti usahawan kereta2 mewah (produk)Β &Β hotel2 mewah (perkhidmatan) dll. di situlah skill sebenar sesuatu perniagaan dapat dipelajari oleh kerana harga tidak menjadi isu pemilihan pembelian (tidak perlu compete dengan harga).

  14. ke tak letak harga tu sbb harga tu akan dicustom2kan ikut siapa yg tanya..?
    ada satu website ni mmg tak letak harga..saya pgi jumpa terus ownernye tanya dia caj brapa utk service dia?tpi sebab saya yg tanya, saya rasa affordable dgn harga yg dia quote.what if saya ni anak Datuk atau saya Datin/Datuk? sure harga dia berbeza sbb affordable bagi diorg tak sama dgn kite.
    saya nampak diff side pulak utk org yg tak letak harga ni…hehe
    mcm biz saya..mmg letak harga..sbb lagi memudahkan org nak beli.tak yah penat nak reply email satu2 jawab ni harga berapa, ni harga berapa…:)

  15. Bercakap tentang letak harga ini ada 1 kisah yg nak saya share dgn pembaca.. Ada sorang penjual xxx dia letak harga produknya ikut jenis kereta yang dipandu pembeli, habis tu kalau yang beli tu cuma iver saja tapi bawa Merce…? Walaupun dia ada meletakkan tanda harga tapi macam2lah ‘ayat power’ yang akan keluar supaya harga itu boleh jadi berganda…

  16. Saya buat perbandingan harga Ebook 101 CaraPromosi Irfan dengan harga ebook saya Cara Promosi..Yang Hilang!!? πŸ˜• http://www.spammingmenow.promoprosper.com/LaunchingFlashIndex.html

    Saya letak harga RM25 untuk satu cara promosi tetapi hanya letak RM0.96 untuk satu cara promosi.

    Pada saya harga tak begitu penting kerana orang menilai kualiti sesuatu produk dan cara kita meyakinkan pelanggan untuk membeli produk kita.

    Cuba anda semua nilaikan!!! πŸ™‚
    http://www.spammingmenow.promoprosper.com

    Hisham;
    P2..DotCom

  17. saya ada satu idea..apa kata kalau letak harga yang berlainan untuk jenis pelanggan yang berlainan yang membeli produk / srvis kita..misalnya saya ni supplier kopi..

    untuk antar ke kedai runcit / restoran, saya kenakan harga standard ngan kualiti kopi standard..untuk antar ke starbuck, saya kenakan harga tinggi sikit dengan beberapa ‘bonus’ ,service terbaik serta kualiti kopi lebih baik..untuk hantar ke cafe di hotel 5 bintang, saya kenakan harga lebih tinggi, servis after sale sebaik mungkin, kualiti kopi ‘kaw-kaw’ sebaik baik mungkin dan professionalisme dalam berurusan dengan diorang..

    saya rasa sindrom malu2 letak harga ni sebab tak kaji pasaran dan malu-malu nak ‘raise the bar’ dalam bisnes..biar mahal, yang penting kualiti, kepuasan dan setakat mana produk / servis kita mampu membantu pelanggan. I say, we thik about someone else’s need first..janji dia puas hati dulu..perlu juga pelbagaikan pekej harga, seperti contoh di atas..

  18. meletakkan harga sesuatu produk atau erkhidmatan adalah keputuan penjual tu sendiri. tapi kenalah buat kajian dulu. jgn malu letak harga tapi mestilah MUNASABAH dan mengUNTUNGkan penjual tu jugak.

    kalau tak untung mcmana nak berniaga. ushawan mana nak RUGI dalam berNIAGA.

    TAPI jgn UNTUNG banyak tapi tak bertahan lama… biar UNTUNG sedikit..lama2 jd bukit.

    just my opinion…tq

  19. Bukan apa segan kerana kekadang tuu mungkin rasa tak layak nak letak harga tinggi, jadi kebanyakan masyarakat kita pun tak letak la harga kepada perkhidmatan atau produk kita. ita kan jenis pemalu ni..

  20. Biasenya..kebanyakan bangsa kita segan nak letak harga coz takut produk x leh jual…bile produk x leh jual…customer makin berkurang…ade yang menganggap ia sebagai satu risiko yang mampu menjejaskan perniagaan…

  21. bagi saya, mungkin masalah keyakinan diri, terutama bagi newbie yang baru mula bisnes. ye lah, orang baru, nak bersaing ngan mereka yang dah ada nama, terasa la jugak adventure tuh. so, akan ada rasa kurang keyakinan diri, was-was nak letak harga, takut lebih pulak harga dari yang ada nama tuh…

  22. Kena kaji betul2, mungkin compare dengan produk yang sewaktu dengannya yang dah ada kat pasaran supaya harga kompetitif.

  23. pada pendapat saya.. ia berpunca daripada keturunan.. ataupun dari zaman dahulu lagi.. ramai masih tidak sedar bahawa zaman semakin maju dan kadar mata wang juga semakin meningkat.. jika dulu beras dapat beli dengan 50 sen tapi sekarang tidak.. namun mentaliti masyarakat yang tidak berubah menyebabkan mereka segan atau erti kata lain takut meletakkan harga kerana dikhuatiri perniagaan mereka tidak akan maju atau lingkup kerana mereka masih berfikir bahawa masyarakat tidak boleh menerima perubahan.. tiada cara lain yang boleh dilakukan jika mentaliti atau pemikiran tidak diubah.. dan pengguna juga harus sedar time is running out dan perlulah juga mempunyai kesedaran yang zaman sekarang adalah zaman materialistik!!! dan lagi satu, agaknya melayu x bleh tgk melayu lain berjaya kot!!!

  24. Asslammualaikum,

    Boleh ke saya bertanya?
    saya baru nak memulakan perniagaan! Customer dah ada tapi saya tak punya modal untuk membuat rolling dan ia seakan2 melemahkan semangat saya. apa pandangan dan nasihat doktor akan permasalahan ini? Saya dipandang sinis oleh keluarga. Perniagaan yang nak saya jalankan adalah corprate gift and premium dan saya bercita2 nak buka laman web saya dan menjual melaluinya. saya tidak bersekolah tiggi setakat SRP sahaja. Tolonglah saya

  25. liena, mula kecil-kecil dulu. masalah modal, bukan merupakan masalah yang besar. banyak perniagaan bemulakan dengan modal minima.

    anda perlu adjust produk & perkhidmatan anda supaya bersesuaian dengan modal yang anda ada. sekiranya RM200, maka, perlu mula di situ.

    keuntungan digunakan untuk rolling.

  26. jangan takut meletakan harga yang agak tinggi pada produk kita.Bakal pelanggan bukan menilai dari segi produk sahaja tapi kita pelu mempamirkan imej yang pro.

  27. pada saya, kalau baru letak harga rendah sikit dari pesaing yg dah establish.tujuannya untuk dapatkan market dulu dan bagi more value dari pesaing kita sendiri. bila dah establish boleh lah adjust setara atau lebih..

  28. Kadang2 sy letak jugak price service sy ikut pasaran. Tapi kdg2 tu, sy ikut market freelance je…boleh ke? Yg. pastinya ramai client dt Malaysia (melayu) asyik nak murah je. Tapi kualiti nak yg super pnya. Susah macam ni… πŸ™
    FYI sy ada buat freelance grafik design. http://zyzyx.info

  29. Salam, Saya terpanggil utk memberi komen ttg topik ini, mmg bebetul kene kat batang hidung saya!ehehe saye baru memulakan bisnes online tp saya hanya meletakkan harga yg sgt minima asal dapat untung sikit je cukup! sbbnye saya selalu terpikir ” kalau aku beli barang , aku mesti nak beli dgn harge yg murah, nih aku nak letak harge tinggi pula” selalunya para peniaga ambil margin keuntungan brp ye?

    Perasaan tidak confident dgn diri sendiri mungkin salah satu walaupun tahap keyakinan terhadap produk tinggi krn saya akan teliti kualiti barang saya dahulu sblm jual kpd cust. tp masalah meletakkan harga masih menghantui dan sgt risau kalau ada org kata barang saya mahal…

  30. mmm… banyak betul jawapan, dan saya setuju dengan semuanya πŸ™‚

    saya pun baru mulakan bisnes only dan bahagian harga adalah benda terakhir yang saya siapkan.. why? because memang susah nak letak harga ni. Thru my experience, the best solution is always by research. Survey harga produk yang sama category dengan produk kita. then make a table matrix. di sebelah atas matrix letak perbezaan/kelebihan produk, cth printing 2 color, printing 4 color, self-custom etc. Di sebelah kanan list pesaing kita (harga company mana yang kita survey). Bila table dah penuh, then kita boleh buat analysis. Cari perbezaan, kelebihan, kekurangan sesuatu produk and by then insyallah kita akan nampak pula kenapa kita kena letak harga macam ni atau macam sykt tu. Mungkin cara ini leceh.. tapi critical thinking will lead to consistent result. Maksudnya bila timbul sja keraguan atau kekeliruan (yang mungkin dipersoalkan oleh pelanggan kita) tentang harga yang kita letak, we will always have solid feedback.

    As a newbie in business, saya masih lagi menggali cara lain yang efektif. For the time being, i will hold on to this method. Hope it help others.

    πŸ™‚

  31. Masalah nak letak harga ni terkena pada semua peniaga dan usahawan. kalau ikut teori buku, mereka cakap macam2. sebenarnya semua boleh ikut tapi ikut pengalaman banyak yg betul dari ikut kata buku. Kebanyakkan kita termasuk saya juga tak buat pengiraan yg betul bila nak letak harga. Harga asas bergantung kepada tambahan peratusan keuntungan yg diperlukan dari harga kos, lepas itu kalau nak lebih tambah lagi mengikut sasaran atau golongan mana barang kita dipasarkan. Contohnya kalau kuih kita hanya boleh dijual RM3.50 sebungkus kat Nilai ia boleh naik ke jadi RM4.50 kalau jual di Damansara. Kos mungkin RM1.90 je. Segmen sasaran kita main peranan juga dalam nak letak harga.TQ.

Leave a Reply

Your email address will not be published.