[Bersambung dari “Saidina Abu Bakar As-Siddiq – Sahabat Terbilang, Saudagar Dermawan (Bahagian 1)”]
Pengorbanan seorang saudagar
Dengan harta kekayaan yang dimilikinya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq telah banyak menginfakkan keseluruhan daripada harta miliknya untuk perjuangan jihadnya menegakkan agama Islam yang Syumul. Beliau begitu banyak menyumbangkan tenaga, wang ringgit, harta kekayaan serta seluruh jiwa raganya demi perkembangan Islam sejagat.
Beliau sangat dihormati oleh Masyarakat Quraisy kerana keluhuran hati budi dan sikapnya yang dermawan. Di samping itu, beliau juga adalah manusia yang paling agung dan mulia dalam sejarah Islam selepas baginda Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah tokoh sahabat terbilang yang tiada tolok bandingnya serta sukar dicari.
Kerendahan hati budinya ketika memegang kuasa dan tampuk pemerintahan menjadikan beliau seorang pemimpin atau khalifah yang amat disegani dan disenangi rakyat seluruhnya. Tutur bahasanya yang lembut, sopan dan menarik hati amat dikagumi dan disayangi oleh rakyat jelata serta baginda Rasulullah SAW sendiri.
Beliau juga adalah seorang yang tidak lokek untuk membelanjakan keseluruhan harta peribadi miliknya bagi membantu masyarakat sekitar. Apatah lagi setelah beliau menjadi seorang Khalifah Ulung yang memerintah Negara. Beliau telah sanggup mengorbankan seluruh harta benda miliknya untuk menebus kembali hamba-hamba yang telah ditawan, ditangkap dan diseksa sewaktu berlakunya peperangan. Beliau telah membeli hamba-hamba tawanan dan kemudian memerdekakannya.
Salah seorang hamba tawanan yang telah dibeli dan dibebaskan ialah Bilal bin Rabbah, yang juga amat terkenal dalam sejarah Islam. Pendek kata, Dalam kalangan para sahabat-sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq adalah seorang sahabat dan khalifah yang paling banyak menginfakkan harta kekayaan miliknya demi menegakkan Islam tercinta.
Itulah kehebatan jiwa yang dimiliki oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah agung yang amat dermawan dengan kemurahan hatinya bagi membantu orang yang susah. Sesungguhnya pengorbanan beliau memang tiada tandingan di dunia ini.
Telah disebutkan dalam surah al-Baqarah ayat 265 mahfumnya : “Dan perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali ganda. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha melihat apa yang kamu lakukan.”
(Petikan Surah Al-Baqarah ayat : 265.)
Demikianlah selingkar kisah ketokohan seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Abu Bakar As- Siddiq yang boleh kita jadikan contoh teladan terbaik untuk menguruskan harta yang ada sebaik mungkin agar semakin berkat, bertambah dan bercambah dengan mendapat seribu satu kebaikan dan keberkatan dari Ilahi.
Jangan sesekali lupa untuk menunaikan zakat fitrah, demi untuk memakmurkan lagi jiwa dan umat Islam. Semuga setiap amal dan hasil usaha yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah SWTdi dunia dan akhirat.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam tuan..dalam perenggan 1 dan 4..beliau membelanjakan seluruh harta tu bermakna kesemua harta ke tuan?atau masih ada simpanan lain?
Saidina Abu Bakar telah membelanjakan seluruh harta beliau sehingga Rasulullah S.A.W pernah bertanya kpd beliau, ” Apa yang tinggal padamu?”, kemudian beliau menjawab, “Hanya tinggal Allah dan Rasul” seperti yg tertulis di dalam sebuah Hadis tetapi saya tidak pasti keshahihan hadis tersebut…Wallahu a’lam.