[Bersambung dari “Saidatina Khadijah r.a – Tokoh Usahawan Wanita Islam Terulung (Bahagian 1)”]
KEEMPAT : Intipati kejayaan yang seterusnya adalah, beliau dapat menjangka segala permasalahan dalam perniagaan.
Seperti dalam permainan catur, seseorang individu itu harus dapat menjangkakan pergerakan musuh untuk menang. Begitulah cara yang diaplikasikan oleh Siti Khadijah. Antara masalah yang dapat dijangka oleh Khadijah adalah :
- Saiz pasaran tempatan yang kecil.
- Kurangnya perbezaan sehingga menyebabkan bisnes lambat berkembang atau gagal.
- Strategi perniagaan yang lemah hingga menyebabkan perniagaan tidak produktif.
- Tiada pasukan pengurusan yang efektif.
- Pelan perniagaan yang tidak berkesan.
- Matlamat perniagaan yang kabur atau tidak jelas.
‘Bagaimana Khadijah menyelesaikan masalah itu?.’ Bagi masalah yang pertama, beliau telah menerokai pasaran luar seperti Syria dan Yaman juga tidak hanya menumpukan perhatian kepada bisnes di Mekah sahaja.
Seterusnya, Khadijah telah memilih Nabi Muhammad s.a.w sebagai rakan kongsi kerana beliau dapat melihat kebijaksanaan baginda dalam perniagaan. Bagi masalah yang ketiga, beliau telah menyelesaikannya dengan menawarkan keuntungan yang tinggi kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai pelaburan yang akan mendatangkan keuntungan berlipat ganda.
Ini menunjukkan kebijaksanaan Khadijah dalam pengurusan kewangannya. Bagi masalah yang seterusnya pula, Khadijah mengurangkan risiko ini dengan menghantar pembantunya, Maisarah, untuk membantu Nabi Muhammad s.a.w dan sekaligus membantu memantau perniagaannya. Bagi mengatasi masalah serta pelan perniagaan yang tidak berkesan, beliau telah berjaya mengurangkan masalah agensi secara langsung dan tidak langsung. Manakala untuk menyelesaikan masalah yang terakhir, Khadijah telah menggunakan konsep mudarabah yang memadankan insentif dan matlamat perniagaan.
KELIMA : Seterusnya, intipati yang terakhir adalah, kecekapan Siti Khadijah dalam menguruskan masalah agensi.
Dalam perniagaan yang melibatkan pemodal dan pengurus perniagaan, wujud potensi untuk terbitnya masalah agensi. Bagi kontrak mudarabah, masalah akan timbul apabila usahawan tidak menjalankan tugasnya dengan baik mengikut cara yang melindungi hak-hak pihak yang terlibat.
Situasi yang dapat menggabungkan cara Siti Khadijah dalam mengurangkan masalah agensi adalah, dari segi insentif, dengan adanya kontrak mudarabah Nabi Muhammad mempunyai insentif untuk menjana keuntungan sebanyak mungkin. Ini kerana, semakin banyak keuntungan, maka semakin banyak pendapatannya.
Seterusnya, mekanisme pembahagian keuntungan. Mekanisme ini wujud melalui konsep kontrak mudarabah. Yang seterusnya, pemantauan dilakukan oleh Khadijah secara berterusan dengan bantuan pembantunya, Maisarah, dan Maisarah turut membantu memberikan maklumat yang sahih kepada Khadijah.
Kesimpulannya :-
Khadijah bukan sahaja seorang wanita yang mempunyai perilaku yang baik, malah beliau juga merupakan tokoh usahawan yang disegani kerana bijak menguruskan perniagaannya di tengah-tengah masyarakat Arab yang pada ketika itu memandang rendah terhadap golongan wanita sepertinya. Mungkin ketabahan dan kesungguhan Siti Khadijah dalam mengusahakan perniagaannya ini, sedikit sebanyak ia boleh membantu memberikan inspirasi kepada anda, siapa tahu anda boleh mengikut jejak langkahnya suatu hari nanti, Insya-Allah!
5 CARA SAIDATINA KHADIJAH BERNIAGA
- Menggunakan konsep ‘empowerment’.
- Memanfaatkan konsep Mudarabah.
- Kesinambungan perniagaan dan rancangan pewarisan.
- Dapat menjangka masalah dalam perniagaan.
- Kecekapan menguruskan masalah agensi.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021