Semua perniagaan mempunyai risiko. Sekurang-kurangnya kalau bukan risiko dari segi kewangan, risiko dari segi masa yang diluangkan juga sekiranya perniagaan tidak menjadi.
Usahawan perlu berani menghadapi risiko, namun, bukan menghadapi risiko membuta, tetapi juga perlu mempertimbangkan berbagai-bagai perkara sebelum mengambil risiko (calculated risk).
Perniagaan Internet juga tidak lari daripada menghadapi risiko. Namun, oleh kerana kos untuk memulakan perniagaan Internet adalah jauh lebih rendah daripada perniagaan yang memerlukan premis, risiko dapat dikurangkan terutamanya dari segi kos premis, sewa, renovation, overhead kedai dan lain-lain.
Antara risiko perniagaan Internet adalah…
1. Pesaingan yang tinggi
Oleh kerana kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah (lower barrier to entry), pesaing juga akan mudah memulakan perniagaan yang sama. Kini, dengan hanya mempunyai Facebook sahaja, sesiapa sahaja boleh memulakan pernaagaan di Internet.
Peniaga Internet perlu tahu teknik dan strategi cara menangani pesaing di Internet terutamanya dalam keadaan pesaing akan tumbuh bak cendawan selepas hujan.
2. Teknologi Internet silih berganti
Teknologi Internet berkembang dengan pantas. Sebagai contoh, satu tahun yang lepas iklan tidak boleh diletakkan di Instagram. Kini, usahawan boleh meletakkan iklan di Instagram. Satu tahun yang lepas, live broadcasting belum lagi wujud di Facebook. Kini, setiap minggu saya menggunakan Facebook Live broadcasting untuk #TanyaIKLive.
Oleh kerana teknologi Internet silih berganti, ia juga merupakan risiko terutamanya untuk usahawan Internet yang tidak terkini dan up to date.
3. Risiko tidak mendapat sebarang pendapatan
Tentunya kegagalan perniagaan adalah risiko tersendri. Tidak semua perniagaan Internet akan terus berjaya. Juga terdapat pelbagai sebab kegagalan perniagaan, dan yang paling penting adalah ilmu dalam strategi perniagaan dan pemasaran media sosial di Internet.
Untuk mengurangkan risiko kegagalan perniagaan Internet, usahawan perlu melengkapkan diri dengan pelbagai kaedah pemasaran perniagaan Internet seperti pemasaran Facebook, SEO, pemasaran email, laman web, blog dan lain-lain.
Dengan mengetahui lebih banyak kaedah, maka, lebih banyak cara boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet di samping mengelakkan sebarang risiko perniagaan online!
Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah membantu ramai usahawan Internet mencapai kejayaan perniagaan online. Bermula dengan tiada idea perniagaan, sehingga memulakan perniagaan dan menjana pendapatan di Internet.
Sekiranya anda berminat untuk memulakan perniagaan Internet anda sendiri, sertai saya selama 6+ bulan secara part-time di Open Education Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan terbaru bermula tidak lama sahaja lagi!
*Program ini boleh diikuti secara bersemuka di kelas (Mutiara Damansara) atau secara 100% atas talian sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Assalamualaikum,saya ingin memulakan perniagaa online tetap tidak menjumpai perniagaan yang sesuai,saya harap saudara dapat memberikan pandangan serta nasihat kepada saya,terima kasih.
Terima kasih diatas peringatan tersebut IK !