Hadis menyebut…
“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan”
Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi!
Konsep Pereto 80/20 mengatakan, 20% daripada usaha dan masa kita apabila memberi fokus yang terbaik akan memberi pulangan perniagaan dan produktiviti 80%. Sering kali, waktu pagi adalah waktu terbaik dan paling jelas minda dan tenaga kita berfungsi- beri fokus yang sebaiknya di awal setiap hari.
Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.
Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Memang betul tu saya sangat setuju kerana sudah ada penjelasan di dalam alquran dan hadis mengenai rezeki awal pagi kalau kita lihat sendiri di awal pagi bagi mereka yang berniaga sarapan sudah ada yang membeli sarapan kuih muih di awal pagi sebelum ke tempat kerja, jadi kalau mereka tidak ambil peluang untuk memulakan kerja di awal pagi maka rezeki pada hari itu kurang dan begitulah sebaliknya. Terima kasih atas perkongsian artikel ini.
Setuju sangat dengan perkongsian IK. Rezeki terbuka luas pada waktu pagi. Saya juga ada baca yang Donald Trump yang dah jutawan, dia tidur pukul 1 pagi dan bangun pukul 5 pagi semata-mata untuk lebih ke hadapan daripada pesaingnya.
Ada ulama memberi pendapat, pagi yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah selepas selesai solat subuh dan sebelum matahari terbit.
Kita akan rasa lebih segar dan mudah berfikir pada awal pagi ! 😉
sye ade quote kan kata2 hebat abg irfan
kat sini –> http://www.masterzuheir.com/masterquote-2/bangun-awal-kunci-kejayaan.html
kata2 mu sgt hebat !
Nice info..
great because memang pagi adalah waktu terbaik memasang target dalam kerjaya
Saya setuju isi dalam artikel ini…bangun awal sikit..buat solat sunat dulu, subuh, kalu leh jemaah..insyallah, berlipat ganda rezeki mendatang.
saya setuju dengan isu ini..kalo boleh untuk yg muslim, bangun awal + solat subuh berjemaah + baca quran + solat dhuha = Rezeki yang tidak disangka2 akan datang pada anda…Cuba lah
Benar, boss. Berpagi-pagian itu senjata rezeki orang Islam, mana yang percaya akannya. Solat subuh berjemaah + solat dhuha + berwirid dan zikir stiap pagi, cubalah. Memang terbuka luas rezeki… lambat atau cepat itu sudah rahsia Allah.
Terima kasih atas perkongsian.
Pagi, waktu untuk reset semula minda, jiwa dan kejayaan.
Bila berpagi-pagi, semangatnya lain macam lah.
Mudah-mudahan, Insha Allah, segala-segalanya dipermudahkan.
Saya setuju.Dalam siri ‘Fattabiouni’ alkisah hadith berpagi-pagi ini dikupas dan dijadikan satu slot.Sejujurnya saya sangat suka kedai yang buka awal-awal pagi
Salah satu kunci kejayaan adalah bangun awal. Ramai dapati sukar untuk bangun awal pagi, ubatnya adalah tidur lebih awal – walaupun 30 minit lebih awal akan membantu.
Tidak perlu melihat ikon-ikon luar seperti Bill Gates, Donald Trump, Oprah Winfrey yang mulakan aktiviti untuk perniagaan mereka di awal pagi, hadis telah sedia menyebut: