Remuk Hati Saya…

Bulan lepas, ketika saya pulang ke Malaysia, waktu itu sedang membeli barang di pusat membeli belah. Sesuatu terjadi yang agak meremukkan hati saya.
Saya terdengar seorang anak kecil meminta ayahnya permainan.
“Ayah, Ani nak mainan ini”
Jawab ayahnya…
“Tak boleh, ni mahal”
Agak sedih apabila mendengar kata-kata itu.
Memang tidak semuanya kita mampu walaupun permainan itu berharga RM50. Memang juga permainan bukanlah sesuatu yang paling penting untuk anak.
Tetapi ia membuatkan saya terfikir. Bagaimana pula sekiranya kita tidak mampu pada perkara yang lebih penting seperti buku, ilmu, pendidikan, kesihatan dan sebagainya?
Satu waktu dulu ketika saya masih belajar, saya bertanyakan pada mentor saya.
“Kenapa perlu jadi kaya?”
Katanya, kalau kaya, kita boleh dapat pendidikan yang lebih baik, kesihatan yang lebih baik, bantu mereka yang susah dengan lebih baik, gaya hidup yang lebih baik dan bercuti serta holiday pun boleh yang lebih baik.
Waktu saya lebih muda, saya fikir ianya SALAH untuk jadi kaya. Tetapi, selepas dengar kata-kata mentor saya, saya fikir, sebenarnya ia tak salah menjadi kaya.
Bila tefikir kembali mengenai apabila kita tidak mampu sesuatu, apakah caranya untuk ubahkan situasi ini?
Jawapannya satu sahaja.
Kita yang perlu berubah.
Dan saya akui, ianya bukan mudah untuk berubah. Bukan mudah untuk mula fikirkan cara menjana pendapatan tambahan. Apatah lagi melakukannya.
Namun, teringat saya satu quote berbunyi:
You don’t have to be great to start.
But you have to start to be great!
Anda tidak perlu hebat untuk bermula.
Tetapi anda perlu bermula untuk hebat!
Adakalanya terdetik untuk kita mula fikirkan cara menjana pendapatan tambahan. Sekiranya anda ingin pendidikan dalam cara mejana pendapatan melalui online, dapatkan maklumat lanjut bagaimana program saya dapat membantu anda.
 .
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Remuk Hati Saya…

  1. .saya selalu menerima news terkini irfan. Saya buntu memikirkn perniagaan yg mna difikirkn tepat untuk Demi keluarga saya yg dikasihi. Mmg byk dlm pemikiran saya ingin memulakn pelbgai perniagaan tpi buntu dan takut untuk melangkh kearah perniagaan setelh gagal dlm perniagaan sebelum ini. Minta pandangan Dari irfan. Terima kasih

  2. sangat sentap dan menyedihkan apabila tidak mampu menyediakan sesuatu yang diingini oleh orang yang kita sayang..

    lebih sedih lagi jika tidak mampu mengubah diri untuk menjadi lebih baik

Leave a Reply

Your email address will not be published.