Pejam celik pejam celik, program bicarawara “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” sudah berlangsung selama sebulan!
Seperti matlamat saya bulan lepas, alhamdulillah, kini program JUTAWAN menjadi antara program yang paling popular di Radio24! Oleh sebab itu, Radio24 kini telah memberi peluang rancangan JUTAWAN! disiarkan pada PRIME SLOT 🙂
Klik di sini untuk membaca matlamat saya mengenai program JUTAWAN!Â
Mulai bulan ini, JUTAWAN! bukan lagi berlangsung pada setiap hari Khamis pukul 3.00pm. Waktu baru program JUTAWAN adalah pada setiap hari Jumaat bermula 8.00 malam!
5 ikon jutawan telah bersama saya di JUTAWAN sejak bulan lepas. Seronok saya mengendalikan rancangan ini dan dapat mencungkil strategi jutawan-jutawan Malaysia- sehingga saya sendiri telah mempelajari pelbagai perkara dan berjaya menambahkan pendapatan- betul!
Tip hari ini adalah untuk anda aplikasikan apa yang diajar oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Adakalanya saya fikir saya sudah mengetahui banyak strategi perniagaan dan strategi membuat wang. Tetapi, apabila saya membuka fikiran pada idea-idea baru daripada ikon-ikon jutawan, ternyata saya salah! Saya berjaya menambahkan pendapatan saya!
Terlalu banyak cara menjana pendapatan di Malaysia ini. Buka fikiran dan hormati semua jenis perniagaan- tidak kira perniagaan Internet, perniagaan MLM, perniagaan ICT, perniagaan insurans, hartanah, jualan, mail order, perniagaan berbentuk gerai, menjual kosmetik, perniagaan konvensional membuka kedai, membuka booth… dan banyak lagi.
Hormati perniagaan oleh kerana dengan menghormati semua jenis perniagaan (asalkan ianya perniagaan halal!), fikiran kita akan lebih terbuka pada idea-idea baru menjana pendapatan dan menjadikan pendapatan kita tiada hadnya! 😉
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
yeah! 🙂
program JUTAWAN adalah pada setiap hari Jumaat bermula 8.00 malam.
boleh la org yg bekerja mcm saya nie nanti mendengar radio pd waktu terluang,lebih2 lg waktu malam…
terima kasih! 🙂
Alhamdulillah… prime time adalah yang terbaik!Lebih ramai yang akan berpeluang mendengarkan segmen Jutawan!
WOW!!…Satu progress yg sgt baik! Makin popular, itulah bila niat kita ikhlas dan baik insyaAllah, Tuhan akan membuka jalan untuk kita lebih berjaya.
Bro sangat setuju dengan MENGHORMATI PERNIAGAAN. Semua perniagaan, semestinya harus kita hormati. Bukan mudah bagi setiap orang yang mengusahakan setiap perniagaan tu kan…tiba-tiba ada lak yg ngata n ngutuk, sedih wo…
mmm….best lah camtu..
bila selalu dengar program jutawan .makin bersemangat diri ini untuk jadi jutawan…: )
Alhamdullilah
dapat jugak dengar secara life segmen jutawan.
Ilmu yan paling berharga belajar dari pengalaman orang yang dah berjaya.
Thanks .Irfan
Prime Slot.. Cayalah Doc. 🙂
Selamat datang 2008 dan “hormati perniagaan” 😉 lain selain perniagaan internet anda
Jadi usahawan dalam berbagai bidang untuk menjadi ‘JUTAWAN’ 😀
Hiham;
P2..DotCom Founder
Sempat dengar 2 siaran je. Lagi 2 siaran terlepas. Rugi betul. Dah tukar tarikh siaran dah.
Bagi anda yang terlepas jutawan sebelum ini… jangan ketinggalan pada slot baru 8pm bermula hari jumaat ini…
akan disiarkan kompilasi “the best of JUTAWAN” yang memuatkan tip-tip hebat dari 5 ikon jutawan jemputan!
Best of Jutawan! 🙂
Salam Sejahtera,
MENGHORMATI PERNIAGAAN…ya! seringkali kita mendengar apabila seseorang ingin memulakan perniagaan terdapat kata-kata yang melemahkan semangat…
Tak kira apa jua perniagaan perkara pokok yang di ceritakan adalah perkara yang merugikan dahulu..kemudian barulah di bincangkan tentang keuntungan.
Kita perlu terima hakikat setiap perniagaan mesti ada risiko untung & rugi…
Tahniah!! ..semoga “the best of JUTAWAN” dapat mengajar seseorang lebih menghormati perniagaan orang lain.Walaupun berlainan jenis & kategori perniagaan.
Better pada waktu malam. Biasanya siang ni terkejar2 dengan urusan kerja yang lain.
Anyway, keep up! Harap2 rating terus naik 🙂
caya lah IK .. makin ramai lah yang dudk depan radio lepas nih.. (biasa tonton berita jam 8.mlm) 😀
Ya betul kata iaitu menghormati setiap jenis perniagaan yang halal.Masing-masing ada kekuatannya.
Saya lebih suka dibuat sebelah malam sebab waktu siang sibuk bekerja.
Tak pernah dengar lagi siaran di R24. InsyaAllah akan dengar. Tpi buku Irfan Khairi, Jutawan Internet sudah beli. sudah baca pun. TAHNIAH buat saudara.
Salam JUTAWAN,
Ye… buka mata, buka fikiran supaya kita tidak hanya nampak apa yg kita mahu nampak sahaja.
Thanks Sifu….
Salam kasih sayang,
Tip ‘hebat’ cukup memberangsangkan.
Bersangka baik, melaksanakan ‘hukum ganjaran’. Apa saja yang selalu difikirkan pasti menjadi kenyataan. Tahniah, semoga kajayaan Irfan ‘menempias’ kpd kita semua.
Semoga diberkati. Amin
Hopefully Irfan Khairi dapat mengungkap rahsia jutawan kita dari pelbagai sudut yang boleh difahami oleh kita semua, allright? Jangan lupa selitkan juga resepi kejayaanmu semoga dapat kita berkongsi bersama..
Don’t forget to “think outside the box” so u can make the different than the others…
Maybe other than irfan khairi.. hahahaha!!! just kidding, ok? Anyway all the best to y’all.
hormat semua jenis perniagaan. pernah saya tanya seorang cina,”uncle dulu kerja pemandu bas,tapi nampak macam banyak duit, uncle ambik duit dari mana?? lalu uncle itu menjawap sambil tersenyum,jawapan sungguh ringkas. “Dulu, uncle sewa bas, satu hari RM 160, uncle dapat satu hari lebih kurang RM600..kini,lesen memandu uncle kena tarik,pasal langgar orang!
wow,bijak betul uncle!,
cuba bayangkan kalau kita sewa bas tadi dan gajikan pemandu RM 50 ke sehari, tentu “autopilot”pendapatan kita. sekadar pendapat!
daripada cerita uncle tadi saya yakin,walaupun kita zero, takde duit, tak mustahil bagi SESIAPA untuk jadi hero!
Semangat! Semangat!
makin lame makin popular…
isk2..itu lah kuasa meletak kan matlamat…
kite akn berusaha keras untuk mencapai nye…
betul kate tu… 🙂
betul kate En. Muzri tu…. Irfan skrang sudah menjadi ikon bagi internet biz ni…
Tahniah dari kami….
Betul.. Menghormati perniagaan orang lain, adalah lebih baik daripada memandang remeh, “mengutuk” tak tentu pasal.
Perkara ini selalu terjadi kerana fikiran yang tidak terbuka dan menganggap sesetengah pernigaan tidak memberikan sebarang faedah dan keuntungan..
yes!!akhirnya dpt juga dgr live…:)
Saya pernah terjumpa dengan Irfan Khairi di MPH Jusco Seremban 2.Masa tu,Irfan pakai cap untuk tidak di kenali oleh umum sambil menolak baby stroller.Saya berdiri di sebelah Irfan tanpa menegurnya dan tanpa sepatah perkataan pun,memang boleh terasa ‘aura’ jutawan daripadanya!
say pun pernah terjumpa irfan di jaya jusco. very simple orangnya. husband saya je yg perasan..rugi tak tegur irfan
salam jutawan
salam perkenalan
Cita-cita perlukan perjuangan,
perjuangan perlukan pengorbanan,
dan pengorbanan perlukan ketabahan hati”
“jihad ekonomi:
“BAKAL USAHAWAN MUDA”
HR GLOBAL BUSINESS ENTERPRENEUR