Rahsia membina jenama

Ramai juga yang email saya & tinggalkan komen di Tip Satu Minit untuk saya berikanΒ cara-cara membina JENAMA yang hebat!

Membina jenama adalah satu topik yang sering disalah tafsirkan. Topik jenama adalah antara topik yang paling kurang dibincangkan, walaupun ianya adalah antara topik paling penting dalam perniagaan.

Membina jenama yang KUAT perlu mempunyai TEMA. TEMA, tidak semestinya niche, USP, slogan, atau tajuk. TEMA adalah “overall concept”.

  • Seperti memasuki McDonalds, TEMA yang dimainkan adalah “Keseronokan”
  • Seperti Hard Rock Cafe, TEMA keseluruhan adalah “Muzik”
  • Seperti Haagan Dazs, TEMA keseluruhan adalah “Kemewahan”

Untuk membina jenama yang kuat, langkah pertama adalah:

  1. Kenal pasti pasaran anda. Siapakah golongan pembeli produk & perkhidmatan anda…
  2. Ciptakan satu TEMA untuk memenuhi golongan pembeli produk & perkhidmatan anda!

Jenama, bukan sekadar nama atau warna sahaja, tetapi, lebih kepada…

…TEMA danΒ PERSONALITI perniagaan anda.

Apakah karakter perniagaan anda? Apakah perasaan yang anda ingin pelanggan rasai apabila menyebut nama perniagaan anda? Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh perniagaan anda (bukan mesej perniagaan, tetapi mesej yang berkaitan dengan perasaan).

Cuba saya sebut beberapa nama, boleh kah anda sebutkan apakah tema yang disampaikan? Apakah perasaan yang disampaikan? (Latihan ni πŸ™‚ untuk mengasah fikiran anda mengenai jenama)

  • BodyShop?
  • The Simpsons?
  • Pepsi?
  • Ali Cafe?
  • Petronas Menara Berkembar?
  • Irfan Khairi?
  • Jalur Gemilang?
  • Mickey Mouse
  • Kancil
  • Mercedes

Perasan tak di mana setiap nama di atas memberi “perasaan” melalui tema yang disampaikan. Membina jenama yang kuat perlu memberi “perasaan” kepada pelanggan!

Perniagaan yang tidak menyampaikan “perasaan” melalui temaΒ kepada pelanggan, sukar menjadi jenama yang hebat.Β 

ps: perasaan, bukan perasan! πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

38 thoughts on “Rahsia membina jenama

  1. MOFAN AD – CREATIVITY . IDEAS . IMAGINATION.

    doakan yerk semua pembaca kejayaan company saye. saye suke membawa jenama supaya di kenali macam pemakaian seharian , anda semua pasti tak terlepas dari ingin membawa jenama pakaian mahupun barangan yang di pakai seperti jam tangan..

    kadangkala orang membeli sesuatu barangan bukan kerana cantik @ kualitinya .. ada juga membeli kerana jenama yang akan di pakai kemudian… yang mendapat nama adalah jenama tersebut tetapi anda???

    hahahaha saye membina nama terlebih dahulu untuk tahun pertama , agar mudah orang kenali apa yang saye sediakan..

    untuk pengetahuan anda semua saya membuka perniagaan digital print dan design… jika tidak keberatan berilah sokongan pada perniagaan saya kerana di usahakan oleh ORANG KURANG UPAYA iaitu diri saye sendiri..

    terima kasih ….

  2. Strongly agree ….

    Mencipta Tema & Jenama yg kuat??…..
    Emmm nie kena ambil lebih masa utk berfikir.

    Saya cuba jawab ….

    BodyShop? – Beauty / Aroma Kecantikkan
    The Simpsons? – Jokes
    Pepsi? – Minuman sensasi
    Ali Cafe? – Kopi Herbal/Tongkat Ali
    Petronas Menara Berkembar? Fuyo! Pencapaian Kegemilangan, bangunan tertinggi di dunia
    Irfan Khairi? – Wow! Jutawan Muda Internet
    Jalur Gemilang? Kemerdekaan
    Mickey Mouse – Kartoon Classic
    Kancil – Kereta Kecil Keluaran Malaysia tapi laju juga kecil2 cili padi.
    Mercedes – Kereta Mewah

    Tekaan saya pasti ada yg silap betul tak!

  3. hmm .. bina jenama dan personaliti

    rasanya, nama ‘Shukri Abdullah’ lebih sesuwai dan berpesonaliti berbanding ‘Shueqry’ .. ia memberi gelombang motivasi dan aura inspirasi yang lebih kuat ..

    tumpang nama Shukri Abdullah sikit-sikit πŸ™‚

    – shueqry –

  4. erk, silap ke? apakah sebabnya?

    kalau ada jalan nak buat cara yang betul, boleh tak Irfan tunjukkan .. tq πŸ™‚

    hmm .. pada pendapat saya, maybe sbb Shukri Abdullah sudah guna nama tu terlebih dahulu sebagai jenama dirinya, jadi kalau saya guna jenama yang sama, saya takde USP tersendiri dan akan dibayangi oleh kredibiliti Shukri.. rasanya begitu .. mcm M.Nasir yang membayangi Mawi.

    ataupun, adalah perlu saya guna saja jenama ‘Shueqry’ sebagai stand alone brand name yang unik dan lari dari bayangan nama Shukri Abdullah .. antara ‘Shukri’ dan ‘Shueqry’, mungkin audiens akan bertanya, siapa Shueqry dan ini akan mewujudkan brand awareness dan ‘perasaan’ tersendiri.

    apa pendapat Irfan?

    terima kasih ..

    – Shueqry / Mohd Shukri Abdullah –

  5. Kenapa shueqry tak boleh guna nama penuh?

    Shueqry tak boleh guna nama “shukri Abdullah” sebab ianya sama (sebijik) dengan Shukri Abdullah πŸ™‚ . Nanti org akan keliru..yang mana Shukri, yg mana pula shueqry..Silap2 orang ingat shueqry nak tiru idea & personaliti Shukri..

    Lebih2 lagi shueqry pun berada dlm bidang yang sama iaitu motivasi. Mana tahu 1 hari nanti shueqry pun dapat title
    haaa… org akn btambah keliru…

    So, camne nak buat?

    Hmm..ni yang mencabar ni..kalau ikut pendapat saya, shueqry tak boleh gunakan nama shueqry sebagai jenama..walaupun ejaan nya berbeza, tapi sebutannya tetap sama dengan jenama yang sedia ada..nanti orang susah nak ingat nama jenama “shueqry”..

    Apa kata kalau gunakan tips hari ini..Tgk pasaran dan tema utk buat jenama..Senaraikan segala perasaan, pasaran, tema, dan apa shj yg berkaitan dengan bisnes anda..Kemudian gabungkan perkataan2 tersebut..
    (hehe..sebijik macam buat domain name)

    cth:

    1. Power Motivation
    2. BETTER Life
    3. CEMERLANG
    4. Yakin Boleh!
    5. saya JUARA!
    dll..

    entah betul ke tak..jangan marah ye shueqry..saya cuba2 bagi idea jer…

    tolong betulkan kalau silap..
    Thanks

  6. Betul πŸ™‚ nanti orang keliru. Bayangkan kalau satu hari nanti Shueqry & Shukri di jemput bagi ceramah satu pentas. nanti Emcee pun confuse…

    “Di persilakan Shukri Abdullah… Eh sorry, Shukri Abdullah, memberi ceramah mengenai Law of Attraction… Eh sorry, bukan, ceramah tentang motivasi pelajar.” πŸ™‚

    jangan kan tunggu sepentas dengan Shukri, sebelum dijemput ceramah, nanti penganjur akan kata dalam meeting…

    “Apa kata kita jemput Shukri Abdullah untuk beri talk about Law of Attraction”. Lepas meeting, pegawai pun hubungi Shukri Abdullah. Menjawab la Shukri pasal Law of attraction πŸ™‚

    Kekeliruan bukan kepada orang ramai sahaja tetapi dari segi penganjuran, penerbitan, jemputan, media dan sebagainya nanti.

    Tip Satu Minit: Ramai yang fikir mengenai kekeliruan (tak kira dalam topik jenama atau topik perniagaan lain seperti harga, lokasi dll) sering fikirkan kekeliruan “target market” (orang ramai) sahaja.

    Sebenarnya, sekiranya ada kekeliruan, ia akan terjadi dalam kesemua “production process” sekali! Lagi banyak daripada yang disangkakan. Gandaan kekeliruan!

    Also jangan lupa, “Dr Shukri Abdullah” adalah pertama sekali masuk fikiran. Rujuk buku RJJIT πŸ™‚

    So, nak buat camne? Guna “Shueqry”? Adakah ianya idea yang baik untuk seorang motivator menggunakan nama glamour? Kalau artis hiburan, penyanyi, mungkin boleh guna nama glamour. Tetapi kalau motivator yang memerlukan kredibiliti? πŸ˜‰

    Siapa boleh bantu shueqry? Ada pendapat lain?

    ps: tak tidur malam shueqry dibuatnya sebab fikirkan namanya sama dengan Shukri lepas ni!

    pps: nasihat ni bukan untuk shueqry sahaja, tetapi, untuk anda juga sekiranya nama perniagaan anda berhampiran sama dengan nama perniagaan yang sedia ada. Contoh, banyak juga saya lihat kini penggunaan seperti “Rahsia______” yang berkaitan dengan Internet. Tidakkah ia akan mengelirukan? Adakah ianya baik untuk jenama?

  7. owh, thanks Irfan πŸ™‚

    Nana, takde nak marah-marah, good tips dari awak, terima kasih !Saya tak terfikir pula.

    betul Irfan, memang saya payah nak tidur malam tadi, semuanya kerana nama saya yang sama dengan Shukri Abdullah .. hmm, cemana saya nak differentiate ngan Shukri Abdullah nanti ye? any idea?

    Nanti bila saya dpt Doctorate, lagi payah nak bezakan .. tambahan pula saya satu industri dengannya, cuma bezanya saya tak mengkhusus pada kemahiran belajar .. bila start masuk market, orang tetap akan teringat Shukri Abdullah bila sebut nama saya.

    hmm, maybe pembaca-pembaca lain boleh tolong

    tq πŸ™‚

    – shueqry –

  8. Body Shop – Keharuman & Wanita
    The Simpsons – Keceriaan
    Pepsi – Minuman Bergaya
    Ali Cafe – Tenaga
    Petronas Menara Berkembar – Bangunan Tinggi
    Irfan Khairi – Jutawan Internet
    Jalur Gemilang – Merdeka
    Mickey Mouse – Kanak-kanak seronok
    Kancil – Budget car
    Mercedes – Kemewahan

    Regards Sharifah Azran Alam

  9. Bismillah, Assalamua’laikum saya cuba beri tema kepada 7 p 10 yg beri :-
    The simpsons – jenaka keluarga
    Petronas Menara Berkembar – Ikon Malaysia
    Irfan Khairi – handsome boy ( he he he…)/ perniagaan internet
    Jalur Gemilang – Perpaduan
    Mickey Mouse – hiburan kanak-kanak
    Mercedes – Gaya dan Kemewahan
    _____________________________________________

    Brunei Darussalam – Keamanan dan kemakmuran.

    saya berharap akan tidak lupa mendoakan negara kami sentiasa aman sejahtera di bawah perlindungan Allah. Amiiin. Terima Kasih

  10. shueqry..

    saya dapat lagi 1 idea..
    nama penuh awak : Mohd Shukri b Abdullah kan?

    hmm..apa kata awak guna MUHAMMAD ABDULLAH atau A. Muhammad..

    sebab:
    org tak keliru dgn Shukri &..nama yang berkaliber (sekali pandang org tak perasan, 2 kali pandang macam nama Rasulullah SAW)

    bezanya, nama Rasulullah mesti ada SAW..nama awak tak mungkin boleh tambah SAW..

    >>just idea..

  11. Cadangan saya kepada shueqry,

    “Padankan nama anda dengan tagline anda atau bidang industri anda”

    Contoh :
    1. Mawi World (Kedai gunting Mawi pun ada, payah kang bertukar hehehe)

    2. Amy Search (Kang bertukar ngan Amy Matura lak)

    3. Usop Tom Yam (Usop banyak usop)

    4. Shueqry Robbins/Bonaparte (Since that u minat dia, membayangkan siapa diri u)

    5 Shueqry Minda (Whatever yang relate to your thing!)

    I guess everything here, MEMBEZAKAN U dari yang lain…in fact, you boleh create satu fenomena baru dengan nama you itu.

    Amacam boleh? πŸ™‚

  12. sambung sikit…

    shukri, nama cadangan di atas tu saya tak pasti samada dah ada org pakai / belum dalam industri awak..kalau dah ada, awak boleh la apply cara yg sama menggunakan nama awak yg lain.

    yg penting, kalau satu hari nanti awak dapat ke..dato’ ke..takde org akan keliru lagi antara awak dgn org lain..

    ps: lepas ni, jangan sampai tukar nama dalam i/c sudah laa.. πŸ™‚

  13. hanrz > lebih baik Han shj. nanti org tak tau sebut hanrz, atau han r-z? kekeliruan.

    sama juga shueqry, jenama lebih baik adalah Shukri. idea razzi boleh juga digunakan. Nak simple, guna sahaja Mohd Shukri rather than Shukri Abdullah. “Dr Mohd Shukri” kan ke sedap πŸ™‚ Takpun M Shukri. macam M Nasir tu πŸ™‚

  14. Assalam.. Salam muhibah. Bagi saya pula saya lebih suka Shukri letak nama “glamour”nya atau taglinenya bukan berkaitan dengan pakar motivasi Shukri Abdullah, adalah lebih baik diletakkannya sebagai >> Contoh aja:
    1) M Shukri
    2) Shukri IT (atau yg berkaitan)

    bg saya, adalah lebih bain shukri letakkan tagnya atau nama nya sinonim dengan nama pekerjaan atau perkhidmatnnya, seperti :

    1) Alipelamin
    2) Samad Gunting
    3) Shukri IT

    sebab saya pernah tengok senario di mana ada pembeli yang mengingat nama kedai di gemarinya dengan nama tag nya atau nama glamournya..

    CONTOH: “Ali, ko nak gi mana? “Aku nak gi kedai Samad Gunting la ni”

    Dari senario di atas, dapatlah diketahui bahawa pelanggan akan kenal seseorang melalui “Kekuatan” dari tag nya.

    Harap dapat betulkan mana yang salah πŸ™‚

  15. terima kasih bro Irfan, Nana dan bro Razzi Rahman, sungguh terharu saya dengan respon yg diberikan, tq!

    “Dr Mohd Shukri” lagi sesuai rasanya, lagi catchy dan berlainan dengan Shukri Abdullah. Shukri Robbins ataupun “Tony Robbins Malaysia” boleh juga.

    Insya allah satu hari nanti, saya mahu jadi pelapis dan kesinambungan pada usaha Shukri dan motivator-motivator lain, berkongsi pentas dengan Irfan Khairi dan Fazley Yaakob πŸ™‚

    Terima kasih pada Irfan, kene premosi dah nama saya kat dalam blog ni .. Nana, ye betul, nama penuh saya Mohd Shukri Abdullah.

    Owh, malam ni saya boleh tidur lena dan berenang dengan baik keesokan paginya.

    Terima kasih yang terhingga dari saya..

    – shueqry –

  16. Saya try letakkan perasaan yg cuba disampaikan oleh setiap jenama berikut:

    BodyShop? –> Wangian dan kesegaran; sinonim dgn wanita
    The Simpsons?–> Animasi dan jenaka utk seisi keluarga
    Pepsi?–> Minuman yg “cool”
    Ali Cafe? –> Pemberi tenaga segera dan mudah
    Petronas Menara Berkembar? –> kebanggaan rakyat Malaysia
    Irfan Khairi? –> perintis dan ikon perniagaan internet
    Jalur Gemilang? –> lambang kemerdekaan Malaysia
    Mickey Mouse –> kartun utk sepanjang zaman
    Kancil –> smart and economy car
    Mercedes –> kemewahan dan prestij

  17. slmt ptg ,
    nak tanya satu soalan.
    kalau domain name saya nama hanrz.com, adakah masih Han juga lebih baik utk jenama saya?

    han

  18. Saya cuba eh..Kalau tak kena…anggaplah saya nie budak baru belajar..he..hee..

    BodyShop? – Haruman dan kesegaran
    The Simpsons? – Jenaka dan hiburan utk keluarga
    Pepsi? – Minuman untuk hiburan
    Ali Cafe? – Minuman untuk kekuatan
    Petronas Menara Berkembar? – kegagahan ekonomi malaysia
    Irfan Khairi? – Aku terus teringat kejayaan anak muda yg berwawasan.
    Mickey Mouse – Hiburan untuk kanak-kanak.
    Kancil – kecil, comel dan ekonomi
    Mercedes – kemewahan

  19. Askum semua..minta maaf sepatutnya saya x layan pun nak tanya baru umur 17 blm lepas SPM kekekke….Nanti umur dah 25 baru buka bussiness sambil tu kerja 2 atau 3tahun utk cari pengalaman kalau x pun jadi Pakar Motivasi mcm Shukri Abdullah …hehhehehe…Kalau saya bukan bussiness nanti tunggulah 20tahun akan datang semua kenal saya ^.^…Doakan kejayaan saya dalam SPM…….

  20. Saya ni budak baru dlam laman ni,kalau ada silap n salah arap mandapat teguran dari semua otai2 kt laman ni….

    BodyShop?wangian sejati
    TheSimpson?humor
    pepsi?minuman kesegaran
    Alicafe?pilihan bertenaga
    petronas menara berkembar?kebanggaan rakyat Malaysia
    Irfan khairi?Belia berwawasan(otai jutawan it)
    Mickey mouse?mencuit hati seisi keluarga
    Kancil?kereta pilihan masa kini#(jimat minyak)
    Marcedes?simbol keselesaan

  21. saya tengah mencari apa nama yang sesuai untuk kedai saya,,, pada masa ini kedai saya menjual produk kesihatan dan kecantikan iaitu.. sprt suplement, vit., makeup, gamat, minyak urut, hasil kraftangan.. dll.. dalam kedai dibahagi 4.. iaitu bahagian produk.. butik (jual pakaian dan menjahit).. salon dan facial.. masa ni nama kedai tu Multi Shop ( bahagian produk) manakala di dalam pla saya namakan Maya Beauty & Boutique!. sekarang ni saya nak ambil satu nama kedai jak.. IK tolong bagi idea apa nama yang sesuai untuk kedai saya tu,!
    kawan2 yang lain pun bagila saya idea

  22. Saya tengah mencari nama kedai sesuai untuk kedai saya….produk perbagai kesihatan,pemakanan,pendidikan dll. Tolong bagi idea apa nama sesuai untuk kedai saya ni..Ucapan terima kasih bagi pemberi idea..

  23. Saya membuat ramuan herba semula jadi sebagai suplemen kesehatan berbentuk minuman dalam botol. Sekarang ni ramai yang membuat tempahan.Tetapi saya belum ada jenama untuk produk tersebut. Saya minta tolong saudara Irfan,mupun rakan2 bagi pandangan. Terima kasih.

  24. Salam…sy tgh confius nk letak nma kedai..esok dh kna dftar nma kedai..ikutkn NNS Beauty & Collection..tp rsa mcm pnjg sgt..sy nk pndekkn senng skit tp x tau dh letak ap huhu..ad yg nk bgi pndpt??

  25. saya menjual herba mahkota dara..produk kecantikan dan kesihatan…saya x tahu nak letak nama apa untuk menarik pelanggan yang datang…harap bantulah saya

  26. saya baru nak buat brand sendiri untuk produk pakaian kanak. adakah sesuai menggunakan ‘Pretty” atau ‘prittee’. adakah ejaan juga memainkan peranan.

    tq πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published.