Psikologi membuat jualan dalam perniagaan

Pagi tadi di Astro Awani, ruangan bersama IK, saya kongsikan tips tentang psikologi membuat jualan.

Kita sedia tahu dalam membuat jualan, kita perlu mendapatkan emosi membeli daripada pelanggan. Berikut adalah beberapa tip menarik emosi seperti yang dikongsikan di Astro Awani, Awani Pagi. versi penuh perlu ikuti Astro Awani lah ok? 😉

  • Wang
    Semua orang memerlukan wang. Gunakan pendekatan “menjimatkan wang” atau “menambahkan wang” pada produk dan perkhidmatan yang dijual. Ini akan menarik perhatian orang rama oleh kerana wang adalah asas keperlua semua orang.
  • Keselamatan
    Wang adalah material. Sesuatu yang boleh dipegang. Keselamatan pula lebih kepada perasaan dalam diri. Cuba gunakan pendekatan menjaga keselamatan diri, keluarga dan orang lain. Produk seperti CCTV, insurans, airbag kereta menggunakan pendekatan ini.
  • Perasaan ingin disukai
    Semua orang ingin disukai oleh orang lain. Ia merupakan satu keperluan daripada hireraki keperluan Maslow. Gunakan pendekatan produk dan perkhidmatan kita akan menambah nilai seseorang itu dan menjadikannya dihormati dan disukai oleh orang lain.
  • Kesihatan
    Tak kira keadaan ekonomi, kesihatan sering menjadi prioriti setiap orang. Produk seperti vitamins, face mask, food suppliment dan ubat menggunakan pendekatan keperluan ini

Dalam perniagaan, kita perlu melihat psikologi emosi manusia untuk memudahkan jualan. Ini kerana 90% keputusan belian adalah keputusan emosi.

ps: Dalam menjalankan perniagaan Internet juga perlu menggunakan psikologi jualan di Internet. Workshop Jutawan Internet akan mendedahkan psikologi dalam perniagaan Internet juga. Sekiranya anda ingin menyertai Workshop Jutawan Internet, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran dan keterangan lanjut.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

22 thoughts on “Psikologi membuat jualan dalam perniagaan

  1. Salam IK,

    Sedar tak sedar rupanya emosi yang mainkan peranan untuk menentukan jualan produk kita. Nampak macam remeh tapi rupanya penting. Thanks IK atas info ini..

  2. emosi juga penting dalam proses pembuatan keputusan proses pembelian.ransangan seperti bunyi,suasana juga membentuk emosi pelanggan.sebab itulah masa raya,shopping mall create suasana raya untuk membangkitkan emosi pengunjung.tq IK

  3. Salam IK,
    Tips yang amat bernas, selama ni pon saya xpenah tahu ttg emosi,tp bila pikir2 smla bila saya jd pelanggan baru saya TAHU….

    Kena Guna Emosi dan Psikologi…. thanks ye

    p/s: IK saya nak tnya ttg Ebook promosi 101

  4. Psikologi penting dalam proses jualan

    Ini kerana kita menjual kepada manusia yang mempunyai emosi dan fikiran

    Bila kita belajar tentang psikologi manusia dalam membuat jualan

    Itulah ilmu yang paling berharga

  5. Betul lah IK,

    Emosi memang memainkan peranan yang amat penting… kalau emosi terganggu.. nak buat sale pun kurang ceria dan sukar meyakinkan pelanggan…

    Pastikan emosi kita dalam keadaan baik…:)

  6. Sometimes kena wujudkan problem bagi client…bila diorang sedar yg mereka masih terperangkap dalam problem tersebut..then kita offer solution…

    Btul tak IK?

  7. Sy pernah tengok salesman jual safety alarm GPS utk kereta,

    Dia g kat Tesco, and tunjukkan pada tuan punya kereta, mcm mana dia buka kereta orang tu dalam masa 2 minit…alarm tak bunyi…

    Orang tu kagum n terus beli system tu. Tapi tak la pulak tahu apa kelebihan alarm GPS yg salesman tu jual..

  8. dah lama saya perhatikan.. kenapa masyarakat cina boleh menguasai perniagaan di mana2 tempat. Salah satu sebab nya ialah kerana mereka menyediakan apa yang diperlukan oleh manusia. Di tempat saya tinggal, ada lima buah kedai runcit yang semuanya milik cina:-)

    Bila waktu tahun baru cina, penduduk sekitar mintak ngan taukey tu jangan tutup lama, nanti susah beli barang:-)

    Dan biasanya mereka memang tak tutup pun pada tahun baru, kecuali sebuah dua seperti bergiliran pula

  9. Mungkin mindset kaum cina dari sekolah hingga universiti dah di ‘set’ kan untuk jadi usahawan…? Kalau makan gaji pun, mungkin diperingkat muda, bila dah tua skit, buka bisnes..

    Di Kilang – kilang pun kaum Cina menguasai level eksekutif..manager…dan rasanya sikap ingin kaya dan bersaing di kalangan ahli keluarga dan rakan2…menjadi kunci..

  10. Pada saya, kesimpulannya adalah berlakunya proses perniagaan kerana ini satu makhluk yang tidak sempurna, saling memerlukan antara satu sama lain dan memerlukan pelbagai items lain untuk diri mereka termasuk air dan udara.

    Di sini bermulanya perniagaan apabila sesuatu benda atau perkara yang dimiliki oleh seseorang adalah tidak dimiliki oleh seseorang yang lain. Sebagai contoh, Abang IK mempunyai ilmu dan kemahiran perniagaan internet tetapi ramai lagi orang-orang yang lain seperti saya tidak memiliki kemahiran seperti abg IK. Lalu ini membuatkan saya sentiasa membaca blog irfankhairi.com dan membeli produk daripada Rahsia Internet.

    Keempat perkara yang IK sebutkan dalam post ini (wang, keselamatan, perasaan ingin disukai dan kesihatan) meripakan keperluan dan kemahuan sesorang manusia dan manusia itu akan membayar kepada sesiapa yang dapat memberikan 4 perkara ini kepadanya.

  11. Betul apa yang saudara IK beritahu, psikologi yang membuatkan menentukan tahap jualan atau perniagaan kita…

    Sbg contoh, bila hari raya jer, banyak pasaraya yang buat less.. jadi kita yang memang nak cari baju raya ni, sudah pasti cari yang ada less… 🙂 saper tak nak jimat… duit lebihan boleh jadikan duit raya… 🙂

    Good Info Saudara Ik..

  12. Bila saya cakap nak beli insurans tak bang? Orang mesti lari pecut tinggalkan saya..

    Tapi bila sya ubah pendekatan, bang, Bagaimana abang boleh wariskan gaji seumur hidup abang sejumlah RM 1juta kepada keluarga, jika abang hilang kemampuan bekerja…Alhamdulillah ramai yang boleh lepak duduk kedai kopi sembang2…

  13. cam ner pula ngan orang yang tak tau nak muka mulut tp ada hati nak masuk bisnes. Dah banyak buku yang dibaca tapi masih fasifnya tak berubah… Boleh berjaya ke klo mcm tu.. hehehe… Harap2 Allah bukakan minda dan lapangkan hati ku untuk terus berjuang dlm bidang ni.. Amin

  14. very gooooooood info IK really helps me a lot baru berjinak2 dengan bisnes MLM ni tp tu la byk sgt org ramai -ve kn bidang ni selalu salah anggap MLM dengan sistem cepat kaya. padahal sistem networking (MLM) tanpa kita semua sedari memang ada dan dipraktik dlm mana2 organisasi seluruh dunia. bahkan penyebaran dakwah Islam juga merupakan kaedah networking.

Leave a Reply

Your email address will not be published.