Kita sedia tahu bahawa promosi adalah kunci utama dalam perniagaan. Begitu juga dengan “membina jenama”. Salah satu kekuatan MIBO yang saya kira memang menarik adalah…
Kekuatan MIBO #3
Promosi yang berterusan daripada principal. Produk dan perkhidmatan MIBO adalah sedia mempunyai permintaan yang tinggi seperti Streamyx, Maxis, Celcom & Astro dan perkhidmatan kewangan Citibank, Ambank dan RHB. Kesemuanya adalah jenama ICT & kewangan paling hebat di Malaysia.
Melalui MIBO, anda sudah tidak perlu mempromosikan produk-produk anda oleh kerana produk2 tersebut sudah sedia dipromosikan secara berterusan. Syarikat-syarikat tersebut membelanjakan beratus juta RM setiap tahun untuk membina jenama mereka.
Dengan membeli lesen MIBO, anda hanya mendapatkan subscribtion sahaja… tak perlu promosi besar-besaran di seluruh Malaysia. Anda hanya perlu promosikan perkhidmatan pendaftaran anda sahaja- modal yang diperlukan adalah minima.
Oleh kerana produk-produk di bawah MIBO adalah berpermintaan tinggi dan mempunyai permintaan yang sedia ada, maka, untuk mendapatkan pelanggan adalah jauh lebih mudah daripada produk lain yang tidak dikenali.
Contoh 1:
Sekiranya seseorang ingin mendapatkan Streamyx, anda hanya perlu memberi borang aplikasi sahaja. Ini kerana anda tidak perlu lagi mempromosikan Streamyx.
Oleh kerana Kekuatan MIBO #2 adalah aliran pendapatan berganda, SEKIRANYA pelanggan tidak mahu Streamyx, anda boleh berikan borang Celcom Broadband! Celcom juga adalah nama yang sedia di kenali… begitu juga dengan Maxis 3G dan juga Izzi4G yang baru meningkat naik…
Contoh 2:
Begitu juga dengan aplikasi kad kredit… di mana anda tidak perlu lagi memperkenalkan Citibank, Ambank dan RHB oleh kerana ketiga-tiga adalah badan kewangan yang dikenali dan sering dipromosikan.
Tip tambahan…
Ada juga yang tanya… produk2 di atas, sudah mempunyai persaingan yang tinggi. Bagaimana nak hidup?
Jawapannya adalah… memang produk-produk diatas mempunyai persaingan yang tinggi. Tetapi, tahukah anda mengenai permintaannya? Demand & supply…
Kalau kita lihat Straamyx sahaja, tahukah anda penetration broadband di Malaysia kini hanya 3% sahaja!
Ya… masih ada terlalu banyak lagi ruang untuk mendapatkan pelanggan. Sedangkan di Korea, Hongkong & Singapura, penetration broadband adalah dalam lingkungan 80%– dalam keadaan ini juga permintaan masih lagi tinggi dan dapat melahirkan ramai jutawan ICT.
Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah yang sedia mempunyai permintaan tinggi dan permintaan akan terus bertambah dalam tahun-tahun yang akan datang…
so, ulang kembali #3 kekuatan MIBO:
Kekuatan MIBO #1:
Melalui MIBO adalah satu-satunya cara untuk mendapat 100% komisyen secara terus daripada PRINCIPAL!
Kekuatan MIBO #2:
Dengan memiliki hanya 1 lesen MIBO, anda mendapat hak “Authorized Reseller” untuk kesemua produk ICT dan kewangan yang disebut! Ini memberi aliran pendapatan berganda!
Kekuatan MIBO #3:
Promosi yang berterusan daripada principal. Produk dan perkhidmatan MIBO adalah sedia mempunyai permintaan yang tinggi seperti Streamyx, Maxis, Celcom & Astro dan perkhidmatan kewangan Citibank, Ambank dan RHB. Kesemuanya adalah jenama ICT & kewangan paling hebat di Malaysia.
Esok saya akan ceritakan mengenai kos membeli lesen MIBO pula, dan bagaimana sekiranya anda ingin mendapat maklumat lanjut dan ingin membeli lesen dan mulakan perniagaan keusahawanan MIBO…
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
slmt pg ,
saya dah baca ketiga2 post MIBO ni…
berminat rasanya…
tak sabar nak tahu kos dan bagaimana nak beli lesen post esk pula…
han
Salam
Info yg berguna terutamanya pasal streamyx tu. Masih ada banyak potensi ler.
Pos esok pasti yg paling ditunggu-tunggu 🙂
SANGAT-SANGAT MENARIK!!! 😉
memang menarik…
tapi saya silap budget- esok belum lagi cerita tentang kos lesen & cara pembelian. esok, saya cerita serba sedikit mengenai syarikat yang mengasaskan MIBO & latihan yang mereka berikan untuk memastikan usahawan MIBO berjaya!
so, kos MIBO, lusa saya ceritakan 😉
Assalamualaikum Irfan…
Sy baru je baca pasal mibo dan nadhir coz baru dpt blk pc nii… (hang dkt 2 minggu, br je dpt fix balik).
Tq Irfan, 1 lg peluang yg menarik!
Good luck & all the best:-)
sangaaat menarik..saya pon macam interested, tapi nak tunggu sampai habis penerangan dulu..lepas tu baru nak register..hehe..
Permulaan yg menarik.. one thing to learn here.. take one step at one time.. tak boleh gelojoh.. nanti jadi “mat jenin”..:-)
Itulah Irfan Khairi, Sifu yang saya kenali, kalau boleh beliau mahu menolong semua yang bersungguh mahu menjadi usahawan yang berjaya.
Jadi, tak perlulah lagi sesetengah pihak mengatakan hanya memberi peluang kepada saya sahaja atau sesetengah orang sahaja.
” IRFAN MAHU MEMBERI PELUANG KEPADA SEMUA UNTUK BERJAYA!!”
Peluang dengan MIBO ni memang satu peluang yang tidak harus anda lepaskan. Inilah peluang keemasan untuk semua manfaatkan. Saya sendiri pun turut teruja!
Peluang MIBO adalah sesuatu yang paling baik bagi usahawan-usahawan internet sedia ada malah yang tak tahu IT pun bleh… syabas MIBO dan syabas Irfan..
…sy nk bertanye….
kena involve full time ke?
x perlu kan? 🙂
intrested nak tahu ni… hehe..
saya pun sama nak tau kalau2 kene involve full time aja ka atau boleh part time…
Irfan, very interesting, clear and easily understood information about generating income by being part of MIBO. Satu pertanyaan , pada yang mendapat lesen, adakah mereka akan diagih2kan kawasan dimana mereka akan ditempatkan? Saya perhatikan sudah terdapat scenario pembukaan booth seperti yg nyatakan dibeberapa outlet Giant dan Carrefour yang pernah saya lawati.
Anyway, thank you diatas penerangan mengenai peluang perniagaan ini dan kepada semua yang berminat , semuga berjaya!
Akan mengikuti susulan penerangan dari
Assalamualaikum, Saya berterima kasih pada Irfan kerana telah membuka mata sebahagian dari kita termasuk saya yang kerdil dan terkial-kial dalam usaha untuk belajar mengenai perniagaan internet. Satu peluang yang baik dan berguna pada kita untuk menceburi perniagaan MIBO.Tahniah pada kerana membuka peluang sama rata untuk orang seperti saya mencari pendapatan yang halal.P/s: Kepada abang Razzi Rahman..saya memang minat lagu anda..Rembulan Kesiangan..
Askum. Wbt
saya amat tertarik dan kagum dgn maklumat yg di berikan. Apabila saya mengetahui promo ini dari abg saya, tanpa belengah saya terus serve internet melalui hp saya. Ini kerana sekarang saya masih tercari cari perniagaan dan rangkaian yg hebat. Walaupun belum mengetahui latar belakang MIBO secara mendalam saya kagum dgn kekuatan promosi yang amat menakjubkan dari irfankhairi.com. Saya yakin dgn apabila saya menyertai MIBO sikit masa lagi, saya sudah mempunyai rangkaian perniagaan yang kukuh.