Produk sama tetapi pasaran berbeza

Untuk memaksimakan jualan produk atau perkhidmatan anda. Fikirkan soalan ini.

Dengan produk atau perkhidmatan anda yang sedia ada, bolehkah anda bawa ke pasaran yang berbeza?

Contoh, sekiranya saya menjual eBook 101 CaraPromosi, pasaran sedia ada adalah usahawan Internet. Bolehkah produk yang sama dijual kepada agen insurans yang ingin mempromosikan perkhidmatan mereka bukan di Internet? Bolehkah produk yang sama di pasarkan di peringkat antarabangsa (apabila dialih bahasa)? Bolehkah produk yang sama di extract (pendekkan) untuk dijadikan free gift menarik lebih ramai pembeli?

Semua ini adalah contoh produk yang sama, pasaran berbeza. Ia merupakan satu strategi untuk memaksimakan pendapatan anda. Salah satu soalan yang paling utama saya sering tanya pada diri sendiri untuk mengembangkan perniagaan-perniagaan saya adalah:

“Bagaimana perniagaan ini dapat mengaut keuntungan dari pasaran yang berbeza?”

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

12 thoughts on “Produk sama tetapi pasaran berbeza

  1. satu lagi soalan yang juga sering muncul dalam minda saya, bagaimana produk saya boleh bantu orang lain, dalam masa yang sama mengaut keuntungan walau saya pasarkan kepada profesion pelanggan yang berbeza, umur yang beerbeza dan di tempat yang berbeza..

  2. Satu contoh implementasi produk sama, pasaran berbeza adalah dari kawan saya, Ahmad Fadzli (penulis buku remaja Resepi Kejayaan) host Al-Bayan yang interview saya minggu lepas.

    Beliau membuat buku Rezepi Kejayaan untuk Pengawas. Resepi Kejayaan untuk Pelajar Sekolah Menengah. Resepi Kejayaan untuk Pelajar Sekolah Rendah… dan sebagainya.

    Produk yang sama, pasaran berbeza! mengguna teknik ini Fazdli berjaya menerbitkan >10 buah buku di bawah penerbit PTS.

  3. hmmm susah jugak tu. bila masuk pasaran baru kene fikirkan teknik baru.pendekatan mungkin agak berbeza. tapi, kalau “ayat power” .. apa-apa pun boleh jual.. heheh (ayat nie dicilok dari kawan saya,seorang businessman yg berjaya) 😀

  4. ada produk terbaik pun, kalau cara promo x pro consumer, mmg x kemana. bagi saya, elok juga ebook 101 cara promosi tu implented oleh agen insurans. skop pun agak sama. lelain, boleh diguna pakai oleh para salesman juga. 🙂

  5. Bagi menjual produk yang sama kepada pasaran yang berbeza, produk tersebut mesti “flexible”
    dan boleh diubahsuai mengikut pasaran yang berbeza.

    Untuk mencipta satu produk untuk pasaran yang berbeza kita mestilah kreatif dan peka pada pasaran semasa dan cepat membaca kehendak serta perubahan pada pasaran berbeza.

    Hisham; 🙂
    PromoPropser.Com
    Promosi Dan Pemasaran Serentak

  6. Beginilah idea seorang peniaga @ usahawan. Bijak mencari peluang. Tips ini telah memberikan saya idea baru untuk terus kreatif lagi inovatif…

    Thank alot

  7. Software For Muslims > Good idea, good niche! Rasanya Cara Promosi boleh banyak membantu… especially join forum2 perbincangan berbentuk islam overseas. Guna cara promosi yang free.

    ps: bagi yang ada Cara Promosi 1.0, please update versi baru 1.1. Lebih teratur! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.