Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 1)”]

Kisah tersebut sering menjadi peringatan kepada saya bahawa tidak kira apa jua industri atau minat, pastinya terdapat “produk informasi” yang boleh dihasilkan. Lihat dalam diri anda sendiri, industri dan minat anda, apakah informasi yang boleh jual di Internet?

Selepas mengetahui topik informasi yang ingin dihasilkan, langkah seterusnya adalah memilih kaedah penghantaran informasi tersebut. Samada ingin menjualnya dalam bentuk buku, video, audio, report, manual, e-book, persembahan multimedia dan sebagainya.

ebook informasi

Di sini saya juga ingin menyentuh tentang e-book atau e-buku yang merupakan kaedah penghantaran informasi yang kian popular di zaman ini. – Ebuku merujuk kepada informasi yang dikumpulkan dalam bentuk digital mirip kepada sebuah buku. Ianya adalah fail digital yang boleh dihantar kepada pembeli melalui email, atau pembeli boleh memuat turunkannya daripada Internet. Contoh sebuah e-buku boleh didapati di www.irfankhairi.com/mentor

Apa yang menariknya mengenai e-buku adalah, oleh kerana ianya berbentuk fail digital, kaedah penghantarannya kepada pembeli secara online menjimatkan wang (tidak perlu mencetak), masa (pembeli menerimanya secara segera) serta boleh mengandungi link/audio atau video supaya menjadikan e-buku anda interaktif.

Melihat potensi keuntungan e-buku juga boleh menarik minat ramai pihak. Sebagai contoh, oleh kerana e-buku adalah fail digital yang dijual oleh penjual terus kepada pembeli, sekiranya e-buku tersebut berharga RM40, penjual (atau usahawan e-buku) tersebut akan memperolehi keuntungan RM40!

Tidak seperti menjual buku biasa secara tradisional, sekiranya penulis buku menulis buku melalui penerbit dan buku tersebut dijual pada harga RM40, penulis menerima royalti atas setiap jualan sebanyak RM2 sahaja. Bandingkan keuntungan RM40 dan RM2 atas setiap jualan! Itulah antara kekuatan menjual informasi melalui digital di Internet.

Apabila anda mempunyai produk informasi untuk dijual, langkah seterusnya adalah memiliki laman web sebagai tempat mempamerkan produk informasi anda. Sekiranya pelawat laman web ingin membeli, mereka boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau membuat bayaran terus ke bank usahawan informasi tersebut.

Satu ketika dulu, zaman pertanian melahirkan ramai usahawan-usahawan tani. Kemudian zaman perindustrian pun berganti dengan menghasilkan ramai usahawan-usahawan perindustrian pula. Kini, kita memasuki era informasi, dan waktu inilah akan terlahirnya ramai usahawan-usahawan informasi – menjual produk paling laris di Internet! Anda bagaimana?

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan dari kami,

Irfan Khairi & Shazrina

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Produk Paling Laris di Internet (Bahagian 2)

  1. Ingin bertanya bagaimana penduduk dari Sarawak tidak ketinggalan untuk mengikuti program tuan

Leave a Reply

Your email address will not be published.