Perubahan musim dalam perniagaan

Secara purata, sesuatu perniagaan tidak mendapat keuntungan pada tahun pertama– kalau ada, jumlahnya agak kecil. Tahun pertama sering dianggap tahun “belajar”.

Masuk tahun kedua, ianya menjadi tahun “implementasi”. Dengan mengenal pasti trend perniagaan yang berlaku pada tahun pertama, perniagaan dapat memperbaiki segala kelemahan.

Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.

Sebelum anda memulakan perniagaan, fikirkan perubahan musim perniagaan ini. Adakah anda sanggup membangunkan perniagaan anda sehingga 3 tahun yang akan datang? Atau anda hanya melihat keuntungan jangka pendek? Bolehkah anda mendapatkan modal pusingan untuk menampung perniagaan anda selama 3 tahun yang akan datang? Sanggupkah anda dedikasi diri anda kepada perniagaan anda untuk jangka waktu panjang?

Lebih dari 90% perniagaan gagal dalam tahun pertama. Mana tidaknya… tahun pertama adalah tahun belajar!

*Research di atas adalah pada perniagaan bukan Internet. Untuk perniagaan Internet, perubahan adalah lebih pantas berbanding dengan perniagaan bukan Internet.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

37 thoughts on “Perubahan musim dalam perniagaan

  1. Lepas tahun ketiga, anda dah lepas ‘survival stage’. Ia adalah masa to make real money 🙂

    Doc,

    Brapa cepat kita boleh tengok perubahan pada perniagaan internet ?

  2. Memang benar. Ikut pengalaman saya pon memang cam tu. Ayah saya ada buka kedai runcit di kampung. Pada tahun pertama memang teruk betul. Hari pertama dapat puluh2 ringgit jer. Tapi skang Alhamdullillah stabil skit selepas 5 tahun lebih…

  3. “Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.”

    HIPOTESIS DI ATAS ADALAH BENAR, TIDAK DAPAT DINAFIKAN!

    Saya adalah seorang peniaga yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kontrak, pembekalan dan perkhidmatan. Saya memulakan perniagaan pada bulan Mei 2003. Sehingga kini perniagaan saya telah berusia lebih dari 3 thn. Tapi siapa tahu apa berlaku pada saya, hanya Allah Taala sahajalah tempat saya bergantung nasib. Berkat doa dan usaha yang berterusan tanpa jemu, maka hasilnya dalam tahun-tahun mendatang ni barulah saya dapat merasai nikmat sebenar apa yang dikatakan itu BISNES.

    Pernah 3 kali kereta saya ditarik bank, kerugian lebih RM25K daripada projek pembersihan bangunan, hutang tertunggak daripada pihak2 swasta (main-con) lebih daripada 30K (mungkin pengalaman orang lain lebih besar dari ini). Namun ini semua asam garam di dalam perniagaan. Apa yang pasti JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA DAN BERBANYAKLAH BERDOA SUPAYA DICEKALKAN OLEH ALLAH TAALA UNTUK MENEMPUH SEGALA ONAK YANG MENDATANG.

  4. “Kebiasaannya sesuatu perniagaan mendapat keuntungan yang lumayan pada tahun ketiga.”

    HIPOTESIS DI ATAS ADALAH BENAR, TIDAK DAPAT DINAFIKAN!

    Saya adalah seorang peniaga dan berkelulusan dalam bidang kej awam. Saya menjalankan aktiviti2 biz yang berkaitan kerja2 kontrak, pembekalan dan perkhidmatan. Saya memulakan perniagaan pada bulan Mei 2003. Sehingga kini perniagaan saya telah berusia lebih dari 3 thn. Tapi siapa tahu apa berlaku pada saya, hanya Allah Taala sahajalah tempat saya bergantung nasib. Berkat doa dan usaha yang berterusan tanpa jemu, maka hasilnya dalam tahun-tahun mendatang ni barulah saya dapat merasai nikmat sebenar apa yang dikatakan itu BISNES.

    Pernah 3 kali kereta saya ditarik bank, kerugian lebih RM25K daripada projek pembersihan bangunan, hutang tertunggak daripada pihak2 swasta (main-con) lebih daripada 30K (mungkin pengalaman orang lain lebih besar dari ini). Pada saat itu, saya kehilangan kawan, share partner, kekasih hati bermata duitan dan berbagai2 lagi, hinggakan pernah sekali duit dalam poket hanya ada 30 sen sahaja. Namun ini semua asam garam di dalam perniagaan. Apa yang pasti JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA DAN BERBANYAKLAH BERDOA SUPAYA DICEKALKAN OLEH ALLAH TAALA UNTUK MENEMPUH SEGALA ONAK YANG MENDATANG.

    Apa yang menariknya, saya kerugian pada nilai yang agak besar untuk projek2 tertentu, akan tetapi Allah Maha Adil, rupa2nya Dia hanya menguji sejauh mana keimanan & ketakwaan hambaNya. Saya telah dikurniakan rezeki yang tidak disangka2 tanpa usaha yang terlalu ekstrim. Alhamdulillah saya telah di’award’kan dengan 12 projek yang bernilai lebih pd RM100K dalam masa hanya 3 bulan. PERCAYAKAH ANDA? Inilah realiti yang pernah saya alami di dalam biz. Keuntungan hasil daripada projek2 tersebut lebih daripada cukup untuk saya membayar hutang & mengembangkan lagi cabang biz saya dengan menubuhkan sebuah lagi syarikat usahasama yang terlibat di dalam bidang industri sebagai back-up kepada biz sedia ada. SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH.

    Oleh itu, sebelum anda bergelar USAHAWAN, tanyakan dahulu pada diri anda, sanggupkah anda menempuh segala cabaran yang begitu ekstrim untuk dijadikan sebagai peringatan. Namun anda harus fikir, JIKA SAYA BOLEH ANDA JUGA BOLEH. apa lebihnya saya & apa pula kurangnya anda. Apa yang penting ialah USAHA, TEKAD, AMANAH, JANGAN TIPU ORANG (genuine bizman) DAN YANG PALING UTAMA JANGAN SESEKALI KITA LUPA PADA PENCIPTA KITA, TUHAN RABBULALAMIN.

    Wassalam.

  5. Saya sanggup belajar dan terus belajar tentang ilmu perniagaan.Perniagaan saya pun tak sampai sebulan.Saya harap dapat terus bertahan dan mencari idea baru untuk mantapkan jualan.
    Kalau research tersebut merujuk kepada perniagaan bukan internet,saya rasa kalau perniagaan internet tempoh 6 bulan itu boleh la dianggap tahun belajar. 🙂

    Salam Usahawan! 🙂

  6. ibnu>>> terima kasih kongsikan pengalaman buat mereka yang baru nak memulakan perniagaan.

    irwan>> perniagaan internet cepat sikit (modal kecil)… walaupun belum ada research secara formal, pada pandangan saya setahun cycle perniagaan bukan Internet = 4 bulan perniagaan Internet.

    maknanya, 4 bulan belajar… 4 bulan implementasi… lepas 4 bulan make money. With hard & smart work, after one year, baru make lots of money 🙂

    ps: saya di KB, Kelantan ni… siapa tahu kat mana ada makan sedap2? 🙂

  7. Betul_la You are right.(eh-eh speaking pulak).Within this few month business yang baru I start murung aje. Ade juga visitors masuk dalam internet tapi tak beli. Mungkin next atau third year baru maju kot macam perumpamaan tambahkan perisa asam, garam dan aji-no-motor dalam masakan. Begitu juga dalam dalam dunia perniagaan kita perlu “menambah baik perniagaan kita”. Baru ada uumphh!!! Betul tak ?

  8. agak menarik cerita daripada ibnu zatussalasil 🙂 terima kasih berkongsi pengalaman dan juga nasihat.

    dan juga terima kasih pada Irfan juga 😀

  9. Saya baru nak masuk bulan kedua belajar pasal perniagaan internet.Tapi makin lama makin rasa tak tau apa apa…

    PS tu Irfan Khairi:Gerai payung kat Stadium Sultan Muhamad IV
    banyak kedai best.

  10. Akum,
    Dr ada kat KB ke?
    Sy cadangkan try nasi kukus kat depan muzium kelantan. nm kedai Nasi kukus zaeman/ zaemah.
    dekat juga dgn pasar siti khadijah.

    Anyway tip ari ni membuka minda saya supaya positif dlm mengharungi dugaan dlm perniagaan.
    thanks a lot.

  11. Saya tercebur dalam business (kecilan) secara tak dirancang pada 2003,kerana terpaksa. Bidangnya juga amat mencabar bagi saya (berkaitan teknologi). Cabaran memang berat. Sekejap nak quit, sekejap berenang juga, begitulah seterusnya fikiran saya berbolak-balik. Tapi usaha tetap dibuat,mungkin sebab saya minat. Saya fikir, saya sedang berenang di laut (perniagaan). Kalau saya berhenti berenang saya akan tenggelam. Kalau saya teruskan berenang, mungkin akhirnya saya akan sampai ke tebing/pantai yang selamat dan cantik walaupun bahu saya bagai nak tercabut untuk meneruskannya, pernafasan tercungap dan melemaskan. Kini tahun ke-3, saya cuma perlu maintain perniagaan ini atau perbesarkan ia.

  12. Ifran,
    Now you’re at KB, Kelantan. Hopefully one day you’ll be handling course at Batu Pahat, Johor.
    Hello fellow friends, ada sokongan tak suggestion ni? By the way, good luck Irfan.

  13. Saya juga hendak berkongsi cerita tentang seorang usahawan muda.Saya ada seorang rakan,yang sebenarnya adalah pelajar IPT yang membuat latihan praktikal di tempat saya berkerja.Siapa tahu dia sebenarnya salah seorang pemilik sebuah gelangang Futsal yang terkenal di bangi.Saya kagum dengannya seorang pelajar yang belum pun habis lagi belajar di IPT sudahpun menjadi seorang tauke,Katanya pada tahun pertama perniagaannya sudah pun rugi, dan dia memang sudah menjangka hal tersebut akan belaku,berdasarkan kira-kiranya perniagaanya hanya akan memperoleh keuntungan dalam jangka masa panjang,(betul selepas tiga tahun seperti yang irfan terangkan).Kerana pada tahun pertama, orang ramai masih belum kenal perniagaannya.Oleh sebab itu dalam tempoh tahun pertama juga dia mengambil pelbagai langkah bagaimana untuk memajukan perniagaannya seperti membuat promosi dan membina jenama “Active Futsal” serta menperbaiki kelemahan yang ada.Setakat hari nie segala usahanya berbaloi dan perniagaanya juga bertambah maju.

  14. betul tu….kite kena bertahan barulah bisnes kite boleh survive….
    wah-wah…dr gi kelate….buleh kecek kelate lah nnti bile balik…heheh….

  15. Askum..
    teruja rasanya baca komen2 kat web nih. anyway saya pun bercadang nak buat bizniz internet nih, so tengah buat research skrg nih.

  16. wah.. bagus tip hari ni. Terima kasih Irfan, ibnu zatussalasil (betul ke)dan semua. Dan eileen, itu memang satu perumpamaan yang baik. Saya memang rasa nak give up kadang2. Tapi mengenangkan semua usaha yang saya dah laburkan, saya teruskan jugak. Komen2 harini sangat memberi semangat. Terima kasih.

  17. Tima kacih atas peringatan surut pasang perniagaan..
    Sebab utk mendapat dorongan perniagaan memang payah, apatah lagi hasil permulaan agak tunggang langgang, bertambah-tambah kutukan
    x-treme yg menghiris urat telinga..
    Sekurang2nya dgn topik ini, kita akan lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dlm perniagaan..

  18. Yap…saya pernah baca dlm surat khabar Utusan beberapa bulan yang lepas mengenai ulasan Donald Trump mengenai dunia perniagaan..

    Kata beliau…

    KEGAGALAN RAMAI USAHAWAN ADALAH KERANA KEGAGALAN MENGEKAL MOMENTUM.

    Jadi maksudnya kalo nak berniaga buat sampai menjadi..insyaallah.

    Usaha x semana dan cepat berputus asa maknanya???…. (sendiri tau) 🙂

  19. salam….

    hmm… saye baru berumur 19 tahun… tapi minat ngan perniagaan internet….harap dapat tunjuk ajar…..

  20. Ada saya dengar dari kaum bukan bumi, ia cakap tahun pertama = rugi, tahun kedua = balik modal dan tahun ketiga = untung sikit aja. Bagi saya ia bermaksud berniaga ini penuh kesabaran.

  21. wah.. bagus tip hari ni. Terima kasih Irfan, ibnu zatussalasil (betul ke)dan semua – linot

    Yup all those things really happen to me, u can ask my mum if u wanted to clarify either it is real or just a biz joke from me. Anyway thanks.

    – Ibnu Zatussalasil

  22. haa, kalu dah gitu takperlu takut nak mulakan perniagaan internet. anda tidak akan menajdi terus berjaya untuk tahun pertama anda belajar berniaga.

    tahun-tahun akan datang akan menghasilkan pulangan yang lumayan berdasarkan pengalaman anda dalam urusan bisness hari-hari…

    yang penting jangan berhenti dari berusaha tetapi kalu berhenti dari kejar skim cepat kaya memang patut anda berhenti…

    orang yang gagal adalah orang yang berhenti berusaha… namun orang yang berjaya adalah orang yang berhenti dari mengejar skim cepat kaya…

    wasalam…

    selamat datang ramadhan al-mubarak.

  23. SESUATU PERNIAGAAN YANG KITA JALANKAN KITA YANG BERTANGUNGJAWAB SEPENUHNYA. TAKKAN KITA NAK BIARKAN PERNIAGAAN YANG KITA BINA TERSUNGKUR. APA2 HAL KITA MESTI BEKERJA KERAS MEMIKIRKAN APA YANG TERBAIK UNTUK PERNIAGAAN KITA.JANGAN MUDAH PUTUS ASA, USAHA TANPA JEMU, DOA , TAWAKAL INSYAALLAH. KITA PASTI AKAN BERJAYA CUMA LAMBAT ATAU CEPAT SAHAJA.

  24. akum…
    baru hari ni saye kenal IKkhairi ni siapa.pertama kali saye dengar nama ni dari seorang kawan.mase 2 saye sedang mengikuti kursus usahawan dan peniaga kecil anjuran pkink kelantan di bukit sireh kuala krai kelantan.memang gah namanye serupa orang nye.well,sy berumur 19 tahun.melibatkan diri dlm biz belum smpai setahun.masih memerlukan tunjuk ajar yang banyak.nak cite la skit.memang betul ape yg kawan2 kita cakap.bisnes ni jgn mudah putus asa.kene kuatkan semangat.biz saye ialah car wash.time mula2 buka dulu,mmg boleh dikatan kan rugi la.dalam seminggu tu,2-3 ari je yang ade kete cuci.yang lain langsung xde.mase 2 xde store lagi.tiap2 ari kena angkat barang bawak balik kat umah.memang seksa la.time ade kete,pekerja plak yang wat hal.maklumla la.cuci kete ni x leh wat sorang.bila mana pekerja x datang,pelanggan mesti xtunggu punye.diorang mesti pandang rendah kat kite.ye la,kita baru berniaga,bila pelanggan masuk,terpaksa kuar balik.diorang kecewa.skali dia dah kuar,susah nak masuk balik.sebulan lepas 2 pun masih mcm 2.YA ALLAH.rase mcm xnak buat biz lagi.penah terdetik di adti saye yg saye x nak teruskan lagi.kalu boleh,sy nak jual tempat ni.tp,berkat kesabaran,tawakal,usaha,dan kegigihan saye,ALHAMDULILLAH semua nye berjalan lancar sekarang.dalam bisnes ni,kesabaran dan usaha 2 amatla penting.kepada kawan2 kita yang ingin menceburi bidang bisnes,buat la.jgn berasa takut.kalu nak takut,takut sebelum start.bila dah start JANGAN GIVE UP.INSYAALLAH anda berjaya.ape2 pun,bisnes ni bestttttttttt….
    thank you.
    wslam

  25. salam,saya nak buka bisnes car wash,ade sape2 yg bleh kongsi cara2 n dari mane nak bli peralatan untuk buke bisnes ni…harap bg tunjuk ajar..tq..

  26. Assamualaikum abg irfan..sy ni minat berniaga..tapi tak tau apa yg nak niaga kan..ye lah selama ni asyik makan gaji jer..boring lah..nak jugak ada side income skit..heheheh…bole tolong tak bagi tips untuk saya?..sy ada jugak dengar tentang kebijaksaan abg yg abg guna kan untuk berjaya dlm hidup..tapi tak sepenuhnya lah sy dengar..kalau boleh tolong email kan kat jazz_mysoul@yahoo.com…terima kasih abg irfan..Ahlan Wahsahlan..

  27. 3 tahun? arghhhh…peritnya.Saya baru menjalankan perniagaan kecil-kecilan. baru masuk 6 bulan.Saya dan suami memang xde pengalaman berniaga. kami terpaksa berniaga sebab suami ada masalah kesihatan yg menyukarkan dia untuk kerja makan gaji.Masa bulan pertama berniaga, kira ok la. mungkin sebab ramai sedara/kawan yang datang bagi support. Masuk bulan 4-5, pening kepala fikir mcmna nak rolling duit sebab sale memang kurang la sangat tambahan lagi sebab masalah ekonomi la pulak sekarang ni…. macam-macam kami buat untuk promosi barang tp nampak mcm blum berhasil…..Belum ada rejeki kut…

  28. saya pernah kecewa dan terus kecewa hingga sekarang. semuanya dalam perniagaan. bermula dengan jualan goreng pisang. bekalan susah dapat. kejap ada kejap takde. saya memilih untuk bekerja. tapi tak lama, kerana sebulan sekali baru dapat duit. bayar 2 bayar ni, seminggu habis. berhenti kerja. balik kampung, niaga roti canai pulak. dah ada la maju sikit, dah ada pulak yang dengki. tutup lagi. buka pulak kedai makan, yang ni agak besar sikit, sebab modal ada. yang peliknya saya buka kedai pelangan kata saya tak buka kedai, ni sah-sah ada org denki lagi. tutup lagi. rehat kejap. pening kepala. tak tahu nak buat apa. nasib tak berhutang. pikir nak kerja balik. saya kerja la. tak tahan sebab usia dah meningkat. berhenti lagi. cuba niaga lagi, kali ni buat kitar semula. beli lori. alhamdulilah, dapat la untung sikit, dapat sambung rumah dengan duit tu. dah kene main pulak dengan kilang. kata harga turun. langsung tak dapat untung, sikit je. jual lori. macam-macam. niaga burger depan umah pun sama. nak kata mahal tu tak la. bayangkan saya jual burger cuma 1.70 yang biasa, tu pun tak laku. satu bandel roti pun tak habis. letih dah. saya pikir nak bekebun. saya mula projek tanam pisang emas. mula-mula tu ok. dah kene main harga lagi, ada lak gred abc. sekarang ni saya baru mula projek tanam tebu. baru 4 bulan. tolanglah saya. saya dah letih dengan dunia perniagaan..!!!

  29. saya pulak blurr tak tahu apa nak buat…keja baru je berenti sbb tahap kebosanan yg melampau…ingat nak niaga je…bermula dari kecil2 lan…tapi banayk sangat nak buat ,sebab tu jadi blurrr…any idea.

  30. saya baru je cebur bidang perniaagaan….ingatkan senang nk niaga..rupa2nye hanya org biz je yg tahu…tapi niaga nie dapat mematangkan diri bagi seseorng…tq

  31. mmg tepat skali,perniagaan mmg mkn mse pjg utk dpt untung
    x dinafikan,biz mmg memerlukan kesabaran yg tinggi,sye mmg suke dgn biz,sbb biz ni 1 seni(art),kejayaan biz bergantung pada daya kreativiti seni seseorang,,dlm biz sye anggap kite sbgai pemain catur,,semua bergantung pda kreativiti juga,perlukan daya pikiran yg matang,cekap,bijak,.ni semua perlu utk menentukan rentak perjalanan biz supaya sukses,sye pnh terduduk abis mse umur 19thn lgi,sye bukak kedai runcit,mse tu xde basic lgsg ttg biz,main hentam je,,last2 ttup kdai,sbb sye x cekap utk biz,,sye bgun blik,keje mkn gaji dlu,mcm2 keje sye da buat,sume x jln,sbb sye lbih ske biz,,alhamdulillah lps 6 thun sye bukak kedai game n accesories..smpai skg..tp sye xbleh suke2 n bangga2 lgi dgn pencapaian sye..bgi sye ni bru permulaan,perjalanan biz msih jauh lgi,sbb pengalaman dlu byk mengajar sye…guru terhebat adalah PENGALAMAN..PENGALAMAN byk mengajar,mengingatkan kite..so pde kwn2 yg nk cebur dlm bidang bis,persiapkan diri korg sume dri segi,mental,rohani,kewangan..insyallah,klau kite ikhlas utk bis,,Allah rahmati bis kite..pucuk pangkal dlm bis jgn MENIPU..sekian..tq

Leave a Reply

Your email address will not be published.