Beri personaliti kepada perniagaan anda. Perniagaan yang mempunyai “personaliti” sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seorang personaliti.
Ini adalah kerana, ‘personaliti’ memberi sentuhan ‘manusia’ kepada perniagaan anda. Manusia lebih mudah relate dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan.
Bila sebut RahsiaInternet, personaliti Irfan Khairi akan datang ke fikiran. Tidak ramai yang kenal True Wealth Sdn Bhd, tetapi kalau sebut Azizi Ali, semuanya kenal. Microsoft? Bill Gates. Dell Computers? Michael Dell.
Tidak kira walaupun untuk perniagaan kecil-kecilan, ketengahkan seorang personaliti- diri anda sendiri! Seperti saya kata sebelum ini, dalam perniagaan, kita tidak boleh malu-malu 🙂
Boleh anda namakan perniagaan-pernigaan popular yang menjadi popular oleh personalitinya?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
SmartUsaha? –> Mohd Zulfadli. hehe, gurau jer..
Contoh yer.. ITKAU (Institut Kulinari Anjung Utara) – Personaliti : Chef Li atau Rusly
Saya tahu dia pun sebab dia tulis buku dan bina personaliti tersendiri melalui tulisan jutawan senyap. Padahal di waktu sebelum ni, tak kenal pun ITKAU. hehe..
Macamana nak bentuk personaliti dan jadikan diri sendiri sebagai personaliti yang dikenali ramai?
Assalamualiakum….
BAGAIMANA ISLAM MEMBENTUK PERSONALITI
Setiap manusia dilahirkan unik. Islam mengiktiraf keunikkan itu. Hakikat ini membuktikan keadilan dan keagungan Allah. Dalam ertikata yang lain, keunikan itulah hakikatnya keistimewaan yang dikurniakan kepada setiap manusia. Ertinya, setiap manusia istimewa. Tidak ada manusia yang sama – samada dari segi luaran atau dalaman
Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia yang unik itu. Setiap keunikan yang dikurniakan Allah, perlu disyukuri – dalam ertikata â€menggunakan kurniaan itu selaras dengan tujuan ia dikurniakan.†Ertinya, setiap bakat, kecenderungan dan keistimewaan itu perlu dikembangkan ke tahap yang paling optimum. Islam tidak menyekat, bahkan mendorong ke arah pengembangan bakat seseorang. Sungguhpun begitu, Islam menunjukkan cara bagaimana seseorang individu boleh mengembangkan potensinya dan cara menggunakan kelebihan itu untuk memberi manfaat kepada dirinya, orang lain dan juga alam semesta.
Perniagaan berhubungkait dgn personaliti, bagi saya pula, http://www.belajarbahasaarab.com personalitinya Ustaz Abd Rahman bin Jamaan (UIAM)
Perniagaan yang berlatarbelakangkan personaliti akan lebih menampakkan kejayaan berbanding entiti perniagaan secara persendirian.
Bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta, dah kenal personalitinya, maka cintalah pula pada perniagaannya…
Mungkin peranan “manusia” itu lebih ketara.Tapi sesuatu perniagaan itu ada personaliti ataupun trademarknya sendiri. Contoh, ada kedai makan di Penang, bila org sebut nama masakannya org dah tahu kedai mana. Contoh Ikan bawal goreng panas, org dah tahu kedai ini terletak dekat kilang di Perai.
Mungkinkah ini bukan personaliti seperti katakan ?
Setiap bizmen perlu mempunyai personaliti yang positif untuk berjaya dalam perniagaan. Yang sering menjadi kegagalan kepada bizmen adalah terlampau memikirkan keuntungan tanpa memikir kesan daripada methodology yang digunakan. Personalti yang perlu ditonjolkan dan dipraktikan adalah sentiasa menunjukan kejujuran,amanah, berpegang kepada janji dan berusaha memberi kualiti produk yang terbaik.
Kebanyakan pelanggan lebih percaya kepada personaliti sesorang berbanding dengan produk yang diniagakan. Oleh itu kepada setiap bizmen yang baru atau telah menceburi dalam perniagaan perlu mempertingkatkan personaliti diri demi untuk memajukan sesuatu perniagaan.
Sbg. cth Daging burger, lebih dikenali dengan Ramly Burger, Jutawan internet, lebih dikenali Irfan.
Cth lain.
Meastro = Freddy Frenandes
Beliau menjadi tonggak melahirkan artis melalui rancangan program hiburan berbentuk realiti.
Fazley = Pakar Motivasi
Banyak lagi sebenarnya di luar sana..
Assalammualaikum……
Ada beberapa contoh yang nak dikongsi bersama:
-EMKAY Dato’ Mustapha Kamal
-PTP Syed Mokhtar Al-Bukhari
-MYDIN Dato’Ameer Ali Mydin
-RICH DAD POOR DAD Robert Kiyosaki
dan beberapa contoh lagi.
Personalti yang menarik dapat membantu mempercepat dan menambah nilai kepada perniagaan serta kejayaan.
Sesuatu perniagaan yg berlatarbelakangkan dan diterajui olih personaliti semestinya mempunyai sedikit personal touch di situ.
Personaliti yg mempunyai kredibiliti yg terbukti kejayaan dalam bidang yg diceburi dan ‘walk the talk’, pelanggan tentu sekali mempunyai tahap kenyakinan yg lebih tinggi untuk berurusniaga mereka.
Memang pesonaliti mereka banyak membantu dalam perniagaan mereka.Antaranya..
1)Chef wan dengan buku masakannya
2)Billi Lim dengan karya Dare To Fail
3)Steven Spielberg dengan filem cakeranya
4)George Lucas dengan juga dengan filem Sci-finya
5)karpal sigh dengan agensi guamannya.
6)Radzuan Radzwill dengan rekaan fesyennya.
8)Keluarga hj. Sidek dengan jenama raket badminton Sidek dan animasi Tangkis.
Banyak lagi lah..
kalau seseorang itu pernah secara TIDAK sengaja melakukan perkara yang mengaibkan, bagaimana dia ingin tampil menonjolkan diri, dia masih takut keAIBaban lalu lebih terserlah daripada keAJAIBannya……
aib vs ajaib
Bukan senang hendak membina personaliti…..perlu ade karisma dan ilmu pendidikan. Hanya bila dihormati kerana ilmu dan sifat yang jujur…personaliti itu akan terserlah. Pada Irfan Khairi….boleh di bawa di seluruh dunia brand namenya….emmm..yang paling popular di dunia…Donald Trump…siapa yang tak kenal Donald Trump…. kan……..
http://www.tmniaga.com >> “Macamana nak bentuk personaliti dan jadikan diri sendiri sebagai personaliti yang dikenali ramai?”
Jawapan:
Gunakan nama sendiri di ruang comment 🙂 lebih mesra dan orang akan lebih mengenali anda sebagai personaliti dan bukan entiti perniagaan 🙂
Bercakap pasal Donald Trump. Dari pembacaan buku yang ditulisnya, beliau mengaitkan namanya dengan kualiti – lebih kurang macam iklan Dunhill jugaklah. Setiap nama yang dikaitkan dengan nama Trump akan dipastikan mempunyai kualiti yang sangat tinggi macam Trump Plaza, Trump Tower etc,etc…
Kalau di Malaysia, mungkin M.Nasir boleh dikaitkan dengan penciptaan lagu yang pasti akan meletup!!
Kamarulzaman Bin Baharom
â€Internet & handphone – Gabungan e-commerce terkiniâ€
Nak tambah sikit lagi. Dalam dunia internet marketing yang penuh dengan segala bentuk penipuan, syak-wasangka. Penggunaan nama sangatlah penting seperti yang telah digunakan oleh Corey Rudl, Yanik Silver dan Robert Allen.
Kekuatan nama mereka mempastikan mereka dapat menjual produk yang bermutu keseluruh dunia. Di Malaysia ni, tak payah ceritalah….nama Irfan rasanya dah sebati dengan internet marketng….Syabas
Kamarulzaman Bin Baharom
â€Internet & handphone – Gabungan e-commerce terkiniâ€
Assalamualaikum..wbt
Untuk bina personaliti rasanya kenalah cari ilmunya dan untuk berpersonaliti juga perlu berilmu juga.Jadi carilah sebanyak-banyaknya ilmu dan amalkan.Maka apabila terbina personaliti tersendiri tidaklah pula dilupakan personaliti yang diajar oleh rasulullah SAW kepada kita.Kalau sudah nama kita dikenali ramai jangan sampai riak dan besardiri hingga tiada masa untuk mengingati Allah.Bizmen yang berjaya ialah yang seimbang dunia akhiratnya.Insyaallah…Syukran cikgu irfan.
Assalamualaikum..
Ya Betul kata . Irfan..guna nama sendiri
dengan sendirinya kita meng’identiti’kan
diri kita..
Terima Kasih
Irfan. Tambah lagi detail post ni ye. Kalau guru mesti lah berpakaian dengan kemas dan baju yang menarik untuk menarik perhatian murid 😉
Terima kasih atas tip hari ini..
Bolehkah agaknya saya menjalankan perniagaan dengan cara mengetengahkan perawatan tradisional yang sumber2nya diperolehi dari ahli keluarga (warisan) spt dari ibu dan abg saya..
Rasanya kalau disertakan foto pun, boleh tahan cun lagi..
Kadang2 org suka pandang dan ada juga yang bertanya “awak nie ada ‘memakai’ kot..”
Sebenarnya kami amalkan ayat2 suci sebagai penyeri..(harini saya ‘naik lif tekan sendiri’)
hehe cayalahh kak mazura !! gambattee !!
Perniagaan yang mempunyai â€personaliti†sering kali lebih mendapat sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seorang personaliti
Saya amat tertarik dengan mereka ini, mereka beransur-ansur berusaha membina kualiti personaliti diri di dalam perniagaan yang dijalankan. Cuba anda teliti syarikat KFC, DONALD TRUMP DAN IRFAN KHAIRI berbanding SATE KAJANG, SUNWAY DAN DELL… Kesemua syarikat dan individu di atas berjaya.
Bezanya KFC, DONALD TRUMP DAN IRFAN KHAIRI gunakan logo “gambar”. Kajian menunjukkan pengguna akan lebih yakin dengan sesuatu produk, bila mereka kenal siapa pemilik produk berkenaan. Anda bagaimana?
personaliti melalui “trade mark” atau logo….bergantung kepada produk sesebuah perniagaan
Pada pendapat saya, penonjolan personaliti diri, selain daripada perwatakan yang bersih, ceria dan bergaya, juga harus disulamkan bersama-sama dengan kepakaran bidang yang diceburi. Misalnya;-
Pakar Jutawan Hartanah – Azizi Ali
Pakar Jutawan Internet – Irfan Khairi
Pakar Daging Burger – Ramly
Pakar Motivasi – Mohd Fadhilah Kamsah
Oleh itu, Kepakaran membentuk Personaliti 🙂
Bagaimana meletakkan personaliti peniaga jika perniagaan secara pengambilan dari pemborong dilakukan, yang bukan dari kepakaran peniaga tersebut?
Definisi personaliti
Menninger (1930)
‘ Apa-apa yang menghuraikan tentang seseorang.keadaan biologi, fisology dan tingkahlaku seseorang’
Warren & Carmichael
Adalah organisasi dinamik dalam diri indi-
vidu yang terdiri dari sistem psikologikal,& fizikal yang menentukan penyesuaiannya dengan persekitarannya.
untuk membina personaliti,
first, seseorang itu perlu mengetahui keunikan diri, kekuatan dan kelemahan serta potensi yang boleh di kembangkan…
saya nak kongsi satu tips:
tuliskan ciri2 personaliti yang anda ingin terapkan pada diri anda.
cth:
1.mesra pelanggan
2.cekap
3.amanah
4.ceria
5.kreatif
kemudian anda lihat list itu setiap hari, labelkan diri anda dengan sifat2 yang menarik.
lama kelamaan fikiran anda akan menterjemahkan label itu dalam bentu sifat dan tingkah laku. insyaALLAH anda dapat mencipta personaliti yang menarik dan tersendiri.
jika ada masalah, jumpalah kaunselor anda..
assalamualaikum saudara irfan,
saya amat mengagumi pencapaian saudara di dalam menjalankan perniagaan berasaskan internet. anda menjadi role model kepada saya untuk membina perniagaan internet. saya telah membeli buku saudara yang bertajuk ” rahsia jutawan internet terbongkar” itu.
saudara, walau pun saya sangat berminat untuk mendirikan perniagaan internet kerana saya dapat merasai keserasian itu ada dengan saya, tetapi ada beberapa persoalan yang belum saya dapat jawab lagi.
pertama, saya seorang guru sekolah kerajaan yang mana saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya di dalam kerjaya saya. saya harus fokus kepada kerjaya guru dalam mendidik anak bangsa dan masyarakat kita.
kedua, jika kita seorang kakitangan kerajaan secara automatik kita tidak boleh berniaga, maksud saya bukan tidak boleh berniaga langsung tetapi berniaga sampai memiliki syarikat sendiri sepenuhnya. kalau dah pencen, tak mengapalah. saya masih muda lagi untuk berkata tentang pencen. kebanyakan guru-guru bekerja sambilan melalui MLM dan ada yang berniaga di pasar malam, ada yang mempunyai tanah yang luas dan memperolehi hasil dari kebun dan ladang kelapa sawit dan berbagai lagi.
persoalannya ialah jika saya memulakan perniagaan di internet, bolehkah saya mempromosikan nama dan perniagaan saya di internet seperti saudara? bolehkah saya meminta bayaran dari pelanggan-pelanggan saya kelak?
saya amat meminati kerjaya guru dan tidak mahu meninggalkannya dan pada masa yang sama saya mengimpikan status jutawan (di belakang tabir) dengan wang yang halal dan bersih serta jauh dari syak wasangka BPR.
sekian terima kasih.
assalamualaikum irfan…
selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yg bakal tiba sejak sya menerima info mengenai kursus yg irfan adakan dimalaysia, setiap hari juga sya menhabiskan masa, wang dan waktu rehat sya utk ke cyber cafe bagi mendalami info yg irfan hantar ke email sya. sya mulai memahami perniagaan internet. sya di london waktu ini, hingga 10 dis 06. semangat sya semakin berkobar-kobar utk kembali ke malaysia dan menhadiri kursus yg diadakan.
sya percaya dgn perniagaan berdasarkan persenolity diri sendiri membuatkan pelangan akan lebih percaya.. sya sgt berminat utk menwujudkan laman web sya sendiri yg bertujuan membantu setiap insan mendapat kebahagian dan ketenangan diri serta kecerian bersama keluarga
sebelum ini sya sya memasarkan produk sya secara manual dan sya yakin permasaran secara internet pasarannya akan lebih luas
persoalannya… sya telah byk mencari peluang bagaimana utk memasarkan produk-produk sya melalui laman web sya.
http://www.sazanasaleh.speedtpl2u.com dan http://www.sazanasaleh.ibizpal.com
tolong irfan beri komen kerana laman web yg sedia ada tidak byk membantu permasaran produk sya
sya pasti irfan dapat membantu sya utk menwujudkan laman web sya yg beriidentiti diri sya sendiri spt http://www.sazanasaleh.com yg memasarkan perkhidmatan permasaran produk kesihatan dan juga permasaran pelaburan hartanah
utk pasaran antarabangsa
sya harap irfan dapat memberi komen ttg msoalan sya …tq
kalau mcm 2, nak kenalkan dirila, manela tau boleh jd cam irfan nti, hehe
Seperti maskot pula…
Adakah itu maksudnya?
Virgin Group….Sir Richard Branson
wujudkan komuniti sesama dlm memajukan pernigaan masing2.sma2 perkenal diri dan produk.kita kongsi niaga.
memang dlm perniagaan perlu ada personaliti tp utk berjaya kita gak perlu tahu bagaimana hendak merebut peluang yang ada. pengalaman dan ilmu dlm perniagaan pun perlu untuk berjaya dlm business.
sy nk tahu lebih lanjut macam benda2 nie…