Baru-baru ni, saya lalu pusat membeli belah Ikano Power Center di Damansara Perdana, dan perasan mereka sedang tukar nama shopping center tu kepada “IPC”. Personally saya lagi suka kalau ia ditukarkan kepada “Ikano” sahaja… baru bunyi imported 😉
Teringat pula saya kepada perniagaan-perniagaan yang kita kenali dulu, yang kemudiannya, mungkin akibat penjenamaan semula (rebranding), menukar nama….
Paling saya ingat adalah ubat gigi DARKIE… yang kemudiannya jadi DARLIE
OIL OF ULAN, menjadi OIL OF OLAY kini…
Adakalanya kita perlu melakukan penjenamaan semula produk kita. Namun, ianya bukan perkara yang mudah kerana ia mengakibatkan persepsi pelanggan dan juga bakal pelanggan anda yang telah lama menanam jenama asal dalam minda mereka.
Sebaliknya pula, penjenamaan semula adalah peluang untuk promosi kan produk kita dan memberi tanggapan produk ‘baru’.
Apa lagi produk-produk yang kita kenali yang telah bertukar nama?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Hai IK 😉
Dah lama tak lihat design ubat gigi Darkie (dulu ) dan telah bertukar kepada Darlie
Perubahan nama ini adakah menjadi lebih baik atau disebabkan gabungan dan rombakan syarikat baru yang melibatkan individu atasan dalam syariakat tersebut ?
salam
Kalau tak silap saye..spray nyamuk dulu shelltox kini shieldtox. 🙂
perubahan nama ada banyak sebab. mungkin juga rombakan. ataupun, just rebranding… contoh “DARKIE” jadi “DARLIE” sebab mereka katakan DARKIE tu gelap… sedangkan ubat gigi nak cerah 😉 so, ubahkan nama… kiranya baru terperasan kot sejak tu 😉
Yes, Shelltox menjadi Shieldtox pun mungkin sebab yang sama… Shelltox adalah milik sykt Shell tak silap saya. Tetapi, bila jadi ubatnyamuk, lagi kuat menggunakan Shield so, tak menggunakan jenama yang sama dengan stesen minyak Shell mereka.
Adakalanya juga pertukaran nama akibat copyright. Di mana, bila satu syarikat guna nama yang syarikat lain guna… dan kalah dalam mahkamah. Contoh ketara ingat tak Wrestling WWF menjadi WWE kini. Sebab World Wildlife Foundation (WWF) menang dalam court 😉
Maknanya pemjenamaan semula ni, atas sebab-sebab yang tertentu yang kukuh. Bukan saja-saja. Demi pengukuhan, persepsi lebih baik dan demi lebih ‘competent’.
Betul tu rebanding bukan hanya berlaku pada produk digital tapi produk fizikal pun ada, orang suka sesuatu yang berubah-ubah contohnya trend pakaian, makanan, teknologi dll
Salam IK,
Selalunyakan penjenamaan semula sesuatu perniagaan tu dibuat setelah berapa lama beroperasi?
Atau mengikut kepada keperluan untuk menukar jenama sedia ada?
Bukan nama saja bertukar, kualiti tetapi meningkat…
Salam, salam..
Seram btol nengok gambor pakcik Darkie tu.
Buat budak2 takut je nak gosok gigi.
Mmg patut diorg tukar.. 🙂
memang kena ubah dari tak baik kepada yang lebih baik
Terima kasih irfan atas tips yg berguna.
Blue Ribbon Sports kepada nike