Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.
Jadi, persoalannya, sekiranya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?
Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN. Kerana dengan dua elemen ini, dua pihak akan untung – KITA dan PELANGGAN akan untung.
[PENGUMUMAN: Sertai program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut]
MINAT
Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.
Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.
Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.
Bila melakukan sesuatu yang kita minat, kita yang UNTUNG!
PERMINTAAN
MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.
Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?
Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.
Bila berniaga sesuatu yang mempunyai permintaan, pelanggan yang UNTUNG!
Oleh itu, formula perniagaan yang menguntungkan adalah adalah;
MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN
Pastikan anda memiliki kedua-duanya kerana keuntungan bukan sahaja pada wang ringgit. Tetatpi juga dengan kepuasan hati berniaga kerana minat dalam memenuhi permintaan pelanggan.
*** Dapatkan bantuan dan bimbingan memulakan perniagaan Internet selama 6 bulan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Ramai yang telah berjaya memulakan dan mengembangkan Internet bersama kami. Klik di sini untuk maklumat program terlaris ini bersama jutawan Internet, Irfan Khairi!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam,
Alhamdulillah dan terima kasih atas perkongsian berilmu dari IK.
Tidak dinafikan minat yang mendalam
serta permintaan adalah faktor kejayaan
dalam sesuatu perniagaan.
Kadang-kadang apa yang membuatkan seseorang
usahawan itu mudah berputus asa kerana minat
yang terikut-ikut. Pastikan kita betul-betul
minat apa yang kita lakukan.
Ini kerana dengan MINAT lah dapat memotivasikan dan membuatkan kita
tidak kenal erti penat… 🙂
Great info IK! Congrats atas perjuangan IK
selama ini dalam industri perniagaan internet di Malaysia… I Like!
~ Razif Yusof
Saya sokong pendapat IK.
Minat + Permintaan = Keuntungan.
Teruskan menulis ya. Saya selalu datang ke blog ini untuk mendapat inspirasi dari IK.
Kajian pasaran ini yang agak lemah sedikit. Perlu kuatkan bahagian ini.
Alhamdulilah saya ada kedua-dua elemen ini, bagaimana dengan teknik perniagaan yang betul terutama dari segi pemasaran rasanya penting jugak tu untuk menjamin keuntungan berterusan.
tkasih dgn info yang menarik ni.saya juga sdg mjalankan bisnes kraf.alhamdulillah ada juga untung sikit2..hr tu pun ada join seminar ik kt kuantan.
Thanks for the tips yang sangat berguna ni.
Back to basic…buat apa yg kita suka =)
Info menarik. TQ for sharing
Trimas…
tahniah.. smoga suatu hr nanti, bangsa kita dpt ikut kehebatan bangsa2 lain..kekurangan kita ialah, kita masih bergantung kpd bisnes2 yg mendapatkan komisen shj..kalau la kta boleh mencipta produk sendiri, n pasarkan..rsnya, bangsa kita dpt membina empayar ekonomi yg dhsyt dan akan menguntungkan negara..
Bagi pendapat saya minat tu sangat penting,
tanpa minat kita takkan seronok.
tak seronok maknanya susah.
bila minat kita rasa enjoy buat kerja
betul saya setuju apa yg En.Irfan sebutkan….. Perniagaan kita mestilah sesuai dengan kita tetapi kena tengok dulu pasaran apa dan bagaimana jalan @ cara yg betul… contohnya seperti kebanyakan laman web yg saya kaji ini banyak juga membantu dlm perniagaan saya dan sistem yg tersedia ada bnyk membantu…. contohnya bleh lawati di laman web di atas… hanya ingin berkongsi
Macamana ya cara untuk tahu minat kita yang betul2?saya dah cuba banyak bisnes kecil2an tapi tak sapai sekerat jalan dah rasa boring…huhu…
Tq admin..
salam admin..hobi sy adalah memancing…dan sy bercita2 untuk memiliki perniagaan barangan pancing..kerana sy dapati bisnes ini amat memberangsangkan..jika kita pergi kedai pancing,mesti ramai je..xpernah la sy pergi kedai pancing kosong je..ada jugak la..dan melalui hobi memancing ni sy juga teringin menjadikan hobi ni sebagai bisnes..rasa2nya apa yg boleh di lakukan dengan hobi sy ni???? masih aktif lg ke blog ni?????
Saya sedang mengikuti program intensif perniagaan internet ini di bawah kendalian Irfan Khairi dan team IKSB. Program yang sungguh hebat, praktikal dan disertai coaching yang sangat bagus. Pelaburan masa dan wang yang sangat berbaloi. Usaha tangga kejayaan.