Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat…
- Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita takkan rasa cepat sangat nak give-up. Walaupun belum mendapat keuntungan yang lumayan perniagaan kita, kita tetap gembira kerana kita lakukan apa yang kita suka!
- Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita akan rasa cepat sahaja masa berlalu. Kalau lakukan kerja tersebut dari pagi sampai malam, terasa sekejap je. Bila tidur malam pula, rasa nak cepat je siang hari datang sebab kita dapat ulang kembali melakukan perniagaan yang benar-benar kita suka!
- Bila kita lakukan sesuatu yang kita minat… kita suka menambahkan ilmu dalam bidang tersebut. Kita rasa seronok membaca, menghadiri majlis ilmu dan bertanya pada yang lebih pakar mengenai sesuatu perkara. Kita akan all out menambahkan ilmu dan aplikasikan ilmu yang dipelajari!
Kalau buat perkara yang kita TAK minat…
- Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa cepat je mengalah. bila perniagaan tidak mendapat untung, mula kita salahkan orang lain dan salahkan keadaan. Kita akan cepat bertukar industri dan mencuba perniagaan jenis lain fikirkan, mana la tau kalau buat perniagaan lain boleh dapat duit lumayan…
- Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita akan rasa bila lakukan perniagaan, lambat masa berlalu. Kita akan rasa cepat bosan dan tertunggu-tunggu bila lah hari ini akan berakhir kerana nak balik rumah untuk rehat. Perniagaan pula dilakukan dengan tidak bersungguh-sungguh…
- Kalau buat perkara yang kita TAK minat… kita tak suka mendalami ilmu bidang tersebut. Untuk berjaya dalam perniagaan, ilmu adalah amat penting. Tetapi bila dah tak minat, pastinya kita tidak akan luangkan masa dan wang untuk membeli buku, menghadiri majlis ilmu atau bertanya mengenai perniagaan kita. Akhirnya, tanpa ilmu yang cukup, perniagaan kitaΒ akan gagal…
Jadi, adakah perniagaan yang kita lakukan kini kita benar2 minat… ataupun tak minat? π
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
seingat saya dolu2 abang ada jugak posting artikel yg mana kandungannya lebih kurang je dengan artikel ni kalau tak silap saya.
Hmmm…
Ada betulnya jugak tu.Tapi saya pernah rasa nak ketawa bila saya banyak statement dari david Teoh ttg kejayaan dia sebagai pengarah filem.adakah dia berjaya sebab minat?
Dia cakap terus-terang.Minat sahaja tak cukup kalau bisnes tu tak beri untung.David cakap lagi tipulah kalau kita buat bisnes ada dasar minat semata2.Minat satu tapi yang lebih penting dapat duit maaa…
Haha…jadi anda rasa mcm mana? π
Saya bersetuju bahawa perniagaan yang ingin kita lakukan mestilah bermula daripada minat kita dahulu barulah lebih mudah kita menumpukan perhatian pada perniagaan kita ini kerana selalunya setiap perniagaan yang ingin kita ceburi memerlukan fokus kita untuk mencapai kejayaan dan keuntungan untuk jangka masa panjang. Passion !
Salam sejahtera IK.
Saya minat olahan artikel sebegini. Betul tu, jika sesuatu perkara itu tidak kita minat, setiap jam yg berlalu terasa begitu memeritkan. :-).
T/kasih kerana perkongsian ini.
Salam maju jaya. π
Memang betul. Itulah hakikatnya..
Setuju ngan IK(*.*)v
agreeable!
Betul apa yang IK perkatakan.
Malahan minat juga boleh dipupuk jika kena pada caranya.
Ada juga yang pada mulanya katakan tak minat akhirnya minat pula π
Ada betulnya…tp mcm mana pulak dgn penyakit ‘hangat2 tahi ayam’? mula2 minat, lama2 dah boring…
Pengalaman saya sendiri,
Dulu saya menceburi bidang bisnes kerana tertarik dengan ganjarannya. Namun lama kelamaan minat berkurang. Tapi kini, telah ada minat dengan produk dan perniagaan lain. Memang minat itulah yang mendorong kita menjalankan perniagaan.
Salam bro,
bila baca apa yg bro tulis mesti terpikir dgn keadaan diri sendiri. Minat itu bukan perkara no 1 tapi minat itu salah satu element yg buat kita rasa positif dlm bidang yg diceburi.
kalau x minat langsung dlm perkara yg nak dibuat x mungkin kita akan buat benda tu kan kecuali dgn paksaan la.
anyway satu perkongsian yg bagus utk difikirkan. ORA! ORA!
Setuju sangat-sangat. Kalau dah tak ada perniagaan yang kita minat, cuba tanamkan minat pada perniagaan yang kita tak minat!
Almaklumlah dah biasa ‘minat makan gaji’.
Cuba consider perniagaan yang berkaitan dengan kepakaran kita, mudah-mudahan minat.
Minat boleh dipupuk tak?
TQ
Salam Sejahtera IK,
Selamat berpuasa, saya setuju dengan artikel.. bagaimana atau website mana membuat blog(selain blogger and wordress)??? Yang lebih kurang mcm IK buat ini?
ya, tapi kalau minat sahaja pun tak cukup kriteria untuk menjadikan perniagaan itu berjaya.
perlu juga tengok. apa yang kita minat tu, ada perminataan ataupun tidak. ada peluang dapat keuntungan yang bagus ataupun tidak. bagaimana pula dengan persaingan… kalau terlalu banyak persaingan pun, payah juga.
so, minat hanyalah salah satu kriteria sahaja… belum tentu perniagaan akan berjaya π
and yes… minat boleh dipupuk. tak kenal maka tak cinta π
-ik
minat bukan penentu kejayaan perniagaan tetapi merupakan salah satu elemen yang agak penting juga untuk berjaya.
tanpa minat pasti seseorang itu mudah bosan dengan perniagaan yang dijalankannya terutama bila gagal kali pertama..
oleh itu, minat+yakin+usaha=kejayaan (insyaallah)
tingkatkan keuntungan,gandakan amal kebajikan di bulan ramadhan..
teman rasa apa2 perniagaan pun kalu diiklanlkan fulusnya masuk berganda2 ramai orng berkenan….
dan bila berkenan mulalha daftar sini daftar sana….
tup2 bila tak menjadi mulalah salahkan perniaagaan tu…
yang penting minat dan kemahuan perlu disusuli usaha baru boleh kutip buahnya….
Salam, saya minat nak jalankan perniagaan graphic design di internet..masalah saya ialah saya x tahu macam mana nak mula. Ada sesiapa boleh tolong?
minat tak minat buat dulu kalau dah nampak hasil keuntungan wang ringgit, benda yang tak minat akan jadi minat.
nak tahu minat ke tak minat, kene belajar dulu ilmu tu, baru tahu minat ke tak. Betul tak?