Perniagaan Ummatan Wasatha

Dalam surah Al-Baqarah, Allah menggelar umat kita sebagai ummatan wasatha. Yang bermaksud yang Terbaik. Wasatha juga bermaksud Adil seperti disebut dalam al-Asas fit Tafsir.

Ummatan Wasatha = Terbaik + Adil

Sekiranya konsep ini dipegang dalam perniagaan, perniagaan kita perlulah perniagaan yang terbaik dan adil. Keuntungan yang kita dapat juga adalah yang terbaik dan adil. Usaha yang kita lakukan juga perlu yang terbaik dan adil.

Bila dalam perniagaan, bila usaha kita terbaik, produk kita terbaik, dan perniagaan kita keseluruhan adalah terbaik, memang tiada sebab kita tak boleh dapat untung yang terbaik- sehingga boleh digelar jutawan.

  • Oleh itu, dalam perniagaan, kita perlu dapatkan untung yang terbaik. Bukanlah untung yang sikit-sikit.
  • Sebaiknya jadi jutawan atau billionaire, dan bukannya sekadar “bisnes cukup-cukup makan” atau “untung sikit-sikit je” … atau ramai selalu sebut “boleh la… surviving!”
  • Sebaiknya perniagaan terus berkembang dan maju, dan bukan di takuk lama seperti 5-10 tahun yang lalu. Atau 5-10 hari yang lepas.

Itulah dianya perniagaan konsep ummatan wasatha. Terbaik dan adil.

Bagaimana caranya? Jawapannya dalam surah Al-Imran yang menyebut tentang golongan ulul albab. Iaitu golongan yang berakal + berilmu + berfikir.

*tip ni sepatutnya untuk semalam (sempena hari Jumaat), tapi terlajak pula sebab sibuk 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Perniagaan Ummatan Wasatha

  1. Salam my old friend ‘merah’!

    Nice tips and pesanan. Setuju sangat la kita ni mmg dijadikan sebagai umat yang terbaik – Kuntum khaira ummatin…3/110. Tapi dengan syarat la jugak kan i.e. tertakluk kepada perintah dan hukum Tuhan dan Rasul.

    Untuk jadi, Ulul Albab kita kena sentiasa berfikiran maju tak kira apa juga keadaan (3/190 – keadaan siang atau malam, susah atau senang, maju atau mundur dsb).

    Tak cukup lagi, sentiasa menzikirkan Pencipta kita dalam keadaan duduk, berdiri dan berbaring, meaning dalam keadaan apa jugak sekali pon.

    Oleh itu, kalau nak maju kena sentiasa berusaha, berfikir dan tidak lepas daripada terikat dengan Allah.

    11/115 – Sabar dan Allah takkan sesiakan kerja yang ihsan (yang baik).

    Alhamdulillah…

    Your old friend,
    Imran / Sifoo.com

    p/s: bila bleh jumpa lagi ye

  2. Perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang adil,pengurusan yang terbaik adalah pengurusan yang adil, maka akan datang keuntungan yang terbaik dan adil.

  3. ya, sentiasa buat yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk pelanggan. Insyaalah jika kita beri produk yang terbaik akan menghasilkan pulangan yang terbaik juga.

  4. Imran > mentang-mentang saya sebut surah al-Imran, muncul my ol buddy Imran aka “bacteria”. How r u bro? Nanti boleh buka puasa sama2… sms me 🙂

    For those yang wondering, kenapa saya = “merah”, actually zaman dolu dolu di melayu.com & sifoo.com nickname saya “merah”. masa di ITM dulu, my nickname “red”. maklumlah… suka sangat dengan warna merah! sampai sekarang pun, branding saya warna merah 😉

  5. Sifoo > la, sifoo rupanya… i thot u yang MIA 😉 oh ya… i kinda terfikir gak imran=sifoo coz, i know u dalami ilmu2 al-Quran 😉 tersebut bact because baru2 ni received sms from him.

    dr.oracle > approach saya taklah setiap posting masukkan surah-surah. kalau setiap posting masukkan surah-surah, takut budak2 zaman ni lari 😉 Rasulullah pun pernah pesan, cara kita mendidik, biarlah mengikut zaman. so, cara saya, saya selit kan sikit2 je.

    kalau nak banyak guna surah2 & hadis, DFK, Dr Tuah & Ustazah Siti Norbaiyah kan ada lagi hebat 😉

    -ik

  6. Saya sukakan perbincangan ini. Apabila IK sebut tentang surah al Baqarah, saya jangka dipetik daripada ayat ke 143.

    Allah berfirman (yang artinya): â€Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia.” (al-Baqarah:143).

    Wasathan juga ditafsir sebagai pertengahan. Yakni berada dalam sempadan yang menyekat perkara melampau had. Wasathan juga bermaksud pembahagi yang jelas antara yang baik dan buruk, betul dan salah.

    Wasathan dalam bisnes kita boleh katakan. Tidak terlalu condong kepada dunia sehingga bisnes itu tidak menjadi persediaan kepada akhirat.

    Orang bisnes yang membayar zakat memenuhi karakter peniaga wasathan ini. Bisnes menjadi kemudahan dunia dan keuntungan akhirat.

    Mungkin ayat ini daripada Hamka kita boleh jadikan business guide

    “Kata Hamka: â€Bangkitnya Nabi Muhammmad saw di padang pasir Arabia itu, adalah membawa ajaran bagi membangunkan ummatan wasathan, suatu ummat yang menempuh jalan tengah, menerima hidup di dalam kenyataannya. Percaya kepada akhirat lalu beramal di dalam dunia ini. Mencari kekayaan untuk membela keadilan, mementingkan kesihatan rohani dan jasmani, karena kesihatan yang satu bertalian dengan yang lain. ”

    Dipetik daripada catatan â€Islam Moderat” oleh: Adian Husaini.

    Tuan IK sebut surah al Imran mungkin petikan ayat ke 190-191 (ulul albab di sebut 16 kali dalam al Quran, salah petik surah maklumkan ya tuan IK).

    190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

    191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

    Saya yakin peniaga yang memenuhi konsep ulul albab di atas adalah peniaga yang paling sukses dan memahami konsep kekayaan sebagai nikmat.

    Ditambah lagi dengan formula wasatan, kekayaan bisnes menjadi agihan rahmat Allah kepada mereka yang memerlukan (baik dari agihan untuk orang miskin ilmu, miskin harta dan miskin pengalaman untuk dijadikan navigator)

    Tuan IK, dapatlah berkongsi dengan kami di sini apa yang dimaksudkan dengan untung berlebihan dalam menentukan harga produk.

    Saya pernah dengar ada yang kata keuntungan sebuah produk mesti tidak melebihi 40 peratus daripada kos produk tersebut. Katanya, dalam Islam ia jelas menindas pengguna.

    Mungkin dalam dunia produk fizikal dan internet, kita dapat bincangkan bagaimana kos produk internet yang bersifat digital dan kadar untungnya tidak melebihi nilai tindas 40% ke atas

    Mungkin ada teman-teman dapat sahihkan maklumat isu untung tidak lebih 40% ini. Saya sedang nak belajar kaedah markup harga dan tak mahu terlepas sempadan syari’e.

    Salam Ramadan

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Tempatan
    http://www.zamrimohamad.com

  7. IK…red?? mcm penah kenai je nick itu suatu masa dahulu… hmm??

    adakah red @ bbs.rindu.net?

    soalan : ramai pelawat melawat web saya..tapi masih belum ada yg order… adakah salesletter sy tak cukup terbaik & adil?

  8. Alhamduliah. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita semua untuk menjalani kehidupan mengikut landasan Islam yang bersebenarnya melalui Al-Quran & Hadis Sohih.

    Perniagaan ialah salah satu punca rezeki utama manusia. Disebabkan itu, banyak ayat dalam Al-Quran & Hadis Sohih. Sebagai contoh selain daripada ayat-ayat yang dinyatakan diatas, ayat 135 Surah Al-Israk, ayat 1-6 Surah Al-Mutaffiffin mengenai wajib melaksanakan perniagaan dengan menyempurnakan timbangan & sukatan. Mengenai monopoli dalam perniagaan, Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda melalui riwayat Ahmad, al-Hakim & al-Bazaar, “Sesiapa yanag monopoli barang makanan selama 40 malam maka terlepaslah dia dari Allah dan Allah terlepas daripadanya. Riwayat Muslim, Nabi Muhammada (S.A.W) bersabda “Tidak monopoli kecuali orang yang bersalah”. Riwayat Ruzain, Nabi Muhammad (S.A.W) bersabda “Hamba yang monopoli sangat buruk, jika dia mendengar kemurahan harga barang, pasti dia kecewa and jika dia mendengar kenaikan harga barang, dia suka”.

    Lantas daripada itu, menjadi kewajipan kita sebagai orang Islam untuk menjalankan perniagaan dengan adil tanpa penipuan. Saya jugak tertarik dengan komen Zamri mengenai markup harga. Saya jugak tertanya-tanya apakan peratusan markup yang terbaik untuk tidak membebankan pembeli. IK pernah menulis tentang markup 40%. Adakah markup tersebut dicadangkan berdasarkan market standard ataupun disebabkan sebab-sebab yang lain?

    Diharap dapat kita bincangkan mengenai markup harga dalam blog ini.

    Sekadar berkongsi pendapat.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips for effective career marketing

  9. wow, semua dah bleh jadik ustaz nie.. Bagusla kalo bleh mengamalkan islam dalam setiap aspek kehidupan termasuk perniagaan, haha… Jangan lara ngan duit plak!!

  10. dalam islam, tiada ditetapkan % keuntungan untuk peniaga. mengenai “angka 40% sebagai nilai tindas” tu, kalau boleh, diberikan nas2 untuk menyokongnya boleh?

    tetapi di sini juga boleh gunakan balik Ummatan Wasatha yang kita bincangkan tadi. Ynag bermaksud Adil.

    Adil di sini bukan sahaja maksud adil kepada pembeli atau orang ramai. tetapi, perlu di lihat adil kepada si peniaga juga.

    for example, kalau rental peniaga tinggi, kata la peniaga di Midvalley… jual air mineral, perlulah letak % untung tinggi sedikit berbanding dengan peniaga yang menjual air mineral kat kedai kopi untuk menanggung kos rental. so, ini di kira “adil” kepada peniaga.

    mengenai produk digital pula, produk digital sering dikaitkan dengan informasi penulisnya (peniaga). jadi, “adil” dalam konteks ini adalah nilai yang diberikan oleh penulis. kalau nak ikut kos, RM0.00 (download)… macam mana pula nak murkup 40%? kos kali ini di kira dari segi nilai yang diberikan oleh penulis.

    katalah penulis tu hebat, banyak pengetahuan dan berpendidikan tinggi seperti DDFK. semestinya nilainya adalah lebih tinggi daripada penulis yang kurang hebat, kurang ilmu dan tidak berpendidikan.

    sememangnya adil itu adalah subjectif dalam konteks harga nilai di sini. but i hope we get the point- Ummatan Wasatha. wallahualam.

    ps: again, it will be good kalau ada nas yang menyokong 40% sebagai harga tindas ini sebab saya sendiri tak pernah jumpa, dan kalau ada, mungkin ada baiknya kaji daripada full source ini supaya tidak terkeliru. tetapi setahu saya, memang tak wujud dalam kes meletakkan harga perniagaan 😉

  11. Tips kali nie saya suka…..sebabnya menjurus supaya bersungguh-sungguh(terbaik)…..sebabnya tiada yang datang bergolek…..menjurus supaya adil……supaya rezeki yang diperoleh halal dan diberkati olehNya……Kalau kita tambah lagi satu, Ikhlas……memang cun!

    Ikhlas,
    bizkutraya
    http://www.bizkutraya.com

  12. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
    Surah AL-QASHASH ayat ke-77

    Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: “Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan.” Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.
    Surah Al-Baqarah ayat ke-215

    I think â€angka 40% sebagai nilai tindas” bukanlah satu persoalan, tapi apa yang penting bagaimana kita menginfaqkannya.. dan biarlah besederhana 🙂

  13. Alhamdulillah, Tuan IK dan rakan-rakan siber. Bantuan daripada Tuan Yusoff Kamil membantu kita mendapatkan jawapan.

    Petikan daripada web http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=252&Itemid=100

    assalamualaikum.

    boleh terangkan berape % keuntungan yg dibenarkan dalam jual beli islam.

    JAWAPAN :

    wa’alaikumussalam,

    tiada ditentukan dalam Islam berapa jumlah keuntungan yang layak diperoleh org seseorang penjual. Ianaya ditentukan oleh market.

    cth..durian di jual di malaysia dgn harga cth RM 10 untuk 3 biji. tetapi di Jepun, ia dijual RM 100 untuk 3 biji.

    Halal hukumnya, dalil, hadith nabi yang sohih menernagkan terdapat sahabat yang minta nabi buat harga maksimum atau ceiling bagi menghadkan harga jualan para peniaga, tapi nabi menolak dan menyifatkan tindakan itu sebagai zalim krn menghadkan keuntungan halal bagi peniaga. ( Riwayat Abu Daud, Albani : Sohih )

    Para ulama menghuraikan, pihak pemerintah hanya boleh masuk campur dengan meletakkan harga ceiling apabila berlaku kes monopoli barangan sahaja.

    Ulama besar tabien yang berpandangan begini adalah Said Musayyab, Yahya bin Said (Manahij al-Ijtihad, Dr. Fathi Durayni, 159)

    Walaupun peratusan keuntungan bebas mengikut pasaran, peratusan keuntungan boleh jadi haram jika ia bersifat tipu pelanggan,

    Contoh..pelancong yang datang ke Malaysia tidak berapa faham statistik harga barang di sini, jsuteru, si penjual mengambil peluang menipu dengan menaikkan harga 3 kali ganda dan mendakwa ia adalah harga biasa, sedangkan ia tipu. ini dinamakan “Ghabnun Fahisyh” yang terkeji.

    Sekian

    Ust Zaharuddin
    15 Jan 07
    25 Zulhijjjah 1427 H

    Kesimpulan yang saya perolehi.

    1. Kawalan keuntungan sesuatu produk adalah ditentukan pemerintah. Jika berlaku aduan daripada pengguna maka kerajaan akan campur tangan. Setakat ini produk digital masih diterima dengan harga yang ditawarkan. Maka tidak ada isu ini.

    2. Penetapan harga yang konsisten bagi sebarang produk perlu ada. Tidak menaiki harga produk sesuka hati dalam jangka masa pendek tanpa alasan yang kukuh.

    3. Penetapan harga oleh penjual mempunyai alasan tersendiri kenapa ia diletakkan pada harga sedemikian rupa.

    4. Apa yang jelas haram adalah bisnes monopoli (bukan permainan papan Monopoli ya!) Yakni katakanlah hanya seorang sahaja di Malaysia ada lesen jual produk digital. Semua pelanggan perlu beli daripada dia. Maka itu tidak sihat kepada pasaran dan pengguna. Saya rasa di sini letakkanya isu nilai tindas

    5. Konteks 40% nilai tindas yang pernah diuar-uarkan oleh ramai dan sebahagian percaya pula kepada konsep ini adalah tidak kuat hujahnya. Namun demikian kita menunggu jika ada fatwa atau sudut pandang ulama lain akan hal ini. Buat masa ini saya cenderung kepada jawapan Ustaz Zaharudin.

    Wao! Perbincangan yang membuka minda dan menambahkan iman dalam urusan bisnes. Selepas ini setiap Jumaat, Tuan IK masukkan entri tazkirah seperti ini lagi.

    ZAMRI MOHAMAD
    penulis buku tempatan
    http://www.zamrimohamad.com

  14. Assalamualaikum…

    Terbaik dan adil. Sungguh subjektif. Sesuatu yang terbaik atau adil pada saya, mungkin tidak pada seorang yang lain. Untuk menjadi yang terbaik dan adil dalam apa usaha kita, amat-amat memerlukan kepada suatu perjuangan. Khususnya perjuangan melawan nafsu dan selalu mendahulukan akal.

    Contoh: Seorang peniaga goreng pisang yang baik akan berusaha untuk berniaga secara terbaik. Bermula dari menyediakan pisang yang sesuai untuk digoreng(tidak yang masih mentah, mahu pun terlalu masak, hingga ke minyak gorengan yang masih baik tidak yang telah diulang guna berhari-hari dan sebagainya, semua diambil kira. Itu belum lagi adab-adab berniaga dengan bermanis muka dan pakaian menutup aurat dan mejaga solat…… Untuk menjadi yang terbaik itu mungkin sukar, namun itulah motivasinya.

    Kita disaran berusaha untuk menjadi yang terbaik. Maknanya mesti selalu memperbaiki diri dalam aspek yang menyeluruh luaran dan dalaman. Hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini…

    Kita ada contoh terbaik dari Rasulullah (insan), yang mana akhlaknya diumpamakan seperti Al-Quran. Selain Al-Quran itu sendiri sebagai sumber rujuk. Ramai juga pakar-pakar dalam menghurai hukum-hukum mengenai Al-Quran yang dapat diambil manfaat dari mereka.

    Tentang ‘adil’. Ini adalah sifat Allah yang ke 30 (ikut buku As Maul Husna). Allah itu Maha Adil. Lawannya ialah berat sebelah atau curang. Peniaga yang adil, contohnya dalam menentukan keuntungan pastinya tidak mahu terbeban dengan kerugian tetapi tidak juga menindas mahu pun menipu pelanggan dengan mengaut keuntungan terlampau.

    Pada saya, bila terdetik ketidakpuasan di dalam hati seorang pelanggan kerana rasa ditindas atau ditipu, itu amat bahaya. Jika lebih ramai lebih bahaya. Jika ia melarat menjadi kutukan, celaan dan makian (mungkin tak didepan peniaga), dikhuatiri kehancuran mendekat. Doa orang yang dizalimi cepat dimakbulkan. Walau pelanggan tetap membeli kerana terdesak, tambahan jika monopoli, peringatan dari Allah mungkin datang dari hala yang berbeza. Minta dijauhi.

    Sekali lagi kita tidak mungkin menjadi yang paling adil kerana hanya Allah yang Maha Adil. Kita hanya mampu sedaya-upaya berusaha menjadi seorang yang adil. Usaha menjadi terbaik dan adil ini asasnya adalah ibadat dalam penghidupan kita di dunia yang serba fana’ ini.

    Tahniah pada IK dengan topik kali. Ia berjaya membawa saya merenung kembali sesuatu yang seringkali terlepas pandang. Itulah pesan berpesan dan ingat-mengingat tentang kebenaran dan kesabaran…

    Salam dari Adilla.

  15. salam,
    adil dan saksama adalah ciri-ciri yang mesti dipunyai oleh seorang pemimpin..kita adalah pemimpin kepada perniagaan kita..untuk itu, sy amat setuju dengan cara perniagaan tersebut..ADIL DAN TERBAIK

    ==========================================
    Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
    kanak-kanak untuk belajar di :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

  16. salam ..
    sy nk tny 1 soklan..
    hmm..
    hr 2..
    ckg sy de gtaw y kwn dy 2 sorang ustaz..
    pas2 ckg sy nie de la wt 1 perniagaan..
    so dy soh la ustaz 2 wt keje..
    tp ustaz 2 xbley wt tp dy cri org gnti..
    musykilnye skrg nie, ustaz 2 mntk 5% dr hsil perniagaan 2 untuk dri dye..
    ape hkumnye?
    sy xtau..so sy tny..
    k
    salam..
    =)

  17. SAYA SETUJU DGN PENDAPAT TUAN-PUAN JUTAWAN HARTAWAN SEMUA. BERKATA SHEIKH IBN ‘ATA’ILLAH ISKANDARI DALAM KITAB HIKAM ” RAMAI MANUSIA YANG SYIRIK HANYA DALAM SOAL REZEKI YAKNI BERGANTUNG HARAPAN DENGAN MAKHLUK”

    REZEKI TUHAN TELAH TETAPKAN BEGITU JUGA AJAL. CAMNER NAK MURAH REZEKI…KENE APPLY @ DOA KEPADA ALLAH. RAMAI YANG TERJUN DUNIA BISNES TANPA ILMU ASAS INI. AKHIRNYA NIKMAT YANG DITERIMA TIDAK MENJADI NIKMAT BAHKAN LEBIH MENJAUHKAN DIRI DGN SI PEMBERI REZEKI.

    ikhlas,
    elmuchtar
    http://www.amalanbisnes.com (audio doa & zikir utk orang bisnes)

Leave a Reply

Your email address will not be published.