Perniagaan produk berkualiti pun PASTI akan GAGAL

Dalam perniagaan, sememangnya perlu menjual produk atau perkhidmatan yang berkualiti.

qualiti.jpg

Sering kali juga, produk atau perkhidmatan kita dah cukup berkualiti sebaik-baiknya. Pada harga yang amat berpatutan. TETAPI, jualan tetap tidak memberangsangkan! Mengapa ini terjadi?

Jawapannya kembali kepada STRATEGI & PROMOSI

Sebenarnya, sesuatu produk perniagaan walaupun berkualiti sederhana, tetap boleh kalahkan produk yang lebih bagus daripadanya dengan mempunyai STRATEGI & PROMOSI yang lebih berkesan.

YA, bottom line is, produk berkualiti hebat, masih boleh gagal.

Zaman ini, kualiti produk atau perkhidmatan sahaja tidak akan menjaminkan kejayaan sesuatu perniagaan oleh kerana terlalu banyak persaingan yang melakukan strategi dan promosi yang lebih berkesan. So, WALAUPUN anda mempunyai idea perniagaan yang hebat, produk yang hebat, kualiti yang hebat… pemikiran sebenarnya yang perlu ada…

BUKAN lah…

Perniagaan ini pasti berjaya sebab produknya berkualiti tinggi dari pesaing!

TETAPI…

Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Perniagaan produk berkualiti pun PASTI akan GAGAL

  1. Betul…betul…betul…Kalau berkualiti pun,tak de promosi slalu,susahlah pniagaan tu nak jalan.Nak jadi bisnesman ni mmg kena istiqamah bila dtg part promosi.

  2. Saya setuju dengan pandangan ini. Kadang kita terlepas dari memikirkan strategi dan promosi kerana disebabkan mungkin tidak mahu mengeluarkan budget berlebihan. Namun tips yang saya dapat daripada Saudara Irfan adalah tumpukan pada sasaran dan ulangkan promosi itu supaya ‘produk’ kita melekat ke dalam pemikiran pelanggan. Jangan lupa juga untuk menyatakan informasi terkini tentang produk kita. TQ IK…

  3. Saya setuju 200% dengan apa yang IK katakan tu sebab terlalu banyak persaingan dalam perniagaan pada hari ini. Oleh itu strategi dalam perniagaan perlu lah power, baru lah boleh maju…

  4. Salam Motivasi/Berkenalan..

    Saya sangkakan memiliki kualiti produk yang tinggi menjamin kejayaan tapi dgn kenyataan tuan IK menyebabkan sangkaan saya meleset. pada dasarnya kita memerlukan KUALITI dr segi strategi dan promotion.

    Tq.
    Gaya Hebat Disukai Ramai

  5. kalau produk berkualiti, tp orang x tau susah kita nak buat sale.. so, kita perlulah ade strategi memperkenalkan produk kita kepada pembeli dan yang paling penting macamana nak promote orang beli produk kita..

  6. betul betul, ada syarikat yang sudah lama ada produk dekat pasaran, tapi ada sayarikat baru bersama dan produk baru lebih maju, lebih mantap…

  7. Sangat setuju dengan kenyataan ni.

    Nengokla cama McD mempromosikan burger
    mereka, walhal rasanya takla sehebat mana
    pun. Banyak lagi burger2 tepi jalan yang
    sedap. Tapi dengan strategi promosi diorang
    yang power, yang rasa ala kadar pun terjual
    laris giler..

    Dalam perniagaan, kualiti mmg penting. Bukan
    sahaja produk berkualiti, teknik pemasaran
    mesti berkualiti jugak..

    Thanks

  8. Thank you I.K

    Selama ini saya letakkan produk berkualiti sebagai keutamaan pertama.

    Sekarang saya letak strategi dan promosi sebagai keutamaan pertama dan produk berkualiti sebagai keutamaan kedua.

  9. Kualiti produk mesti perlu ada…tetapi jangan lupakan promosi & strategi pemasaran..

    Ringkasnya bilamana kita dah sediakan produk berkualiti, maka kita perlu tumpukan kepada strategi pemasaran dan promosi yang berkesan pula..

  10. Yup, betul kata IK.

    Zaman sekarang promosi adalah amat amat penting.

    Walaupun sesuatu produk itu berkualiti, tetapi jika kurang promosi, pasti akan kalah dengan produk yang kurang kualitinya kerana ia tidak dekat atau tidak “mesra” dengan pelanggan…

  11. Saya bersetuju,

    Kalo sapa perasan satu masa dulu ada Syarikat Networking yang memperkenalkan program Telur Organik…dan sempat juga melahirkan usahawan yang menjana pendapatan 5 angka sebulan…

    Dalam perniagaan yang saya lakukan sekarang juga iaitu Score A merupakan satu produk berkualiti yang tiada tandingan bermula dari Company, Produk, Pelan Perniagaan dan juga sokongan kumpulan realitinya masih ada juga yang susah untuk mendapat pendapatan 5 angka sebulan.

    Produk dah bagus tapi strategi dan promosi (gerak kerja) yang kurang berkesan tiadak akan memberi makna kepada produk yang bagus.

    Menurut Sifu saya jika Produk kita A, gerak kerja strategi dan promosi harus juga A. Jika Produk A gerak kerja kita C hasilnya juga adalah C.

    Begitu juga jika Produk Kita C tapi gerak kerja A maka hasilnya adalah A.

    Barulah kita akan menghasilkan D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakal)

    Setuju dengan IK…:smile:

  12. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,

    “Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?”

    Pun begitu tidak bermakna “Promosi lebih penting dari produk kan? sebagaimana komen saudara Aqif di atas.

    Realitinya, untuk manfaat jangka panjang. Kualiti tetap lebih utama. Berapa kali kita lihat iklan Mercedes berbanding dengan Proton?

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard, Work Smart & Creative”

    Assalamualaikum

  13. Bagi saya situasi yang diberikan ini hanya berlaku hanya untuk produk baru dan bukannya produk yang sudah lama dan ada jenama.
    Contohnya Motorsikal Honda dan telefon bimbit Nokia ,walaupun tiada promosi yang besaran dan strategik masih berjaya meraih jualan yang tinggi kerana produk mereka telah disematkan dalam hati sebagai produk yang berkualiti oleh pengguna.Kesukaran berlaku pada jenama seperti Suzuki dan yang seumpamanya. Walaupun promosi besar-besaran dilakukan masih sukar menyamai jualan jenama yang dikatakan sebelum ini.

    Wallahualam.

  14. Strategi juga memerlukan kos promosi yang agak besar….

    Tak cukup promosi orang tak tau produk kita pula

    So… ikut kemampuan la

  15. Setuju! setuju! Promosi sangat penting. Strategi pun sama. Dulu ada satu company hasilkan ubat flu tapi x dapat dijual sbb ubat tu menyebabkan penggunanya mengantuk..

    Tapi dorang tukar strategi dan promosikan ubat tu dengan nama NIGHT HEALER, kononnya ubat tu sangat berkesan pada waktu malam.. cara tu berkesan dan produk tu sangat laris di pasaran..

    Maybe kte leh amik kisah nie sbg panduan:)

  16. Assalamualaikum wbk IK..

    [Q]Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?[/Q]

    Pendapat saya.. kreativiti..
    Bila ‘Business’s Rules’ berubah, Strategi & promosi pun turut berubah..

    Ref: http://tinyurl.com/yhx9h52

    Tapi saya cukup solute mana-mana perniagaan yg boleh offset kos promosi untuk marketing & advertising.. Contohnya air minuman tin’kickapoo’.. jarang/hampir x pernah nengok dalam mana-mana advertising..

    Boleh IK beri sedikit idea & komentar..? 🙂

    Mekasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published.