Perniagaan produk baru di pasaran

Hari ni saya nak beri banyak statistik…

  • 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
  • 12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
  • 22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian…

Jadi, adakah ianya idea yang baik untuk mulakan perniagaan menjual sesuatu yang 100% baru dan berinovasi?

Sekiranya anda ingin menjual sesuatu yang baru di pasaran dan belum pernah dilakukan sebelum ini, fikirkan statistik di atas. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk bertahan setahun dua kemudian.

Itupun jangan lupa… lebih 60% lagi masih hanya tunggu dan lihat! 😉
Hendak memulakan sesuatu yang 100% dan belum lagi ada orang buat di pasaran, sememangnya boleh… tetapi, perlu banyak bersabar untuk mendapat penerimaan orang ramai. bersabar dari segi wang tak masuk juga…

Sebolehnya, jangan mulakan sesuatu yang 100% baru sekiranya modal anda adalah terhad.

Inovasi dalam perniagaan bukan bererti perlu 100% berbeza dengan produk yang sedia ada di pasaran… beza 10% pun dah mencukupi.

Kan dah kata… hari ni saya bagi banyak statistik 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Perniagaan produk baru di pasaran

  1. btul tu… nak create sesuatu yg baru ada risiko gak… ntah2 tak diterima org, ntah2 tak sesuai langsung idea baru tu, ntah2 takde sambutan langsung, ntah2 mmg dah ada org buat idea tu & tak menjadi langsung, ntah2….. NTAHLAH…….. 🙂

    yang positifnyer, kalau mmg 100% idea tu kita yg cipta, kitalah ‘pioneer’nyer… (btul ke ayat aku ni)… 😉

  2. Salam IK.

    Satu statistik yang berguna buat semua usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri dalam bisnes.

    Tidaklah hanya terjun sembrono dan lepas tu salahkan bermacam-macam sebab jika gagal di pertengahan jalan.

  3. Memang betul seperti apa yang diterangkan oleh IK mengenai statistik yang perlu diambil kira sebelum kita memasuki pasaran dengan produk baru.

    Tetapi,jika anda seorang yang berani dan sudah mempunyai perkiraan yang cukup dari segi kewangan dan emosi,saya rasa anda boleh tampil dengan produk baru secara “habis baik” dan biasanya jika ia berjaya dan diterima oleh pasaran.Berkemungkinan besar produk anda akan menerajui pasaran dan menyukarkan para pesaing untuk menghasilkan produk pengganti.

  4. Info yang sangat penting… Bagi saya maklumat ini adalah antara maklumat terkini dalam pengetahuan saya…

    Melihat statistik ini, saya dapat andaikan ianya mempunyai kaitan kos dan masa dalam pemasaran.. Jika produk baru, lebih banyak masa/kos yang terlibat…

    Terima Kasih Saudara IK 😉

  5. Betul tu IK. Bila nak buat sesuatu bisnes kena bersedia dgn kekuatan kewangan, kalau tak ramai yg suffer coz xdpt nak rolling modal lagi

  6. Jangan sampai ‘syok sendiri’ sudah..mungkin kita rasa idea tu luar biasa,tapi kita tak tau kalau produk itu tak boleh diterima orang ramai. Akhirnya, tak bertahan lama di pasaran.

  7. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Hari ni saya nak beri banyak statistik!

    2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
    12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
    22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian!

    Statatis di atas menarik,

    cuma perlu “reliable” sumbernya…

    1)Adakah statistik itu meliputi semua jenis perniagaan? bagaimana dengan “information produk?”

    2) Tahun berapakan statistik itu dikeluarkan?
    adakah ia melibatkan internet bisnes?

    3) Siapakah organisasi/individu yang mengeluarkan statik itu…?

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

  8. 2% daripada orang ramai, terus suka sesuatu yang baru dan menerima sesuatu yang baru
    12% daripada orang ramai menerima sesuatu yang baru selepas setahun ianya di pasaran
    22% daripada orang ramai akan menerima selepas 2 tahun kemudian!

    mana punya kajian statistik ni…boleh bagi bukti

  9. Salam IK,

    Barang baru…selera baru…konsistensi utk memperkenalkan produk baru adalah penting..betul? tahap komitmen dan juga yang paling penting…sabar….

  10. Mungkin boleh diunjurkan bahawa jumlah pelanggan bertambah 10% dalam masa setahun… Untuk benar-benar memperolehi 92% penerimaan pelanggan, bererti kita perlu bertahan selama 9 tahun.

    Sekadar penakulan mudah..

  11. Salam IK,

    Berdasarkan statistik ni, rasanya tak mampu lagi untuk memulakan produk baru dan berinovasi. 2 tahun tu lama, letih nak nunggu.. Poket pun mesti dah kering kontang, huhu.. So, terpaksa la menjual sesuatu yang memang dah ada di pasaran. Tapi bagaimana pula persaingan? Benda dah lama mesti persaingan pulak tinggi kan? Ikut mana2 pun, cabaran mesti ada. Tak senang nak senang…

  12. sebenarnya nak wat sesuatu produk, kita perlu tahu permintaan pasaran.. macam dalam buku rahsia jutawan2 internet.. saya belajar marketing dah 3 tahun tapi belum lagi serius dalam biz.. lepas baca buku irfan khairi sya rasa betul2 nak serius dalam biz internet nie..

  13. Salam IK,
    Statistik tu betul tapi sebenarnya ia masih subjektif. Bukan hanya 2 tahun malah ia boleh berlanjutan sehingga 10 tahun. Ada juga yang meletup tiba2 tapi sangat jarang berlaku.

    zaman IT and teknologi dah makin berkembang sekarang, semuanya sangat bergantung kepada ilmu perniagaan.

    Dapatkan ilmu yang mantap dan melangkah dengan gagah.

    –cuma berkongsi–

  14. Bagi saya, untuk mengeluarkan produk baru di pasaran, inovasi produk sedia ada..tambah sedikit dan add more value.

    Banyak perniagaan baru mengeluarkan jenis produk sama macam yang ada dipasaran, cuma inovasi berbeza, branding berbeza, memberi benefit berbeza.

    Apa-apapun, statistik IK amat membantu.

    Thanks!

  15. memang betul cakap you all

    saya telah mencipta inovasi 4 produk tiada di pasaran dunia iaitu memmorize cards , english game program, perfume holder , dan terakhir coklat milky , semuanya gelap dalam pemasaran kawan kawan tak namapak jalan dan tak mau tolong, tapi milky ball ini ada sedikit perhatian mereka, saya terpaksa mengunakan teori kecil kecilan dulu, sebab dulu saya over confident habis duit tapi tak bergerak langsung pemasaran, teori saya ini naif sedikit , iaitu meperkenalkan dan rasa, memperkenalkan dan rasa , terjun pasar malam juga lah

Leave a Reply

Your email address will not be published.