Untuk berjaya dalam perniagaan yang dipenuhi pesaing kini, usahawan perlu mencari satu “˜kelainan”™ dalam produk dan perkhidmatan yang diberikan. Untuk menonjolkan perniagaan kita dalam pasaran yang amat gamat, kelainan diperlukan.
Payung mana yang mempunyai kelainan?
Teringat saya ketika ke pasar malam dan ingin membeli burger. Sudah tentunya di pasar malam, kurang-kurang ada 3-4 gerai burger. Kesemuanya menjual burger yang sama, kecuali satu gerai burger ni, mempunyai kelainan!
Si peniaga burger tersebut, sambil membuat burger tersebut, melambung daging burger itu ke udara, dan menyambut semula ke kuali. Selang beberapa saat, dia akan lakukan lagi, melambung daging burger keudara dan menyambutnya semula. Pada gerainya ditulis “˜Burger lambung”™!
Wah! Hebat sungguh dan memang ramai beratur untuk membeli “˜burger lambung”™ ni. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain. Usahwan ini berjaya menciptakan kelainan sehingga barisan beratur pun panjang- termasuk diri saya sendiri yang ingin merasa “˜burger lambung”™ ini.
Setelah 20 minit menunggu, baru dapat merasa burger lambung ini. Ingatkan, sedaplah sangat burger lambung ni, rupa-rupanya, rasanya sama sahaja dengan burger-burger lain! Lambung tak lambung, serupa sahaja rasanya!
Walaupun lucu juga kisah ini, tetapi, apa yang penting adalah “˜kelainan”™ yang berjaya dibawa oleh usahawan “˜burger lambung”™ ini. Walaupun produknya sama dengan produk pesaing yang lain, tetapi, kelainan perniagaan yang dibawanya berjaya menarik perhatian pengunjung-pengunjung pasar malam itu.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Cara penyediaan burger lambung yang unik membuatkan orang ramai beratur panjang untuk membeli. Walaupun produknya sama dengan peniaga burger yang lain. Pastinya penjual ini mampu menarik perhatian pembeli. Terima kasih IK kerana sudi berkongsi cerita ini.:)
Meskipun kelainan yang dibuat itu kecil, ia akan dapat memberi impak yang besar dalam perniagaan.
sungguh kreatif peniaga itu.
Saya masih mencari sesuatu “kelainan” yang paling tidak serupa tetapi sehingga ke saat komen ini saya tuliskan saya masih belum mendapat petunjuk.
Mohon berikan apa jua idea “kelainan”.
Salam,
Ini pula cerita dari peserta kursus Waiz Malaysia. Di pasar malam, kawasan Ampang,(Sebenarnya boleh di mana-mana pasar malam)ada ramai yang menjual air minuman.
Tetapi seorang penjual air kreatif, menampal kertas bertulis “Air Ini Sudah di Masak”. Agak-agaknya, tuan beli air dari gerai yang mana?
http://waizmalaysia.com
Menjalankan Kursus Jangka Pendek Komputer
puanwaiz@gmail.com
tp sy ingin bertanya..bagaimana jika orang yg beli sekali dah tahu rasanya sama dgn burger lain..? mgkin mereka xkan dtg beli lg…mgkin jg ada cara lain utk menyedapkan lg burger tu ..contohnya ; buat burger bakar seperti yg mula diperkenalkan skrg..atau boleh ubah resepi utk menyedapkan lg..utk mendapatkan pelanggan berterusan.. 🙂
tips yang berguna terima kasih
Satu strategi pemasaran yang menarik..
Saya agak tentu ramai orang dekat Pasar malam tersebut, nampak burger melambung dari jauh..
Tentu ramai orang yang tertanya-tanya “apa yang berlaku dekat sana tu?”
“Lebih baik aku tengok sekejap, nampak menarik jer”
Apabila sampai sampai dekat gerai Burger lambung, tengok ramai orang sedang beratur untuk mendapatkan burger tersebut..
Bila keadaan tu berlaku dihadapan mata kita, dah tentu kita pun tertarik juga nak merasa keenakan burger tersebut..
Satu idea yang sangat menarik..
Boleh cuba fikirkan, macamana nak cari kelainan dalam perniaga saya.. Hmmm..
Kelainan juga membawa maksud mofikasi pada saya. Walaupun serupa tetapi ia berbeza.
Dengan melakukan sedikit penyelidikan dan modifikasi akan membuka satu peluang yang besar untuk berjaya.
Cuba kita fikirkan, apakah kesan jika tiada penyelidikan dilakukan?
HanaffiIdris.com
Blog Usahawan Dan Perniagaan
Memang menarik dan kreativiti yang di tunjukkan mampu menarik pelanggan dan itulah daya tarikkan yang tak di miliki di gerai lain.
penah dgr burger malindo?sape penah mkn burger malindo?dlm malaysia ni hanya sorg perniaga yg menjual.burger malindo ni xla famous cam burger bakar @bakar kukus yg 1 malaysia tau..perniaga ni mencipta dan membuat daging sendiri dgn cara sendiri..apa yg leh sy katakan disini,resepinya lain dri yg lain mmg xkn jumpa mn2 gerai burger di malaysia ni..ideanya sendiri n kreativiti sendiri..utk mndapatkan burger malindo ni kena gi pahang darulmakmur..
sape penah try burger malindo?