Perniagaan yang meletakkan harga tinggi

Posting saya kali ini, *mungkin* menyebabkan ada yang rasa kurang selesa sedikit sebab saya nak sebut tentang meletakkan harga. Bukan harga biasa je, tetapi harga yang tinggi…

Sebab kita rasa “tak selesa” tu,Β sebab itulah juga kita patut buang perasaan ini jauh-jauh. Bila sebut tentang harga, rata-rata masyarakat kita mula jadi pemalu macam P.Ramlee nak mengorat dalam film πŸ™‚

Contoh, bila kita tanya: “Berapa harga perkhidmatan u ni?”

Jawapan biasa kita dengar: “Alah… biasa-biasa je… bab letak-letak harga ni i tak pandai. u la bagi tau berapa. I terima je…”

Bila ciptakan produk, tak tau nak letak harga, tanya kawan-kawan… kebanyakan kawan-kawan akan suruh letak harga rendah. Kita pun, letak lah harga rendah sebab “segan” nanti apa pula orang kata letak harga tinggi…

Aik? Kita yang jalankan perniagaan, orang lain yang letakkan harga? Hebat ni πŸ™‚
Sounds familiar?

Pendapat saya, banyak- terlalu banyak produk atau perkhidmatan orang-orang Malaysia diletakkan pada harga rendah. In other words, underpriced! Letak harga rendah kerana kualiti kurang, tak mengapa… tetapi, good quality product/services, diletakkan pada harga rendah is not good.

  • Anda perlu tahu bahawa, harga menentukan profit margin. Keuntungan “satu” jualan sahaja anda perlu tahu bukan dikira untuk keuntungan jangka pendek. Tetapi, keuntungan hari ini adalah untuk kembangkan lagi perniagaan. Kalau harga rendah, profit rendah, bagaimana hendak kembangkan perniagaan esok?
  • Sekiranya produk anda kualiti hebat, tetapi anda letak pada harga rendah. Dan produk pesaing anda kualiti yang kurang hebat sikit (tetapi bagus) meletakkan harga lebih tinggi dari anda. Agak-agaknya perniagaan mana yang akan berkembang lebih maju dan jadi lebih hebat? Pada pendapat saya perniagaan pesaing anda!
  • Ramai juga berfikir, jalan untuk bersaing dengan pesaing adalah dengan merendahkan harga. Compete pada harga. Bagi saya, strategi inilah antara strategi yang tidak berkesan. Ada banyak lagi cara untuk bersaing. Seperti, tambahkan kualiti bagi jauh lagi hebat, dan naikkan harga untuk menampung penambahan kualiti πŸ™‚

Sebab-sebab perniagaan kita “takut” pada letak harga tinggi ini lahΒ  banyak perniagaan kecil-kecilan terutamanya orang Malaysia, tidak ke mana. Hanya di satu tahap sahaja dan tidak berkembang. Sebagai bukti, apa sangat produk atau jenama Malaysia yang keluar ke luar negara? Tidak banyak… yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah yang berharga tinggi oleh kerana mempunyai “kuasa” keuntungan lebih untuk mengembangkan perniagaan.

*Take note. Post saya ini bukan mengatakan untuk anda letakkan harga tinggi melambung pada produk yang berkualiti rendah. Tetapi, letak harga tinggi pada produk yang bernilai tinggi. Jangan “underprice” produk dan perkhidmatan anda. Yakin tentang kualiti produk atau hasil kerja anda, dan letakkan harga sebaiknya.

Dan kalau orang tanya “Apsal mahal sangat produk ni?” anda jawab… IK yang suruh! πŸ˜‰

Beri kualiti perniagaan yang tinggi pada harga yang tinggi- dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

48 thoughts on “Perniagaan yang meletakkan harga tinggi

  1. Saya suka tips hari ini πŸ™‚ Kalau produk kita memang berkualiti, why not kita letak harga tinggi..

    Saya pernah jual barang mahal secara offline dan online.

    Berdasarkan kedua-dua pengalaman tersebut, saya rasa lebih senang jual produk dengan harga yang tinggi secara online & dgn bantuan minisite.

    Janji, salesletter mesti killer πŸ™‚

    Pernah saya tanya seorang pengusaha buku kaedah Al-Barqi (kaedah mengajar anak membaca quran)..”Kenapa saya tak pernah jumpa buku ni di kedai buku?”…Pengusaha itu menjawab, “Dik, produk macam ni, kalau letak kat kedai buku, mana nak jalan..Kalau buat online,lagi senang nak jual”

    Saya tersenyum..”betul kata kakak ni” πŸ™‚

  2. Dulu saya pun pernah letak harga rendah sebab “tak sampai hati” nak jual mahal2. Tambahan pula terasa-rasa bahawa produk kita tu masih tak “perfect”.

    Siapa yang patut menilai samada produk kita berkualiti atau tidak? Nanti orang kata kita nie syok sendiri pulak. πŸ™‚

    http://UrusKWSP.blogspot.com

  3. Salam..
    Saya setuju dgn topik hari nie..Saya mengalami masalah ini bila mana tidak tahu untuk meletakkan harga sesuatu produk. πŸ™‚

    Tp sebenarnya ini penting kan..kena belajar costing lepas nie.. πŸ™‚

  4. Assalamualaikumm..

    Saya begitu tertarik ngan tips nie, (HARGA)..
    Mmg org sume takut pada harga,tp faedah pd s’suatu produk tu lebih b’nilai drpd harga produk tu.

    Sebagai Contoh..Harga yg Abg Irfan letakkan pd E-Book
    yg di jual pd websitenya, MAHAL..Saya pun tak mampu nak beli skali sume,Tak De Doooooiiiiiittttt.ttp E-Book tu cukup b’nilai pd saya,bnyk faedah yg saya blh perolehi drpd E-Book t’sebut.So,tak perlu risau le pd harga barang itu,yg penting blh memberikan kita manfaat yg baik.

    Saya ingat apa yg Abg Irfan katakan..kolo nak melabur duit,laburkan le pd diri sendiri.itu lebih baik untuk kita mencari ILMU..!

    Betul tak, Abg irfan.. πŸ™‚

  5. sungguh menarik topik kali ini…

    bagaimana pula dgn contoh airasia yg meletak kan harga yang paling murah terhadap servis airlines yg tidak kurang hebatnya dengan pesaingnya dan akhirnya berubah menjadi salah satu syrkt airlines tambang murah yg hebat di malaysia…

    apa pandangan IK dan rakan2 semua?..

  6. bagi saya kalau produk yang harganya mahal sekalipun tapi kualitinya setanding dengan harga,pelanggan takkan persoalkan. Pada saya kalau orang yang bisnes minded mesti tak kisah kalau beli produk yang mahal janji kualiti bagus,betul tak IK.

  7. saya dah agak, pasti akan ada yang timbulkan air asia. which is good. sebab saya pun naik air asia πŸ™‚

    bagi saya, harga yang air asia letak adalah berpatutan dengan perkhidmatan yang diberikan. air asia adalah low cost airlines, jadi, tak boleh bandingkan dengan commercial airlines lain seperti MAS. Jadi, air asia dan MAS bukanlah pesaing.

    Tetapi, kini, ada firefyz… barulah boleh dipanggil pesaing.

    sama juga seperti anda tak boleh bandingkan LCCT dengan KLIA. Sebab keduanya berbeza dari segi kualiti. nampak kan perbezaan? πŸ™‚

    sebab perbezaan itulah, terdapat perbezaan harga.

    -ik

    ps: Saya suka Tony fenandez sebab he’s a positive guy. satu hari nanti saya akan berjumpa dengan dia dan duduk semeja (me being positive!)

  8. salam semua…..

    dlm buku Rahsia Jutawan pun ade sentuh pasal harga nih, kalo saya x silap la. Kisah kat kedai emas. Memang ade logiknya cite tuh.. Bile harga mahal, orang akan pandang produk tu lebih class kan.

    So pada pendapat Ik, camner nak tentukan margin harga yang sesua agaknya?

  9. betul tu. Kita mesti punyai standard tersendiri. Bagaimana orang hendak beli jika kita sendiri tidak yakin dengan harga yang diletakkan oleh kita. Selain itu, harga yang tinggi memainkan pemainan psikologi. πŸ™‚

  10. salam saya percaya pada kualiti produk / servis yg kita tawarkan…insyaallah harga dinilai pada produk / servis yg dihasilkan

    saya kalu dh nak sesuatu benda, harga no 2…insyaallah saya usaha dapatkan jugak…tq

    IKΒ plse check ‘ e book mentor jutawan ‘ already paid / fax to yr office 18/8/08…i’m still waiting….tak sabar nk baca….tq

  11. Salam…
    Betul tu jika produk kita hasilkan berkualiti kenapa tidak boleh letak harga mahal. Jadi sekarang pastikan produk tu berkualiti tinggi dan boleh lah letak harga yang tinggi.
    Sekian wassalam

  12. Salam semua..

    Selaku tuan punya bisnes kita berhak letak harga produk/perkhidmatan kita.. harga tinggi atau rendah..

    Tetapi pelanggan yg menentukan sama ada produk/perkhidmatan kita adalah murah atau mahal..

    walau setinggi mana pun harganya, kalu pelanggan merasa berbaloi dr segi kualiti, manfaat dan sebagainya – nilai harga yg tinggi itu adalah berbaloi/murah

    kalu harga rendah tapi tiada kualiti dan manfaat kpd pelanggan – maka produk/perkhidmatan itu adalah tak berbaloi/tak padan dgn harga

    **lebih baik beli yg mahal, asalkan berkualiti & puas hati drp yg murah tapi menyakitkan hati πŸ™‚

    Sebagai usahawan, kita perlu bijak menetapkan harga seiring dgn kualiti produk/perkhidmatan yg ditawarkan..

    Hafiz
    http://www.reseller.senang-online.com
    Promosi Broadband MERDEKA 2008

  13. Kadang2 tu saya tengok byk btoi skg nie produk yang mnyediakan produk percuma disamping produk yang ingin dijualkan. Bagi saya, ini smua secara logiknya ingin menutup kelemahan yang ada pada satu2 produk. Mcm produk yang dihasilkan sememangnya diketahui tentang kredibiliti dan keberkesanannya.

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul

  14. salam…..may be ini pernah berlaku pada semua org..termasuk saya….

    strategi meletakkan harga tinggi memanglah tepat pada sesuatu barang yang tinggi nilainya..tapi bukan pada kosnya….

    nilai dan kos xsama…

    jadi bila kita faham tentang nilai produk atau perkhidmatan kita kepada pelangan kita…

    dan pelangan kita memahami dimana patut laburkan duit mereka

    maybe itu adalah strategi terbaik..mcm buku idola kita nie sorng ni..sapa lg kalau bukan IK….

    thank IK…

    saya terlibat dengan bisnes pertanian dan perikanan so produk saya agak mahal jika dibandingkan dengan harga pasaran ini kerana perkhidmatan susulan saya mengalahkan pegawai pertanian/perikanan…….

  15. nie t ‘keluar topic nie..Maaf Ik, nak tumpang tanya, mcmmana IK boleh dapat inspiritual quote ttg phelp?

    cthnya kata kata dia tu? rujuk dimana?saya pun suka mengkaji ttg kejayaan orang tapi cuma bila sya tÒ€ℒtengok seperti yang IK bgtau, sblm peserta btanding pasti camera shoot kt diorang!itu yang saya suka tgk..

    tapi untuk info spt kata2 dr phelp tu dapat dari mana?

    Ò€When someone says you canÒ€ℒt do something, it shows that anything is possible. When you put your mind to a certain thing, it can happen. The biggest thing is nothing is impossible. All it takes is an imagination.Ò€

    -Michael Phelps

    and one more,boleh tak IK translate kata kata diatas melalui kefahaman IK sendiri..
    t. kasih..

    aida6907.blogspot.com

  16. Dulu2 masa kat PD, bila time nak makan tengahari, saya akan cari kedai yang ramai orang makan. So saya pergilah kat kedai makan ni yang berhampiran dengan sebuah masjid, makan pastu bayar…. dan saya dapati harganya tak mahal jika di bandingkan dgn kedai makan di sekitarnya yang mahal sikit. Apa yang saya dapati kedai makan ni sentiasa penuh especially masa lunch hour. Dari segi kualiti boleh tahan dan better drpd kedai di sekitarnya dan harganya rendah sedikit. So apa yang dapat saya simpulkan disini, tokeh kedai ni pentingkan volume dan dalam masa yang sama harganya berpatutan compare to others.

    So incomenya pun lebihlah ……

    Wallahualam….

    http://www.biosprayantipenuaan.blogspot.com

  17. Mmm, thats why I put RM50.00 for my ebook πŸ˜€ .

    You know want thing , that ebook contain very-very practical , useful and perfect solution for your problem.

    When somebody come to my site, maybe they will say “I can get this for free on internet” , its true but its not same because “I have use recipe on internet but its not the solution” .

    My friend told me , why he put his book package for RM295! (MN) because he was selling it for RM35.00 about a couple years ago but he get a few sale and he decide to change the price and BOOOM!! Laku Macam Pisang Goreng Panas!! and so far his product has sold for over RM500000 (half a million ringgit) .

    A lot of people (mail order marketer) like Jeff Paul, Yanik Silver put the high price to their product .

  18. Amalia ~ Produk you looks good. Interesting jugak. πŸ™‚ Anyway, RM99 tu ONLY ONE SEAT per flight je Amalia. The next seat, dah mahal!

    Setuju sangat dengan topik kali ni. BUT I find it funny..because, I ada story.

    Kisah seorang wanita melayu…

    Last time, I ada boutique…pada hari I buat sales, masuklah seorang wanita ni memang cantik dan berseri-seri, mencari baju untuk ke wedding. So I said to her,

    “Boleh saya tolong…cik nak cari pakaian yang macamana?”

    “Ada tak dress yang dalam harga Rm200 ke atas? I nak gi wedding” tanya wanita itu.

    I pun dah bingung sekejap, aik??..aku buat sales jualan murah, dia nak cari baju mahal jugak? πŸ˜€ So I explain kat dia…

    “Hari ini cik, butik kita buat sales… semua pakaian berharga RM79 ke RM99 sepasang.”

    “So, you tak ada dress yang harga dalam RM200?” tanya wanita itu lagi.

    “Kami ada cik, yang RM200 plus pun ada, cuma hari ni, kita ada sales, jadi semua harga RM79 ke RM99. Tak adalah RM200 cik. Tengok-tengoklah dulu…” jawab saya.

    “Kalau tak ada, tak apalah…saya hanya beli pakaian yang berharga RM200 ke atas je!” jawab wanita tu dengan selamba dia berjalan keluar.

    AIK? tengok pun tak nak??, Hahahaha…funny tak? To her, 1st is HARGA…quality dan taste comes 2nd!. Yang penting mahal, kalau mahal berkualiti baginya. Cantik atau bagus tak penting dulu. Padahal…pakaian semua lebih kurang je, its the brand that makes the different. Unless material macam Versace, Armani…itu, I dont mind paying mahal…

    Pelik kan?!…I dah explain, nak bagi yang mahal dengan harga jualan murah pun dia tak nak??, adoi!! πŸ˜†

  19. assalamualaikum..nak menyimpang tajuk sikit..akhir2 ni saya dapat byk order dr luar negeri dan saya dapati penggunaan Western Union adalah pilihan utama warga brunei, signapore dan juga Australia..tapi saya tak nampak IK mencadangkan penggunaannya. Sbb bg saya, Western Union ni senang, kalau dalam lingkungan waktu yg sama, kita boleh dapat duit segera, cthnya minggu lepas, saya terima order dr brunei, bayaran dibuat sebelum jumaat, selepas jumaat saya dah boleh ambil..n jumlah yg tepat..saya charge RM800 saya dapat RM800..selain dr tu..untung kita tak terjejas lah, kalau dgn paypall dsb, terutama org2 yg baru mcm saya..kadang2 terkurang kadang2 terlebih..tapi takde lah rugi kan..jadi nak dengar apa kata IK…n pembaca2 yg lain…

  20. Assalamualaikum…

    Banyak perkara kena diambilkira sebelum kita meletakkan harga sesuatu produk. Asasnya, harga yang diletakkan mesti lebih dari kos so baru ada untung. Namun berapa jauh harga dari kos itu menjadi persoalan. Ini ketentuan berapa besar keuntungan seseorang peniaga itu.

    Siapa tak nak untung yang besar. Makin cepatlah menuju matalamat kekayaan. Saya setuju dgn Hafiz, kita boleh letak berapa saja harga untuk produk kita sebab kita yang keluarkan, namun pelanggan yang tentukan mahal atau murah.

    Bagi mereka yang berduit@bermodal, RM100 untuk sebuah buku tentang cara mula bisnes adalah murah. Bagi yang kurang mampu, RM100 adalah stok beras untuk kurang dari 2 bulan (mungkin).

    Apa yang penting adalah kejujuran dalam berniaga. Jika kita letak harga tinggi dan kata produk kita berkualiti, pastikan ia benar. Jadi pelanggan tidak akan merasa tertipu.

    Bagi pelanggan, jika terasa sesuatu produk itu terlalu mahal dan tidak sepadan dengan harga yang dikenakan, sentiasalah mencari alternatif kepada produk tersebut. Itu hak pelanggan. Keadilan masih dan memang ada.

    Salam dari Adilla.

  21. Salam!

    Oh ya! bro Razzi, tentang pempuan yang U citer tu. Maaf le. I rasa die tu dah tetapkan ‘harga diri’ dia dalam berpakaian is not less than RM200. Konsep berpakaian sebenar dia dah lupa, iaitu menutup aurat, sopan etc…. .Pada fikiran dia, nanti kalau kekawan tanye, dia akan cakap, dress ni I beli RM200 or above.

    Manusia ni boleh jadi sepelik mungkin!

    ps:maaf nada dah lain dah….

    Salam.

  22. kukubesi > macam kenal je…

    razzi > good story especially dalam RJJIT bab 38 pun ada cerita lebih kurang πŸ™‚ siapa yang abca ingatkan… kisah penjual barang kemas nama “Ah Tong”!

    Workshop Jutawan Internet 3 tahun dulu bermula pada RM560 sahaja… sekarang RM840, dan akan naik lagi lepas bulan puasa.

    menunjukkan RahsiaInternet bersaing pada kualiti, bukan pada harga πŸ˜‰

  23. Bro Razzi > Terima kasih banyak2..I really appreciate ur inspirational quote πŸ™‚ Thanks again..

    Muaz > betul, la ni i suka beli ebook..puas hati sangat-sangat πŸ™‚ ada byk bonus, ada support group, boleh jd affiliate dan macam2 lagi.

    Macam mana pula dengan e-book BM? wajar ke kita letak harga RM100 ke atas?

    Any comments?

  24. ya la kisah ah tong page 131,bab38 meletakkan harga….Pekerjanya Abu silap meletakkan kosong dan anting yang pada mulanya hendak dijual RM10 dijual RM1000 hehehe untung Ah Tong…..

  25. IK… itu la, dengar2 workshop dah nak naik harga nih… nak pegi last workshop sblm puasa ni mmg dah tak sempat dah ni.

    harap2 fees workshop tu nak naik byk sgt la yek. mintak2 tak cecah 1000. he he he he

  26. Alamak IK! Waktu workshop nanti, kena bawak lap top ka? Ni, teman tak dapat email confirmation. Dapat ke teman join workshop sabtu ni?(Tak maule terlepas kali ni.Dah kena perang psikologilah pulak.)Tolong jawab ye.

  27. Salam kawan-kawan semua…

    To me, kalau workshop Ik, cecah RM1000 pun you will get more then what you expected. Im sure Sifu ada few other new gifts yang worth it for you guys to enroll.

    Contohnya : Free Laman Mini n domain. All for workshop participants. It’s more then enough to top up kenaikan harga tu. Kita kena anggap penting setiap pemberian percuma yang kita dapat dari workshop tu beb πŸ˜‰

    Amalia ~ You’re welcome. Im truly believes your product different from others. Good job!

    Seri ~ Amboi Cik Seri kita, Rm998 ya? pasal apa tak letak RM999.99 πŸ˜†

  28. Assalamualikum
    hehehehehehe
    suke baca komen tentng isu harga hari ni..best
    macam2 ada…heheheheh

    paling suke part yg:-
    “Apsal mahal sangat produk ni?” anda jawab! IK yang suruh !

    cerita bab harga workshop dr.ik, harga tetap berbaloi walaupun akan naik…
    sebab makin banyak kelebihan yg kita dapat…
    dulu rm540 dapat ilmu n kelebihan ik..
    skang rm840 boleh dapat free itu free ini…
    sok kalau hrga naik lg mesti lagi banyak free yg kita dapat..kan????hehehehhehe

  29. sudah tentu. kalau workshop jutawan internet tambah harga, definitely maksudnya value naik πŸ™‚

    ada banyak perancangan sempena cuti 2 bulan workshop ni. dan yang bestnya, semua peserta sejak 2005 akan diberi pemberian2 percuma ini untuk mengembangkan lagi perniagaan Internet masing2 πŸ˜‰

  30. Baru sedar rupanya topik menaikkan harga produk or servis..

    Erm… Pendapat saya la… Kita tengok la target market kita sapa… Kalau dari golongan yang mempunyai pendapatan rendah… Jangan la kita letak harga tinggi…

    Tapi, sebaliknya jika target kita golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi, xsalah kita letakkan harga tinggi.

    Sebagai contoh seperti saya, golongan pertengahan. Mempunyai keinginan untuk pergi ke seminar yang dianjurkan oleh IK, tetapi memandangkan modalnya terlalu besar, saya hanya “berputih mata”.

    **Biar putih tulang, jangan putih mata….

    @mir
    http://www.mudah4u.com/

  31. bro razzi, ‘angkat’ sifu ke? hehe..

    ni mesti dah lama tak makan laksa mrs.IK..

    sabar.. sebulan iftar mesti dpt punya, hehe

    byebye

  32. The higher the price the higher the profits. Kalau dalam sales page… bila saya tulis

    ” Jika anda rasa harga yang saya tawarkan terlalu tinggi… tanyalah IK bahawa harga yang saya tawarkan sangat-sangat berbaloi buat anda…”

    heheh…. πŸ™‚

  33. Tersenyum malu jugak aku bila baca artical ni… dulu masa mula2 aku beri perkhidmatan membina laman web aku letak harga cukup-cukup makan sj…sebabnya, x yakin atas keupayaan perkhidmatan yg aku berikan…tp bila sifu aku sound aku letak harga mcm buat web sampah n dia bg seorang pelanggan dia untuk buat laman web dengan harga yang x pernah aku bayangkan sebelum ni baru la aku berani letak harga…n pelanggan tu pun berpuas hati dengan perkhidmatan yang aku berikan walaupun terpaksa bayar lebih ckit

  34. tapi kita kena ingat juga
    jgn letak harga yang overprice
    πŸ™‚
    nak untung boleh
    tapi beringat2 lah
    kaya pun takkan selama lamanya kaya

  35. memang saya setuju dengan IK mengenai cara meletakkan harga tuh…tentu pelanggan akan berpuas hati dan reda dengan membayar kos yang tinggi jika produk kita bermutu. Kalau produk tak bermutu dengan kos yang tinggi sudah pasti pelanggan akan rasa teraniaya. Saya dah biasa terkena dengan produk e-book yang tak bermutu….eee gerammm macam nak minta duit balik ajer…

Leave a Reply

Your email address will not be published.