Begitu bunyinya tajuk artikel di dalam majalah I (majalah Islamik) terbitan Karangkraf bulan ini.
Bulan ini majalah I interview saya mengenai peluang perniagaan Internet untuk usahawan Muslim. Satu perkara yang saya tekankan dan ingin berkongsi dengan pembaca Tip Satu Minit adalah…
Terlalu banyak ruang-ruang kosong di pasaran (gaps in the market) untuk produk dan perkhidmatan yang berteraskan Islam di Internet. Ini adalah kerana tidak ramai usahawan Internet Islam yang mengambil peluang tersebut. Kita di Malaysia yang mempunyai kemudahan Internet yang mencukupi patut mengambil peluang ini dalam meniagakan produk-produk berteraskan Islam untuk pasaran Malaysia ataupun sedunia.
Lihat sahaja dikeliling kita- dikedai-kedai buku Islam, banyak buku-buku Islamiah yang bagus, namun, tidak dijual di Internet. Ketika saya berada di PWTC beberapa bulan lalu untuk pesta buku, sambil bersiar-siar terlihat banyak produk Malaysia yang tidak di jual di Internet seperti al-Quran digital, Ensiklopedia Sains Al-Quran, CD-CD ceramah agama dan sebagainya.
Kadangkala, peluang perniagaan di hadapan kita, tidak kita nampak 🙂 Mudah-mudahan, sambil menjalankan perniagaan, boleh berdakwah.
Maklumat tambahan: Salah satu peserta Workshop Jutawan Internet telah mengambil peluang ini memasarkan produk berteraskan Islam ke seluruh dunia. Laman webnya, www.halalgelatine.com kini mendapat pesanan dari negara-negara luar di samping itu, pemiliknya juga telah dipilih menjadi jurucakap rasmi bagi produk Halalgel! Workshop Jutawan Internet bukan sahaja membantu peserta mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet sahaja, tetapi konsep yang ditunjukkan turut membantu kejayaan bukan Internet juga. 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
sering tekankan produk muslim.. Insyaallah saya dalam proses kearah itu..
TAHNIAH UTK HALALGEL. Diorang tlh membuktikan diorang telah berPemikiran Luar Kotak. Pemasaran Produk Halal bkn hanya utk domestik dan muslim setempat saja!
Jika sekali lihat, usahawan hanya bergelumang dengan dunia dan tidak banyak beribadat. Inilah pandangan -ve kebanyakan orang. Tetapi, hakikatnya, jalan untuk berdakwah dan beribadat itu pelbagai dan salah satunya adalah melalui perniagaan internet yang boleh mengjangkau ke segenap dunia.. Selagi mana hati ikhlas melakukannya. 🙂
“He hath only forbidden you dead meat, and blood, and the flesh of swine, and that on which any other name hath been invoked besides that of Allah. But if one is forced by necessity, without wilful disobedience, nor transgressing due limits,- then is he guiltless. For Allah is Oft-forgiving Most Merciful.”
~ Surah 2 – Al Baqarah : Verse 173 ~
Berniaga sambil berdakwah, saya sangat setuju..
Tak kira apa produk pun, seperti makanan, pakaian, produk kewangan dsbnya..
Yang penting, pendapatan kita biarlah ada barakahnya..
Saya sokong kenyataan ini, dimana terlalu banyak produk muslim yang halal boleh di ketengahkan, perniagaan produk muslim berasaskan halal ini didunia masih baru jika dibandingkan dengan produk-produk barat. Saya melihat beberapa contoh keberkesanan produk seperti laman web roticanai dan halalgel sebenarnya mampu menguasai pasaran internet dengan jayanya. Kita seperti mereka, juga muslim seharusnya menyokong usaha ini.
hai me again…
saya suka bercerita. semasa 7 tahun saya tinggal di banting, saya biasanya akan membeli belacan, asam jawa, n asam keping di kedah iaitu kg saya untuk dibawa balik kebanting. bagi saya, bahan2 ni tak sama dgn di kedah krn perbezaan cara pembuatan yg akhirnya menyebabkan rasa masakan saya tak sama dgn masakan emak saya. nape ye? sb saya ni tukang masak untuk adik3 yg sedang belajar di ukm n upm ketika itu. saya ni guardian adik3 saya merangkap pengganti mama n papa saya.
satu tahun tu semasa pulang beraya, saya membeli bahan2 tadi untuk diri sendiri n dua org kawan saya yg memesan dari saya. suami pun pulang bersama.
dlm perjalanan kami dpt satu idea nak gi jln2 kat kuala gula. jauhnye la journey kami ni. scary pun ada sb kdg2 tak nampak pun rumah org. sampai di penghujung jln, agaknya tu tempat yg dikatakan kuala gula sb ada sampan2 kat kuala tu. jln tar dia agak sempit. kami bergerak disebelah kiri jln sb sebelah kanan jln kelihatan diletakkan sesuatu spt jaring kecil berwarna merah. suami tanya “apa benda depa buat tu” saya jawab “hmm baiki jln kot…tapi baiki jln apa warna merah, patutnya letak tar warna hitam la no. yg anjing2 tu pun macam dok hidu ja menatang merah tu apadia? cuba abang pi dekat sikit”. suami tak dpt melihat dgn jelas sb dia sdg memandu.
kami buat u-turn n saya melihat sebelah kiri saya. semasa saya memerhatikan jln merah tu, air liur saya dah bertukar rasa, perut rasa berputar2, tekak rasa meloya. rupanya benda merah tu adalah udang yg dijemur untuk buat belacan. di letakkan satu jaring warna merah [rasanya guni bawang warna merah yg biasa kita lihat kat kedai borong]. kemudian ditabur udang tadi diatas guni merah yg terhampar diatas jalan untuk dijemur. sambil itu anjing2 mencuri2 hidu udang2 tadi sambil kadang2 dihalau oleh pemilik udang tadi.
sepanjang jln balik saya bersyukur sgt saya beli belacan dirumah org kg suami saya dikuala kedah n asam jawa n asam keping tok saya yg buat sendiri atau beli jiran tetangga kat kg tok. kalau tidak, saya mesti terkenangkan masakan saya yg entah halal entah tidak yg telah dihidangkan pd suami, anak2, n adik3 saya.
selepas hari itu, setiap kali saya atau adik3 balik kg ja, saya ada pelanggan tetap bahan2 masakan td yg akan memesan especially kawan2 kedah gak.
BISNES2…IDEA2…ANYONE NAK TRY?
KAT BANTING DAH TAK ADA SAYA LAGI DAH SB SKRG NI SAYA DAH BALIK KG. MUNGKIN 2 THN LG BARU SAYA BALIK SEMULA KESANA. MANALA NAK TAU KOT2 BOLEH JADI PEMBORONG BELACAN, ASAM JAWA, N ASAM KEPING YG HALAL KAT AREA TU ATAU MANA2 TEMPAT.
Ya kerana kekurangan produk yang berteraskan Muslim maka akhir akhir ni kita melihat lapuran atau berita berita yang menakutkan tentang sesuatu produk sehingga menimbulkan rasa was was bagi kita umat islam…jadi dgn ada kesedaran ni saya rasa…permulaan kearah itu sudah dimulakan dan kita patu memberi sokongan..
InsyaAllah ramai yang berminat tentang produk mulim halal. Cuma perlu tahu kaedah pemasaran online lebih berkesan.
Helo all, rebutlah segala peluang yg ada dengan cara yg baik.
Sentiasa mencari peluang dan idea untuk memasarkan produk-produk. Bende tu nampak simple, tapi ramai x buat dan x nampak. Ade idea, terus jual produk…jangan buang masa..Thanks
Emm…memang la…tapi usaha kena juga. Pasal passive income..itu..haha..itu la..yang paling bahagia…haha..tapi kena pandai manage financial sampai ke tahap paling detail.Dan anggaran kos di luar jangka.
A’kum Irfan & ikhwah…
Ye.. peluang untuk berdakwah sangat luas sejauh mata memandang. Sedara Irfan sbnrnya sedang berdakwah skrg, ajak kita berusaha memperbaiki diri.
Saya rasa teruja utk terus berusaha jadi usahawan internet… nak jadi jutawan mcm Saidina Abdul Rahman Bin Auf. agaknya kayanya setakat mana ye?..beliau pernah dermakan barang dagangan berjumlah 700 ekor unta! Jutawanlah tu..
assalamualaikum semua,
sebenarnya saya dah baca post ni awal pagi tadi, cuma tak tahu nak komen apa. so, biarlah saya tgk dulu apa komen rakan2 kat sini.
pasal pasaran produk halal/islamic ni, saya pun dah lama fikirkan. cuma kan..,
saya dok terfikir, adakah mendapat sambutan produk saya nnti. yerlah, yg selalu kita tgk dan dengar, masyarakat islam seluruh dunia ni banyak mana sangat? dan kalau ada pun, asyik berhadapan dengan dugaan perang angkara kafir laknat!!! Palestin, Iraq, Iran. So nampak macam tak meluas jer pemasaran produk tu nanti. Ataupun, saya terlalu berpandangan negatif???
Ada sesiapa blh betulkan saya? Cuba tgk di bawah :
1) Ada tak org nak beli kaset nasyid worldwide?
2) Ada tak orang nak beli buku agama worldwide?
3) Ada tak orang nak beli tudung worldwide?
Atau ada sesiapa yang dapat memberikan statistik pengguna internet muslim?
Mari kita sama-sama support satu sama lain
jangan negatif sangat… kita bukan nak target muslim je… barangan muslim adalah barangan yang halalan toiyiba.. mnaksud dia halal dan baik (suci, bersih).. kita bukan iklankan untuk orang islam.. kita jual faedah dia… macam jual makanan kat cafeteria cina la.. orang cina tak kisah dia halal ke tak.. tapi janji masakan kita sedap…
macam halalgel… instead of using animal, we use gelatine made from tumbuh-tumbuhan…
so jangan sempitkan market anda… (think out of box!!) hehehe
nak tambah sikit.. MIMOS sekarang sedang menjual chip kad pintar.. dan target market diorang ialah negara2 OIC… haha they call our malaysian made chip “HALAL CHIP”… sebab pasaran smart card sekarang cukup meluas bagi negara2 sedang membangun…
Saya sokong idea dena tu dan teringat kisah asam keping riezal kelmarin.. Saya rasa ruangan tip 1 minit ini bagai sebuah ‘landing zone’ di 1 planet unik utk bertukar2 idea dan mengetengahkan produk masing2..
Mcm al-kisah negeri Melaka yg dibuka Sultan, kemudian para pedagang berkumpul..
Ehh.. siapa sultan similator kita.. IRFAN..?
Yang nampak halal pada zahirnya.. tetapi apabila dihalusi pengisian/pembuatan, bagaikan menggunakan ‘kanta’.. Boleh juga kita bertukar2 idea mengenai eksperimen dan specimen produk yang betul2 halal..
Yang penting, ketengahkan KEKUATAN PRODUK masing2..
Riezal, macamana nak order produk asam keping awak? Saya terliur dah nie..
tepat sekali. barangan berteras Islam, bukan setakat Muslim shj yang membeli. Kalau jual buku Islam di Intrnet, dengan target yang betul, university scholars bukan Islam sedunia pun akan beli untuk mempelajari Islam dengan tujuan penyelidikan dan sebagainya.
open up your mind for possibilities. baru semalam bincang pasal think outside the box 🙂
uish…kak mazura
tekezut saya tu.. siap nak order lagi..
saya baru je abes exam…sy tgh fikirkn apa sy nak buat dgn ‘asam keping mentah’ yg opah saya simpan berguni2 di rumah..
kalo nak bikin produk..maybe belum masanya lagi.. kalau nak dihantar secara ‘offline’.. tiada masalah..
atau ada cadangan lain2 ?….rugi sgt kalau dibiarkan begitu je nih..
…sy tgh fikirkan out of box..boleh la share idea bernas disini 🙂 tq again
Irfan,
Saya tertarik apa yang kata sebelum ni,iaitu berfikir di luar kotak.Ini sangat bagus.Saya cadangkan kalau boleh doktor buatkan pula seminar macamana nak “think outside the box” sebab bukan semua orang tahu pasal kaedah ini kerana mereka lebih senang berada dalam zon selesa.
Saya setuju sangat dgn Kita perlu banyakkan produk islamic dipasaran internet dan antara produk islamic yang terdapat di pasaran sekarang ialah ebook Panduan Belajar Bahasa Arab. Ia memudahkan anda dan anak anda belajar bahasa arab. 100% penerangan di dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami oleh semua.
http://www.belajarbahasaarab.com
Sokong seratus peratus!! Siapa lagi yang nak memertabatkan Islam kalau bukan kita.
Walaupun saya tak ada produk sendiri, tapi saya harapkan kita boleh terus berbincang untuk dapat idea bernas.
A few that I come across are:
1. takaful/insurance
2. makanan
3. pakaian
4. kosmetik
5. supplement/herba
Salam.
“””””Majalah i adalah majalah kegemaran saya semenjak edisi pertama lagi”””””
pernah terfikir untuk mempromosinya(majalah i) secara percuma kerana sangat tertarik dengan isi kandungannya.
“””usahawan muslim mesti lakukan keaajaiban dalam perniagaan internet bermula sekarang!!!
betul tu irfan, usahawan muslim kena rebut peluang niaga menerusi internet, sebab kita ada bilion umat islam satu dunia, kalau lah kita boleh untung RM1 je untuk satu barang, waaa waaa kita jadi bilionaire, kawan-kawan apa umat islam satu dunia mahu sekarang ni?? bagi tau saya
Mana nak dapat barang2 muslim untuk diedarkan. takkan nak buat ubat gigi kut ( sekarang belum bekemapuan , kumpul modal bertindak sebagai pemborong dulu – sebab kata bootstrap! satu hari boleh buat sendiri why not.
Assalamualaikum.
Sekadar berceloteh sedikit…
Dua tiga minggu lepas saya ada mengikuti Seminar Produk Halal (Makanan) yang dianjurkan di Universiti Sains Malaysia. Memang menyeronokkan. Beberapa isu menarik telah dibincangkan.
Ada satu perkara yang ingin saya kongsikan dengan saudara-saudari sekelian, iaitu pasaran produk halal sebenarnya lebih luas daripada yang kita jangkakan.
Kita mungkin melihat bahawa krim pelembab muka SAFI hanya sesuai digunakan oleh kira-kira ? billion umat Islam di dunia. Sebenarnya, ia adalah untuk seluruh manusia yang ada di dunia. Berapa billion? Carilah sendiri. Tapi, produk yang tidak halal…. hanya boleh digunakan oleh separuh penduduk di dunia sahaja! Maksudnya, pengeluar dan penjual produk halal telah kerugian pasaran sebanyak separuh penduduk dunia!
Ia seperti melihat bumi daripada bulan. Nampak sebelah je. Yang sebelah lagi, kelam macam malam!!!!!
….terus mencari hasanah….
info@uruspusaka.com
a’skum,
saya baru tersedar, betapa susah saya mencari2 dan tercari2 produk g sesuai utk dipasarkan.rupa2nya produk halal yg memang marketable.terima kasih keran memberi sy idea
bab crita niaga ni mmng sronok..tahniah le kt semua yg minat niaga..niaga kecik ke niaga besar semuanya pd saya ok..,asalkan ikut landasan…sya tringat msa sya belajar kt jordan dulu..bila balik cuti ke mesia je..beg sya akn penuh dgn brg2 aksesori i jordan..bila balik sana pulak..beg sya penuh dgn asam grm..tepung beras dn pelbagai lgi..mcm kedai runcit bergerak..tpi skrg dah tak de lgi..,
kekdang sya dh hilang comitmen itu..nk mula kn bisnes apa pun tk tau..mgkin atau sesape bleh beri pndangan pd sya apa nk buat??
Salam semua,
asam_kumbang dulu jamiah mana? Baguslah sebab masa belajar lagi dah bersemangat berniaga.
minat gak nak bisness intenet ni tapi tgh tercari2 ape yg nak di bisnesskan, sape2 ade idea bolehla share….
Salam semua
Saya dah lama jugak rasanya pastikan barang2 yg nak dibeli dikedai2 tu ada tanda HALAL. Dari kecik2 dulu lagi. Sebabnya ialah terikut2 cara Emak saya yang tersayang tulah.
Marilah kita sama2 membangkitkan sikap prihatin ini. Jangan main hentam beli saja.
SOKONG PRODUK HALAL…yg tulen laa
Saya sgt berminat untuk berniaga…harap2 ada yg boleh membantu.
TK
salam…
sy ade buka mart yg mnjual brg2 org islm…
klu ade sape2 yg mncari brgn yg halal,dtgla ke IMP MART,Kulim Kedah
banyak brg yg ada chop halal dibuat oleh bukan muslim.klu muslim yg buat susah tentu lg bagus
Assalammualaikum.. sy merupakan seorang graduat dari manjung,perak yang sedang menceburkan diri dalam bidang perniagaan borong..so sebagai permulaan sy telah menyediakan stok bagi keprluan ASAM KEPING dalam kuantiti yang banyak
(1000kg-4000kg)sebulan.. buat masa ni saya supply utk keprluan pemborong di ipoh,taiping dan sekitar peneng dalam kuantiti 2000kg..so dengan lebihan tu sy harap sessiapa yang mempunyai peluang utk mengedarkan asam keping tersebut di negeri-negeri lain boleh la menghubungi saya di talian 017-596 8080..harga RM7.50 sekilogram…
insyallah, dalam masa terdekat ni saya akan apply lesen AP utk perlepasan UBI KENTANG dari luar negara…
Assalamualaikum..
Saya telah mula mengusahakan produk makanan berupa “sambal Bilis Cili Padi”, (100% menggunakan cili padi) yang boleh dimakan bersama nasi putih, nasi lemak, lontong, roti, bubur, sup dan lain-lain. Produk makanan saya ini juga sesuai untuk mereka yang ingin keluar negara yang sukar mendapat makanan halal, pekerja office yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk keluar membeli makanan dan juga mereka yang pergi mengerjakan ibadah umrah dan haji kerana ia mudah dibawa dan tahan lama. Untuk makluman saya sudah lama mengusahakan produk ini, lebih kurang 3 tahun tetapi hanya berkisar pada kawan-kawan pejabat, saudara mara dan kenalan juga pekerja-pekerja di bangunan tempat saya bertugas. Saya bercita-cita untuk mengembangkan pasaran produk makanan saya ini lebih dari yang ada sekarang dan menyahut seruan memperbanyakkan produk makanan halal dipasaran. Sehubungan itu sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk saya ini sila hubungi saya di no. tel: 012-2450259.
assalamualaikum….saya minat nak berniaga secara sambilan. Terbaca email puan…minat juga…tapi bagaimana cara ? kalau saya beli dari puan berapa ? Nak jual berapa pulak ? Saya tinggal kat sg petani kedah. Please reply
salam..
sy bermint nk ceburkn diri dlm bidng perniagaan.. sbgai permulaan sy rse yg terbaik ialah dgn melalui internet.. tp sy xtau mcm mne nk mulakan.. dn sy xtahu perniagaan yg mcm mne yg ssuai utk sy sbb sy masih blajar.. niat sy utk cri duit poket sndri..
salam.macamane sy nak mulakan bisnes internet…sy berminat untuk menjual produk halal muslim