Tiga tip blog perniagaan Internet

Sekiranya anda mempunyai perniagaan Internet, bina sebuah blog untuk menarik lebih ramai pelawat berulang. Tip Satu Minit ini menarik lebih 1,000 pelawat sehari, dan saya mendapati, lebih ramai pelawat blog ini setiap hari, lebih tinggi jualan produk Rahsia Internet.com dari buku, CD dan juga Workshop.

3 tip blog…

  1. Tentukan tema blog perniagaan Internet anda. Pastikan isu yang dibincangkan adalah berkaitan. Jangan lari daripada tajuk tema oleh kerana ia akan melemahkan jenama perniagaan anda.
  2. Pada mulanya, sememangnya blog tidak menerima ramai pelawat. Anda perlu promosi blog secara berterusan. Jangan hampa sekiranya melihat tiada orang memberi komen oleh kerana majoriti yang besar tidak memberi komen, mereka hanya membaca maklumat sahaja… seperti pelawat Tip Satu Minit ini 🙂
  3. Jangan terlalu informal di dalam blog perniagaan oleh kerana ianya akan mencerminkan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda ingin sering menyuarakan pendapat peribadi, bina 2 blog- blog peribadi dan blog perniagaan dan asingkan posting berbentuk peribadi. Blog yang tidak formal akan menjejaskan jualan perniagaan Internet anda oleh kerana akan dilihat sebagai kurang profesional.

*Tip bonus* Ciptakan kelainan pada blog anda untuk membezakan blog anda dan berpuluh ribu blog lain. Seperti blog ini, cara persembahan berkonsep “Tip Satu Minit!” dicipta tidak seperti blog-blog yang biasa anda lihat. Perbezaan pada persembahan akan menjadi satu tarikan walaupun isi kandungan mungkin tidak jauh berbeza!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

30 thoughts on “Tiga tip blog perniagaan Internet

  1. Salam, saya masih baru dalam menggunakan weblog tuk sampaikan “good infos” bagi pelangan2 saya. Selama ini saya hanya pembaca setia weblog orang lain. Pelanggan saya sendiri introduce weblog ! Atas permintaan pelanggan, saya usahakan weblog sendiri. Sy suka menela’ah blog rakan2 yang memberi komen disini.Sy juga ada iklankan weblog rakan2 disini (yg berkaitan dengan perancangan kewangan. Semakin hari saya semkin berminat dengan perniagaan internet walau apa asalnya niat sy hanya untuk menyampaikan infos. Caranya sy masih tercari2. 🙂 Semoga kita semua disini boleh menjadi rakan online untuk bertukar2 pendapat dan networking yang baik. (harap one day leh join nya seminar..)inysa Allah

  2. Assalamualaikum Irfan

    Saya ada blog wordpress tapi default theme. saya nak tukar designnya.macamana saya nak lakukan? Ada panduan, sumber atau langkah-langkah yang boleh saya jadikan rujukan.

    P/S : Saya budak baru belajar. Saya dah beli C om Langkah 1-2-3 Bina Laman Web Perniagaan Internet dari Irfan.

  3. .TQ fir the tips.

    @Nayan: Nak tukar default theme senang jer…
    1. pilih theme baru yg diminati (banyak yg free, search it at google)
    2. download new theme ke PC u dan unzip
    3. Kemudian gunakan ftp untuk upload keseluruhan folder theme tersebut ke folder
    http://www.yourdomain.com\wp-content\themes
    4. Login ke WordPress
    5. Klik Presentation. Theme yg baru di upload sepatutnye tersenarai di situ.
    6 Double-klick pada theme baru untuk mengaktifkan nya
    7. Done

    Good luck

  4. Memang tidak dinafikan blog menerima lebih banyak pelawat dari web produk. Contohnya web politik ‘generasi 2020’ menerima 6,000 pelawat setiap hari.

  5. salam..
    memang benar blog mempunyai pengaruh dan kuasa serta daya tarikan yg tersendiri terhadap pembaca
    pembaca skrg lebih terbuka pemikirannya
    dgn adanya blog dlm perniagaan, terbukti meningkat kan sales terhadap produk @ bisnes kita
    blog juga mampu memberi impak postif terhadap sales kita..
    sebagai contoh, ramai pelanggan saya membaca blog kami di http://www.dvlteam.com/?id=noramin
    secara tak langsung meningkat kan jualan

  6. apa khabar? moga sehat dan ceria selalu hendaknya. selamat maju jaya dari saya abdfatah. salam ceria dan salam luarbiasa baguzzzzzzzzzz…

    tips yang cukup berguna untuk mereka memulakan tarikan trafik ke blog masing2.

    yang abru bermula jangan mudah putus asa. masih ada peluang untuk anda merebut peluang yang luas dalam dunia perniagaan intenet

  7. TQ cjcm…di atas tip nak tukar default theme yang diberikan.

    Nanti bila dah dapat tukar theme tu saya akan bagitau pada cjcm..

  8. Blog satu industri baru..masih banyak saya perlu belajar…yang penting buat promosi secara berterusan seperti kata .THakns

  9. Sebenarnya kat mana yang paling sesuai nak hosting blog, sy perasan server tempat hosting pun ada provide software untuk blogging, tapi nanti susah pulak search engine nak sampai, thanks again yr nice tips.

  10. hmmm…info yang menarik dari saudara irfan,
    membuatkan hati saya membuak2 untuk memulakan pembinaan laman web informasi saya sendiri…tq

  11. thanks IK..saya dah melalui hal tu, tak ada komen during 6 initial months. Sekarang, walaupun blog motivasi kendalian saya dan seorang kawan langsung tak ada iklan dan non-profit, ia tetap menerima kunjungan ramai serta menduduki carta tinggi dalam Google Malaysia. Its truly a miracle..

  12. salah satu info yang menarik dapat dikongsi bersama ..saya pun masih baru dalam perniagaan internet @online harap dengan adanyaa maklumat sebegini dapat memperbaiki jualan produk saya ‘terima kasih IK

  13. Setuju dengan pendapat tuan, memang kebanyakkan trafik/ rakyat Malaysia lebih gemarkan blog berbentuk hiburan,gosip,politik dan sebagainya, kurang pula yang minat dengan blog perniagaan internet.

  14. Tips ini sangat berguna kepada mereka yang baru untuk memulakan blog. Jadi, apa yang penting adalah fokus setelah mencipta blog. Terima kasih atas tips yang berguna ni Tuan Irfan

  15. Saya baru bermula, Harap boleh dapat banyak belajar di sini 😉

    Satu saja sedang saya fikirkan sekarang..bagaimana menjadikan weblog saya unik? hurmmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published.