Tiada lagi animasi

smiley_010.gifKurangkan animasi di laman web anda. Lebih kurang 10 tahun lalu, ketika saya menuntut di university di UK, saya telah menghantar kerja laman web yang disiapkan. Lecturer saya Mr Collin, memberi komen kepada satu kelas bahawa konsep laman web yang saya lakukan adalah salah. Walaupun nampak cantik, tetapi ianya salah.

Sebab utamanya adalah laman saya mengandungi animasi. Ketika itu, laman web kerja saya, saya meletakkan logo yang berputar (beranimasi) untuk “mencantikkan” lagi laman web.

pages_turn.gifBengang juga dengan lecturer sebab bagi saya, memang cantik laman yang saya buat tu. Jadi, saya pun persoalkan lecturer saya tu “But, it looks great!” memuji kerja sendiri kat lecturer. Darah muda lah katakan… nakkan conflict saja :).

Katanya, dari segi penggunaan (usability), animasi menarik fokus pelawat daripada membaca laman web kita.

Pada mulanya (sehingga beberapa tahun kemudian), saya tidak menerima alasannya.

Sehinggalah saya berkecimpung dalam perniagaan Internet, baru saya tahu maksud lecturer saya itu.

Animasi sebenarnya menarik perhatian pelawat laman web perniagaan kita daripada matlamat utama laman web, iaitu, MEMBUAT BELIAN!

Animasi menghilangkan fokus dan juga menganggu pelawat. Animasi termasuk, GIF animation, flash animation dan juga favourite ramai, teks bergerak.

Bagi mereka yang masih baru membina laman web, sudah past mengalami masalah seperti saya 10 tahun yang lalu. Iaitu, memikirkan, lagi banyak animasi, lagi banyak benda bergerak, makaΒ lagi cantik. Sebenarnya, lagi banyak animasi, lagi hilang tumpuan pembaca!

Buang segala animasi di laman web anda (termasuk iklan). sekiranya anda hendak juga meletakkan animasi, hanya satu animasi sudah memadai. Laman web anda akan kelihatan lebih profesional.

Untuk rujukan kembali, laman web perniagaan Internet anda perlu…

Dalam erti kata lain, laman web yang efektif mengandungi elemen “Less is more!” πŸ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

19 thoughts on “Tiada lagi animasi

  1. sy amat setuju dgn pandangan blog pun tak ada animasi. bila sy baca pun blh fokos kpd apa yg nak dsampaikan

  2. Mula-mula saya pun suka pada animasi dan teks bergerak. Nampak cantik. Bila pergi kursus, explain buat yang simple. Pelik juga. Tetapi betul tip tu. Saya sendiri bila masuk ke web yang banyak animasi, akan hilang tumpuan. Especially yang duk ikut cursor kita pergi mana pun ada ikut. Rasanya asyik nak lari je dari animasi tu, at last keluar terus!

  3. Itu lah apa yang saya nampak dari kawan-kawan saya. Mula saja, fuh! beli software animasi untuk membuat macam-macam animasi.

    Mereka komplain website saya nampak dull aje. Mereka cadangkan supaya saya tukarkan semua element dalam laman saya.

    Namun, aku tetap pada pendirian sendiri. Sebab, aku nampak banyak website guru-guru terkenal seperti stephen pierce, armand morin, Mike Filsame, Jo Han Mok … dll semuanya mempunyai suatu persamaan iaitu tidak mempunyai animasi dan ringkas saja.

    Kalau ada graphic pun hanya header, product, order button dan footer sahaja.

  4. Laman web digunakan sebagai media informasi yang berkesan jika digunakan dengan strategi yang betul.

    Penggunaan animasi dalam laman web bergantung kepada infomasi yang ingin kita sampaikan kepada pelawat. Jika kita bina laman web perniagaan, tip hari ini memang 100% saya setuju πŸ˜‰

    Kita perlu ada ilmu dan strategi yang betul untuk membuat pelawat fokus kepada matlamat utama laman web yang kita bina. πŸ˜€

    Hisham;
    TQ Doc. πŸ™‚

  5. asmkm Irfan .. apa khabar? Shueqry here.

    Owh,tip yang useful. Saya dulu mula belajar pasal “Less Is More” dari site Corey Rudl, Car Secrets Revealed dan dari design site Google. Site 777TextLinks juga menggunakan approach yang sama.. cuma menumpu pada banyak link..

    thanks, very inspirational guide !

    – shueqry –

  6. Macam mana pula menggunakan animasi pada iklan?Adakah kesannya sama seperti meletakkan animasi di web jualan?Adakah sesuai meletakkan animasi di banner dsb?

  7. Kadang-kadang kita terlalu seronok dan nampak cantik dengan animasi ditambah pula dengan image yang bergerak-gerak membuatkan web kita perlahan untuk access. Mugkin web untuk kanak-kanak lebih berkesan jika dimasukkan animasi.

    Sekian Sharifah Azran Alam

  8. saya setuju dengan pandangan . ramai yang komplen kalau web kita takde animasi.. sebab maybe mereka hanya menilai dari sudut design sahaja, bukan dari sudut pandangan untuk menjual..

  9. setuju dengan pandangan selain mengganggu tumpuan pelawat, animasi jugak kadang2 melambatkan proses loading.

    terlalu banyak animasi pun, kadang2 membuatkan web nampak kebudak-budakan.

  10. betul tu saya setuju..

    saya nampak pening kalau website tu guna warna font yg kontra..
    pastu ditambah dgn animasi bergerak2..
    rasa mcm rimas..
    mmg betul tumpuan dan fokus tu jd hilang serta-merta..

    tp kalau flash yg dibuat lawa2 mmg nampak menarik !

  11. Good tips! Dan saya setuju sangat! Animasi hanya akan memesongkan perhatian org yg melayari laman web kita melihat isi sebenar yg cuba kita sampaikan. Ada juga yg akan rasa rimas melihat animasi berterbangan ke sana sini, tak henti2 berpusing dsbgnya.

    Dan bak kata Sharifah, kalau utk laman web kanak2, animasi mmg relevan sbb ia boleh menarik perhatian mereka. πŸ™‚

  12. Banyak animasi,buat mata jadi bertambah letih.Jadinya hilang tumpuan kepada maklumat yang dikehendaki

  13. Yes..saya setuju..kurangkan animasi dalam web..kebanyakan org nak tahu info..animasi hanya mencantikkan web..cam kate .hehe

  14. cantiknya website… berkelip2 yer?
    memang lawa website yang beranimasi. untuk mereka yang suka dengan animasi aje laa dan untuk buat koleksi peribadi…

    sekian terima kasih

  15. aper pon; penggunaan animasi / media amat bergantung kepada objektif/ theme sesuatu website. kalau saya buat business animation/ jual produk untuk kanak2 for sure kena pakai animation yang mempunyai message secara langsung kepada produk.

    kalau target marketnya orang tua/ corporate wat aper nak guna animation.

    p/s: wat animation yg ader message yg jelas πŸ˜‰ peace!

    simple je.

  16. memang pernah terbaca salah satu ebook tentang web design yang mengatakan animasi memang mengganggu tumpuan pembaca.lagi satu tak semua user leh view animation tu kan?so kerugian kat situ nampaknya..

    penggunaan colour yang hampeh pun sama gak, sama ade terlalu dull atau pun too striking..sakit mata woo..

    tapi trend web 2.0 skang ni memang saya amat minat nak buat..dan saya akan terus ke arah tu..bukan ke arah interactive with animation..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published.