Ramai yang masih baru membina laman web perniagaan pada mulanya akan ghairah dalam meletakkan iklan-iklan (kebanyakannya iklan dari affiliate) dengan harapan, lagi banyak iklan, lagi mudah ianya akan di klik dan dapat komisyen.
Masalahnya, apabila terlalu banyak iklan di laman anda, laman menjadi tidak profesional. Iklan juga menjadi tidak fokus dan ia mengakibatkan tiada siapa yang klik!
Sebaiknya, hadkan bilangan iklan di laman anda mengikut jumlah (mungkin 2-3 iklan sahaja) ataupun industri (fokus kepada 1 industri sahaja). Untuk memaksimakan pulangan daripada iklan-iklan affiliate, kuncinya adalah untuk meletakkan iklan yang berkaitan dengan laman anda sahaja, dan berikan fokus kepada iklan tersebut, seperti testimonial peribadi ataupun artikel khas mengenai sesuatu perniagaan itu.
Terlalu banyak iklan di sesebuah laman web akan mengurangkan keberkesanan iklan tersebut.
Sebagai pengiklan pula, a good tip adalah untuk iklan di tempat yang tidak banyak iklan disiarkan untuk memaksimakan klik! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Tips yang baik… memang betul kata .. thanks..
yup…betul tu …sy setuju lah amat2….iklan yang banyak betul2 menggangu pandangan saya.Pening mana satu yang nak di baca….
mokhtar
-tak perlulah iklan banyak2…2,3 ok lah
Ya. Terlalu banyak banner iklan dalam sesuatu page itu agak menyakitkan mata. And sometimes, akan effect pelawat-pelawat.
Yup……
tepat sekali tu ..semoga dijadikan panduan kepada semua newbie…….
Betul tu!!!, bukannya lagi banyak iklan akan menghasilkan lebih klik.
Focus kepada iklan yang berkaitan dengan apa yang anda ingin sampaikan akan berjaya menarik pengunjung untuk klik.
asmkm Irfan, how r u??
saya pernah melakukan kesilapan ni, 5 iklan aff dalam satu webpage, satu pun takde yang kena klik!
minimakan iklan dan maksimakan contents, itu strategi yang paling baik 🙂
– shueqry –
Saya rasa salah satu kesilapan orang yang mengiklan adalah mengiklan pada web pengiklanan.Website tersebut dibuat semata-mata untuk meletakkan iklan.Bayangkan bagaimana orang boleh sampai ke website kita kalau di website tersebut sahaja sudah ada beribu-ribu iklan lain.
Siapa yang akan nampak iklan kita tu?tambah pula kalau kita beli iklan kecil.Adakah pengunjung akan mencari website iklan untuk mencari sesuatu?sudah tentu mereka mencari produk yang mereka inginkan sahaja.
Memang betul. Terlalu banyak iklan, esp. animated banner blh mengganggu tumpuan pelawat. Utk tujuan meletakkan link2 affiliate, ada baiknya kita wujudkan satu website yg khas utk satu fokus tertentu (contohnya produk kesihatan) dan kemudian selitkan iklan/link affiliate di dlm website tersbut. Jgn iklan semata2. Jadikan website itu lbh bermanfaat dgn meletakkan pelbagai info ttg kesihatan, review produk tertentu dan sebagainya.
Tapi,website saya yg satu ni (DirektoriBisnes.com) mmg akan ada banyak iklan sbb tujuan diwujudkan mmg sbg medan utk peniaga mengiklankan produk/perkhidmatan mereka. Dan pembeli pula boleh mencari pelbagai produk/servis yg ditawarkan di sini.
Assalamaualaikum
oooo..kurang iklan..banyak klik
sama la macam blog ni kan..
iklan kat sebelah sikit je
btl tu rakan2 semua…
kalu iklan terlalu banyak saya sendiri pun akan lari dari web tersebut…
kalu nak letak iklan, bg pendapat saya 1 iklan pada satu page tu paling baik…
apa mcm ???
Tip ni bagus untuk diri saya ..
sebab memang kesilapan cam yang katakan tu yang selalu dibuat..
tq semua
Saya amat bersetuju dengan pendapat Azahari, kalau kita letak iklan di laman web iklan, memang kurang berkesan sebab terlalu banyak iklan sehingga pelanggan yg. pada asalnya mencari produk A, telah bertukar kepada produk B, kerana tiada fokus.
Bila saya sendiri masuk web iklan pun, tak tau nak klik yang mana satu.
betul cakap macam dekat blog saya walaupun ringkas tapi program affiliate banyak menjana wang saya di internet, melalui blog ini juga saya banyak dapat komisen dari apa yang saya jual..walaupun sedikit saya dapat jual banyak..
nak tahu blog saya?
Taqiyuddin
CEO
hoho… banyaknya iklan, adesh..
Irfan,
Kenapa bulan Julai? Aduh. Kenapa tak buat awal bulan Jun?
Saya dah hadiri kursus hari Sabtu hari tu. Fantastic !! Full of information especially ebook yang dalam disc tu. Tak hairanlah ada peserta yang sanggup turun dari Pulau Pinang untuk hadiri kursus ini.
Kursus kat Sabah.. Ni peluang untuk orang-orang Sabah. Ambil peluang ini. Saya sebagai anak jati Sabah, yang telah mengikuti kursus dengan Irfan ini, ingin memberitahu pada anda kursus ini amat-amat berbaloi. Melalui kursus ini saya telah berjaya membina perniagaan internet saya kini.
Melalui kursus ini nanti anda akan dapat melihat bagaimana pernigaan internet ini berjalan sepenuhnya. Kepada sesiapa kat Sabah tu yang berminat sangat dengan perniagaan internet ni, ambil peluang dari kursus kat KK nie 🙂 .
Assalamualaikum
Irfan,
sekarang ni tiada iklan web lagi dalam blog ni.Dr tapis dan buang semua comment yang ada iklan ke?Kesian laa kami sebab pengunjung blog ini biasanya orang yang minat nak kaya cepat dan kalau ada iklan yang macam tu mesti dia puji sebab bagi peluang nak jual produk dia.Wassalamualaikum. bye.
Kamarulzaman & Jebat, terima kasih kerana promosikan workshop. Tak sabar hendak ke Sabah kerana tu la first time saya ke Sabah nanti! (Malu sebab luar negara dah pergi… dalam negara sendiri belum pergi lagi :()
kirim salam dgn orang sabah. kalau dapat diawalkan, memang nak ikut. erm, tapi, dah balik uk la.
iklan yang terlalu banyak menyebabkan orang x fokus
Sebenarnya saya tak tahu nak post kat mana, so saya rasa elok la post kat sini. (Harap2 adala reply).
Perniagaan Internet, satu cabang bidang yang saya berminat untuk terokai.
Apa yang saya berkebolehan adalah dalam bidang komputer. Bidang baik pulih komputer dan jualan komputer. Saya tidak mempunyai kedai, supplier yang tidak berapa yakin dengan saya, (sbb tu gagal) dan biasanya saya buat dekat rumah. Bagaimana saya nak kembang serta perhebatkan lagi perniagaan saya?
Betul, memang tepat pendapat penulis. Lagi byk iklan buat macam rojak sahaja. Kurang efektif.
betul tu..kalau terlampau banyak iklan membuatkan pelawat merasakan melawat ke laman iklan free..:)
Tetiba saya rs nk edit balik website sy utk kurg kan iklan…huhuhu
..betul,betul,betul
Saya sgt suka bila dapat beriklan pada website yang berkaitan dengan niche saya yang hanya iklan saya sahaja yang ada pada website tersebut. W/pun visitor pada website tersebut x byk ribu2 lemon tp memadai jika ratus2 pun. Memang sukar nak dpt tp tidak mustahil. hehehe..
-GoBabyMama-
Thanks for your info 😉
tip yang baik untuk diri saya..:)
betul tu..kalau saya pun x akan klik di mana2 yg terlampau byk iklan..
Saya sokong…iklan yang banyak
boleh menjengkelkan pembaca..
pembaca datang ke blog untuk membaca
dan bukan untuk melihat iklan yg banyak…
Terima kasih atas perkongsian 🙂
Selain bilangan iklan yang sedikit, kedudukan sesuatu iklan dalam laman web juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan jumlah klik yang tinggi. Pemilik laman web boleh bereksperimen dengan meletakkan iklan pada sidebar, header dan juga footer dan kaji kedudukan macam mana mendapat ratio klik yang tinggi.