RahsiaInternet.com berwajah baru & terhangat di pasaran

Wow… sebenarnya RahsiaInternet.com sejak 2005 tak pernah berubah-ubah. Dalam penjenamaan perniagaan Internet, konsisten adalah penting- jangan selalu ubahkan website atau yang disebutkan “rebranding”. Dalam perniagaan Internet, jangkamasa 2-3 tahun untuk ubahsuai laman web adalah baik. Kalau terlalu dekat jangkamasa perubahan, takut laman web anda belum lagi dikenali, dan perubahan akan melemahkan jenama.

So, lepas 3 tahun, barulah saya dapat ubahkan laman web RahsiaInternet.com… beri a fresh look! So, bagi pelawat tip satu minit, dapat jadi yang pertama melihat- website yang lebih simple, professional dan consistent look.

http://www.RahsiaInternet.com

Oh ya, sudah pasti, dalam penjenamaan, warna jangan diubahkan! 🙂

Ada beberapa perkara yang baru saya tambah bagi mereka yang mempunyai masa terluang:

  • IrfanTV – kumpulan klip-klip saya di YouTube. Bagi yang belum tengok, boleh tengok kesemuanya di sini. Insyaallah klip-klip akan ditambahkan sebab ramai yang meminta klip saya di Gedik Santai (TV3) dan juga Jangan Tidur Lagi (TV3).
  • Media – koleksi kisah-kisah saya yang di paparkan di media akhbar dan majalah. Beberapa artikel baru telah ditambah. Di samping, beberapa artikel lain, sedang dalam proses!
  • Serta, saya telah masukkan iklan Workshop Jutawan Internet RahsiaInternet.com dalam format mp3… Klik button PLAY di bawah


Tip hari ini #1, dalam perniagaan Internet, ubahsuai laman web untuk jadikannya “fresh”. Jangan terlalu cepat, kerana kalau cepat, orang ramai tak sempat menanam jenama anda di minda mereka. Dan jangan terlalu lewat, kerana kalau lewat, laman anda akan jadi out of date! 2-3 tahun adalah jangkamasa yang baik.

Ok, itu pengumuman & tip pertama… yang kedua…

Akan saya umumkan esok!

terhangat-logo.jpg

 

Irfan Khairi – Terhangat di pasaran! Agak-agaknya apa ya? Ha… ni saya nak buat satu pertandingan ni. Siapa boleh teka dengan tepat, saya kasi hadiah special punya 🙂

Clue: bukan lagu KRU… kalau lagu KRU, nanti dia kata saya ni “Jantan terhangat di pasaran” pulak 🙂

Siapa dapat teka dengan tepat, sebelum saya umumkan (probably esok) dapat hadiah.

Tip hari ini #2, buat pelawat anda terfikir-fikir sebelum melakukan sesuatu. Dulu saya pernah sebut tentang teknik “teaser” ini. Kalau dilihat, Steve Jobs dari Apple memang bijak menggunakan strategi ini sehingga satu masa dulu, ramai yang tertunggu-tunggu bagai nak rak dengan kemunculan iPhone!

So, any takers? (kalau salah takpe… bukannya kena denda. Malah, anda juga boleh menjanakan idea lagi)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

61 thoughts on “RahsiaInternet.com berwajah baru & terhangat di pasaran

  1. > Ik nak wat kursus atau wokshop yang menawarkan tawaran paling istimewa yang menjadikannya paling terhangat dipasaran..

    > Ik nak wat Vlog

    > Ik nak wat laman web forum online atau chatting..

    > IK nak ubah laman web tip 1 minit nie menjadi yang terhangat dipasaran.. :p

    aida6907.blogspot.com

  2. ok.. ni yang paling exact…(kononnye la..)

    IRFAN KHAIRI TERHANGAT DI PASARAN.COM ialah menggantikan blog tip 1 minit setiap hari.. 🙂

  3. waa.bestnya ada teka-teki.emm,sy fikir ik akan lancarkan website 123.com iaitu langkah 1,2,3 membina website cara mudah..hehe.
    sy betul2 gembira mengikuti blog ini.terima kasih yang tak terhingga buat ik..

  4. x pun saja nak kasi kami semua excited utk dptkan ganjaran.tdk2 pun iK nak tunjuk anggota keluarga dalam satu ruangan.glamer lah pasni baby tu.

  5. berdasarkan klu yg irfan bg tu, sy rs terhangat di pasaran.com tu adalah domain baru untuk mengantikan irfankhairi.com ni disebabkan sy rs, web ini pun dh lama xmengalami perubahan yg drastik. kn3?

  6. assalamualaikum ..ermm ..mungkin laman web yg mempromosikan buku2/majalah terbaru tentang motivasi, perniagaan, gaya hidup, dll serta pengumuman tentang kursus2 berkaitan yg akan dianjurkan/dikendalikan oleh IK serta para motivator2/jutawan2 lain. 🙂

    salam ramadhan.

  7. salam,
    wow!! kali ini rahsiainternet.com lebih hangat daripada biasa..merah membara..saya bagi 5 bintang untuk itu..TAHNIAH..
    (hati berkata: “hai, bilela boleh jadi macam IK ni???”

    ==========================================
    Ketahui rahsia terbaru meningkatkan minat
    kanak-kanak untuk belajar di :
    http://www.kamusgambar.com/
    ==========================================

Leave a Reply

Your email address will not be published.