Perniagaan Internet tidak semudah yang disangka, bhg 2

Semestinya, senang atau susah sesuatu perkara, bergantung kepada mindset kita. Semalam, saya sebut “Tidak semudah yang disangka“. Bukan maksudnya “susah”. Kalau fikir susah, maka, memanglah ianya akan menjadi susah oleh kerana itu yang difikirkan. Jadi, first sekali, kita perlu positif, dan sering-seringlah gunakan perkataan positif πŸ˜‰

Untuk penyelesaian kepada masalah-masalah yang diutarakan semalam, teruskan bacaan…

Kurang kepercayaan terutama di negara-negara yang masih baru dengan Perniagaan Internet (seperti Malaysia)

Penyelesaian: Terdapat beberapa cara untuk meningkatkankepercayaan. Antaranya termasuk:

  1. Meletakkan gambar anda di laman web. Ini kerana, sebab utama orang tidak percaya laman web anda adlaah kerana, mereka tidak yakin apabila tidak dapat melihat pemilik perniagaan tersebut. Dengan meletakkan gambar, anda berjaya memberi personaliti kepada laman yang maya menjadi “hidup”.
  2. Laman web yang disiapkan perlu KELIHATAN profesional. Pernah saya menulis tip di sini bahawa, sekiranya anda tidak pandai mereka grafik, jangan lakukannya oleh kerana ia akan memberi persembahan yang tidak profesional. Dapatkan pereka grafik untuk membantu grafik anda, ataupun, gunakan template/grafik/clipart yang sedia profesional.
  3. Letakkan testimonial di laman anda. Pelawat laman web akan rasa lebih yakin apabila megetahui bahawa produk anda memanfaatkan orang lain. Sebaiknya, testimonial bergambar oleh kerana dapat memberi kesan seperti tip (1) di atas.

Di atas adalah 3 tip untuk memberi keyakinan kepada pelawat anda. Di Workshop Jutawan Internet saya menyenaraikan 24 cara menambahkan keyakinan pelawat dan mengubahkan pelawat menjadi pembeli.

tak cukup masa kerana kerja selalu balik lewat dan perlu masa untuk bersama keluarga dan kalau ada pun hujung minggu sahaja, kalau hari biasa tepaksa berjaga malam.

Penyelesaian: Di sini time management memainkan peranan penting. Oleh kerana perniagaan Internet dilakukan dari rumah, disipin seperti bekerja dipejabat perlu diimplementasikan. Sekiranya melakukan kerja part-time, dedikasikan 1-2 jam setiap hari untuk perniagaan Internet.

Dalam melakukan apa sahaja yang bebaloi, sememangnya ada sedikit pengorbanan. Kita korbankanlah tengok cerita LOST ke, PRISON BREAK ke, 24 ke… dah jimat sehari 1 jam.;) Sekiranya sehari, kita fokus 1 jam melakukan perniagaan Internet, dalam masa seminggu ianya bersamaan 1 hari suntuk melakukan perniagaan Internet. Ataupun apa kata tak perlu baca surat khabar sehari… silap-silap, disitu pun sudah menjimat 1 jam waktu anda (saya pun tak baca surat khabar oleh kerana dapat fokuskan masa kepada perniagaan yang memberi keuntungan).

Mulakan dengan satu jam sehari dulu, dan tambah apabila anda merasa selesa.

Persaingan antara peniaga-peniaga lain

Penyelesaian: Anggap persaingan sebagai motivasi untuk menjadikan perniagaan kita lebih berjaya. Takut pada pesaing tidak akan membawa apa-apa keuntungan. Tetapi, anggap perniagaan pesaing sebagai cabaran untuk anda jadi lebih kreatif & inovatif dalam menjadikan perniagaan anda lebih berjaya.

Lihat pesaing anda, dan fikirkan, bagaimana anda boleh membezakan perniagaan anda dengan perniagaan pesaing anda. Dengan cara ini, anda mengelakkan persaingan bersemuka dan ini memberi peluang pelanggan membuat pilihan pada jurang yang lebih besar.

Masalah Motivasi Diri. Oleh kerana kurangnya jualan, maka semakin rendah semangat untuk meneruskan perniagaan internet.

Penyelesaian: Lakukan apa yang anda minat. Apakah passion anda? Itulah perniagaan terbaik untuk anda.

Dengan menjalankan perniagaan yang anda minat teramat sangat, anda tidak akan hilang motivasi diri walaupun tiada jualan. Pengalaman saya mungkin anda pernah terbaca, pada tahun pertama saya melakukan perniagaan Internet, saya hanya mendapat 3 pelanggan sahaja. Adakah saya putus asa?

Tidak! sebab saya melakukan perkara yang saya minat (designing). Bila lakukan perkara kita minat sangat, kerja tidak menjadi kerja. Ia menjadi hobby, dan menjalankan hobby tidak memerlukan motivasi πŸ˜‰

Tip* kadang kadang kita tersilap minat. Kita “minat dengan prospek mendapat wang yang banyak” dan bukannya “minat melakukan sesuatu perniagaan”. Pastikan anda minat melakukan perniagaan tersebut!

Masalah teknikal- membina laman web, autoresponder etc…

Penyelesaian: Sekiranya bahagian teknikal anda tidak arif atau tidak mahu campur tangan, maka, dapatkan webmaster untuk membantu anda. Webmaster adalah umpama “manager” perniagaan anda. Webmaster biasanya adalah pereka cipta laman web anda.

Sekiranya pengetahuan teknikal tiada (dan anda tidak mahu mempelajarinya), maka, dapatkan seseorang untuk membantu anda. Tidak perlu melakukan segalanya sendiri. Selalunya, delegasi seperti ini akan memudahkan kerja anda- ia menjimatkan masa dan tenaga! tapi perlu bekorban modal sedikit πŸ™‚

Prospek hanya terdiri dari mereka yang betul-betul pandai menggunakan pembelian secara internet.

Penyelesaian: Tidak semestinya! Sebab itu saya sering mengulangi untuk anda “Keep it Simple”. Laman web yang simple akan memudahkan sesiapa sahaja membuat belian online apabila betul caranya.

Biar laman anda mudah- tiada shopping cart, tiada proses yang sukar, tiada navigasi yang sukar, dan dengan jelas menceritakan secara terperinci apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan untuk membuat pesanan. Step-by-step guide! πŸ™‚

Kebanyakkannya pelanggan tempatan menggunakan kaedah bank-in menyebabkan kaedah automasi tidak dapat dijalankan dengan sempurna

Penyelesaian: Saya setuju dengan ini… perniagaan Internet, sebaiknya perlu diautomasikan.

Satu idea adalah, memikirkan bahawa automasi bukan bermaksud 100% dilakukan menggunakan perisian (software). Dengan anda mencipta satu proses kerja, anda boleh mengupah seseorang untuk membantu dalam automasi (mengambil order dan menghantarΒ pesanan).

Sekali lagi, deligasi. Mungkin pada permulaan sukar untuk anda mengupah pekerja tetap, tetapi, nanti bila perniagaan anda berjaya, ianya adalah baik untuk anda membebaskan masa anda dengan cara ini.

Kesimpulannya, tiada yang susah sekiranya anda mengetahui caranya. Banyak-banyak bersabar dan ambil langkah demi langkah. Anggap perniagaan Internet seperti perniagaan bukan Internet. Anda perlu memberi sepenuhnya pada perniagaan Internet anda. Tak boleh separuh hati sahaja πŸ˜‰

Cuma, bila perniagaan Internet hanya memerlukan modal yang kecil (RM300) untuk dimulakan, ianya menjadi seakan mengurangkan motivasi oleh kerana, secara tidak sedar, kita akan kata, kalau gagal pun, RM300 sahaja yang lebur.

Tetapi, bayangkan kalau anda memulakan perniagaan bukan Internet di mana memerlukan modal RM30,000! Sudah pasti anda akan memberi sedaya upaya kepadanya, betul tak?

Seperti yang saya katakan, susah atau senang hanyalah di minda. Ianya adalah mindset kita cara kita berfikir…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

15 thoughts on “Perniagaan Internet tidak semudah yang disangka, bhg 2

  1. Betul kata pengurusan masa memang penting tambah pula bagi yang sudah berkeluarga.Saya pun kadang-kadang ambil masa tengah malam untuk buat kerja sementara anak-anak tidur.

    Tentang meletakkan gambar memang betul meninggalkan kesan kepada pembeli.Baru-baru ini saya ada juga tanya pelanggan saya kenapa membeli dari saya. Katanya sebab ada gambar saya dan dia lebih yakin bila saya letakkan gambar.

    πŸ™‚ Azahari @ teknikblog.com

  2. Terima Kasih

    Semua soalan saya terjawab. Masalah yang sering bermain di fikiran saya sekarang ini semuanya sudah beri jalan penyelesaiannya. Cukup sukar untuk saya ‘maintain’ dan memberi penuh perhatian dalam perniagaan internet.

    Betul cakap Saya kena buat apa yang saya minat. Bukan paksa buat apa yang saya tak berapa minat semata-mata untuk mendapatkan wang. Jalan pasti ada.

    Terima kasih banyak2 kerana telah menjawab soalan saya. Ianya telah membangkitkan semula motivasi dalam diri saya.

  3. Assalamualaikum Doc. dan semua pembaca tip 1 minit.

    Di sini saya dapat membuat kesimpulan apa yang Doc. telah huraikan.

    1. Tiada jalan pintas untuk berjaya.
    2. Fokus Minda yang positif.
    3. Bina kepercayaaan pelanggan.
    4. Pengurusan masa yang baik.
    5. Cipta perbezaan dari pesaing anda.
    6. Lakukan perkara yang anda minat atau ‘hobby’ anda.
    7. Cari ilmu yang diperlukan untuk perniagaan anda.
    8. Agihkan kerja anda kepada mereka yang berkebolehan.
    9. Jalankan perniagaan anda secara “User Friendly” (Permudahkan proses).
    10. Anggap perniagaan anda sebagai ‘hobby’ bukannya suatu pekerjaan.
    11. Ketahui/belajar cara (ilmu) untuk mengatasi kesusahan.
    12. Tumpukan sepenuh hati terhadap usaha yang anda lakukan.
    13. Tawakkal dan bersabar.

    Saya nak tambah satu perkara yang kita jarang perasan dalam kita mengharapkan sesuatu perkara, benda, kejayaan dsbnya. Pernahkah anda terfikir bahawa πŸ™‚ “Kita perlu memberi dahulu sebelum kita dapat menerima apa yang kita harapkan” πŸ˜€ . Fikir-fikirkanlah πŸ˜‰

    Hisham;
    P2..DotCom Founder

  4. Wah topik ni antara yang terbest saya baca ni, ni dah lebih dari satu minit kerana saya baca beberapa kali , apa apa pun terima kasih la kerana memberi motivasi kepada saya di pagi ini. Ni buat saya lebih bersemangat untuk teruskan perniagaan internet ni.

  5. Hi,

    Apa khabar semua?

    Topik yang dibincangkan nie memang PANAS..ia adalah akar kepada masalah sejagat dalam bisnes internet nie.Tapi,apa yang saya buat ialah,cuba alihkan bisnes di alam nyata kepada bisnes internet.Memang tak semua bisnes boleh dilakukan di internet.Kalau kita bisnes benda fizilkal,cuba tukar yg fizikal tue kepada servis atau vice-verca.Krn.tiap2 yang fizikal tue ada service yang mendokongnya begitulah sebaliknya.
    Pasal nak buat laman web,traffic dan pembeli..saya tak buat pun laman web..mula-mula memang berangan nak buat..tapi,memang susah jugak..perlu banyak masa,fikir lebih dan kreatif..kalau tidak tak cun-lah web kita..bila tak cun..pelanggan kurang yakin…tak yakin ..maka tak beli..
    Saya nak kongsi sikit..dulu semasa saya baru nak berniaga di internet,saya pun mcm orang lain jugak..beli buku Irfan nie..Sold Out semua kat kedai buku,saya pun beli on-line..(dah start satu urusan on-line tue..hehehe)Dah dapat buku..saya pun baca…dalam banyak2 helai muka surat kat buku tue..saya cuma terpanggil untuk usahakan bisnes di laman web Lelong.com.my.Saya buat tue saja..tumpuan 100%.Mula2 malu jugak nak mengaku kat kengkawan..maklumlah..berniaga on-line..tapi,tak pandai buat website,tak pandai itu tak pandai ini.Pergi kat forum2 pun dia orang kutuk Irfan Khairi..sapa tue Irfan Khairi…(masa tue belum glamour lagi..pun belum dapat)yang kutuk pun power2 orangnya..I.T speciaist,web designer dan mcm orang2 lagi…dia orang kata buku nie basic jer..takder apa pun yang best..siap offer nk bagi FREE lagi/..hush…tapi,ada sorang hamba Allah nie kata kat forum tue..Irfan menulis dari pengalaman dia,tapi..dia sekarang dah jadi Jutawan(masa tue org.ramai tak percaya)Bagi siapa2 yang pakar IT pun tak guna kalau tak gunakan pengetahuan utk jadi kaya,cuma tahu mencerca sebab cemburu dia tak buat mcm So,kesimpulannya,lebih baik kita tahu tentang 2 perkara dari 10..tapi,kita usahakan yang 2 tue betul2..lebih baik dari tahu 10 perkara tapi satu pun tak mendatangkan hasil..
    Berbalik kepada cerita saya tadi,saya pun baca tentang Lelong.com.my tue dari buku Irfan.Memang sikit info kat situ..pembuka jalan sahaja..Tapi,memandangkan cara itu yang termudah..bersesuaian dengan pengetahuan cetek saya tentang I.T dan murah kosnya..maka,saya pun betul2 “henjut” bisnes kat situ..mula2 sunyi jugak…tapi,berkat sabar dan saya dah nekad dengan prinsip biar tahu 2 perkara asalkan buat..maka saya buat sampai hari ini..diam tak diam saya dah buat benda nie 2 tahun lebih dan pendapatannya Oklah..mencecah jugak 5 angka sebulan..(tak kaya mcm lagi..hehehe)
    Bukan pendapatan yg nak dikongsikan disini…cuma cara mudah mempromosikan bisnes kat Lelong,kat situ ramai orang berbelanja,mengikut report terkini transaksi duit kat situ mencecah RM10 juta sebulan..saya dapat ambik sikit dari situ,tak yah nak buat laman web..semua tools dah disediakan..nak promote pun kosnya murah..ahli berdaftar ada 400,000 orang dan dijangka hujung tahun nie ada 600,000 orang.
    So,kepada kengkawan yg ada produk dan susah nk di market-kan.Cubalah mencemar duli kat sini..walau nampak mcm tak best pasal ada perkataan lelong..tapi,yang penting semangat dapat sales tue ada..nanti boleh buat jugak website sendiri..
    Mintak maaflah kepada yg marah sebab tak suka cara nie..saya cuma bagi pendapat saja..mana tahu boleh membantu kepada yg baru nk cuba bisnes internet…walau mcm manapun jalan ceritanya..hujung2 kita nk dapatkan jualan dan untung..

    P/S:hukum nak meniaga internet nie mudah saja..try dulu beli brg/service org.lain..dapat pengalaman dan strategi..bak kata bisnesman Cina..jangan takut kasi orang untung…

  6. Benar kata . Kena buat sesuatiu dengan minat…
    Fokus dan kesungguhan penting..
    tak kira apa jua kerja sekalipun..
    tanpa semua tu tak menjadi kerja kita..

  7. Thanks Irfan for sharing this tips. Extremely useful! Saya akan take note tip hari ni dan ambil tindakan demi melakukan penambahbaikan dlm perniagaan internet saya.

    Esp. bab gambar tu… tak boleh la nak segan2 lagi ye. Kena tonjolkan personality demi meraih keyakinan dan kepercayaan bakal pelanggan.

  8. Hi

    Saya amat meminati ruangan anda dan ini pertama kali saya post di sini. Untuk makluman, saya baru sahaja berkecimpung dlm arena perniagaa Internet dan akan selalu mengharapkan inspirasi dari Doctor..

  9. Erm… penyelesaian oleh doktor yg amat bernas… mmg benar sekali kesemua penyelesainnya… yg ingin satu sy pilih adalah kita kene kreatif n bijak mengambil peluang selaras sesuai dgn keupayaan kita.

    Best regards,
    Best in Azran Alam

  10. memang berbaloi saya memberi perhatian dengan tip2 yg berikan..terima kasih banyak2 dari saya yang baru berjinak dengan perniagaan internet ni..

  11. As’kum

    Sebenernya dah banyak kali saya lawati laman ini, tapi kali ini saya tergerak untuk menulis pekara yang saya alami sendiri dalam menjalankan perniagaan saya di internet. Jadi apa yang kata itu adlah amat tepat sekali iaitu “saya melakukan perkara yang saya minat (main komputer). Bila lakukan perkara kita minat sangat, kerja tidak menjadi kerja. Ia menjadi hobby, dan menjalankan hobby tidak memerlukan motivasi”
    Sorry lah, copy paste perkataan cuma ubah perkataan “main komputer”.
    Berbalik kepada hobby. Oleh kerana saya amat minat bermain komputer, saya telah membuat satu laman web saya sendiri yang hampir telah mencecah 10 bulan, tapi tak siap-siap lagi (kira slow sangat).
    walaubagaimana pun saya langsung tidak terasa dengan masa yang saya buang. (setiap malam ambil 2-3 jam lepas anak tido). Kini saya telah tahu (medium stage) language HTML, PHP dan MYSQL, walaupun tak pernah ke college atau University (belajar dari internet je).
    Saya berharap laman web saya akan siap sebelum bulan 8 ini.
    Promosi sikit web saya boleh (www.prettymine.com).
    Jadi apa yang saya nak kata kan di sini ialah buat lah kerja perniagaan yang anda minat. Jikalau sesuatu kerja perniagaan itu menyebabkan anda berasa bosan dan tak boleh kreatif, itu bermakna kerja tersebut anda tak minat sebenarnya.
    Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya. Pastikan anda tinggalkan dulu kekurangan dan jadikan kelebihan anda satu pendapatan. Maksud saya perkataan “kelebihan” itu adalah hobby dan hanya anda sendiri yang tahu.(fuhh.. macam pakar motivasi lah pulak).

Leave a Reply

Your email address will not be published.