Saya ada mendapat email dari bekas peserta Workshop Jutawan Internet iaitu Razzi Rahman pemilik halalgelatine.com hari ini. Amat teruja saya dengan emailnya yang mengatakan perniagaan Internetnya yang menjual gelatin halal kini mendapat sambutan hebat dari serata dunia.
Pelanggannya kini menjangkau United Kingdom, USA, Canada, Germany, New Zealand, Indonesia, Brunei dan banyak lagi! Dan beliau menjual produk! (yang perlu penghantaran pos)
Teringat saya pada mulanya apabila beliau (Razzi Rahman… dulu penyanyi, kini usahawan Internet!) memulakan perniagaan Internet, beliau sering menghubungi kami pada peringkat awal oleh kerana risau tiada pelanggan untuk sebulan dua yang pertama.
Nasihat saya adalah, dalam apa jua perniagaan Internet, secara purata, ia mengambil masa 3 bulan untuk mendapat pulangan yang memberangsangkan. Somehow, magic numbernya adalah 3 bulan.
Bekas peserta workshop yang lain juga mendapati ini adalah benar… selepas usaha 3 bulan, baru mendapat pulangan yang baik melalui perniagaan Internet!
Ia mengambil masa untuk perniagaan Internet anda dilawati, dikenali, kemudian, baru pelawat membeli.
Ambil langkah demi langkah oleh kerana perniagaan Internet bukan skim cepat kaya. Bina perniagaan anda dengan penuh semangat dan tanpa putus asa… dan tunggu the magic number 3 bulan untuk memihak kepada anda! 🙂
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Asslammualaikum ,
Betul kata , saya dah mulakan bisness internet dlm masa dua bulan. mula mula tu mmg takde feed back langsung tapi skrg nih alhamdulillah nampak ada kemajuan sket.
terima kasih atas tip2 yang bagi.
ni yg tak sabar nak pi bengkel
tapi, duit belum cukup lagi.
anyway, tq for info.
7 thn ambil masa utk jutawan,
itulah juga tempoh yg saya berikan kpd diri ini utk mencapainya.
3 tahun… bukan 7 🙂 3 tahun selepas memulakan perniagaan Internet. 7 tahun selepas menetapkan matlamat (lepas SPM!)
tak kira la berapa tahun, asalkan ada matlamat & berusaha mencapainya.
hi,
ok terjawablah juga pertanyaan saya mengenai tempoh yang munasabah untuk melihat kejayaan sesuatu laman web.
sejak awal mengikuti tips satu minit ini, saya memang pernah surf laman web beliau melalui link yang paparkan, dan alhamdulillah beliau telah berjaya dan produknya begitu terkenal di banyak negara.
apa pula pandangan tentang aspek pemasaran? berbagai-bagai cara yang sedia maklum oleh berbagai-bagai guru yang masing-masing mendakwa diri merekalah raja pemasaran.
apa pula kempen pemasaran yang berkesan untuk pasaran malaysia dan apakah pula yang berkesan bagi untuk pasaran dunia?
Lambat atau cepat untuk jadi jutawan adalah tidak penting. Perjalanan yang dilalui oleh kita untuk jadi jutawan akan kekal abadi
3 months – magic number? Somehow it is true for my internet bizz as well!! (Adding up into the stats!) Mula2 memang frust… hari2 cek email, tapi langsung takde order!! Tapi, after 3 mths, at long last….. ada order form Singapore!! Then, from several people who found my website from Google! Alhamdulillah….
The key to success: usaha… sabar menunggu… and at the same time promote, promote, promote!! Marketing is the most important part of the whole process, both conventional, and thru’ the internet.
Thanks saudara Irfan for inspiring people to make more money from internet business!
Assalamualaikum
Saya nie kat Terengganu, Workshop tu bila nak buat kat Terengganu (pantai timur)supaya orang Trg, Kelantan dan Pahang dapat hadir.
Kalau buat kat Pantai Timur insyaallah saya akan menyertainya…
Na na na na na Tranungggg kiteeee….
bagi saya, bisnes saya ambil masa lebih 3 bulan utk mantap dan balik modal, sebab pada mulanya saya gunakan khidmat cyber cafe, payah sikit kalau sewa bilik tengah-tengah bandar, sebab tunggu lokasi bilik sewa yg sesuai..sejak Mac lalu, sekarang baru ok.. 🙂
Congratulation pada rakan kita Razzi yang telah nampak hasilnya. Saya semenjak pergi workshop pada 18-11-2006 masih lagi tercari-cari produk untuk dijual online. Hati ini begitu semangat untuk memulakan perniagaan ini.
i pun tengah tercari2 produk ape nak dijual. ade sesiape boleh bagi idea bernas?
Semua benda memerlukan masa.. Baru berkembang jd kena bersabar n berusaha..
Web site ke 6 saya mengambil masa 7 hari saja untuk mendapatkan hasil dan alhamdulillah segalanya berkat kesabaran di masa sebelumnya…
heheheh,..
Posting ini mengingatkan kisah di Istanbul Turkey yang saya kongsikan terdahulu….
Di kali ke-3, saya membeli dengan harga yg benar-benar murah.
assalamualaikum…sy nk start buat bz internet ni….tp sy xtau nk wat cmne…so i need someone 2 show me how 2 start this bizz…kalo b’jaya,end of this year(08) sy dah xnak keje dahhh(nk keje dr umah je ar mcm dr irfan, blh slalu duk ngan mak)