Perniagaan Internet & keluarga

Kali ini saya ingin menjawab 2 soalan yang berkaitan. Terima kasih kepada yang menyoal 🙂 

SOALAN: Kalaulah di dunia ini, cuma terdapat 1 CARA sahaja untuk memperolehi duit yang banyak, iaitu melalui internet, model apakah yang Dr akan pilih dan rekomenkan?

Hmmm… minta 1 cara. Tapi saya ada 2 cara bagaimana? Ok, saya pilih satu sahaja… jawapannya adalah: mencipta produk sendiri, dan menjualnya di Internet! Contoh seperti buku RJJIT, CD Rom Langkah 1-2-3 dan Cara Promosi. Sebabnya adalah, perniagan boleh dilakukan dengan automatik dan keuntungan anda terima hampir 100%. Bagi yang berminat mencipta produk sendiri, Workshop Jutawan Internet ada menceritakan panjang lebar.

Tetapi kalau anda minta saya jawab 2 cara, cara kedua adalah menjalankan perkhidmatan di Internet. Contohnya adalah seperti grafik designer, editor buku, proofreader, copy writer, 3d animator dan sebagainya… Walaupun keuntungan anda akan terima hampir 100%, namun perniagaan ini sukar dijalankan secara automatik oleh kerana anda yang perlu memakan masa untuk menghasilkan kerja.

SOALAN: Apakah saranan Dr. untuk sy mengembangkan perniagaan ini tanpa menjejaskan kerjaya, masa untuk keluarga dan pada masa yang sama perniagaan dapat diteruskan?

Good question. Sebenarnya, mungkin ramai yang tahu, pada asalnya saya menjalankan perkhidmatan di Internet– sebagai grafik designer, mencipta cover buku, logo, consultation online. Tetapi, ianya memakan terlalu banyak masa dan tenaga. Namun, masa tu, tiada keluarga- bujang trang-tang-tang :), so, tak mengapa dari pagi sampai lewat malam menghadap komputer. Namun, kini masih lagi menjalankan perniagaan sebegitu, tetapi, tidak terlalu banyak seperti dulu. Dah cut-down!

Kini, dah berumahtangga perlu bahagi masa dengan cekapnya. Jadi, time management memainkan peranan penting. Terutama sekali, model perniagaan juga menggunakan model perniagaan mencipta produk sendiri, dan menjualnya di Internet. Jadi, perniagaan boleh dijalankan secara automatik dan masa tidak terlalu banyak terluang dihadapan komputer.

Sebagai contoh, kalau dulu nak buat grafik, 3-4jam hanya untuk siap satu kerja pelanggan. Kini dalam masa kurang 5 minit boleh siap order pelanggan membeli buku/cd atau ebook.

Sebagai tambahan, perlu berdisiplin dari segi, walaupun kerja di rumah, perlu ada “waktu pejabat” juga. Bukan bermaksud kerja di rumah relaks duduk depan TV… tetapi, time kerja, masuk bilik pejabat SOHO, dan fokus lakukan kerja2 sepatutnya.

Sebagai tambahan, memandangkan perniagaan Internet dilakukan dari rumah, apa kata anda sertakan sekali keluarga dalam perniagaan anda. Dengan ini, ia menjadi perniagaan keluarga dan dapat merapatkan lagi hubungan sesama keluarga.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Perniagaan Internet & keluarga

  1. Menghasilkan produk sendiri memang menjimatkan masa.Walaupun kita ambil masa sedikit untuk menyiapkan produk kita, tapi ianya dapat dipasarkan lama dan produk kita tu kita cuma perlu update yang mana patut sahaja.Tidak seperti service yang kita lakukan seperti design di mana masa itu adalah yang paling utama 🙂

  2. .
    Saye nak tanye pasal workshop..x de ‘student rate ke???’ 🙂 sy berminat utk menyertai workshop..tp agak mahal bg sy sebagai sorg student..

  3. “Namun, masa tu, tiada keluarga- bujang trang-tang-tang 🙂 , so, tak mengapa dari pagi sampai lewat malam menghadap komputer.” -Doc Irfan

    Mmm..nampaknya inilah kelebihan saya yang masih xder awek dan bujang lagi…

    Lepas resign daripada kerja busy saya ni bulan ni. Saya nak all out dengan idea2 projek perniagaan yang tertangguh. Nak jadi jutawan macam Doc. Mmmm… ader sesiapa nak jadi isteri kepada bakal jutawan?(He..he..)

  4. saya ini amat minat baca buku komek @karton dan semua adik-beradik saya pun minat.. saya nak jadikan minta saya ni sebagai sumber pendapatan. seolan saya macam mana nak jadikan minat ni sebagai sumber pendapatan saya dalam perniagaan internet.. ada tip tak…?

  5. Menjalankan perniagaan servis memang guna banyak masa dan tenaga. Lebih lebih lagi kalau banyak orang yang menggunakan perkhidmatan kita tu serentak. Tak cukup tangan dibuatnya. Paling senang dan mudah sikit urusannya kalau ada produk sendiri.
    Jadi kalau ada kedua-duanya sekali dah kira bagus, yang penting pandai-pandai guna masa. Mungkin masalah kepada kengkawan yang tak tau nak cipta produk sendiri. Banyakkan belajar dari yang pakar seperti Irfan 🙂

  6. ASM wr.wb..Produk sendiri tak ade. Tapi produk orang ade laa. Sekarang sedang promosi produk kesihatan. Bercadang nak pelbagaikan jualan produk seperti menjual “remote mini helicopter”,pulak.(As seen on TV) murah aje.. Orang dewasa atau budak-budak (15 tahun keatas) bolih main untuk hilangkan tension atau stress. Kawan-kawan kalu bercadang nak beli boleh laa…contact via e-mail…Apa fikiran Idea saya nii?

  7. topik yang saya paling minat.
    cita-cita saya ingin mencipta produk sendiri dan mendapat royalti daripada licencing atau fraincais,

    a game of matching number
    antara produk dan servis yang boleh didapati
    1. salihi game online
    2. salihi printable paper
    3. salihi game board
    4. salihi game software
    5. salihi game download(melalui handphone)
    6. salihi game contest(contest mudah dilakukan
    kerana menggunakan markah, tetapi sudoku kira masa)
    7 salihi game pc pocket
    8. dan dipecahkan kepada siri- siri tertentu
    ( hasil royalti daripada servis dan produk diatas)
    ini adalah cita-cita, insyAllah menjadi…

  8. Memang sukar utk melaksanakan kesemuanya sekali – kerja2 rumah, jaga dan didik anak2, dan nak kembangkan bisnes internet, menulis buku, buat projek translation… fuhhh!! Memang penat… sapa kata kerja kat rumah tak penat?? Cuma advantage nya adalah masa kerja yg fleksible. Tapi macam kata Irfan, perlu ada disiplin. Klu dah time kerja tu, kenalah fokus mengadap PC… Saya ni, sampai anak sulung pun dah pandai cerita kat kawan2… “ibu saya ada kerja yg hebat, jual software kat internet… :)” Mmg saya boleh tersenyum lebar mendengar kata2nya tu…

  9. Saya adalah student beumur 19 yang banyak sertai program2 dalam internet. Masalahnya saya tak tahu mana yang betul2 boleh berjaya. Minta tolong hantar list program yang meguntungkan. Saya juga nak belajar menjual kotak2 iklan sperti yang tlh dilakukan oleh Minta tunjuk ajar… Dan saya berharap dapat mencapai ‘goal’ saya .

  10. Assalamualaikum

    Saya setuju dengan bahawa kita harus bijak dalam pengurusan masa.. dan lebih baik lagi jika kita boleh berkongsi untuk bersama isteri / keluarga dalam menjalankan perniagaan internet 😉

    Mirul
    http://free.mirul.com

  11. saya setuju,sy tgh berjinak2 dgn dunia perniagaan online.sy cuba bahagikan masa dgn belajar sambil berniaga..InsyaAllah sy akan jadikan motivasi irfan khairi sbg pembakar semangat sy utk teruskan hasrat bekerja di rumah sepanjang usia saya

Leave a Reply

Your email address will not be published.