Perniagaan Internet & billionaires

Perniagaan Internet telah melahirkan satu generasi eCEO yang bukan sahaja kaya, tetapi muda. Antaranya adalah…

Michael Dell; Dell COmputers
Tedd Waitt; Gateway Computers
David Filo; Yahoo!
Jery Yang; Yahoo!
Jeff Bezos; Amazon.com
Pierre Omidyar; eBay
Rob Glaser; RealNetworks
Jeff Skoll; eBay
Vinny Smith; Quest Software
Monte Zweben; Blue Martini Software

Kesemua nama di atas adalah antara yang menjadi BILLIONAIRE pada usia awal 30-an (bukan setakaht jutawan… tetapi bilionair!) Kesemuanya mempunyai persamaan iaitu, mengsasarkan pasaran sedunia. Perniagaan Internet membolehkan anda menjalankan perniagaan sedunia untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar.

Sekiranya rakyat Malaysia mengikuti saranan kerajaan menjadi Malaysia/Melayu GLOKAL, mana tahu suatu hari nanti nama orang kita juga turut tersenarai ๐Ÿ™‚

Pada ketika ini, terdapat 1 billion pengguna Internet sedunia! ๐Ÿ™‚ Perniagaan Internet di Malaysia masih ditahap baru, namun, peluang ini perlu diambil untuk menjadi perintis (pioneer) industri anda untuk menjadi pertama memasuki fikiran pengguna (rujuk Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar m/s 60- antara bab yang paling penting dalam buku saya. Baca berulang kali… ramai tak perasan kepentingannya!- kaitkan bab ini dengan nama-nama diatas).

Untukย maklumat lanjut: Workshop perniagaan Internet.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

17 thoughts on “Perniagaan Internet & billionaires

  1. peluang cukup luas utk sertai perniagaan internet d msia. so apa tunggu lagi. target capai jutawab d usia muda

  2. Menurut Azizi Ali “Sembilan puluh peratus daripada jutawan dunia menjadi jutawan menerusi pemilikan hartanah.” Andrew Carnegie

    Mana lebih mudah untuk jadi jutawan? Hartanah atau internet/komputer?

  3. Hafizal..bagi saya mana2 bidang pun boleh menjadi jutawan. Walaupun orang selalu kata payah tapi X MUSTAHIL.

    Yang paling penting..USAHA+USAHA+USAHA+USAHA dan disamping FAKTOR2 lain nak mencapainya.

    Maksud Azizi Ali tu bagi pandangan saya ialah cara terbaik utk kita mengembangkan aset kita. Kebayakkan jutawan di dunia nie melaburkan aset mereka dalam bidang hartanah.

    Nak detail baca buku Azizi Ali dan Robert T.Kiyosaki (Rich Dad Poor Dad)

  4. Untung jadi usahawan internet di Malaysia sebab banyak lagi yang belum diterokai.Jangan lepaskan peluang yang ada dan cepat bertindak untuk menjadi yang pertama & diingati seperti di dalam buku

  5. Maaf,

    Saya telah membaca buku dari Irfan Hairi mengenai rahsia2 perniagaan diinternet. Tapi saya merasa hampa sebab beliau tidak memberi contoh cara2 promosi dengar jelas. Didalam semua perniagaan, promosi adalah paling penting dan utama. Kadang2 bahkan harga untok promosi lebeh dari harga barang itu sendiri.

  6. saya mempunyai kesemua buku azizi ali.mempunyai buku irfan khairi rjjt.tetapi kenapalah saya ni slow sgt untuk bergerak.sebab saya tak tau camna dan apa nak jual di internet.kalau ada nama tapi tiada product untuk jual tak berjaya juga.nak pergi kursus saya takde duit.gaji 1700..bersih pun dalam 1400..anak bini nak makan juga.nak simpan untuk pergi kursus tak boleh sebab nanti anak2 miss soru.so..mungking saya akan kecundang sampai bila2..

  7. harapan saya sesiapa dapatlah banu saya memberi tip2 untuk bergerak.bukan salah buku tapi salah sayasendiri yang mempuyai semangat tak tahu nak buat apa…hanya ade keinginan tetapi tiada usaha kearah itu.sebab ekonomi saya x dapat untuk melakukan apa sahaja business..kerja dah 10 tahun gaji camtu juga.camna?

  8. Wah seronoknya klu jadi kaya dalam umur 30-an,billionaires lagi 2.Tapi harta dunia ni mana pandai habis,klu dapat secubit cukuplah,aku tak mau byk.

  9. assalamulaikum….
    saya amat teruja bila baca kejayaan irfan dan ingin sekali mengikut jejak langkah kejayaan yang dicapai, sebenarnya saya dan byk terlibat dengan perniagaan antaranya MLM dan sekarangpun masih bergiat cuma tak aktif semangat sentiasa ada cuma kadang kala tindakan kurang berkesan boleh tak bagi tip2 bagaimana perniagaan yang saya jlnkan sekarang boleh dikombinasikan dengan internet agar meletup-letup salenya…tkasih

  10. Salam.. saya memang meminati dan mengkagumi saudara irfan ini diatas kejayaan beliau.

    Sebenarnya saya memang meminati bidang perniagaan dan ingin menceburi bidang ini cuma, belum melakukannya berdasarkan ekonomi yang semamngnya tidak stabil.
    Saya masih belajar sambilan di ipta dan tidak bekerja. Mengharapkan kedua ibu bapa yang tidaklah kaya, sememangnya menguatkan semangat saya untuk menceburi bidang perniagaan internet.

    Saya mempercayai 90% darpd rezki datangnya dari bidang perniagaan.Namun, segalanya bermula dari usaha juga. Justeru, apa pandangan saudara?

  11. salam sdr irfan.saya mempunyi modal tunai dlm 100k,tapi tak tahu nak buat apa.sekarang tidak bekerja.boleh sdr beri apa cadangan?terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.