Internet membolehkan perniagaan kecil-kecilan bersaing dengan syarikat besar. Sebagai tambahan, syarikat kecil, mempunyai peluang untuk berjaya yang lebih tinggi berbanding dengan syarikat besar.
Mengapa?
Ini adalah kerana kebiasaannya keuntungan sesuatu perniagaan bukan bersandarkan kepada kecanggihan teknologi yang ada. Tetapi, oleh kerana kebolehan sesuatu perniagaan itu membina perhubungan (relationship) dengan pelanggan dan bakal pelanggan dengan lebih mudah (seperti Tip Satu Minit ini!).
Kebanyakan pengguna yang inginkan produk, perkhidmatan atau maklumat yang spesifik (niche) akan mencari perniagaan kecil yang pakar berbanding dengan perniagaan koprat besar yang pakar.
Oleh itu, sekiranya anda risaukan persaingan dari syarikat besar- jangan takut. Perniagaan kecil-kecilan mempunyai berbagai-bagai advantage!
PS: Untuk mengetahui teknik dan cara lain untuk bersaing dengan syarikat besar, Workshop Jutawan Internet akan menunjukkan cara-caranya. Maklumat lanjut di sini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Syarikat kecil mempunyai support yang lebih baik dari syarikat besar.Mereka tak layan sangat end user.Kalau syarikat kecil,end user adalah pelanggan utama.Itulah kelebihan syarikat kecil.
paling best jadi syarikat kecil..
bisnes owner pulak tu, selalunya urusan bisnes dlm 30% gitu.. yg balance 70% tu more on relationship..
kalo nak create relatioship..jgn segan2 nak berkawan dgn tauke2 besar..kat mana nak cari tauke2 besar nih..
pergi je taman rekreasi tiap2 petang atau sabtu ahad…mesti jumpe!
be friend with them..share problem..insyallah rezeki ada disitu..
eheh.. sory tuan moderator..agak2 dah terkeluar tajuk ker nie ? .. permisi yah..
Syarikat kecil ni, management lebih bebas dan flexible…overhead tak banyak tetapi kadangkala boleh generate income yg banyak…
Sesuatu yang besar bermula dari sesuatu yg kecil..dan sesuatu yang bermula kecil tak akan selamanya kecil….Saya rasa kan, cara yang paling baik untuk bersaing dengan syarikat besar adalah bekerjasama dengan syarikat besar..ehehe..fikir-fikirkan lah kenapa..
Idea yang baik
askm,
emm best kalau kita mula perniagaan dari kecil sebab
1. boleh expert dalam pengurusan perniagaan dan tak perlu takut kalau staff kita nak berhenti keja, lagi satu staff susah nak kelentong kita sebab kita dah mahir dalam segala segi pasal perniagaan baik dari segi operasi ataupun kewangan.
2. simple nak manage sebab bil staff tak ramai
3. modal pun kecil, tapi kalau kena buat untungnya boleh digandakan dari hari ke hari
4. senang nak berkembang kalau dari buss kecil, tengok lah ramai yang terus bukak business besar2 pas tu tutup
ok tu jer nak share ngan kawan2.
bbye..
SELAMAT HARI RAYA I’DUL FITRI
JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT FITRAH DAN BAGI DUIT RAYA KAT MAK N ABAH.
Wslm.
marzuki
port lkang
salam
saya nk tips biz yg berkesan
saya xtau nk start mna
kalau sy tahu hari juga saya dh mula
saya seorang peniaga ingin memasarkan perniagaan saya secara internet bagaimana caranya dan apa kuliah yang patut saya ikuti dimana dan berapa harganya .
syarikat kecil juga boleh gune affiliate..bayangkan kalau ada 100 org yg promote bisnes kita tanpa kita perlu bayar 1sen pon…
tp bg saya sebelum kita own website sendiri..baik try jd affiliate dlu…kalau da berjaya baru buka website sendiri
dekat http://www.squidoo.com/buatduitdengaaffililiate
ada byk info pasal affiliate