Setiap hari Rabu dalam jam 8.30am, saya bersama Astro Awani dalam program Awani Pagi menyampaikan maklumat mengenai perniagaan Internet. Kalau anda termiss, insyaallah saya akan uploadkan siri-siri perniagaan Internet saya di YouTube untuk tatapan anda 🙂
Ok, hari ni back to basic balik. Ada antara kita masih tak faham lagi konsep asas perniagaan Internet, jadi dalam siri01 ini, saya kongsikan 4 langkah memulakan perniagaan Internet. Bagi anda yang ingin mengetahui konsep asa perniagaan Internet, pasti klip ini dapat membantu 🙂
4 Langkah tersebut adalah:
Langkah #1: Produk atau perkhidmatan
Apakah produk atau perkhidmatan yang anda ingin jualkan di Internet? Dalam perniagaan, pastinya perlu ada pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang ringgit…
Langkah #2: Laman Web
Di Internet, laman web adalah kedai anda. Kalau perniagaan bukan Internet, anda perlu mempunyai tapak untuk menjual produk atau perkhidmatan. Di Internet, anda masih memerlukan tapak untuk menjual produk/perkhidmatan anda. Tapak di Internet berbentuk laman web…
Langkah #3: Terima bayaran
Laman web anda perlu boleh menerima bayaran. Sama ada menggunakan kad kredit, bank in dan cek.
Langkah #4: Promosi
Perniagaan Internet pastinya gagal tanpa promosi yang betul. promosi adalah aktiviti yang paling penting dalam menentukan kejayaan perniagaan Internet
Bagi yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan Internet, boleh sertai. Lawati http://www.rahsiainternet.com untuk keterangan lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Tq irfan tip-tip yg sgt membantu….
sedang di usahakan dr segi promosi..
tq ik
Assalamualaikum?
4 tip yang sangat berguna, walaupun ringkas tapi sangat bermakna pada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan internet.
Yatie Md Nor
http://www.atiqahumaira.com
Memang menarik tip irfan ni… dgn hanya 4 langkah asas dh boleh mulakan perniagaan di internet..
Saya cume berharap agar irfan boleh tergkan lebih mndalam mengenai langkah 1.. Apakah produk atau perkhidmatan yg boleh sy jual untuk mula menceburi bidang perniagaan di internet ni
Sesiapa yang nak menceburkan diri dalam perniagaan internet, mesti memahami 4 langkah asas di atas. Fahami konsep asas dahulu sebelum melangkah lebih jauh. 😀
Sebelum saya menghadiri workshop ik saya tak tahu mana mahu bermula untuk merialisasikan perniaggan internet.walaupun perniaggan offline teleh memberikan keuntungan yang baik(dah 5 angka)tapi perniagaan omline harus saya ceburi.alhadullilah setelah join workshop ik kat kb saya dah mampu jalankan bisnes online.Jualan setakat ini amat memberangsangkan malah saya yakin ia akan memberikan pulangan yang jauh lebih baik daripada pasaran offline.Tetapi paling penting PROMOSI yang amat membantu dalam bisnes ini.tq ik
Tolong la IK bagi tip macam mana nak buat teknik promosi untuk memantapkan jualan.
Salam. Memang betul dan menarik tip yang IK berikan sebab sepanjang saya buat bisnes online, 4 elemen ini amat berguna dilaksanakan sebaik mungkin. Barulah $$$$ masuk.
ASkum semua,
Dah lama tak join forum nie. bkn apa sdg tambah ilmu dalam IM. Selain tue, cuba cari new info about this field. But my idol is still IRFAN Khairi.To all fren, jgn putus asa. Kuatkan semangat dan yakin pada diri sendiri. Apa yang kita buat tentu ada pulangannya nanti. Usaha dan terus berusaha!
Good Luck!
yup betul itu lah asasnya dan kesemua itu penting dan jalan seiring… 🙂
http://www.glowglokal.com/seminar.html
tq for da tips
Betul phonesolution cakap tu…kalau bleh, bagi le lagi idea2 camana nak promosi bznes kat internet ni…bleh kan?:)
Walau apapun, terima kasih Irfan sebab bagi tip2 yang berguna untuk kami semua!
1. Yang attend workshop, kan dapat 101 Cara Promosi percuma. Banyak tips promosi dalam tu (PhoneSolution dapat kan?) kalau tak dapat, call pejabat kami.
2. yang belum attend workshop, boleh belajar cara2 promosi melalui ebook 101 Cara Promosi. Dapatkan di http://www.rahsiainternet.com/carapromosi
3. Insyaallah, nanti saya letakkan clip tip2 promosi pula. Tak silap, next BFM podcast, topik promosi pula. So, tunggu…. 🙂
-ik
Salam IK dan rakan2,
Saya seorang usahawan cendawan dr Pahang. Sejak mempromosi bisnes kami secara online, memang banyak perkembangan positif berlaku.Dulu time belum bina blog, pasaran kami hanya tertumpu kat kawasan kampung. Lepas buat blog, bungkah cendawan kami terjual hingga ke Sabah! Sesuatu yang tak pernah dibayangkan dulu. Thanks IK dan rakan2 yang menjadi pencetus fenomena pemasaran online ni.
# Kalau ada yang nak belajar buat cendawan, boleh dapatkan panduannya di http://www.panduan-cendawan.com
betul tu 101 cara promosi satu ebook yg agak bagus…saya pun dah dapatkannya byk idea yg diberi tu agak bernas cuma ada sesetengah tu tak bleh nak ikut sebab melibatkan media masa ya orang tak glamer mcm IK susah la nak masuk tv n radio kan hehe..gurau je IK jgn marah…hehe
Salam,
promosi memang adalah nyawa kepada perniagaan internet. Banyak cara promosi, cuba saya kena belajar banyak lagi.
Saya tak dapat pun ebook 101 cara promosi.Ni yang best ni join workshop dapat free e book 101 cara promosi.tq ik
Thanks IK kerana bnyk mengajar saya…
Saya masih cuba mempraktikkan beberapa cara promosi tue tapi belum cukup 101… hehehe
Business saya ni time dekat nak raya memang demand tinggi, sebab saya selling online cookies… soalannya kalau bukan nak dekat musim raya, macam mana saya nak naikkan jualan ya?
http://www.bizkutraya.com/promosi.html
Kebanyakan mereka yang baru bermula mengabaikan perkara asas,sebab itulah selalu gagal di pertengahan jalan sahaja.