Permudahkan… simplify!

Untuk memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, anda TIDAK memerlukan beribu-ribu ringgit atau berpuluh ribu ringgit.

Start small. Keep it simple.

Ketika saya di UK 10 tahun lalu, saya antara konsultan yang mencipta “Grid For Learning”. Sebuah jaringan pembelajaran untuk pelajar-pelajar sekolah di Britain. Project tersebut amat complex dan melibatkan berjuta pounds (duit syarikat). Tetapi, tidak juga saya jadi jutawan.

Apabila saya berhenti sebagai consultant dan menjalankan perniagaan Internet yang kecil dan simple, di situ I made my first million.

Tip hari ini adalah, dalam perniagaan Internet, simplifykan segalanya. Anda tidak perlu tahu “latest technology” sekiranya anda tidak faham oleh kerana kebanyakan orang juga tidak faham dengan “latest technology”. Permudahkan pengalaman pelawat laman web anda. Permudahkan bahasa yang digunakan di laman web. Permudahkan cara bayaran pelanggan anda. Permudahkan cara pelanggan menghubungi anda. Ingin grafik canggih-canggih dan animasi teks terbang sana sini di laman web anda? Lupakan sahaja kerana ianya merumitkan pelawat. Permudahkan… permudahkan… permudahkan!

At the end of the day, keep it simple! (but professional)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Permudahkan… simplify!

  1. selamat pagi,

    Topik ini adalah antara yang paling saya nanti-nantikan. Melihat laman web yang terlalu ‘canggih’ semamangnya merumitkan ‘suasana’. Contohnya laman web yang memainkan lagu(tambahan lagu yang dimankan tidak diminati), begitu annoying. Pernah juga melihat laman web dengan grafik yang melayang ke kiri dan ke kanan, begitu merimaskan, seperti kata orang Sarawak iaitu ‘Angol’, haha.

    Begitu, di S.o.h.o milik saya dan abang saya , founder http://www.empayarcyber.net miliki sebuah buku yang sungguh luar biasa iaitu

    ‘Insider Secret; To Marketing Your Business in The Internet’ ver.2005(tebal giler, file hard cover, nilai lebih kurang usd$150++ ketika abg sy beli) karya

    Corey Rudl

    pernah menyatakan bahawa:

    bukan grafik yang membuatkan pelawat anda membeli, akan tetapi, WORDS atau perkataan yang akan membuatkan pelawat anda membeli Produk atau Servis anda.

    Begitulah bunyinya(sekarang tengah merujuk buku tersebut,hehe…)

    Jadi, sy amat menyokong kata2 Tuan I.K bahawa semuanya we keep n simple:

    Seperti kata Richard Denny author ‘Selling to Win’:

    K-Keep
    I-it
    S-Short
    S-Simple

    Kiss…

    Sy juga teruja bila melihat laman/blog Tuan I.K, sungguhpun simple, tapi dalam sehari beribu pelawat, situ sy mula sedar, grafik yang banyak tak semestinya bagus, yang penting Artikel dan pos yang ber’Isi’.(sebab laman blog sy dulu pun banyak grafik yang tak penting, pening kepala,hehe)

    Terima Kasih Tuan I.K,

    Salam…nak g minum teh dulu, lepas ni nak turun Kolej, study jap,hehe…Assalamualaikum.

    Faruqi.Jeniri
    Admin
    http://www.jeniriamir.com

  2. Betul tu, IK. Kadang2 tu bila bukak website tu, tiba2 je semua orang pandang sebab website tu ada background music. Tak sempat nak mute speaker. Kantoi ….

    Saya sendiri pun kalau pegi kat satu2 website tu tapi lambat download sbb byk sangat graphic, jawabnya pegi cari website lain la. 😉

  3. topik yg boleh dikatakan ramai terlepas pandang.Ada masa sy nak lawati web dgn ilustrasi yg canggih ni memakan masa yg lama utk loading.Membosankan sy untuk menunggu begitu lama.

    IK tak berminat adakan seminar di bahagian utara ke?

  4. betul tu.. saya mmg cukup cerewet sebelum ni membangunkan sesebuah website sehingga nak letak pelbagai function dan animation. sekarang ni saya mmg guna konsep yang sarankan itu.. keep it simple.. make it user friendly.. sebab jika web itu simple maka lebih tinggi conversion rate dia.. contoh web saya yang buat lebih simple dgn html saja di http://www.ebookjutawan.com mmg tak perlukan apa-apa programming yang complicated.. cukup dgn html saja dan ada online form sket utk ambil order..

    dari segi salesletter pun kene ringkas tapi padat. kalo panjang berjela jenuh juga nak baca.. mcm kita torture user pulak.. kaedah terbaru spt mana sifoo/mentor jutawan siber lain juga gunakan video utk display intro product.. mmg nampak jelas dan ringkas tanpa tulis banyak2 salesletter..

    saya rasa teknologi video boleh digunakan utk memudahkan pemahaman website kita.. cumanya masih kurang orang Melayu yg berbuat sedemikian..

  5. Selalu gak saya termasuk ke website / blog yang ada background music dan grafik yang canggih tapi memang melecehkan sebenanrnya camtu.

    Yang penting lebih laju website tu loading lebih bagus, lagipun kita ni nak berniaga di internet bukannya nak jadi webmaster atau nak masuk pertandingan website canggih, yang penting jualan

  6. heheee.. bedebush! sejibik kena kat hidung! 😀 actually saya memang advocate website canggih tebabo! -dulu-dulu la. But sekarang tak lagi. Masa mendewasakan ku.. ceewah!

    Tips Irfan surely are the gist of banyak hal lain. Bottom line, it all boils down to -simplicity. Even complex things pun evolved from simplicity kan?

    My POV, as a professional in this field (boleh ker mengaku camtu? hahahaha.. tak malunya akuu.. 😀 hehee..) .. semua web actually is about “CONTENT”. Dan speaking of content, berita baik, cuma ada 3 perkara jer yg boleh buat ianya tebabo! a) Usefullness b) Uniqueness c) Updated.

    Kalau kita boleh nampak 3 perkara ni dekat satu2 website, I’m confident to say, that website bakal ngetop!

    Aesthetics, kecantikan or as Irfan put it “professional” (saya faham in terms of appearence) is actually “*consciously* boleh diabaikan” tetapi kalau menarik, professional, cantik (functionality ok) bakal menambahkan kredibiliti dan authority website (subconsciously)

    Alamak! Ter-bersyarah la pulak. Sorry la yer tuan tanah 😀 tompang lalu…

    ..i’ll continue this at my own blog la yer.. Maaf skali lagi.. 😀

    anyways, good tips as usual. Menyedarkan minda (mcm saya) yg selalu leka dengan text terbang2.. 😀 hehee..

  7. ingat ya, tip ini bukan untuk “design” as in “rekacipta” sahaja… tetapi lebih dari itu seperti: memudahkan pembeli membuat pilihan, memudahkan pelawat melihat harga, memudahkan pembeli membaca dengan lebih pantas, memudahkan pembeli menerima order, dan sebagainya…

    -IK

    ps: takpe tulis panjang2, sama sama berkongsi ilmu tu.

  8. saya suka tengok website yang simple & kemas dan tidak sakit mata.Bila simple, maklumat yang kita dapat pun cepat. Baru-baru ni saya upah designer untuk re-design web saya.Bila dapat je preview dari dia, saya tanya kenapa website tu simple sangat.Katanya “sekarang ni zaman grafik simple je,tak macam dulu”.

    Bila saya fikir-fikir balik bukan website je kena simple, tapi grafik pun kena simple jugak (tapi profesional)

  9. setuju sangat!

    saya pernah terjumpa website dimana site tersebut banyak sangat ad yg blinking plus lagu pulak tu! distracted!
    hahaha..

    apapun, website saya under construction…
    tunggu….

    ps: saya dah pun join workshop Irfan, berbaloi ; )

  10. Saya pengunjung setia blog ini sejak sekian lama, baru kali ini tergerak untuk menulis komen kerana saya rasa saya patut ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Irfan di atas tips dan motivasi perniagaan yang amat-amat berguna. Teruskan usaha murni ini, semoga jasa anda ini diberkati Allah.

  11. Salam semua, selama ini tak terfikir pun saya..ingatkan web yang canggih, bergerak2 sana sini yang boleh menarik perhatian pengunjung…rupanya terbalikk..terima kasih banyak Irfan dan rakan-rakan yang banyak bagi ilmu untuk saya yang baru celik internet ni..orang dah ke bulan..saya baru keluar dari gua..

    salam SAYANGI BUMI.

  12. 😀 heheee.. baik boss! Tabik! 😉
    setuju. setuju.. (tgh angguk kepala ni.. 😀 )

    Jeles dgn org yg boleh KISS, mcm Irfan (bukan statement bodek ni! :D). To me, it’s a tug-of-war still. But thats my problem.. hehee..

    ..isk! Dah tak tahu nak tambah apa lagi, cuba nak tambah something yg sounds wise, tapi….. itulah. The tips given said it all.

    err.. boleh tanya?
    How do you set your mind ataupun tune your mind to KISS? Anybody care to cerita sikit? Especially IK yg saya lihat terus-terusan dgn idea simple tapi killer.

  13. Salam.

    Simplify…Senang disebut, sedap didengar. Perlaksanaan!. Untuk saya, sesekali… masih wujud ‘tanda soal’. Itulah sebab gemar melayari ‘site’ ni. Saudara mengajar melalui pengalaman. Realistik dan begitu mendorong. Teruja dgn aplikasi konsep yg dinyatakan.

    Dua bulan lepas, saya beritahu pd seorg yg rapat yg sdg uzur. “Sembahyanglah duduk, takut luka jahitan di kaki terkoyak dan lambat baik”. Maklumlah pesakit ‘diabetis’. Beliau seolah kurang yakin (mungkin sebab tidak pernah dibuat) walau tahu ia dibolehkan dlm Islam.

    Melihat saudara mengutarakan persoalan ‘simplify’-hati berkata, agama juga mengajar kita begitu. Betapa berkaitnya hidup dan penghidupan. Skop mungkin berbeza. Matalamat masih sehala – mempermudahkan!

  14. Betul tu..
    Kadang2 kita terlalu kagum dengan design2 website dan blog tetapi setelah diperhatikan isinya tiada dan sukar untuk pelanggan mendapatkan sesuatu….

  15. skrg nie masih ada orang guna dial-up lagi,jadi klau tu lambat gilalah dia loading.
    apa apa pun kita uji muaatturun laman web kita di mana mana tempat seperti cyber cafe yang penuh sesak,rumah kawan yang masih guna dial-up.jadi,jika ada masalah kita buang apa yang berat berat,kemudian uji lagi.sehingga kita puashati.

  16. saya setuju jugak… memula memang rasa tertinggal tengok website yg lain begitu canggih manggih… bile pikir balik mmg complicated.. so saya decide keep it simple…masih ada juga yang menjengah…

Leave a Reply

Your email address will not be published.