Menjadi pemborong online

Sering bila fikirkan menjadi usahawan Internet, kita fikirkan untuk menjadi penjual kepada pengguna.

Satu model perniagaan yang kita terlupa adalah menjadi pemborong- iaitu jual kepada usahawan Internet!

Menjadi pemborong Internet memerlukan modal- terutama membeli stok secara pukal daripada pengeluar (biasanya pengilang). Namun, oleh kerana masih lagi merupakan perniagaan Internet, maka, kos dapat dikurangkan seperti kos premis, pekerja, dan overhead.

*Contoh, beli cover handphone (yang kain bergambar-gambar tu- saya tak pasti panggil apa :)) secara pukal dari pengeluar, kemudian, sediakan satu laman web menual cover handphone tersebut secara pukal- mungkin satu bundle mengandungiย 30 cover untuk usahawan Internet memulakan perniagaan.

Perlu ingat, lokasi Malaysia adalah amat strategik dan dekat dengan negara China, yang merupakan negara yang banyak menghasilkan produk-produk untuk dijual semula- ini akan mengurangkan kos penghantaran produk untuk dijual semula ke Malaysia.

Menjadi pemborong online- dapat mengsasarkan pengguna Internet seluruh dunia dan bukan Malaysia sahaja! Juga, oleh kerana ramai yang tidak nampak peluang ini, maka, persaingan adalah rendah!

Cuba janakan idea perniagaan bermodel sebegini. Apa yang anda boleh jual sebagai pemborong kepada usahawan-usahawan Internet sedunia? Siapa boleh memberi idea yang bernas akan dapat hadiah ๐Ÿ™‚

Hadiah saja… tu la, saya nak anda banyak berfikir untuk kebaikan anda sendiri, sanggup beri hadiah lagi! ๐Ÿ™‚ Contoh perniagaan jual handphone cover, tak aci, sebab idea saya ๐Ÿ™‚

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

1,371 thoughts on “Menjadi pemborong online

  1. oh ya, tak boleh lah senang2 dapat hadiah dnegan hanya sebut idea perniagaan pemborong sahaja!

    Perlu sertakan sekali “Mengapa anda rasa perniagaan borong tersebut adalah idea yang baik”

    Jadi, perlu ada:

    1: Idea perniagaan borong!
    2: Mengapa anda rasa idea tersebut adalah baik?

    Hadiah menanti… sesuatu yang BELUM dilancarkan lagi. jadi antara yang pertama memilikinya!

  2. Salam kasih sayang,
    Sekadar mencuba:
    – produk ‘herba pulih tenaga batin’ yg organik (ISO 14001)sambil meningkatkan kesihatan.
    Kenapa ianya boleh ‘berjaya’:-
    – trend ‘back to nature”
    – teknologi ‘bio organik’ sedang pesat berkembang.
    – masalah ‘tenaga batin’ ramai ‘malu tapi mau’, beli cara’online’ siapa pun tak tau he he..
    – ringan, murah tapi harga ‘tinggi’ di pasaran.
    tu jelah idea spontan pagi ni.
    Semoga diberkati. Amin…

  3. website belum ada lagi. baru blog2 aje dan dalam proses mengubah image “A step everyime” – adikrok.multiply.com
    Hemmmm!. Ini satu cabaran yang patut di sahut. Jangan marah
    Ok jenis perniagaan pemborongan untuk POTPURI.

    1. Pembekal dari Cina kemundian di pek didalam pek besar dan langsung di hantar pada pembeli borong.
    2. Mudah di dapati, ringan dan kos murah!..
    3. Ada side-kick juga, boleh menjual aromatic scent dbsg.

  4. salam irfan,

    sy x dapat pikir lagi idea apa sy nak bagi, tapi di sini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh dengan kemulian iaini bulan ramadan..

    semoga di bulan yang mulia Allah melipatgandakan lagi rezeki kita…

    sy dah dpt rezeki awal, dapat baby baru wife i baru bersalin pada 8/9 baru ni…

    semoga kelahirannya melimpahkan cahaya dalam hidup kami amin yarabbal alamin…

    JIKA HATI SEJERNIH AIR
    JANGAN BIARKAN IA KERUH,
    JIKA HATI SEPUTIH AWAN JANGAN BIARKAN IA MENDUNG,
    JIKA HATI SEINDAH BULAN HIASI IA DENGAN IMAN
    SELAMAT MENYAMBUT EID RAMADAN DARI SAYA SEKELUARGA.

    http://www.rizal.bizonline2u.com

  5. selamat pagi

    sebenarnya ni adalah salah satu dari plan dalam perniagaan online sy kerana sy sekarang telah menjalankan perniagaan borong barangan china secara offline. dan sy sendiri sekarang menetap di china.

    idea sy ialah untuk menjual barang aksesori wanita seperti kristal, jade, etc. ini kerana sy dapati dalam forum2 di malaysia ramai yang meniaga barangan2 ini. dan barangan ni pula bukan setakat orang malaysia je yang pakai, tetapi seluruh dunia.

  6. Saya rasa elok juga jual kelengkapan untuk menjadi seorang usahawan internet.. Mudah bagi mereka untuk melakukan serta dapat meningkatkan lagi jumlah usahawan internet..

  7. 1. Idea : Jual mainan.China memang pembekal besar barang mainan kanak-kanak.

    2.Idea borong ni bagus sebab kita jadi orang tengah.Kita tak perlu buat support,kita cuma supply dan jual.Bila jual borong pula sudah tentu dalam kuantiti yang banyak.Jadi kalau satu barang kita untung contoh RM10, kalau kita jual banyak barang secara borong untung pun berganda lah.Sedangkan penghantaran cuma kita buat beberapa kali je secara pukal.

    boleh jawab banyak kali tak ?

  8. oh saya terlupa nak bagitau รขโ‚ฌMengapa anda rasa perniagaan borong tersebut adalah idea yang baikรขโ‚ฌย

    Ini kerana permainan sesuai untuk mana-mana negara sekalipun.Kalau kita jual buku contohnya,tidak semua negara faham bahasa yang sama.Mainan ni kat mana-mana negara pun boleh diterima.

  9. boleh jawab berapa kali pun takpe ๐Ÿ™‚

    tapi, jangan fikir idea produk dari china sahaja! saya beri contoh je tu… kalau produk borong dari malaysia, lagi bagus- kos penghantaran jauh lagi rendah!

    idea terbaik akan menang hadiah ok… saya akan pilih pemenang esok ๐Ÿ™‚ mesti ada pemenang kali ini.

  10. Ok saya nak cuba lagi..

    1. Idea : Jual labu sayong.
    2. Mengapa anda rasa idea tersebut adalah baik? sebab Malaysia adalah negara Utama membuat labu sayong..Labu sayong bukan sahaja boleh dibuat tempat simpan air,malah kini ada pelbagai jenis labu sayong dan ada juga saya tengok dijual sebagai hiasan.Labu sayong dijadikan lampu tidur dsb.

    Ianya memang unik dan sudah pasti mendapat pasaran luas di luar negara.Sudah pasti ada yang ingin membeli secara borong untuk dijual di negara mereka.Jika di sini mungkin dijual sekitar RM10-RM30, dengan pasaran antarabangsa produk ini boleh dijual dengan harga borong USD10 setiap satu.

    Banyak lagi contoh produk Malaysia yang mendapat tempat di dunia antaranya Batik dan Tenun.

  11. 1. supplier maklumat
    2. menjadi pembekal maklumat untuk sesiapa yang nak melancarkan e-book secara online.untuk bisnes ini mestilah pembekal tahap intelektual yang tinggi. mempunyai fokus pada satu bidang tetapi pada skop yang meluas. bersedia dengan maklumat untuk setiap perunding sebelum di release ke blog atau web. tq dan selamt berpuasa.

  12. Mungkin juga boleh jual borong t-shirt kosong secara borong kepada usahawan baru yang ingin memulakan bisnes t-shirt printing dengan kelebihan kretiviti design mereka.

    Bisnes ni dijangka ‘HOT’ jika kita bijak membina sesuatu untuk sesuatu.Banyak persatuan, sekolah, kelas, keluarga, pasukan sukan dll yang boleh disasarkan.Individu yang nak jadikan kenangan cinta mereka juga boleh disasarkan.

    Nak bagi t-shirt pada penanggah majlis kenduri kawin pun boleh,tulis kat situ “MAJLIS PERKAHWINAN ZUL&ANA”. Sapa berani mulakan trend ni pasti dia MELETUP kemudian hari macam makan ala buffet di majlis kahwin.

  13. ok saya cuba…

    1: Idea perniagaan borong:
    t-shirt2 menarik dengan pelbagai slogan motivasi di bahagian depan atau belakang..slogan motivasi tersebut ringkas tetapi powerful..saya akan import dari negara jiran spt thailand.

    2: Mengapa anda rasa idea tersebut adalah baik?
    Kerana semua orng kene pakai baju(tshirt)..hehe.pasaran yang luas..plus with motivation seseorang itu akan lebih confident..

    ok,jgn curi idea saya..haha..haram tanpa kebenaran saya.. haha..

  14. Askm….

    Saya rasa bisnes produk yang sesuai dengan tajuk di atas ialah kasut..Saya adalah salah seorang staff yang bekerja di sebuah syarikat import/eksport.

    Kami mempunyai ramai supplier yang import kasut dari luar negara masuk ke Malaysia, hinggakan melebihi 10 contr (40′) 1 bulan.Mungkin ini boleh jadi salah satu perniagaan online secara borong.

    Maknanya,market di Malaysia untuk produk ni besar.Kasut dari China sangat murah,bila sampai di Malaysia boleh di pelbagaikan dengan menambah manik,labuci atau aksesori lain bagi mencantikkan lagi kasut tersebut.Kemudian jual online…

    Boleh tak doc?

  15. Idea saya:

    Borong barang2 keperluan bayi, kanak2, maternity luar negara yg susah nak dpt di Malaysia. Contohnya trainer pants, dan juga character toys/soft toys mcm teletubbies, blues clues, pingu etc yg even kat toys r us di sini pun tak available berbanding dgn di UK, US dan seumpamanya.

    Knp idea ni menarik:
    Ramai ibu bapa macam saya yg cuba mecari benda2 ni di market tp sama ada sukar di dapati atau pilihan sgt terhad, dan harga sgt mahal. So, klu kita ada kontek di negara2 pembekal, kita blh dpt dgn harga murah dan boleh jual online secara runcit, juga blh buat option utk peniaga kedai mainan dan gift shop di M’sia dan negara2 asia tenggara yg lain utk beli scr borong kita.

    Mcm character toys tu, ramai yg demand sbb kartun2 tu semua dah glamer di rantau ni dgn adanya siaran satelit spt astro. VCDnya pulak senang nak dapat. Cuma mainan dan video gamenya saja yg susah sgt nak dpt di sini. So, dpt kita solve problem parents yg mencari brg2 ni.

    Mazny:~ ucapkan selamat berpuasa buat Irfan, wife dan keluarga. Juga buat semua members di Tip 1 Minit. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik dan sempurna tahun2 sebelumnya… amin…

  16. slmt tgh hari ,
    saya rasa jual produk kegunaan wanita.

    knp?
    sebab ramai wanita yang online berbanding lelaki. jadi pemborong boleh jualnya dengan mudah.

    han

  17. Er, saya cadangkan jual pen ive jer. Tapi tengok trend sekarang la dia orang jual berapa capacity punya.

    Rasionalnya mudah:
    1. Semua orang pakai.
    2. Ringan dan kecil.
    3. Kos penghantaran yg murah.
    4. Permintaan tetap ada.

    Aku nak hadiah!!!!!

  18. Idea ni dah lama saya fikirkan, tapi x tau nak start macam mana. Menjadi pemborong Jersey Bola spt ManU, Chelsea, Barcelona dsb.. Sebagai pemborong, kita dapatkan stok secara pukal di Thailand. (kerana nilai matawang disana rendah berbanding Malaysia) Then, bukak satu website, jual kpd peniaga2 di Malaysia.

    Saya rasa idea ni baik kerana pasaran meluas, ramai peminat fanatik bola ingin mendapatkan jersey kegemaran mereka tetapi x mampu kerana harga mahal smpai 2,3 ratus. Kepada peniaga2, mereka x perlu bersusah payah ke luar negara utk dapatkan bekalan.

    Sekian.. (Sape nak amik idea ni, amik lah.. Rezki adalah ketentuanNya) ๐Ÿ™‚

  19. saya baru saja berkomunikasi dengan seorang top seller di ebay.

    saya menawarkan produk borong minyak wangi.

    saya dalam proses menyediakan laman web shopping cart utk membeli produk minyak wangi secara borong.

    kelebihan, kita dapat menjual dengan kuantiti yang banyak dan meminimakan kos penghantaran dan pembungkusan, menjimatkan masa, stok dapat dihabiskan dengan cepat, keuntungan dapat digandakan.

    saya rasakan idea menjual winyak wangi ini adalah idea menarik kerana permintaan dari pembeli sentiasa ada lebih-lebih lagi harga ditawarkan lebih murah dari biasa. Dan ia terbukti saya berjaya menjual sebanyak 60 botol dalam masa 2 minggu.

    p.s: saya akan segera siapkan shopping cart.

  20. Salam,

    Saya nak cuba juga sebelum nak p surau ni dha lewat pula..

    1. Idea : Menjadi pemborong batik ke seluruh dunia. Termasuk juga sutera Malaysia.

    2. Mengapa? : Sedia maklum batik mempunyai pasaran meluas sehingga ke London. Namun bekalan yang sedia ada di London hanya beberapa kedai. Begitu juga di tempat lain. Jika batik diterima sebagai satu barang yang menarik oleh luar negara dan dari dalam Malaysia sendiri, kenapa tidak komersialkan. Itu juga yang dapat dilihat dari apa- event yang dibawa Malaysia ke luar negara. Mesti ada barang2 Malaysia akan diperkenalkan pada pameran2. Batik adalah antaranya. Batik sesuai di pakai bila-bila masa. Jadi, ia ada penggemar tersendiri dan boleh dikomersialkan. ๐Ÿ™‚

    p.s : Selamat Menyambut Ramadhan!

  21. Assalamualaikum Irfan..

    Tq di atas tip hari ni, sy amat2 menghargainya. Sy tak terfikir & xtahu langsung ttg adanya pemborong online mcm ni.

    Idea: Menjual makanan ringan Malaysia.

    Mengapa Idea ini baik?:
    Bayangkan terdapat berbagai2 makanan ringan yg ada di Malaysia. Setiap negeri ada keistimewaannya yg tersendiri.
    Kita blh nichekan dia dan link kan di antara satu website dgn yg lain. Sudah tentu ianya akan mendpt sambutan yg menggalakan world wide.

    Tq…

    Ps: Selamat berpuasa kpd Irfan & semua..

  22. saya cadangkan jual produk berasaskan gamat, contohnya sabun mandi dan ubat gigi, akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

    rasionalnya;
    1. mudah didapati di negara kita
    2. pengeluar/pengilang memang berasal dari malaysia
    3. bangga dengan barangan buatan malaysia
    4. hari-hari orang mandi dan berus gigi

    sekian..

  23. idea
    jual barang buatan sindri – contohnye, kaum perempuan nie suka mengait2 benang2 besar tuh..bolehlaa buat anak patung utk key chain. dan macam2 lagi

    rasionalnya
    1.modal tak braper besar.
    2.takde masalah dengan pembekal – seperti diketahui pembekal nie suka main ngan stok dan harga
    3. yang paling penting, org malaysia nie mmg kreatif cuma tak tahu camne nak expose dan guna skill yang ada

  24. WAKTU PUN TAMAT… keputusan telah dibuat ๐Ÿ™‚ย 

    Terima kasih atas idea-idea yang diberikan, tetapi, malangnya, saya boleh pilih seorang sahaja pemenang!

    Kebanyakan idea yang diberikan adalah baik. Beberapa idea yang tak berapa baik pun ada oleh kerana bukan merupakan barangan yang ideal dijual online. Tak semua produk boleh dijual online- jadi, amat sukar untuk memborong produk2 tersebut…

    Jadi pemenang yang dipilih adalah…

    “Borong barang2 keperluan bayi, kanak2, maternity luar negara yg susah nak dpt di Malaysia. Contohnya trainer pants, dan juga character toys/soft toys mcm teletubbies, blues clues, pingu etc yg even kat toys r us di sini pun tak available berbanding dgn di UK, US dan seumpamanya.”

    Tahniah kepada Mazny. Sila email alamat penghantaran anda ke info@rahsiainternet.com

    Hadiah yang dimenangi- CD Audio motivasi kewangan saya yang pertama “Wang & Anda”. Belum lagi terdapat di pasaran. Anda salah seorang yang paling awal memilikinya. Tahniah!

    Oh ya, sebab boleh menang: Kerana memikirkan asas sesuatu perniagaan, iaitu, mencari PENYELESAIAN kepada MASALAH.

    Saya & isteri sebagai parent juga mengalami nasib yang serupa- nak cari barangan toys yang “imported” untuk anak-anak amat susah, di Malaysia. Sehingga perlu beli diluar negara. Kan ke senang kalau ada usahawan tempatan mengimport produk2 mainan/baby yang sukar didapati di Malaysia. Kebanyakan produk tersebut dihasilkan di China/Indonesia dan juga Malaysia sendiri. Tetapi, tidak dijual di sini.

    Tahniah sekali lagi!
    A very viable business idea.

  25. assalamualaikum..

    akhirnya terjawab sudah..alhamdulilah!!! idea yg bernas..

    “keusahawanan kerjaya pilihan” ๐Ÿ™‚

  26. Waah, bagus tu dapat CD.

    pada 11/9 ptg baru ni, ada pi berkelah bersama family di pantai Teluk Kemang tak ? Saya nak tegur tapi takut tersalah orang. Tapi firasat tu macam Masa tu saya bersama family di depan gerai minum tepi pantai tu. Dok lihat, betul ka yang turun dari kereta putih dan membawa tikar mengkuang ni irfan ? atau iras saja. ๐Ÿ™‚

  27. Eh?? Cam tak cayo jeee den yg menang!! Hahaha…. First time menang peraduan/pertandingan… Selalunya jarang bernasib baik ๐Ÿ™‚ Thanks kerana mengiktiraf idea saya yg dah lama ada dlm fikiran ni. Nampaknya lepas ni boleh la usaha untuk merealisasikannya.. In fact, something yg patut diteruskan! Thanks again! Muchas Gracias!

    Mazny – seronok dpt jadi among the first yg memiliki CD Motivasi Wang & Anda!

  28. Salam

    First nak bg tau saya ada embroidery machine(6 head) dan automatic t-shirt printing machine yang harga nya hampir 400k.(Pinjaman Bank). Ramai yang cakap jual t-shirt on-line(kat internet). Camana nak jual tu? Kalau jual tepi jalan, kita bukak meja. kalau kat internet, perkara pertama yang harus saya buat adalah…….?

    Sori la geng, saya buta IT sikit. Semua cakap jual online,jual online…camana?

  29. Salam sejahtera,

    Topik yg bagus ni.

    Idea: Membeli Idea dan Menjual Idea.

    Mengapa Idea ini baik?:
    Idea yg terlintas difikiran belum lagi boleh dipatenkan. Bila idea sudah menampakkan hasil barulah perlu dipatenkan.. Apa benar ker?

    Orang mencipta barangan hasil pd idea akan mempatenkan ciptaan mereka. Kerana itu idea orang M’sia ini perlulah dikumpulkan dan dijadikan satu Arkib yg harus dipertahankan.

    Walau sekadar petua sekali pun itu dikatakan idea jugakkan. Keluar peluh ker nak dptkan idea..?

    Kalau nak dikatakanlah Kitab Al-Quran itu pun sudah dipatenkan oleh yg Maha Esa. Pasti terpelihara dan tidak akan terpesong maksud asal kata-kata dlm Kitab Al-Quran itu dari zaman Rasulullah hingga masa kini.

    Mencari idea kadang-kadang tu dtb sebagai ilham dan ada pula dari tidurnya.. Allah suruh mencari kurnia dgn jln berniaga. Spt firmanNya:
    “Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban.” Surah Al Kauthar: Ayat 1-3;
    Pendek saja ayat itu namun penuh dalam maksudnya.

    Spt memberi idea bagaimana utk menjana wang melalui perniagaan internet ini dikira kan sebagai usaha jalan ‘fiisabillah’ memperjuangkan kemiskinan masyarakat supaya lebih celik IT.

    Komputer yg ada dirumah kalau sekadar utk urusan simpanan badget rumah amatlah terhad penggunaannya. So fikir-fikirkan dan amalkan..
    Terima kasih..

  30. saya pun tengah cari pembekal kasut lelaki dan wanita tapi tak tahu cara nak dapatkan supplier supaya dapat bersaing dengan peniaga2 dari bangsa lain

  31. KALAU ADA SESIAPA DAPAT TOLONG BERI MAKLUMAT BAGAIMANA UNTUK BERNIAGA PRODUK DARI CHINA-TOLONG HUBUNGI SAYA.

  32. saya ingin berdagang produk dari China/malaysia khususnya makanan ringan dan mainan (puzzle )
    jika ada yang tau tolong informasi ke saya
    terima kasih

  33. salamm….

    Saya ingin mencari pemborong utama bagi

    barangan tudung dan baju kebaya..

    jika ada sesipa yg tahu bagitaulah…

  34. Saya ada menjual tudung dari Jakarta, Indonesia mmg cantik berlainan dari yg dijual di kedai fabrik bagus tidak panas, harga dari RM45.00 keatas bergantung kepada saiz.Ada sesiapa yg berminat????

  35. salam…sy mjual gelang magnet untuk kegunaan sendiri ataupun secara pukal utk berniaga..sila email sy utk mendapat harga anda..ejen diperlukan tanpa sebarang modal..
    r_mie1346@yahoo.com
    Kebaikan gelang magnetik
    o Meneutralkan pH dalam badan
    o Melancarkan perjalanan darah
    o Meningkatkan oksigen dalam badan
    o Mengurangkan kebengkakan (cellular)
    o Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan
    o Mengawal kencing manis
    o Melegakan kesakitan otot dan sendi
    o Meningkatkan tenaga batin

    Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai
    o Kebas
    o Pening kepala
    o Sakit perut
    o Susah tidur
    o Sakit
    (kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada keseriusan jenis penyakit yang dihadapi)

    PENAFIAN/AMARAN:
    Alat ini telah direka dengan teknologi tinggi khusus untuk tujuan yang diinginkan dan bukan untuk mengesan, mengubati, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Tidak disyorkan untuk wanita mengandung dan mereka yang memakai peransang denyut jantung. Jika ragu, rujuk kepada doktor anda sebelum memakai.
    lang magnet

  36. salam…
    sya teringin membuka satu kedai buku terutamanya buku2 luar negara yg dapat dijual dgn harga murah…..buku2/majalah2 baru ataupun yg secondhand (lama) ataupun yg di reject/tak abis stok oleh kedai2 buku yg terkenal

  37. menjadi pengedar tudung bawal dengan sutera songket punyai market yg sgt luas..tp pastikan ada direct deal bukan mengambilnya dari org tengah – eila . tudung-online.com

  38. saya jual minumanringan budak.yg bernama icepop.cap brg sy lovely pop.sy cari pembeli di malaysia.yg berminat contact 012-6947514

Leave a Reply

Your email address will not be published.