Mendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?

Tak kira apa sahaja perniagaan yang anda jalankan, atau ingin mulakan, peluangnya adalah perniagaan tersebut sedia mempunyai pesaing. Sering kali, pesaing yang ramai.

Oleh itu, bagaimana caranya untuk mendapat dan merebut pelanggan dikalangan pesaing anda?

Salah satunya adalah dengan menggunakan Internet untuk mendapat pelanggan tanpa had kepada apa sahaja perniagaan anda.

Secara offline, mungkin kita dapat berjumpa dengan 2-3 prospek perniagaan sahaja sehari. Namun, dengan adanya Internet, anda boleh “berjumpa” 200-300 atau 2000-3000 atau lebih sejari! Bayangkan sambutan pada perniagaan anda dengan penambahan prospek sebegini.

Apa yang anda perlukan sebagai permulaan adalah – akaun Facebook (mungkin anda sudah sedia punyai) dan juga Blog. Soalannya, blog atau Facebook adalah baik? Jawapannya…

  • Blog berfungsi sebagai platform promosi perniagaan anda oleh kerana enjin pencari seperti Google, Yahoo & MSN lebih cenderung menyenaraikan blog di hadapan enjin pencari secara percuma- tiada kos kepada anda!
  • Facebook pula berfungsi sebagai platform membina hubungan bersama prospek dan pelanggan anda. Membina hubungan adalah amat penting dalam membina jenama (seperti yang dikongsikan di FORMULA FACEBOOK)

Gabungan Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpahad untuk apa sahaja perniagaan anda- tak kira produk, perkhidmatan atau perniagaan sedia ada secara offline! Keduanya adalah baik.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

13 thoughts on “Mendapatkan pelanggan menggunakan BLOG atau FACEBOOK?

  1. Terima kasih IK.

    Setuju dengan strategi Blog + Facebook. Saya mempunyai akaun FB tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagai medium pemasaran. InsyaAllah saya akan gunakan kelebihan yang ada pada FB seperti yang diterangkan.

    Aaron Imran
    CapaiMatlamat.com

  2. online dan offline perlu digunakan sebaik-baiknya sebab kebanyakan orang tengok internet nak cari free stuff je. dari segi offline lagi senang jual contoh jual lauk di bazar. orang2 kita takkan beli lauk secara online ni hehehe. lagi satu senang jual offline berbanding online ialah minyak wangi, kalau saya tak tahu bau dia macamana jangan haraplah saya nak beli minyak wangi tu haha. anyway,tak dinafikan ada kelebihan jugak jual secara online.

  3. Terima Kasih IK.

    AlhamdulilLah, saya dah cuba gabungan 2 kaedah ni blog + facebook..

    Kadar conversion rate 1000 klik pelawat iaitu 0.4%..

    Soalan saya:
    1) Adakah saya perlu perlu menggunakan kaedah email marketing (autoresponder)..?
    2) Adakah saya perlu increase bilangan pelawat misalnya 4000 klik menggunakan facebook atau google advertising..?

    Hmm, lagi satu IK, nak bertanya.. saya cuba gunakan pemasaran offline (brochures).. hairannya 1000 brocuhes dapat convertion rate 3.5%..

    Saya buntu dan hairan.. sebab apa offline lagi tinggi.. (maybe design blog kureng.. kott, grafik saya failed. Kena minta upah org wat.. 😉 )

    Terima Kasih kerana meluangkan masa menjawab!

    P/s: Facebook Ik dah lebih limit ke..?? Nak add x dpt.. Mekaseh..

    http://www.fb.me/fathi.afif

  4. salam bro..
    untuk penjualan barang fizikal..
    memang sukar untuk dipercayai..
    saya pernah mencuba..tak tau la.. mungkin traffic rendah kot..mentaliti di malaysia..lebih suka merasa..memegang b4 melakukan pembelian..

  5. masa mula-mula buat bisnes online memang ramai yg minta nak jumpa. Kebanyakan saya tak dapat business deal sebab keengganan saya utk berjumpa. Ya lah saya buat 100% online business tak kan nak jumpa pula jika saya boleh menjawab dan memenuhi permintaan pelanggan saya secara online. (Buat pengetahuan saya ialah Website designer dan laman web saya ialah http://www.ilhamcipta.com)

    Lama-kelamaan saya mula mendapat pelanggan yang memahami urusniaga secara online sepenuhnya. And yes, blog and facebook does helped a lot!

  6. As salam sifu IK,

    Betul tu apa yang sifu nyatakan. Buat masa ini shamsul lebih fokus pada email marketing + blog. Conversion rate memberangsangkan. Insya-allah dengan tips yang sifu berikan, akan cuba menggabungkan pula Email Marketing + Blog + Facebook adalah senjata utama dalam mendapat pelanggan tanpahad untuk apa sahaja perniagaan yang saya jalankan.

    Thumb up to sifu ..

    Shamsul
    blog.copynpastemillionaire.com

  7. Memang benar apa yang IK tuliskan. Gabungan blog dan FB inilah yang telah membawa saya ke dunia perniagaan yang lebih persaingan.

    Dahulu, saya seperti seorang usahawan yang ‘syok sendiri’ dengan apa yang saya lakukan. Setelah mengaplikasikan penggunaak blog dan FB, saya dapat lihat peningkatan. Sambutan memang menggalakkan. Alhamdulillah…

    Semoga bisnes kita semua akan bertambah maju… Amin…

  8. Amat tepat tulisan IK. Blog dan facebook menawarkan peluang promosi yang amat hebat!! Semua orang gunakan internet terutamanya facebook, cuma perlu tahu gunakannya sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.