Minggu lepas, Alhamdulillah, saya telah memenangi satu award.
“Malaysia Top Achievers 2019 – Leadership Excellence in Online Marketing”
Award yang ke berapa dari dalam negara dan juga di luar negara saya pun dah agak lost count sejak 2005. International award saya yang pertama adalah dari United Kingdom tak silap tahun 2007. Syukur kerana diberi penghargaan.
Namun, saya tidak mengumumkannya minggu lepas di media sosial saya oleh kerana… saya terlupa!
Bukannya apa, bagi saya, award adalah sekadar penghargaan atas pencapaian. Memang saya bersyukur, dan berterima kasih oleh kerana mendapat pelbagai award menghargai apa yang saya lakukan, berkongsikan ilmu perniagaan, tetapi, saya lakukan bukan kerana award. Saya lakukannya kerana minat saya menyampaikan ilmu dan melihat orang lain berjaya. Itulah reward bagi saya.
Jika anda telah membaca ebook saya 9 dari 10 “Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur” (kalau belum, dapatkan di www.9dari10.com), tentunya anda telah membaca salah satu penghargaan diberi kepada saya dan juga menolaknya adalah gelaran “Dato”. Beberapa tahun lepas, ianya diberi, tetapi dengan rendah diri saya menolaknya.
Sekali lagi, bukan tidak bersyukur atau tidak berterima kasih. Tetapi, itu bukan matlamat saya.
Sejak dulu lagi saya tidak gemar pada gelaran pada diri sendiri. Apatah lagi jika orang memanggil saya “Dato”. Tak salah, malah, ianya gelaran yang sangat dihormati di mata masyarakat Malaysia.
Namun, jawapan mudah bagi saya adalah, saya tidak selesa. Itu sahaja alasan yang saya ada. Saya tidak selesa dipanggil sebarang gelaran.
Saya juga akui, award dan gelaran akan menambahkan lagi peluang dalam perniagaan. Lebih banyak jalan dan peluang perniagaan yang akan dibuka atau diberikan jika seseorang itu mempunyai gelaran “Dato”. Orang ramai akan lebih membuka mata pada seseorang yang bergelar “Dato”.
But at the end of the day, saya masih lagi berpendapat, jika mempunyai skil, strategi, teknik dan ilmu yang mendalam dalam bidang perniagaan, sebarang award atau gelaran tidak penting pun. Ianya adalah sekadar penghargaan.
Jika dilihat usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia, bukan sebab gelaran Dato pun. Sebabnya mereka berusaha dengan sangat-sangat gigih bertahun-tahun sebelum memperolehi sebarang gelaran. Ada ataupun tiada gelaran tersebut, bagi saya, mereka tetap akan menjadi usahawan yang berjaya oleh kerana tabiat dan work ethics mereka yang excellent yang seringkali bermula dari zero bertahun-tahun yang lalu.
Namun juga, dilihat di sudut yang lain juga, ada juga yang menyalah guna gelaran “Dato” itu. Ada juga mereka yang bergelar Dato yang menipu orang, menindas orang, menyeleweng, mencuri dan macam-macam lagi. Anda pernah dengar tak? Pastinya pernah kan…
So bagi saya, ada gelaran atau tiada gelaran, sama sahaja.
Bagi anda bagaimana pula? Kongsikan pendapat anda di ruang komen ya!
Matlamat saya adalah untuk berkembang ke peringkat global. Pangkat “Dato” tidak bermakna pun di luar Malaysia. Orang luar Malaysia tak faham pun. Alhamdulillah kini dah nak masuk 4 tahun menjalankan perniagaan di peringkat global.
Poin saya dalam penulisan saya kali ini adalah, lakukan apa yang anda suka dan selesa. Tidak perlu “follow the crowd”. Lakukan sepertimana yang anda mahu bukan kerana sebarang award ataupun sebarang gelaran. Jika dapat, syukur Alhamdulillah atas anugerah yang diberikan. Jika tidak, ianya tidak penting.
Saya pasti anda mempunyai matlamat yang lebih besar dan niat yang lebih bermakna dari sebarang award atau gelaran.
Namun, ucapan terima kasih kepada penganjur MATA 2019 atas MALAYSIA TOP ACHIEVERS AWARD 2019, LEADERSHIP EXCELLENCE IN ONLINE MARKETING atas penghargaan anugerah tersebut. It will motivate me to strive for excellence even more in the future.
Lebih penting lagi, kepada anda yang membaca ini oleh kerana, bagi saya, REWARD terbaik untuk saya bukanlah pada award atau anugerah, tetapi atas SOKONGAN ANDA yang tak terhingga membolehkan saya sentiasa berkongsikan ilmu. Tanpa anda, tiadalah award ni di anugerahkan pada saya.
Thank you from the bottom of my heart!
Love ?? from Dubai,
IK
PS: Jika nak tahu perjalanan, teknik dan strategi perniagaan saya yang bermula sebagai usahawan one-man-show dan kini berkembang ke peringkat global, lawati www.9dari10.com. Banyak teknik dan strategi untuk anda sebagai usahawan atau bakal usahawan di sana!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021