Kes-kes kena tipu di Internet, malangnya ada juga terjadi. Selalu ketika saya memberi ceramah mendapat soalan-soalan seperti “Boleh percaya ke perniagaan Internet ni?”
Jawapan yang boleh saya berikan adalah, bukan perniagaan Internet sahaja. Perniagaan bukan Internet pun ada juga tipu (betul kan?). Perniagaan MLM pun ada juga tipu. Perniagaan mail order juga, ada tipu.
Ianya bergantung kepada individu (perniagaan) sama ada nak tipu atau tidak. Internet sendiri bukan salahnya. Selain daripada peniaga, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak ditipu. Selalu juga pengguna Internet datang kepada saya dan tanya “Betul ke skim ni?” atau “Boleh jadi kaya ke kalau buat macam ni?” atau “Email yang saya terima ni betul ke boleh jadi kaya?”.
Berhati-hati bila…
- Ada pakcik dari Nigeria meninggal dunia dan perlu bank account number anda di MalaysiaΒ untuk menyimpan dana bermillion ke bank akaun anda.
- Pelaburan yang tidak mempunyai backup atau bukti yang nyata. Ada yang hilang beribu ringgit.
- Hantar email kepada ramai-ramai dan ubah kedudukan nombor bank akaun peserta pertama, menjadi kedua dan sebagainya. Kadang-kala digunakan istilah “sumbangan ikhlas”
- Perniagaan Internet yang tidak jujur seperti posting tahun lepas di sini
- Tiba-tiba dapat email dari Spain kata memenangi lottery, dan mereka perlu nombor akaun anda untuk masukkan wang yang dimenangi.
- dan banyak lagi… kut anda boleh tolong tambahkan π
Ada juga di antara skim-skim ni menggunakan nama saya contoh “Dr Irfan Khairi jutawan muda telah memperolehi berjuta melalui Internet, anda bila lagi? sertai skim-skim ini amat mudah menjadi jutawan Internet… “
Cuma ingin mengingatkan pembaca, saya tidak pernah pun menyertai skim-skim di atas untuk memperolehi pendapatan. Nak memperolehi pendapatan lumayan di Internet, caranya adalah consistent hard work. Jalankan perniagaan secara sah dan jujur.
To make a million, tiada short cut. Sering ingat-mengingati rakan-rakan takut ramai yang terjerat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebab ramai yang nak kaya dengan mudah dan cepat, maka bertambahlah skim dan scam untuk take advantage of the situation. Mungkin anda mempunyai pengalaman?
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
hehe. artikel hari ni memang mengena pada sasaran :p
I was thinking about this too. Bukan setakat di Internet saja, sebab, when there’s demand and supply, there’s always be con artists around, so beware!
Saya setuju dengan tip hari ini. Tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan atau kekayaan.
Orang yang kaya adalah sipenipu dan yang nak kaya cepat masih ditahap lama. “Sipenipu berusaha untuk berjaya sedangkan yang nak cepat kaya asyik kena tipu” π
Melambak perniagaan di internet yang menipu dan kita perlu ilmu untuk menilai yang mana betul dan yang mana ‘SIPENIPU’. Itulah yang Doc. selalu sarankan baca buku/tambah ilmu π faham-faham sendirilah. Tepuk dada tanya selera.
Hisham;
“Tiada Jalan Singkat”
“Kita kejar dunia; kita akan dapat dunia saja”
“Kita kejar akhirat (buat baik-baik, biar betul-betul, jagan main-main); dunia akan kejar kita” π
tip yg bagus.
sesetengah tu dah memang tahu benda tu tipu tapi ada peluang join awal.
saya ada masuk pelaburan ******x , tapi since mufti n ulama2 mengatakan yang ianya haram, saya x join dah.. wang untung yang saya dapat akan saya bagi pada tabung2 yang bersesuaian…
barulah lapang hati saya sekarang…
Memang banyak sangat skim2 cepat kaya yang ada pada hari ini.. dan kebanyakannya menggunakan medium internet untuk beroperasi, so ini sedikit sebanyak telah menjejaskan pandangan masyarakat terhadap Perniagaan Internet yang sebenar..
Saya nak memberi cadangan nie π kalau boleh menulis satu laporan khas (secara terperinci) berkenaan dengan skim2 tipu nie.. kemudian diedarkan untuk tujuan pendidikan kepada masyarakat π
– org bodoh adalah yg tak mau belajar
– org rugi adalah yg tak nak amalkan ilmu
– org malang adalah yg mengulangi kesilapan
– org zalim adalah yg dpt untung atas kerugian org lain.
Hati-hati di manakah kita…..
Membaca post hari ini teringat kali pertama kenal dan dunia perniagaan internet. Bermula dengan mendapat sms yang menggunakan nama untuk menipu. Konon ianya “diasaskan oleh jutawan internet Malaysia”. Saya guna search enjin untuk cari nama kat internet pastu jumpa semua laman web :-). Ni yang membuka hati saya untuk menceburi perniagaan internet.
Sokong dengan post hari ini.. tiada jalan mudah untuk berjaya. Anda boleh dapat wang dengan internet, contoh macam sendiri dan ramai lagi. Namun anda juga boleh kehilangan wang jika tidak hati-hati. Ramai yang dah terkena..
Saya nak tambah satu teknik kini dengan menjual ebook yang kononnya boleh menghasilkan wang ribuan ringgit sekelip mata mengikut formula dari ebook tersebut. Betul ke? π Anda jawap sendiri he..he..
Internet adalah media yang sangat bebas dan terbuka.. Pelbagai cara orang buat untuk memanipulasikan internet.
Kalau ada penguatkuasaan atau undang-undang siber, mungkin kes-kes seperti ini boleh dikurangkan.
Terlalu bebas pun susah juga…
Kata laluan untuk kena tipu ialah: `TAMAK`. Manusia tamak mmg senang kena tipu tak kira melalui internet atau apa-apa sahaja.Jangan salahkan internet krn itu salah satu cara berinteraksi.
Kita yg asalnya tak ada apa-apa terus timbul perasaan tamak nak dapat lebih bila dijanjikan bulan dan bintang. Saya senang aje. Setiap kali ada orang approach saya tentang apa saja yg mencurigakan, saya tetapkan pendirian `Dia ni nak paw duit aku supaya duit dalam poket aku berpindah ke poket si penipu ni ! Jadi si putar alam ni cakap apa pun mmg tak jalan.
Betul tu Ini semua menyebabkan orang kita malas berusaha. Ayat yang sering di gunakan duduk diam2 (goyang kaki) dapat duit. Setahu saya yg ‘goyang kaki’ dapat duit tu keja tukang jahit jerr… π
Saya setuju dengan marilah kita sama2 sedarkan mereka yg masih lagi percaya skim2 seperti ini. Saya ada sedikit ulaskan bab ini di dalam blog saya sebelum ini.
salam n selamat sejahtera ……….
sy yakin apa yg Irfan terangkan adalah sisipan dari apa yg berlaku kebelakangan ini. terima kasih Irfan. kami yg masih merangkak dalam dunia perniagaan internet tercari2 kepastian mengenai ini ……….. akhirnya terjawab semua jawapan. Irfan seperti mereka yg lain. sy harap di lain kali boleh terangkan tentang ini dgn lebih detail.
tiada jalan mudah untuk berjaya. selain usaha yg berkekalan. bagi sy ……….. biarlah sesuatu kejayaan itu datang dari sumber yg berkekalan.
terima kasih pada post yg cukup bermakna.
Saya percaya…isu kepercayaan dalam bisnes cukup penting…saya masih ingat yang posting pasal beli keropok tu…hilang customer…saya ucapkan tahniah coz x terlibat dengan skim2 tersebut..malah ingin membantu orang2 di sekeliling untuk berjaya…Syabas
Nak cepat kaya? MSI – Multiple Stream of Income . konfem cepat kaya. Kalau ader 100 income stream with each one put 100s in your pocket, mmg betul2 cepat kaya. Cumanya income tuh dari mana kener tgk gak, kalau elok sumbernya,maka berkatlah income tuh. Kalau tak, kejap jer duit tuh habis.. π
Org melayu kita mudah lupa, yg skim2 sebegini dah ada dari dulu lagi (Pak Man Telo) . tapi diikutkan jugak … sedih gak .
Apa yg boleh kita buat is sama2 educate org melayu kita khususnya dan jugak rakyat Malaysia secara am-nya dalam isu bisnes internet.
Bak kata-kata sapa tah: “Internet is just a tool, like a hammer. You can use it for good cause, like build a house. or you can use it for evil doing,like killing a person. Choose what you want to do with your tool” .. i choose to make money with it π
saya yakin kita yg faham skim cpt kaya ni dah berbuih ckp, tapi kita dianggap tak ikut perkembanganlah,dengki dan mcm2 lg. Tapi kalau Irfan tulis dgn fakta dan angka, kita smua blh tlg print bnyk2 dan sebarkan. promosi tu…….yg pntg ikhlas.
Salam Ceria…
Pada saya pernipuaan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila sahaja…yang penting kita perlu ada ilmu berkaitan agar tidak tertipu…Kebetulan semalam seorang kawan bertanya,”boleh percaya ka urusan online ni,kan banyak penipu”…saya kata,”saya dah terlibat dengan banyak urusniaga online,dan setakat ini belum tertipu…setakat ni la”…Kesimpulannya ilmu kena ada…
bagi saya, internet adalah satu medium komunikasi dan sumber maklumat sahaja, terpulang pada penggunanya..saya pun dah pernah kena tipu.. bagi yang masuk internet semata-mata nak cepat kaya, memang selalu terjerat la, sebab nak shorcut mau jadi jutawan.. jadi, berniagalah dengan jujur dan buat program yang halal, macam Adsense atau Adbrite..memang wang senag di cari, tapi perlu kena pada caranya.
“Apabila lampu bergemelapan dan api dinyalakan, perangkap telah mula dipasang. Manusia-manusia kelkatu yang pendek akal dan mahukan jalan singkat tentunya menggamit cahaya itu. Dan esok paginya ,mereka jatuh terkapar-kapar dan barulah disedari cahaya sementara itu adalah penipuan semata-mata.Namun sayangnya semuanya sudah terlambat.”
sebelum baca buku-buku perniaggaan internet sebenar, dah banyak kali aku kena tipu, sistem xxxxxxx la, mail order partner la.. dan macam-macam… skang tengah zero(tak de haper), lepas ni kalau ada kemampuan,nak tumpu pada perniagaan internet sebenar, perniagaan yang memberi “short cut” tu tak mau layan lagi….
Kadang2 kita yang dah memang kurang senang (dr segi kewangan ni) yg slalu jadi mangsa penipuan, tak kira la online ke offline. Kenapa? Sebab kita yg nakkan kesenangan mudah tertarik bila org pancing dgn figure $$$$ yg banyak!
Yang penting bear in mind:
MANA ADA ORG SENANG2 NAK BAGI KITA DUIT TANPA KITA PERLU BERUSAHA??
–> Bak kata sorang pemimpin ketika ditanya psl fenomena kena tipu skim cepat kaya, cabutan bertuah, gores dan menang etc, “kalau boleh senang2 dapat duit, kenapa org yg dok pujuk kita tu tak kaya-kaya? Dok makan gaji jadi sales person/marketer etc??”
Sapa yg murah hati sgt camtu? Kuatkan hati dan tetapkan pendirian, insyaAllah akan terselamat jadi mangsa. Biar kita cari kekayaan dgn cara yg halal… Jalan pintas tak ada, yg ada the smart way.
kalau seseorang tu banyak bagi ‘dalil’ yang mereka buat tu OK, sebenarnya itu hanya di mulut sahaja. Dalam hati mereka, mereka was-was sebenarnya. Hakikat sebenar adalah, MEREKA HANYA MAHU DUIT. Sy dah banyak jumpa org2 sebegini, tak ada fakta yg kukuh.
Yer lah, nak bayar hutang, duit kereta, rumah… Takkanlah mereka nak bagi alasan tu kot. “Eh, join lah benda ni, nanti aku dapat income, boleh ler aku bayar hutang aku yg bertimbun tu”. Confirm org takkan join bawah dia kalau dia bagi alasan mcm tu. So, mereka ciptalah cerita-cerita dongeng yang bermacam-macam aneka.
Saya sedang menelaah special report Azizi Ali ni. Memang sangat-sangat bagus. Bagi saya, special report ni satu senjata yang memang ditakuti oleh otai-otai skim cepat kaya (SCK). Satu kata2 Azizi Ali yg menarik adalah, “Semua SCK adalah ditakdirkan untuk gagal – satu hari nanti”. Hehe.. Kesian. Saya amat rekemenkan special report tersebut. π
Saya pernah terima lebih dari 10 email dari syarikat yang berlainan merata dunia yang menyatakan saya menang US$2juta, 4juta Euro, Mercedes Benz dan bermacam-macam hadiah yang ditawarkan. Kebanyakan adalah wang loteri. Saya hairan bagaimana mereka dapat email address saya. Pertama saya fikir wang loteri adalah haram dan kedua mana ada manusia hendak beri kita berjuta-juta dollar dengan mudah tanpa usaha. Ini memang sah SCAM. Saya baca dan saya tidak balas email mereka. Sekian untuk dikongsi bersama.
Regards Sharifah Azran Alam
Betul tu ,
Sekarang ni terlalu banyak skim macam nie.. Boleh dikatakan hari-hari dapat email dari COCA-COLA, MICROSOFT dan Macam-macam lagi…
Dekat Malaysia sendiri pun banyak skim macam nie.. Golongan yang menganjurkan skim-skim macam nie merosakan reputasi perniagaan internet.
Sebut aja buat duit dengan internet orang akan kata kita join benda-benda macam nie..
Bila baca je tips nih, teringat saya pada rakan saya yang joint satu skim pelaburan nih. walaupun da tahu benda nih haram, tapi tetap nak menegakkan benang yang basah.
Inilah manusia, ada saja alasan untuk menjadikan benda yang haram itu halal walaupun dah tahu hakikat sebenarnya.
Saya harap kalau Irfan ada kelapangan, bolehla Irfan cerita sedikit experience Irfan pasal skim ni masa kat overseas dulu. Mesti ada terdengar gak kan.. π
Zaman sekarang ni semua orang nak cepat. Tapi, MATI tak nak cepat pulak kan. Soalnya, ingatlah mati. Bila ingat mati, ingatlah dosa pahala. Bila ingat dosa pahala, ingatlah sumber rezeki, halal / haram… Lepas tu, pikirlah, benda tu salah ke betul. Alasan untuk buat jugak tu semata-mata alasan ke memang dah sah. Banyak perkara berkait nak kena pikir tu…
“ASSABBARUL MINAL IMAN” Sabar adalah separuh daripada Iman kawan-kawan semua…
Saya dah 1tahun lebih mengusahakan http://www.halalgelatine.com, sehingga menjual hampir seluruh dunia…kini, kuncicinta.com pula. Tetapi tak jutawan pun lagi so sementara tu, yang penting kita kena kerja keras, konsisten, jangan putus asa! Sabar! NO SHORT CUT! Insyaallah, bila Allah s.w.t kata “QUN FAYAQUN” Jadi!…maka jadilah jutawan tuu π
“JAUHILAH saham-saham internet ni, itu semua skim cepat kaya belaka!!! Kawan dan saudara mara saya sudah berbelas-belas ribu ringgit hangus semua simpanan mereka…” π
Sy bersetuju dgn saudara Razzi Rahman..No shortcut to success..
semoga anda semua mendapat manfaat tips Doc kali ini. π
insyaallah kalau ada rezeki, nanti saya akan ulaskan berkenaan dengan ini. kalau dapat masuk tv cakap mengenai scam, lagi better π
tip begini amat tepat..bleh x saya copy untuk dijadikan sebagai study saya
sy stuju bebenor dgn pe yg dikata kan oleh doktor…duit takkan datang dengan sendirinya mlainkan kita berusaha dgn titik peluh kita sendiri….mana ad jalan short cut…kalu tdk dah ramai dah ank muda yg goyang kaki n tak perlu kerja lagi dengan adnya skim2 begini….alhmdullh sy tak terpngrh…sbb sy tak yakin langsng…..tapi malangnya abng saya yg terjerat dengn skim begini..
saya setuju dengan pandangan .. duit takkan akan mudah datang bergolek, semua kena usaha,kalau boleh dapat duit dengan mudah mesti ada yang tak kena dengan sistem tersebut.Moga tips di atas dapat membantu mereka-mereka yang tertipu
Saya pun byk terima email nigeria, suruh berikan no akaun bank,alamat,nama, semua maklumat mereka mahukan.Tetapi mmg byk lagi penipuan di Internet spt pelaburan internet.Sudah ramai tertipu, kawan sy juga tertipu dgn skim sebegini..Byk juga hancur duit dlm skim tu ( USD10K )…Byk tu…
Jika dia buat bisnes lagi bgs dgn duit sebanyak itu..
P/s : sekadar kongsi pengalaman
askum doc…can u give an opinion regarding this matter?tul ker menda nih?tahu macam tipu…tapi macam nak percaya jugak…hehheheee…
EXXEL ASSURANCE AND TRUST SECURITIES
BRITTANIA HOUSE
71 CITY ROAD
LONDON
EC1V 4QA
12th May 2007
REF NO: YAH/HW/47509/02
BATCH NO: 05/763638
Compliments of the day and how are you
I will like to assure you that we are not a part of those unscrupulous
individuals who emulate genuine lottery procedures to take undue
advantage of people.
I can confirm that you are a genuine winner in the lottery aw held by
the Yahoo Inc UK and we are the service firm contracted to process your
prize claim and subsequently carry out the payment of your prize
winnings.
As stated earlier, we do not indulge in any form of financial
malpractice and all are procedures are transparent and have been ratified by the
Yahoo Inc UK. lottery commission.
Our firm has a lot of experience in dealing with lottery prize claims
on behalf of winners from various lottery associations and our staff are
trained and vetted to the highest standards in the Industry. We
maintain a high degree of confidentiality in all matters regarding your prize
claim.
To the best of our knowledge, you are not required to pay for any tax
related matters rather you will be required to pay for either the bank
transfer charge or administrative charge associated with your chosen
method of receiving your prize.
Once again, if you have any concerns with regards to your prize,
donΓΒ’Γ’β¬ÒβΒ’t hesitate to call me on the claim hotline number.
Regards,
Mr Andrew Wellington
Foreign Service Manager
Kalau kita tak kisah menipu dan makan duit haram dari aktiviti MLM ni…memang senang nak kaya. So hidup kita samalah dengan koporat kafirun dalam dunia. Hidup macam senang tapi bolehkah kesenangan jiwa di beli dengan wang ringgit berjuta ;). Bila saya kata begini semestinya ada yang mengatakan saya dengki tapi. Tapi itulah hakikatnya. Jual buku yang sebenarnya boleh dapat free dalam internet..tak der rahsia aper..tapi rahsia macammana nak kelengtong orang lain beli buku yang menyuruh orang beli buku kelengtong tong kosong..mengajar supaya orang tipu orang untuk kaya danmasuk neraka – BETUL TAK!
sekarang banyak dah dengar tentang kisah kejayaan anak melayu.malaysia boleh.melayu boleh
salam..
email tipu macam ni pernah juga terjadi kat sorang ni..
Maybank telah mengirim email kepada orang ni untuk meminta kemas kini pasword log in akaun maybank.
So..bro ni pun balas email kononya dari maybank ni dengan menghantar pasword baru yang sudah dikemaskini..dan hasilnya..dalam satu malam saja..duit dah lesap..dekat belas ribu lesap macam tu ajer..
Maybank dah dihubungi dan dan berkata”kami tidak pernah atau akan menghantar email kepada sesiapa untuk membuat apa juga proses mengenai akaun simpanan melainkan meminta orang ini datang ke kaunter bank untuk membuat apa juga maslahmengenai akaun peribadi.Nasihat dari bank..jangan layan email yang macam ni…
huh..macam 2 orang boleh buat sekarang melalui internet ni …
Salam,
Minta pandangan. Apa cara utk sedarkan ahli keluarga yg seolah mcm kena pukau angkara scam internet ni. Dia percaya ada mat saleh nak bagi duit beratus ribu dan kononnya duit tu sangkut kat courier service, dan dia kena bayar RM5k utk clearance barang tu. Saya dah penat nasihat tapi mcm x masuk. Saya takut dia ambil tindakan bodoh sprti pnjam along dan sebagainya..
Tq.
rasenya tipu lotery tu, sebab kalau kita tak beli tiket loteri cam mana nak menang loteri…logik la sikit dan selalunya syarikat loteri tunggu kita claim dari no yang dah kita menang…kalau kita tak claim , dia org buat tak tahu je…sebab dia org dapat untung …banyak sangat tipu dari internet sampai sms…macam2 ada
Apa pendapat en Irfan tentang Unstoppable team kat internet..yg gunakan cara psychology untuk menambahkan prospek..sehingga prospek melabur dgn jumlah yg besar???
mereka mementingkan kebebasan kewangan berbanding produk..
sy dah join n sy rs tertipu..
kerana sy tak tertarik langsung dengan produk tersebut
About Unstoppable..
Kenapa kamu MELAYU asyik nak jatuhkan kaum sendiri…tak boleh ke bersyukur dgn adanya komuniti anak2 melayu yg bekerja siang & malam mengajar anak2 melayu lain bebaskan diri dari belenggu kewangan…impina mereka usaha mereka. Yang tak berimpian duduk tgk jer…tgk blh dpt ke impian anda? renung2kan
saya memulakan perniagaan internet kerana terdesak dek kesempitan ekonomi dan saya guna kaedah try and error. alhamdulillah akhirnya saya mnjumpai satu perniagaan yang betul2 telus dan sememangnya ianya bukan pelaburan tetapi perniagaan…usaha tangga kejayaan!
SALAM KEPADA SEMUA, TLEBIH DAHULU SALUTE PADA HOST KITA. APA YG SAYA NAK TERANGKAN, PERKARA SEBEGINI PADA ERA GLOBAL INI SEMAKIN MENJADI-JADI. JADI MAIN POINT BANDIT2 NI MEMANG TARGET ORANG YANG MUDAH DITIPU CTH MUDA MUDI DAN YANG TUA. KESIMPULANNYA YANG SELALU TERTIPU INI ADALAH KERANA BUTA HATI. SIFAT TAMAK DAN INGIN CEPAT KAYA. TIDAK BERFIKIR SEBELUM TERKENA. KURANGNYA PEMIKIRAN SEBAGI PENGGUNA SEPERTI YG TELAH DI SARANKAN OLEH KPDNKK. SAYA HARAP MASYARAKAT HARUS BELAJAR MENGENAINYA BAGAIMANA UNTUK MENJADI PENGGUNA DARI MUDAH DITIPU.
Salam….bisnes internet @ bisnes alam maya.. byk kes kene tipu disebabkan
1. tamak, konon senang dpt duit
2. tiada ilmu(buta IT) lg senang kene tipu
3. ingin mencuba(w/pun dh byk kali kene tipu)
4. terpedaya dgn kata2 dan jji manis si
promoter atau laman web penipu
5. percaya dgn testimoni siap bergambar dgn
kereta FERRARI PINJAM
(tu yg jd semangat nk msk SCK)
6. pendek akal
bukan senang nk jd senang..bukan susah nk jd susah..susah susah cari duit, senang senang org dpt duit.susah susah cari org, senang senang org dpt komisyen..
daripada kita asyik kene tipu, baik duit yg hampir kene tipu tu kita try labur kt rumah anak2 yatim or tahfiz..insya’allah akan dpt pulangan income yg besar di akhirat nanti.
jadilah pengguna yg bijak
Assalamualaikum…
En Khairi….sy da tersilap langkah…sy baru jer bagi basic information details, eg. name, nationality,contact no , address kt dorang…then bru sy terfikir klu2 boleh percaya @ x dorang ni…so sy try surf bebrape website hinggalah sy di sini…So sy nk mtak pandangan u…apa yg patut sy lakukan selepas ni…
salam..1 malaysia
pelbagai cara org sekarang untuk menipu.
org y berfikir pendek tanpa bertanya….selidik dahulu mmg org itu akan rugi..sebelum ini saya juga tahu akan penipuan scam nie..tapi ntah mengapa terkena juga.mmg sy mengalami kerugian.
” pengalaman memantangkan seseorang untuk berhati-hati.”
walaupun dah kena teruk bergini sy masih lagi tidak berani utk buat laporan polis. terasa lain difikiran sy. … itulah sedikit sebanyak dapat sy kongsikan…
Salam..dulu saya penah masuk skim2 kelentong nie…kononnye dapat pulangan balik..tapi semua habis modal yg dikeluarkan..kini saya beralih ke perniagaan jualan baju..rasanya berniaga macam nie lagi senang hati..walaupun dapat sikit, tapi kalu usaha lagi..mesti blh dapat lagi…ada skali dapat email, pelaburan internet. saya x terus join dah..buat research..alhamdulillah, kali ni saya x buat kesilapan yg sama lagi.
Salam, ingin tanya yg ini bukan mlm or skim cepat kaya tp pelaburan dinar iraq, ramai kwn2 sy terutama kakitangan bank menyimpan dinar iraq dgn harapan nilainya naik semula seperti zaman sebelum perang atas kekayaan simpanan minyak terbesar negara iraq… adakah ini salah satu bentuk scam, sy pun ada simpan sikit dinar iraq..
Hampir 10 tahun berlalu, perang pun dah tamat tp x nampak lg matawangnya akan naik semula. Mohon penjelasan. Terima kasih…