Pernah tengok tak cerita “You Don’t Mess With The Zohan”? Well, kali ni, versi lain pula: “You Don’t Mess With The Irfan” π
Susulan kes mengenai SPAMMERS menggunakan nama saya dalam email mempromosikan skim buat duit di Internet…
Laporan kepada polis telah dilakukan dan siasatan sedang dijalankan. Dalam kes sebegini, pihak polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi.
Metro Ahad Hari ini 28hb Disember 2008. Page 2.
Berita terkini: Identiti dan maklumat peribadi seperti lokasi dan tempat pekerjaan pihak terbabit telah dikenalpasti. Tindakan akan dijalankan.
Pihak media juga mengambil berat kes ini, bagi yang membeli Metro Ahad hari ini, buka mukasurat 2.
Berikut adalah antara sebab mengapa tindakan undang-undang mesti saya lakukan:-
- Email sebegini yang mempergunakan nama saya telah menjatuhkan kredibiliti saya sebagai pakar perniagaan Internet kerana melibatkan saya dengan skim-skim piramid sebegitu. Sebagai seorang pakar perniagaan Internet dan perunding perniagaan Internet, salahguna nama sebegini adalah satu “fitnah”Β yang mencemarkan dan menjatuhkan nama, imej dan maruah saya.
- Sebagai seorang motivator di IPT-IPT tempatan, email sebegini juga mencemarkan kredibiliti saya sebagai pakar motivasi dan penceramah bebas. Menyamarkan nama saya di dalam email menganggu kredibiliti saya sebagai seorang motivator kepada generasi-generasi muda. Oleh yang demikian, ianya adalah perkara yang saya pandang amat serius.
- Dengan menyamarkan nama saya, dan bertujuan mengaburkan mata orang ramai yang kurang pengetahuan perniagaan Internet untuk turut serta skim buat duit sebegini. Ianya adalah satu tipu muslihat untuk melariskan jualan kepada skim cepat kaya yang diri saya tidak pernah terlibat dan tidak akan terlibat.
- Penyebaran email sebegini menjatuhkan jenama saya di mata pelanggan korporat yang melantik saya atau bakal melantik saya sebagai duta perniagaan mereka. Sekali lagi, pencemaran sebegini akan merugikan pihak saya dalam memperolehi peluang-peluang menjadi duta untuk masa yang akan datang. Oleh yang demikian, langkah yang tegas mesti dilakukan.
- Pihak yang menggunakan nama saya dikatakan telah mendapat keuntungan melebihi RM20,000. Wang tersebut adalah hasil daripada penipuan, maka, ia dikira sebagai kegiatan jenayah siber. Sebarang jenayah siber adalah tanggungjawab bersama untuk dibawa ke muka pengadilan.
- Sebagai seorang di dalam industri perniagaan Internet, dan sering dilihat sebagai “ikon”Β perniagaan Internet Malaysia, sekiranaya saya tidak melaporkan dan mengambil tindakan undang-undang, maka ia hanya menjatuhkan martabat perniagaan Internet di Malaysia. Makin ramai orang tidak akan percayakan industri perniagaan Internet. Dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas, ia akan menunjukkan kesungguhan industri ini dalam mencegah dan membenteras skim-skim buat duit sebegini.
- Sekiranya saya tidak mengambil tindakan undang-undang, lepas ni, semakin menjadi-jadilah dengan sewenang-wenangnya sesiapa sahaja akan mempergunakan nama saya untuk kepentingan masing-masing. Jadi, untuk melindungi diri saya sendiri dan juga rakan-rakan usahawan Internet yang lain atas segala tuduhan di masa yang akan datang, tindakan undang-undang mesti dilakukan.
- Dan yang penting sekali adalah, tindakan undang-undang di ambil supaya tiada lagi orang ramai tertipu dengan skim-skim sebegini di Malaysia dan rakyat Malaysia lebih mengetahui tentang kesalahan skim sebegini!
Perkara sebegini telah terjadi pada saya sejak tahun 2005 lagi dan setiap kali ia terjadi, saya akan mengambil tindakan undang-undang.
Nanti, insyaallah saya akan jelaskan di sini kepada anda bagaimana hendak melakukan tindakan undang-undang sekiranya perkara yang tidak diingini terjadi pada anda pula. Tak kiralah sama ada nama digunakan, orang ciplak ebook anda, or orang lakukan fitnah keatas anda di Internet. Semua ini adalah penting untuk melindungi kredibiliti sesiapa sahaja terutamanya dalam bidang perniagaan.
Biarlah ini menjadi amaran bukan sahaja kepada mereka yang saja ingin mengambil kesempatan atas nama saya sahaja, tetapi sesiapa sahaja yang mengendalikan tipu helah di Internet. Jangan fikirkan pihak berkuasa tidak dapat mencari anda.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
DON’T MESS WITH THE IRFAN π
ps: Apa pendapat anda mengenai tindakan undang-undang ini
pps: Sesiapa yang mendapat email spam yang menggunakan nama saya, kalau masih tersimpan dalam trash/spam/inbox masing-masing, boleh forwardkan kepada info@rahsiainternet.comΒ π
ppps: Sekiranya anda mempunyai blog, tersangat dialu-alukan untuk anda link ke posting ini supaya lebih ramai akan tahu apa akan terjadi dan akibatnya sekiranya menyalahgunakan Internet! π
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Erm… saya dah agak dah IK nama 2 memang itulah orgnya, sbb sbgai pembaca blog ini saya masih ingat nama2 yang selalu buat posting dan mana yang tidak, mana yang kerap ataupun tidak.
Nama2 yang jarang2 dan selalu pun saya dapat tahu kat sini. Cara dia tulis posting pun saya dah tahu.:D Memang tepat sekali apa yang saya teka. Lagi2 nama dia rohani, seolah2 dia menampakkan sesuatu yang tak menyenangkan dengan menggunakan ” ROHANI ” Rohani dia dah terjejas kot.
Sbb tu nama pun dah pelik semacam mcm rohani dan dah sakit kepala dia nak pg ”COURT ” caiyo2 IK π Bagi dia tahu sikit mcm mana nak beretika dalam business, bagi tahu dia mcm mana cara promosi yang baik bukannya guna spam dan bukannya menjejas reputasi setiap usahawan internet. Nama itu penting untuk reputasi perniagaan.
Kot2 nama tu kat sini pelanduk dua serupa kot tapi guna nama kat sini yang berbeza:D
π
Owh.. Baru tahu Tuan Rohani orangnya..
Anyway, tertarik dengan soalan Cikgu Rohani :
” Nak tanya IK, seseorang itu boleh tak guna nama samaran untuk promote sesuatu produk
dalam internet? Kat malaysia dah ada belum undang tentang SPAM? kalau kat Singapura dah ada. ”
Di Malaysia kita masih belum ada undang-undang khusus untuk Anti Spam. Still ia merupakan satu lacuna dalam Malaysian Law.
Walaubagaimanapun, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah terpakai dan Malaysia menggunakan Regularitory Approach untuk aktiviti spam di Malaysia. So tak de undang2 pun, tapi kat Malaysia memang ada regular untuk enforce anti spam policy.
Maklumat lanjut boleh baca di http://www.skmm.gov.my/what_we_do/ins/regulatory.asp
Untuk makluman semua…
sayang dah delete email tersebut.. manakan irfan khairi nak email saya hehehehe.. kalau dah disaman sila update di blog ini yer encik irfan.. nak tengok larat ke dia bayar sebab income sehari beratus2.. jadi setakat saman rasanya dia boleh bayar hehehe.. agak2 berapa saman tu yer?
Tindakan yang sewajarnya IK.
WanZ
First time dapat email tu tekejut jgak,
Termenung dan terfikir takkan saudara irfan boleh join bende2 mcm nie.Bila fikir balik, sesiapa pun boleh buat email guna nama irfan khairi dan orang ternama lain seperti yang sering kita dapat email tentang “anda menang lotery” dari blablabla@gmail.com. Langsung tak boleh pakai…
Apa-apa pun kes mcm ni kene ambil berat supaya ramai orang tak tertipu
ye betul..sy sokong dgn tindakan yg diambil ini…aritu y pun dpt emel spam gune name IK tapi sy dah agak tu tipu punye….langsung saya delete terus…so ape perkembangan terbaru bro?dh dpt tangkap blum penjenayah yg dikehendaki ni….
memang patut pun….
tahiah irfan…:)
teruk betul, mcam2 diaorg guna nk dapat duit… kerana duit manusia snggup jadik beginik haii..
manusia yang tamak dan suke mengambil kesempatan keatas kesenangan orang lain memang tidak akan selamat di dunia dan akhirat…bagus dengan tindakan anda IK…diharapkan selepas in semua orang akan mengambil peringatan gar jangan mengulangi perbuatan yang serupa..kerana ia boleh menjatuhkan kredibiliti seseorang itu…
Assalamualaikum wbt,
Dear Sir Dr Irfan Khairi,
Wish you were in the pink of health with your lovely family.
Thanks a lot Sir for your article, I’d step up too today and make police report as we received threaten email from someone, I’d used your note as guideline, truly helpful.
May God bless your kindness heart Sir, best regards to your sweet wife π
Truly,
mamafiza
http://littlekittle.com/blog/2009/01/12/littlekittles-police-report/
Kenapa tak bawa bincang dulu kalau dah kenal atau tahu orang nya. Memang lah mungkin kalau dah berduit dan lebih lagi berkuasa mudah petik jari bawa saman menyaman. Bawa berbincang dulu, sedarkan dia sebab motivator ni lebih arif bab-bab motivate dari terus bertindak drastik. Perbetulkan rohani dia agar kita lebih disanjung dan dikenali sebab berjaya pulihkan jiwa sesorang yang hampir rosak (mungkin).
Sekadar cadangan jer dari saya. Hehehe
Alhamdulillah Sdra Irfan dah buat apa yg patut dibuat.Saya juga kerap terima emel yg menggunakan nama Irfan Khairi.Tapi nasib baik saya tidak mudah terpedaya dengan helah org tu.Terima kasih.Kalau lama lagi mungkin akan terpedaya juga saya.Mana tahu.Selamat berjaya.
huhu.. gambar adam sandler tu kalau tukar gambar IK lagi sesuai..hehe
nanti kalau dah ke court, result dia post la kat sini.. kitaorang nak tau gak apa hukumannye…
mamafiza> way to go with the police report! keep up your good work on homeschooling. Very happy for you π
Mohd Izezuddin Idris> kalau dah bawa bincang, kemudian orang lain buat saya pula camne? bawa bincang gak dengan orang lain? lepas tu what if orang yang lain guna nama saya gak… dan seterusnya… dan seterusnya. sampai bila2 saya perlu bawa bincang je dengan semua orang π
camni, senang lah orang nak guna nama saya sebab saya tak pernah saman. saya cuma “bawa bincang” dan “motivate” kan dan “pulihkan jiwa” mereka yang menyalah gunakan nama saya je π
Assalamualaikum wbt,
Dear Sir Irfan Khairi,
Thanks a lot for your support Sir.
It has been our greatest honor to get your support.
May God bless your kindness Sir, youΓ’β¬β’re the best!
Best regards to your lovely wife and adorable kids >_
Assalamualaikum all.
I baru je buka email, lama dah tak buka email. Wow bukan main banyaknya email spam yg guna nama saudara Irfan Khairi yang i terima. Bayangkan berapa ramai yang terpadaya dengan email spam seperti ini dan join biz orang ni dah pasti keuntungan yg diperolehi beribu-ribu bahkn boleh mencecah ratusan ribu. Sah, memang sah patut disaman. Buat biz n dapat keuntungan dengan menggunakan nama orang lain memang tak patut.
Go Saudara Irfan, saman jangan tak saman.
Irfan Khairi> Sekadar cadangan dan menjurus pada seorang individu yg. digariskan diatas tu jer…hehehe.
Apa2 pon tepok dada tanya selera:)
still waiting for the result.
Quote> Mohd Izezuddin Idris> kalau dah bawa bincang, kemudian orang lain buat saya pula camne? bawa bincang gak dengan orang lain? lepas tu what if orang yang lain guna nama saya gak! dan seterusnya! dan seterusnya. sampai bila2 saya perlu bawa bincang je dengan semua orang
tindakan yang memang wajar. syabas irfan
Salam IK,
Minggu lepas saya juga telah tampil menegakkan kebenaran dengan membuat laporan polis. Setelah diteliti penjelasan Irfan, saya rasa inilah masa yang sesuai untuk usahawan internet bangun menegakkan kebenaran. Jangan biarkan selamanya kita diperkotak-katikkan.
Terima kasih Irfan, atas panduan dan contoh teladan anda… You are the best! We support you all the way! π
saya baru terkena semalam Dr IK. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan saya telah dijual secara haram dengan harga yang lebih murah. dan hasil jualannya tidak silap saya melebihi 100 copy. Saya kerugian Rm3k di situ.Saya masih dalam proses mengesan penyangak ini..
Dan juga ebook saya telah dijadikan ebook free dalam satu Forum Hiburan Yang terkenal di negara kita ni. Saya dah berhubung dengan pihak yang menyebarkan ebook saya percuma tersebut dan telah memberi amaran kepadanya. Pada malam tadi juga dia delete kan link ebook free tersebut. Saya mengugut dia untuk melaporkannya kepada polis. Apapun saya telah memaafkan dia selepas dia delete kan post ebook percuma tersebut.
Persoalan saya, adakah betul tindakan saya? dan bagaimana cara untuk mengelakkannya terjadi lagi?
susah sekarang. smua benda org nak ciplak.. aku buat business angkat sampah. hari gawat pun aku still ok. tadak masalah.. hari2 orang buang sampah. huhu
SALAM,
Saya baru nak berkenlana dalam ruangan ini,
buat IK saya ucapkan tahniah atas kejayaan anda
dan andalah IDOLA dan IKON NO1 saya….