Sebelum ni, saya ada sebut mengenai penggunaan warna yang pelbagai di dalam laman web akan memberi gambaran kurang profesional di sesebuah laman web.
Begitu juga dengan penggunaan huruf atau font yang pelbagai. Mengguna terlalu banyak font style akan memberi gambaran yang kurang profesional bagi sesuatu laman web.
Contoh, penggunaan font size yang pelbagai– size 3, size 4, size 5, size 6 dalam satu laman web. Juga, penggunaan font yang berbagai seperti Times New Roman, Arial, Helvetica, Script, Futura, dan sebagainya dalam satu laman web.
Sebaiknya, hadkan font style yang anda gunakan bagi size, tidak lebih dari 3 saiz. Bagi font juga, tidak lebih dari 2 jenis font. Ini akan memberiย consistency kepada keseluruhan laman anda.
Kalau kita ingat kembali beberapa tip laman web yang pernah ditulis di sini:
- Jangan guna terlalu banyak font syle
- Jangan guna terlalu banyak warna
- Jangan letak terlalu banyak iklan
ianya adalah asas kepada laman web yang simple. Sepertimana yang sering kita dengar konsep KISS- “Keep It Simple” ๐
ps: Sertai Worshop Jutawan Internet sekarang!ย Tempat semakin terhad.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Kadang-kadang kita terlalu kreatif atau syok sendiri ๐ untuk membina laman web hingga terlupa asas-asas yang penting untuk membina laman web yang simple dan berjaya menarik ramai pengunjung.
‘Simple’ tapi nampak profesional (memang susah nak diterjemahkan). Bagi saya tarikan utama suatu laman web adalah ‘Header’ kerana ia mampu menarik pengunjung untuk terus mengetahui apa yang anda ingin sampaikan. ๐
Hisham;
“P2..DotCom – KepalaKaki @ K2..DotCom” ๐
Salam Doc..
Ok, sy mmg setuju apa yg doc ckp. KISS. Sy juga selalu mengamalkannya bagi project2 sy.. Masalahnya, ada sedikit client yg x suka kita just guna just 2-3 color utk website..mereka nak lebih color..dan begitu juga font, ada client x suka kita just guna 1-2 fonts.
Dalam hal ini, kita jadi buntu..mcm mana tu doc? kalau doc hadapi prob ni, apa doc buat?
(soalan ni,sedikit lari tapi berkait jgalah dgn tips ari ni) ๐
Betul juga, bila dah dah macam2 diletakkan di dalam laman web dengan pelbagai tulisan dan warna, jadi macam serabut pun ada dan tak kemas..
Saya amat setuju dengan tip hari ni. Apa benda yg kita buat perlu simple dan professional. Tapi malangnya, ramai yg. suka banyak color la kat laman web. Saya masih ingat kata dalam bengkel jutawan internet, “yg. simple tu lah sebenarnya yang pelanggan suka”.
Simple itu bukan bermakna tidak lengkap, tetapi simple itu memberi kemudahan kepada pelawat laman web kita.
http://jomwebtemplate.com/ebookseo
Kadang-kadang saya pun pening kepala tengok website yang banyak sangat warna, banyak sangat iklan dan banyak sangat jenis font ni.Bila pergi ke website yang guna kurang font dan warna, nampak pun cantik dan membaca pun selesa.
Ada juga website yang terlalu syok sendiri menjual sesuatu di website mereka sehingga menggunakan hampir kesemuanya HURUF BESAR.Kalau nak guna tu boleh, tapi biarlah berpada-pada..jangan sampai pelanggan lari ke web lain ๐
saya biasa guna font arial size 2 untuk teks biasa ๐
betul juga kata Simple dan menarik itu penting. Tp kadang kadang orang tak suka pula. Susah juga – terlalu simple katanya.
Janganlah simple sangat sehingga tak nampak kreativitinya dan profesionalnya..
Yang lebih penting maklumat dapat sampai kepada pembaca.
KISS…KISS…KISS
Salam
Pasal Font tu setuju sangat, tapi kalau dalam MLM banyak produk kita nak jual, at least 2 – 3 produk bak-up, selain ‘main produk’. Tapi biasanya main produk lah yang mendapat perhatian lebih walaupun harganya lebih tinggi sedikit dari lain produk-produk yang diketengahkan.
Harap panduan ini berguna untuk saya
Bagi yang amatur mcm saya selalu juga terbuai dengan web yang ada Flash.Depend pada produk jugaklah.Ada sesetengah produk yang perlukan color exposure yg lebih,Flash…dan warna font yang agak kreatif.Ada sesetengah produk pula tak perlukan “benda-benda tue” cukup dengan maklumat dan info yang tepat.
Bagi saya,business web perlu ada apa yang market segmentnya perlukan.
Zaizen > sekiranya sebagai designer, dan client minta yang banyak font & banyak warna sehingga tidak nampak profesional, apa yang anda perlu lakukan adalah sediakan 2 aft. satu enurut client punya permintaan, satu lagi, anda buat yang profesional mengikut citarasa anda sebagai designer. beri pilihan untuk client lihat keduanya side by side.
selalunya cara ini, client dapat lihat apa yang anda buat adalah lebih profesional. kalau client pilih designnya juga yang banyak font, banyak warna, maka, tak boleh buat apa ๐ client yang bayar. anda sebagai designer sekurang-kurangnya beri pilihan in the first place.
stuju ngan doc, tapi saye tak mahir buat laman web lagi…waaawawaawawawawa
konsep simple menyebabkan saya memilih untuk memakai theme yang default dan simple untuk hampir kesemua blog di wp ๐
Terima kasih doc ๐
Dulu cakap bab warna… dah terkena batang hidung saya sendiri!! hehe… Memang mula2 buat website dulu, saya terlalu seronok guna macam2 warna… inginkan dah cun sgt la tu! Bila bagi tips yg too much colours may result in the web becomes less professional… saya pun tukar. Alhamdulillah… dgn adanya tip 1 minit ni yg dpt memandu kita (e-entrepreneur) melayari bahtera internet business dengan baik dan terpimpin. Thanks Irfan…!
Apa yg saya buat slps sedar yg laman web saya nampak tak professional ialah cepat2 mengubahnya supaya lebih presentable dan takkan kehilangan pelanggan. Jgn bertangguh. Surf website2 yg ada di internet ni dan tgk apa feature yg menarik/kurang menarik yg boleh anda contohi dan ambil pedoman pdnya.
Tak cukup tu saudara Irfan. KISS=’Keep It Simple Stupid(Sayang)’. Hehe.
salam doc,
betul jugak aper doc kata tu….tapi kalo macam-macam jual barang takkan font tuh jugak pakai….orang tengok pun membosankan…jawab,jgn tak jawab
widuri: amazon menjual beratus ribu barang, masih guna font sama juga… tidak membosankan pula ๐
kalau boleh, tunjukkan laman terkenal yang menggunakan pelbagai font.