Gandakan pelawat – dapatkan recommendation dari pelawat anda

Berikut keratan dari research online yang dilakukan oleh eMarketer.com

More than half (53%) of Internet users had visited websites referred by friends or family members in the previous 30 days.

Lebih dari 53% pengguna Internet telah melawat laman web yang telah disyorkan oleh kenalan/keluarga dalam masa 30 hari yang lepas.

Apakah maksudnya? Maksudnya, promosi mulut-ke-mulut, atau word of mouth atau buzz marketing adalah amat penting! Lebih daripada separuh pengguna Internet tu 🙂

Jadi, ianya amat-amat penting untuk mendapat pengesyoran dari berbagai pihak. Untuk jadikan laman web anda “recommended” oleh seseorang, berikut beberapa tips:

  • Pastikan isi kandungan laman anda berkualiti dan mempunyai informasi yang menarik dan selalu updated
  • Laman web anda juga perlu unik dan sukar untuk dapat di laman web lain!
  • Pesan kepada pelawat laman web anda untuk syorkan laman web anda! Bila anda tinggalkan pesanan, baru pelawat akan terfikir untuk recommend kepada kenalan lain 🙂

Dah baca tip hari ini, jangan lupa recommend blog saya ni kepada kenalan atau keluarga anda :p

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

42 thoughts on “Gandakan pelawat – dapatkan recommendation dari pelawat anda

  1. Salam semua,

    Tip yang sgt baik hari ni. Memang promosi melalui word of mouth masih yang terbaik walaupun ada banyak cara-cara lain untuk mempromosi blog, website ataupun perniagaan. Melalui pengalaman saya sendiri dalam career marketing (pemasaran kerjaya), hari Sabtu yang sudah(29-Nov), saya menghadiri expo kerjaya di Pulau Pinang. Di sana saya mengambil peluang membuat promosi perkhidmatan saya dengan memberi business card & newsletter kepada para pelawat. Ada satu kumpulan pelawat apabila saya memberi business card & newsletter, mereka menolak untuk menerimanya kecuali seorang sahaja dalam kumpulan itu yang mengambilnya. Tapi selepas itu, mungkin word of mouth kawan mereka itu, akhirnya, mereka mencari saya dan meminta business card & newletter saya. Word of mouth is proven to be effective. Alhamduliah.

    Sekadar berkongsi pengalaman.

    http://www.resumeweassist.com/blog
    Tips on effective career marketing

  2. Tips ini banyak membantu. Yang paling penting kita fokus pada posting. Sebab, dengan sendirinya orang lain akan mereferkan blog kita jika isinya berkualiti.:-)

  3. I think so. Untuk mendapat pelawat yg selalu berkunjung ke web kita, website mestilah unik dan lain dari yang lain. Mempunyai daya penarik la.

  4. betul tu. saya punya customer pun ramai yang datang dari customer lain yang recommend kan..the best way of marketing…

  5. Ianya sama macam kita recommend kengkawan kita untuk pergi ke sesebuah tempat makan atau restoran, kita akan cakap biasanya “Eh ko kalau nak makan seafood best, pergi le ke restoran …..tu, best siot,” Pas ni kita cakap lak, “eh ko kalau nak tau pasal internet biz ni pergi le blog IK, mantap siot.”

  6. betul tu recommendation tu memang penting….Sebab tu kuasa mulut ke mulut ni boleh mnyebabkan perniagaan kita naik atau jatuh..so pastikan kita menjaga reputasi kita sebagai seorang IM….contohnya tunaikan janji anda kepada customer…
    http://peminatjutawan.tl.my

  7. tips yang memang bagus…saya pun akan jadi pengunjung tetap pada sesuatu blog jika ada “value” untuk saya…kalau sama ngan orang lain blog tuh, maka value agak kurang.. saya sedang memberikan “value” pada blog saya juga 🙂

  8. Saya rasa dengan kemajuan teknologi skarang nie….semua org ada telefon…apa lagi??….SMS laaa keluarga dan rakan terdekat….Suruh diorang tolong SMS kawan2 rapat diorang….strategi nie ok tak IK?

  9. Salams,

    Yup. Itu pasal there’s the 20-80 rule. Sekiranya kita focus dan jaga kita nya current clients, insyallah 80% of business will come from them through referrals.

    This is true only when you are able to overdeliver and perhaps teach them to market your services.

    Pernah saya tulis satu article..
    The Power of Referrals

    Salam hormat dari Orang Singapore
    http://www.fadzuli.com

  10. Memang betul apa yang IK cadangkan tu. Saya juga pernah membuat flyers di awal2 memulakan bisnes saya. Dan flyers tersebut saya letakkan di kenderaan di mana ada pasar malam dan juga memasukkan ke dlm post box selama 2 bulan berturut2.Setelah di kajiselidik, tak sampai 5 orang yang mengatakan bahawa mereka mendpt maklumat dari flyers yg saya edarkan sementara beratus2 adalah dari mouth to mouth.

    So saya perlulah lebih gigih lagi utk memberikan perkhidmatan yang berkualiti…

  11. boleh tahan tips ni,promosi dari mulut ke mulut amat penting sekali,hendak-hendak mat-mat dan minah-minah kepoh,lagi senang nak buat promosi,bukan ade pape pun,hanya cakap dan dapat trafik..tak gitu ??

  12. Oh benar sekali!

    Kerana itu pastikan yang current customer or rakan-rakan tahu tentang blog kita.

    Cara paling mudah, letak di Friendster atau Facebook 😉

  13. Memang betul. Marketing paling berkesan adalah dari mulut ke mulut or “word or mouth”.

    Sebab tulah sekarang kita perlu menggunakan “social media” seperti Facebook dan Twitter untuk membuat promosi atau menambahkan kenalan.

    Selain itu, kita juga perlulah MINTA kengkawan tolong hebohkan perniagaan atau website kita.

    Tapi pastikan website kita tu mmg berkualiti. Jangan pulak malukan orang yang hebohkan tentang kita. Betul tak? 🙂

    Sekarang ni Chetz baru mulakan blog dalam Bahasa Malaysia memberi maklumat tentang cara memulakan blog.

    Sila kunjungi, komen dan hebohkan yer.

    http://www.chetztv.com/duitlebih/

    Chetz Yusof
    ~ We’re here on earth for a reason/purpose. Do you know your purpose? ~

  14. Caya la.. bukan senang nak bergambar dengan M. Nasir. Tahniah untuk IK. You memang sifu. Saya sentiasa berangan nak jadi jutawan Internet. Tak kira la asalkan jutawan.

  15. teknik promosi mulut ke mulut ni ada auranya tersendiri. lebih-lebih lagi jika ia keluar dari orang yang kita percayai. saya sendiri pun mengenali IK melalui rakan serumah beberapa thn lepas. 🙂

  16. Tidak dinafikan word of mouth atau buzz marketing memberi kesan lebih positif disebabkan komunikasi 2 hala menghasilkan peratus pemahaman jadi lebih luas.

    TKS

Leave a Reply

Your email address will not be published.